10 April 2010

keburukan demokrasi....(umat islam haram mengambilnya apatah lagi menyebarluaskannya)

ada kebanyakkan orang yg mengatakan bahawa demokrasi adalah milik umat islam yg dicuri oleh barat....nauzubillah....

wahai saudaraku!pandangan yg menyesatkan ini biasanya muncul kerana keliru

dalam memahami fakta demokrasi atau sekadar mencari-cari alasan untuk membenarkan tindakan keliru yg selama ini mereka lakukan...

demokrasi,contohnya,dilihat hanya sekadar pemilihan seorang pemimpin

oleh rakyat atau hanya proses pengambilan keputusan yg sama dengan musyawarah

atau sekadar kebebasan untuk mengungkap pandapat dan mengkritik penguasa...

dari situ muncul anggapan bahawa demokrasi tidak bertentangan dengan islam...

kita seakan-akan melupakan bahawa demokrasi adalah sebuah sistem politik

yg muncul dari aqidah sekularisme dengan prinsip2 asasnya yg bertentangan dengan

islam...demokrasi merupakan istilah barat,oleh presiden AS Abraham Lincoln dalam pidato Gettysburg(1863) dikatakan sebagai pemerintahan dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat...

prinsip asas demokrasi yg paling mendasar adalah kedaulatan rakyat...

suara rakyat dianggap sebagai sumber hukum(source of law) yg paling asa dan paling tinggi..kerana itu,kebenaran harus didasarkan pada suara rakyat..rakyat mempunyai otoriti mengangkat dan memberhentikan pemimpin...rakyat juga berhak membuat

peraturan dan undang2 kerana mereka adalah pemilik kedaulatan melalui wakil2 mereka di parlimen...

berdasarkan prinsip penting ini perkara yg benra dan salah kemudian ditentukan

oleh suara manusia atas nama suara rakyat..

dalam islam sangat jelas bahawa kedaulatan bukanlah di tanga rakyat,tetapi di tangan syariah..sumber hukum satu-satunya(mashdar al-hukmi) adalah al-quran dan as-sunnah...

ALLAH berfirman yg bermaksud:

jika kalian berselisih faham dalam suatu perkara,hendaklah kalian merujuk

ALLAH(al-quran)dan Rasul-Nya(as-sunnah)[QS AN-NISA:59]

dengan berpegang teguh pada dua perkara ini,kita tidak akan tersesat...

inilah sabda Rasulullah yg bermaksud:

aku meninggalkan untuk kalian dua perkara dan kalian tidak akan sesat selam berpegang teguh pada keduanya,iaitu kitabullah dan sunnahku[HR AL-HAKIM]

dengan itu,demokrasi dengan islam bertolak belakang..berbezaan secara

mendasar,demokrasi dengan islam dilihat dari sumber kedaulatan ini..

memang,baik dalam islam mahupun demokrasi rakyatlah yg memilih pemimpin.namun,syarat pemimpin dalam sistem demokrasi dan islam berbeza...

dalam islam,di antara syarat pemimpin adalah wajib beragama islam dan lelaki.

sistem demokrasi tentu tidak mensyaratkan hal itu..

syura dalam sistem islam juga berbeza dengan demokrasi..

kata Syeik Abdul Qadim Zallum(1990),demokrasi bukanlah syura,kerana syura ertinya

adalah meminta pendapat(thalab ar-ra'y).sebaliknya,demokrasi adalah suatu

pandangan hidup dan kumpulan ketentuan untuk seluruh konstitusi undang2 dan sistem(pemerintahan)..

jelas,dilihat dari sejarah kemunculan sistem demokrasi yg berasal dari barat,prinsip asa,berikut mekanisme yg ada di dalamnya,demokrasi tidak ada hubungannya dengan islam..

sistem ini bahkan bertentangan 100% dengan sistem islam...

sistem ini adalah sistem kufur..

dalam islam,tasyabbuh(menyerupai/meniru-niru) orang2 kafir jelas

diharamkan..apalagi meniru dan melaksanakan sistem ideologi mereka yg kufur..

berkaitan dengan Syeik Ali Belhaj(pemimpin senior FIS Aljazair)dalam bukunya,

Ad-Damghah al-Qawiyyah li Nasfi Aqidah ad-Dimuqrathiyah,mengutip pertanyaan Sayyid Qutb tentang haramnya tasyabbuh ini..

