10 April 2010

keburukan demokrasi....(umat islam haram mengambilnya apatah lagi menyebarluaskannya)

ada kebanyakkan orang yg mengatakan bahawa demokrasi adalah milik umat islam yg dicuri oleh barat....nauzubillah....

wahai saudaraku!pandangan yg menyesatkan ini biasanya muncul kerana keliru

dalam memahami fakta demokrasi atau sekadar mencari-cari alasan untuk membenarkan tindakan keliru yg selama ini mereka lakukan...

demokrasi,contohnya,dilihat hanya sekadar pemilihan seorang pemimpin

oleh rakyat atau hanya proses pengambilan keputusan yg sama dengan musyawarah

atau sekadar kebebasan untuk mengungkap pandapat dan mengkritik penguasa...

dari situ muncul anggapan bahawa demokrasi tidak bertentangan dengan islam...

kita seakan-akan melupakan bahawa demokrasi adalah sebuah sistem politik

yg muncul dari aqidah sekularisme dengan prinsip2 asasnya yg bertentangan dengan

islam...demokrasi merupakan istilah barat,oleh presiden AS Abraham Lincoln dalam pidato Gettysburg(1863) dikatakan sebagai pemerintahan dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat...

prinsip asas demokrasi yg paling mendasar adalah kedaulatan rakyat...

suara rakyat dianggap sebagai sumber hukum(source of law) yg paling asa dan paling tinggi..kerana itu,kebenaran harus didasarkan pada suara rakyat..rakyat mempunyai otoriti mengangkat dan memberhentikan pemimpin...rakyat juga berhak membuat

peraturan dan undang2 kerana mereka adalah pemilik kedaulatan melalui wakil2 mereka di parlimen...

berdasarkan prinsip penting ini perkara yg benra dan salah kemudian ditentukan

oleh suara manusia atas nama suara rakyat..

dalam islam sangat jelas bahawa kedaulatan bukanlah di tanga rakyat,tetapi di tangan syariah..sumber hukum satu-satunya(mashdar al-hukmi) adalah al-quran dan as-sunnah...

ALLAH berfirman yg bermaksud:

jika kalian berselisih faham dalam suatu perkara,hendaklah kalian merujuk

ALLAH(al-quran)dan Rasul-Nya(as-sunnah)[QS AN-NISA:59]

dengan berpegang teguh pada dua perkara ini,kita tidak akan tersesat...

inilah sabda Rasulullah yg bermaksud:

aku meninggalkan untuk kalian dua perkara dan kalian tidak akan sesat selam berpegang teguh pada keduanya,iaitu kitabullah dan sunnahku[HR AL-HAKIM]

dengan itu,demokrasi dengan islam bertolak belakang..berbezaan secara

mendasar,demokrasi dengan islam dilihat dari sumber kedaulatan ini..

memang,baik dalam islam mahupun demokrasi rakyatlah yg memilih pemimpin.namun,syarat pemimpin dalam sistem demokrasi dan islam berbeza...

dalam islam,di antara syarat pemimpin adalah wajib beragama islam dan lelaki.

sistem demokrasi tentu tidak mensyaratkan hal itu..

syura dalam sistem islam juga berbeza dengan demokrasi..

kata Syeik Abdul Qadim Zallum(1990),demokrasi bukanlah syura,kerana syura ertinya

adalah meminta pendapat(thalab ar-ra'y).sebaliknya,demokrasi adalah suatu

pandangan hidup dan kumpulan ketentuan untuk seluruh konstitusi undang2 dan sistem(pemerintahan)..

jelas,dilihat dari sejarah kemunculan sistem demokrasi yg berasal dari barat,prinsip asa,berikut mekanisme yg ada di dalamnya,demokrasi tidak ada hubungannya dengan islam..

sistem ini bahkan bertentangan 100% dengan sistem islam...

sistem ini adalah sistem kufur..

dalam islam,tasyabbuh(menyerupai/meniru-niru) orang2 kafir jelas

diharamkan..apalagi meniru dan melaksanakan sistem ideologi mereka yg kufur..

berkaitan dengan Syeik Ali Belhaj(pemimpin senior FIS Aljazair)dalam bukunya,

Ad-Damghah al-Qawiyyah li Nasfi Aqidah ad-Dimuqrathiyah,mengutip pertanyaan Sayyid Qutb tentang haramnya tasyabbuh ini..

Sayyid Qutb mengatakan,Rasulullah melarang keum muslim bertasyabbuh dalam pakaian dan penampilan,gerak-geri dan tingkah laku,perkataan dan adab..

sebab,di sebalik semua itu terdapat perasaan batin yg membezakan

konsep,manhaj dan watak jamaah islam dengan konsep,manhaj dan jamaah lainnya..

Rasulullah juga melarang kaum muslim untuk menerima hukum/aturan/ideologi selain dari ALLAH...padahal manhaj yg ALLAH berikan kepda umat ini adalah

untuk diwujudkan di muka bumi....

Share:

0 manusia berfikir:

Post a Comment

Chat with me