Sayyid Qutb mengatakan,Rasulullah melarang keum muslim bertasyabbuh dalam pakaian dan penampilan,gerak-geri dan tingkah laku,perkataan dan adab..

sebab,di sebalik semua itu terdapat perasaan batin yg membezakan

konsep,manhaj dan watak jamaah islam dengan konsep,manhaj dan jamaah lainnya..

Rasulullah juga melarang kaum muslim untuk menerima hukum/aturan/ideologi selain dari ALLAH...padahal manhaj yg ALLAH berikan kepda umat ini adalah

untuk diwujudkan di muka bumi....

Share:

09 April 2010

ما ذاقها الكثير ... ( ركوب السنام )...الجهاد ...عطلوه حكامنا الرويبضات


ما ذاقها الكثير ... ( ركوب السنام )



الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على عبادة الذين اصطفى



جمعني الله به في خلوة شعورية ، وكنت أعرف عنه أنه من الذين وفقهم الله سبحانه للمشاركة في الجهاد الأفغاني الأول.


فقلت في نفسي لعلها فرصة مناسبة لاستخراج شيء مما في نفس الرجل من تلكم المرحلة ولذاتها التي ما وفق الله الكثير لتذوقها أو الشعور بها .


فصارحته برغبتي مشجعاً له على القبول لعل هذا الحديث يبعث الأمل في نفوس السامعين ويقوي هممهم .


فأجابني متنهداً : أنا أحق بهذا الحديث من السامعين !


أنا الذي ذاق العسل وشرب اللبن ثم نكص على عقبيه فاستبدل الذي هو أدنى بالذي هو خير!


فقلت له مصبراً : كلنا ذلك الرجل والعبد بين إقبال وإدبار . فابدأ حديثك يرحمك الله عن تلكم اللذات ...


فبدأ صاحبنا حديثه ...


إني اليوم أحدثك عن لذة ما ذاقها الكثير .. لذة ركوب السنام ...


فلقد وصف رسول الله صلى الله عليه وسلم الجهاد بأنه ذروة سنام الإسلام . وحتى تستشعر معنى هذا الحديث فأنت بحاجة أن تجرب ركوب الجمل !


فلحظة ركوبك على سنامه وهو بارك في الأرض ستشعر بعدم الراحة من طريقة الجلوس ! وما أن يبدأ في النهوض ويميل جسمك للأمام ستشعر أن قلبك يكاد يخرج من صدرك !!! فإن ثبتك الله ولم تجزع و نهض الجمل قائما سوف تشعر بشعور جميل غريب ...


حيث سترى كل شيء أسفل منك وتجد نفسك عالياً !


عالياً بجسدك .. عالياً بروحك ...


إن وصف الجهاد في سبيل الله بذروة سنام الإسلام له دلالات عددية .. منها :


- أن السنام أعلى ما في الجمل والجهاد أعلى ما في الإسلام ..


- عندما تكون على السنام فإنك ترى ما لا يرى الراجل فترى الأمور على حقيقتها ومن جميع جوانبها .


- عندما تكون على السنام فإنك أقرب إلى السماء ! ( والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين )


- عندما تكون على السنام فإن يدك تمسك بالزمام ! فأنت الأقدر على قيادة القوم !


- عندما تكون على السنام فأنت تستن بصبر الجمل عن الماء والطعام ، فترضى من الدنيا بالقليل ، فلا يعنيك إقبال الدنيا أو إدبارها ، لا كراعي البقر الذي اتخذ من أذنابها دليلا!!!


- عندما تكون على السنام فإنهم كي ينظرون إليك يرفعون رؤوسهم وفي ذلك كرم وإجلال.


- عندما تكون على السنام فإنك تكون جمعت الخير كله من قراءة للقرآن وذكر للرحمن وتعليم الناس البيان وقبل كل ذلك بذل النفس في نصرة الإسلام .


............. سـكـــــت ..............



فنظرت إليه فإذا الدموع تملئ عينيه .. قلت ما بالك ؟

قال : إن كنت تسير راكباً على ذروة السنام ثم تنزل عنها بمحض إرادتك . فماذا يكون ذلك ؟

قالت : لا أدري لعل في الأمر خير!

قال: فأما الزبد فيذهب جفاءءءءء

وقام وتركني

*** منقول ***

لذة ما ذاقها الكثير ... ( ركوب السنام ), لذة الجهاد
Share:

Cinta Hakiki...

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama kerana yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu3

Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya
Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah

Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,
satu jam bersama serasa satu menit saja
Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah

Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran

Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah

Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki
Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya
Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian

Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Kerana Allah adalah kekasih Zat yang abadi
Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu
Kerana Allah mengajarkan cinta tulus dan agung

Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki
Share:

Tujuh Golongan yang Harus Dicontohi....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”


Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Share:

يا رب العالمين



اللهم لا تدع لنا ذنياً إلا غفرته
ولا عيباً إلا سترته ولا هماً إلا فرجته
ولا ديناً إلا قضيته
ولا حاجة من حوائج الدنيا والآخرة هي لك رضا ولنا صلاح إلا قضيتها يا أرحم الراحمين

اللهم إنا نسألك رحمة من عندك تهدي بها قلوبنا وتجمع بها أمرنا وتلم بها شعثنا وتحفظ بها غائبنا
وترفع بها شاهدنا وتبيض بها وجوهنا
وتزكي بها عملنا وتلهمنا بها رشدنا
وترد بها الفتن عنا وتعصمنا بها من كل سوء

اللهم أعطنا إيماناً صادقاً ويقيناً ليس بعده كفر ورحمة ننال بها شرف كرامتك في الدنيا والآخرة

اللهم إنا نسألك الفوز يوم القضاء وعيش السعداء ومنزل الشهداء ومرافقة الأنبياء والنصر علي الأعداء

اللهم ننزل لك حاجتنا وإن قصٌـر رأينا وضعف علمنا وعملنا
نفتقر الي رحمتك فنسألك يا قاضي الأمور ويا شافي الصدور أن تجيرنا من عذاب السعير ومن فتنة القبور ومن دعوة الثبور

سبحان من لا ينبغي التسبيح إلا له
سبحان ذي الفضل والنعم
سبحان ذي المجد والكرم
سبحان الذي أحصي كل شيء علمه

اللهم فارج الهم وكاشف الغم مجيب دعوة المضطرين
أجب اللهم دعائنا واستجب لنا وتقبل منا واقض حوائجنا كلها
يا رب العالمين
Share:

08 April 2010

سعادتنا في تطبيق الإسلام فقط


الْحَمْد لِلَّهِ وَحْدَه ، وَالصَّلَاة وَالسَّلَام عَلَى مَن لَا نَبِي بَعْدَه ، أَمَا بَعَد
مستمَعي إذاعة الْمُكْتَب الإعلَامي لحزب التحرير ، فِي كُل مَكَان ، السلَام عَلَيْكُم وَرَحْمَة الِلَّهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُه، يتَجِدد لقاؤنا بِكَم الْيَوْم فِي مَوْضُوع جَدِيد بعَنوان "سعادتنا فِي تطبيق الإسلَام فَقَط".
الإثارة سِلْعَة يبحث عَنْهَا الْجَمِيع . ففِي هَذَا الْعَصْر الَّذِي نعيشه تَجِد إيقاع الْحَيَاة سَرِيعًا لَا يَقِف ولَا يَنْتَظِر احَدّ وتجرفك الأحَدّاث مَن كُل نَاحِيَة . وَالْإِنْسَان بطبيعته يَمِيل للبحث عَن الجَدِيد، ويمل سَرِيعًا فهذا طبعه. وَمَع أَن الْحَيَاة متسارعة الأحَدّاث ويركض الْجَمِيع وَرَاء تحصيل أكَبِّر كَم مَن الَمتع الَمَادية، تَسْمَع الْجَمِيع يَشْتَكِي مَن الْمَلَل والرتابة فِي نَفَس الْوَقْت. وَذَلك، لأَن كُلَمَا بَلَغ الْإِنْسَان قَدَرًا مَن الَمتع الَمَادية وتحققت لَه أهداف فِي هَذِه الدُّنْيَا، كُلَمَا اراد غَيْرَهَا وكُلَمَا تَطَّلِع إِلَى الْمَزِيد، وكُلَمَا بحث عَن الجَدِيد. وهَذَا فِي حَدّ ذاته لَيْس بالَمشكُلة، وَلَكَن الَمشكُلة تكَمَن فِي نوعية هَذَا الجَدِيد الَّذِي يُرِيد مَنه هَذَا الْإِنْسَان الْمَزِيد دَائِمًا . وقد أثر ذلك النمط من العيش في الناس وتعودوا عليه حَتَّى اصبح لهم مقياسا لتقييم بَعْضَهُم الِبَعْض.ولا يخفى عنكم أن َالْإِنْسَان الذكي الحكيم هَو مَن يُرَاجَع دَائِمًا مَا يتَعُود عَلَيْه لأَن ذَلِك مؤشر خَطَرً بأن فكره يتبلد فتصيبه الغفلة.
وإِن أَصْبَحَت حَيَاتَه سِلْسِلَة متواصلة مَن تَحْقِيق أهداف مَادية، تشَعِره بالسَّعَادَة لِبَعْض الْوَقْت، ثَمّ سَرِيعًا مَا يَشْعُر بالْمِلَل مَرَّة أَخَّرى، فَهُنَاك خَلَل حتمَا. وعَندمَا يُصِيبَه الإحباط إِن لَم يقَدَّر عَلَى توفِير هَذِه الَمَاديات بينما لا يصيبه الخوف من تقصيره في حق الله تعالى وفي حق الإسلام وفي حق المسلمين، إذا هُنَاك خَلَل حتما. ذلك لأن هذه الأسلوب من العيش يلغي عقل الإنسان تماما ويلقي بتفكره وتدبره في هذه الحياة وما قبلها وما بعدها، يلقي به بعيدا. والنتيجة لعَدَم هَذَا التدبر والتفَكَرّ أَن الْإِنْسَان الَمَادي يهتم فَقَط بهَذَا الْجَانِب مَن حَيَاتَه ويهمل بَقَيَّة الجوانب. فتصوروا معي مجتمع كله يفكر بهذه الطريقة. فالنَّظَرة المادية مسؤولة عن بعد الناس عن شرع الله وعَن تفسخ الْمُجْتَمَعات وعَن تَبَاعَد النَّاس فِيمَا بَيْنَهُم. فعَندمَا تَكُون النَّظَرة للفرد نَظَرة مَادية نتعامل مَعَه فَقَط عَلَى أَسَاس الَمَصْلَحَة والَمَنفعة وإِن لَم نَجِد مَنه فَائِدَة لَا يهمَنا أَن يَمُوت أَو يَحْيَا. فهو فَكَرّ ومجموعة مفاهِيم خطيرة جَدًّا يَرْبِط بِسَبَبها الْفَرْد أَن مفهَوم السَّعَادَة هَو الَمَادة الَمحسوسة فَقَط دُون الْقَيِّم الثمينة الأَخَّرى. فلا يفهم أهمية إحساسه بالواقع الفاسد وبالَمظلومين وَالْفُقَرَاء وَمَعاناة الناس لأنه لَا مَصْلَحَة لَه فِي التفكير فِيهم. فهَذَا النَّمَط مَن الْعَيْش يصحبه إستهزاء شَدِيد بإِنسانية الْإِنْسَان. وكما تَجِد من يفكر بهذه الطريقة يخضع حكَم الِلَّهِ تَعَالَى فِي أعمَالَه بِحَسَب مصلحته فِي الدُّنْيَا. فلَمَاذا يطبق شَرَع الِلَّهِ تَعَالَى هذا الإنسان مَادام لَا يَرَى مَنه مَصْلَحَة فورية ؟ فتصبح الحياة مجرد مصالح كواقع الأمة الفاسد اليوم التي فقد المسلمون إهتمامهم بقضاياهم الَمصيرية ومثال ذلك العمل للتغيير. فكُلَمَا ركضنا وَرَاء الْكَسْب الَمَادي كُلَمَا زَاد ركضنا وَرَاء الإثارة وكُلَمَا فَقَدْنَا إِنسانيتنا وإهتمَامَنا بالأَخَّرين وكُلَمَا مَلَأَت قُلُوبَنَا الْقَسْوَة عَلَى بَعْضَنَا الِبَعْض ! وكما كلما بعدنا عن تطبيق الأحكام الشرعية وَضَاعَت قَيِّم عَظِيمَة وبقى لَدَيْنَا عالَم متحجر شِقَّي وَغَيْر سَعيد سَعَادَة حقيقية.
وما يغذي هذه الغفلة وسبب تعويد الناس على هذا الأسلوب العلماني للحياة هو النظام . فحَتَّى النظام الحاكَم فِي بَلَادنا يتعامل مَع الَافراد بهَذِه الشكُل فلَا يَرَى فِي النَّاس قَيِّمة غَيْر أَمْوَالَهم ولَا يَقُوم برِعَايَة شُؤُونهم بَل يَرْفَع الأسعار ويثقل كاهلَهم بالضرائب ويتركهم فُقَرَاء وجوعى ومتشردين ! فكُلَا عَلَيْه الِلَّهِث وكُلَا عَلَيْه الركض وَهَم قَد قَامُوا بِنَهْب أَمْوَال النَّاس وضيعوا حُقُوقَهُم بكُل بساطة لَان مصلحتهم فِي تَحْقِيق متعهم الَمَادية وسعادتهم فِي هَذِه الدُّنْيَا هِي الَهَدَف. فإِنفصلت الشُّعُوب عَن الأَنظمة وابغْضتها. والَمسلَم الَملتزم بِدَيْن الِلَّهِ تَعَالَى يعلَم جَيِّدًا أَنه غَيْر مرتاح فِي هَذِه الدُّنْيَا وَغَيْر سَعيد لأَن حرمَات الِلَّهِ تَعَالَى تُنْتَهَك فِيجب عَلَيْه الْعَمَل عَلَى تَغْيِيرها كَمَا أَمَرَه الِلَّهِ تَعَالَى بغض النظر عن مصلحته وعن ما ينفعه بها ماديا. فالمسلم يعلَم جَيِّدًا أَنه مسؤول أَمَام الِلَّهِ تَعَالَى عَلَى الْمُجْتَمَعات الَمتفسخة الَّتِي بَعَدت عَن الإسلَام وهِي فِي دوامة الْبَحْث عَن السَّعَادَة الزائفة وَالرَّكْض وَرَاء السَّرَاب بِسَبَب عَدَم فهَمَّها الصَحِيح للسَعَادَة فِي الدُّنْيَا والأَخَّرة . فالسَّعَادَة أحبتي عَند الَمؤمَن تكَمَن فَقَط فِي إِرْضَاء الِلَّهِ عَزّ وَجَل ، لذَلِك لَا يَعْمَل عَلَى تَحْقِيق مصلحته هَو عَلَى حِسَاب الشَرَع بَل يَعْمَل عَلَى تطبيق أَحْكَام الشَرَع فِي كُل مَناحي حَيَاتَه كفرد وفِي الْمُجْتَمَع ولَا يَرْضَى ابدا أَن تَكُون الدَوْلَة دَوْلَة علَمَانية تهَمَّها الَمَصْلَحَة فَتُتْرَك رِعَايَة شُؤُون النَّاس . فِيَكُون هكذا سَعيد بِطَاعَة رَبَّه وهَذِه سَعَادَة دائمة لَا تتبدل ولَا تتغَيْر وَإِذَا شَعَر بالْمِلَل يَسْتَعِيذ بالِلَّهِ مَن الشَّيْطَان الرَّجِيم. ثَم يُوَاصِل حَيَاتَه فِي طَاعَة الِلَّهِ وتطبيق شَرَعه فلَا مَكَان للإحباط لأَن الِلَّهِ تَعَالَى قَد حَفِظ لَه أَجُرَّه عَلَى كُل هَذِه الأعمَال الصَّالِحَة فِيفوز بِالْجَنَّة فِي الْآخِرَة. وإذا هَذِه هِي السَّعَادَة الَّتِي لَا حَدّود لَها ولَا تنتهِي فهِي مَرْبُوطَة بِعَمَل الْعَبْد نَفَسه ولَيْس بالركض والِلَّهِث وَرَاء رَزَق ثَابَت ومحفوظ لَه يعلَمه الِلَّهِ تَعَالَى فَقَط .
فالسَّعَادَة الدائمة تكَمَن فَقَط فِي تطبيق الإسلَام فِي حَيَاتِنَا وجعلَه مقياس لأعمَالنا. لذَلِك كَان عَلَى الَمسلَمين الرُّجُوع إِلَى العقيدة الإسلَامية لتحَدّيد مفهَوم السَّعَادَة الحقيقي فِي حَيَاتِهِم كأفراد وكمجتمَعات و مرة أخرى كأنظمة حاكمة وَدُوَل. وهكذا يَكُون أسمى هَدَف لَهم هَو مَا طَلَبَه الله تعالى مَنهم، حَمَل الأَمَانة للعالَم كُلَه فالإنسان خلقه الله تعالى لإعمال عقله ولعبادته جل وعلا، التي تتحقق فقط بتركيز جهَود الإنسان فِي الْقِيَام بالإعمَال الَّتِي فَرَضَهَا الِلَّهِ عَلَيْه والإبتعاد عن ما نهاه وعدم التقصير في ذلك. هذه هي السعادة الحقيقية في إرضاء الله تعالى. وعندما يلتزم المجتمع كله يكون مجتمع سوي ومستقيم مترابط ومطمئن. وهنا لا نجد أي مَكَان للفردية القاسية - هَذَا الَمفهَوم الْقَبِيح - الَّتِي نَتَج عَنه تنافر الْبَشَر عَن بَعْضَهُم الِبَعْض بدلَا عَن التقارَبّ وتكوين علَاقات اساسها فَكَرّ راقي يبحث فِي وَاقَع وحقيقة الْإِنْسَان والكون والْحَيَاة، ويجلب الطمآنينة والسعادة لكل الناس و أساس التعامل مع بعضهم البعض بإعتبار إنسانيتهم فينظم ويعالج لهم شرع الله تعالى كل مناحي حياتهم. والحمدلله رب العالمين. وصلي الِلَّهِم عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَد وعَلَى آلَه وَصَحِبَه آجمَعين. والسلام عليكم ورحمة الله تعلاى وبركاته.
Share:

doa....

Ya Allah....Engkau berikanlah kekuatan kepada umat islam...Engkau satukanlah hati umat islam...Jadikanlah kami (para pejuang islam) orang2 yang taat perintah-MU...Jadikanlah kami hamba2-MU yg sentiasa istiqamah dalam setiap perkara.Tabahkanlah kami menempuh ujian yg Engkau berikan kepada kami...

Ya Allah...Ampunkanlah dosa2 kami...Ampunkanlah dosa2 umat islam yg berada di muka bumi ini...Ya Allah cepatkanlah tegak Khilafah...kerana sesungguhnya,jika Khilafah tiada umat islam akan menderita kerana pemimpin umat islam tidak menjaga kami dan kaum muslimin...Ya Allah...bantulah kami untuk menegakkan agama-MU...bantulah kami...

Ya Allah...Engkau hinakanlah orang2 kafir serta pengikut2 mereka...Engkau turunkanlah azab kepada orang2 kafir dan pengikut2 mereka..Berikanlah kami kekuatan umtuk berdakwah kepada umat manusia...Ya Allah...Berikanlah kami percakapan yg boleh membuatkan orang lain teruja akan kata2 kami...

Ya Allah...Jadikanlah kami orang2 yg memiliki kecepatan berfikir dalam setiap perkara...Ya Allah...ketika ada Khilafah nanti,bagilah kami khalifah yg boleh memmimpin kami dengan adil yg sangat takut jika rakyatnya dalam kesusahan...Ya Allah...

Ya Allah...Engkau tempatkanlah orang2 muslim yg memperjuangkan agama-MU dengan ikhlas masuk ke dalam syurga...Ya Allah..turunkanlah tentera-MU...

Bantulah kami dalam berdakwah dan dalam mengharungi dunia ini...

AMIN....

Share:

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Share:

Amalan Jahiliyyah Lahir Dari Sistem Jahiliyyah

INGATAN KEPADA PENZINA BUANG, BUNUH BAYI

IPOH 31 Mac - Perbuatan membuang dan membunuh bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang adalah lebih teruk dan kejam daripada perbuatan membunuh bayi perempuan yang dilakukan di zaman jahiliah. Penasihat Khas Agama kepada Menteri Besar Perak, Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias berkata, ini kerana masyarakat sekarang sudah mempunyai fahaman agama serta ilmu pengetahuan, tidak seperti masyarakat jahiliah yang mempercayai anak perempuan membawa sial kepada keluarga. Menurutnya, kejadian pembuangan bayi sekarang juga dilakukan tanpa mengira jantina anak kecil itu. "Bertimpa-timpa dosanya kerana barangkali mereka yang membuang bayi itu pernah melakukan zina yang merupakan dosa besar dan kemudian membuang serta membunuh bayi juga satu lagi dosa besar. ''Mereka mungkin boleh terlepas hukuman dunia tetapi tidak boleh lari daripada hukuman akhirat dan mereka juga akan dibayangi pembalasan Allah atas apa yang mereka buat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Terbaru, mayat seorang bayi ditemui tersangkut pada pukat nelayan di Sungai Pasir di Kuantan, Pahang semalam dan pada hari sama, seorang wanita membuat laporan polis selepas seorang ibu tidak mengambil semula anak yang ditinggalkannya sejak seminggu lalu. Pada Sabtu lalu pula, seorang bayi perempuan dijumpai dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di sini dan beberapa hari selepas itu, mayat seorang bayi lelaki ditemui dengan tangannya terputus digonggong seekor anjing di sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang, Selangor. Mohd. Najmuddin seterusnya memuji usaha Utusan Malaysia melancarkan kempen Kami Prihatin kerana ia membuka ruang kepada masyarakat untuk melibatkan diri membantu membendung masalah tersebut. ''Bagi saya, usaha menangani masalah ini bukan terletak kepada pihak berkuasa semata-mata tetapi perlu melibatkan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan usia. ''Ini kerana perkara itu berlaku dalam masyarakat dan mereka yang mempunyai maklumat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 01/04/2010
Amalan Jahiliyyah Lahir Dari Sistem Jahiliyyah.

Nampaknya gejala pembuangan bayi terus menjadi isu hangat dan telah menarik ramai pihak untuk memberikan respons mereka terhadap perkara di atas. Bukan sahaja mereka-mereka yang sedang memegang jawatan di dalam jabatan pemerintah, malahan individu yang rapat kepada pemerintah juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ulasan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Penasihat Khas Agama kepada Menteri Besar Perak, Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias. Malangnya kenyataan beliau itu hanya menyentuh sebahagian daripada isu yang berlaku dan tidak sampai ke akar umbinya . Ya, amalan membuang bayi ini menyerupai amalan kuno masyarakat jahiliyyah sejak dahulu lagi dan kini amalan tersebut dilakukan oleh individu-individu yang tidak bermoral di zaman moden yang kehidupan mereka “bebas” dari hukum syara’. Inilah hasil yang dapat kita lihat pada hari ini apabila sistem kehidupan Islam itu tidak diterapkan di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Malangnya Penasihat Khas Agama kepada Menteri Besar Perak itu hanya menyentuh persoalan nilai-nilai dan fahaman jahiliyyah apabila merujuk kepada amalan membuang bayi itu tetapi pada masa yang sama beliau membutakan matanya kepada sistem pemerintahan ciptaan manusia yang diterapkan oleh kerajaan sekular yang ada pada hari ini termasuklah pemerintahan yang beliau dokong dan sokong hari ini, yang pada hakikatnya tidak terlepas dari amalan jahiliyyah kerana pemerintah yang ada hari ini dengan terang dan jelas tidak menerapkan Islam sebaliknya mereka menerapkan sistem kufur jahiliyyah yang ditinggalkan oleh penjajah. Firman Allah SWT:

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”?
[TMQ al-Mai'dah (5) : 50].

Wahai Najmuddin! Sudah sampai saatnya kamu juga perlu menegur dan mengingatkan pemerintah sekular yang ada pada hari ini agar mereka meninggalkan sistem pemerintahan jahiliyyah dan kembali menerapkan Islam di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Wahai Najmuddin! Janganlah kamu hanya melihat perbuatan membuang bayi itu sebagai amalan jahiliyyah tetapi dalam masa yang sama kamu menutup mata dan hati kamu daripada membongkar sistem jahiliyyah yang diterapkan oleh pemerinatah sekular yang ada pada hari ini. Firman Allah SWT:

“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Mad-yan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata; maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[TMQ at-Taubah (9) : 70 -71].

Share:

Chat with me