Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

21 July 2012

Ramadhan: Lain negara, lain hari?


Assalamualaikum. Ramadhan kembali lagi...

Moga Ramadhan kali ni, yang terakhir tanpa Khilafah. Seriously, saya sangat-sangat bersedih hati dan tak puas hati. Apa pasal Malaysia puasa lambat? Negara lain dah puasa dulu. Apa pasal tak sama? Kenapa perlu lain-lain tarikh? Kalau dah nampak anak bulan, automatically seluruh umat Islam kena puasa. Bukan lain negara, lain puasa!

Bila saya cakap semalam(20 Julai) dah start puasa, ada pula banyak yang tak percaya. Ada yang cakap "kalau semalam puasa, apa pasal ulama' tak bersuara." "Kita kena ikut negara Malaysia sebab kita tinggal kat sini." Dan banyak lagi. Seriously, ramai yang tak percaya.

Maklumlah, dah bagitau awal-awal kat kalender, kat tv pun dah cakap yang 21 Julai puasa, mana boleh tetiba ada orang cakap semalam puasa. Takkanlah orang senang-senang nak percaya kan? Ni memang hakikatnyalah kan.
Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, 1 Syawal haram puasa tau. Jangan lupa tu.
Tak rasa bersalah ke puasa hari lain dengan negara lain? Sedihlah tahun ni....
Share:

12 July 2012

Jawabanmu itu telah menggoncang hati ini.


Rasulullah dalam mendakwahkan Islam tidak pernah menyimpang sedikitpun, meskipun hanya sehelai rambut. Beliau tidak menyimpang sedikitpun dari Islam, meskipun di hadapan beliau ada berbagai kemanfaatan dan kemaslahatan.

Kerana sifat konsisten beliau dan tidak mahu diajak kompromi meski hanya sedikit saja, membuat tokoh-tokoh jahiliyah frustasi. Sekan semua usaha mereka dalam membungkam gerakan dakwah menghadapi jalan buntu.

Setiap usaha dan makar mereka, dapat dipatahkan oleh Rasulullah. Mereka betul-betul memendam amarah yang selalu menggelora. Sehingga akhirnya, mereka mendatangi Abu Thalib agar dia mahu menasihati Rasulullh supaya menghentikan dakwah beliau.

Mereka berkata
"Wahai Abu Thalib, anda adalah seseorang yang kami tuakan. Kami hormati dan kami muliakan anda. Dan kmi telah meminta anda agar melarang anak saudaramu itu. Akan tetapi, rupanya tidak engkau hiraukan. Sungguh, demi Allah, kami tak tahan lagi menahan kesabaran mendengar cemuhan terhadap nenek moyang kami, ejekan terhadap orang-orang cerdik pandai kami, penghinaan terhadap tuhan-tuhan pujaan kami. Bila anda masih belum hendak mencegah perbuatannya itu, marilah kita berperang tanding, biar salah satu di antara kita celaka."
Abu Thalib pun segera memanggil anak saudaranya, lalu ia berkata, "Wahai anak saudaraku, kaummu telah mendatangiku dan membicarkan tentangmu denganku. Maka jagalah dirimu dn kasihanilah aku. Janganlah aku diberi beban yang aku tidk sanggup memikulnya.

Mendengar permintaan pak cik beliau yang sudh tua, dengan ungkapan-ungkapan yang penuh iba dan belas kasihan, apa yang mesti disampaikan Rasulullah?

Rupanya orang yang selalu berdiri di samping beliau selama ini hendak berlepas tangan darinya. Rupanya pelindung yang selama ini membentengi beliau dari berbagai ujian dan cubaan hendak melepaskan beliau.

Beliau langsung menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan
"Wahai pak cik ku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, tidaklah aku ingin meninggalkannya, sampai Allah memenangkanku atau aku tewas kerananya."

Allah... Jawaban lelaki sejati... Ya Rasulullah... :')

Copy from buku Kota Roma Menanti Anda, karya Muhammad Choirul Anam. Dan beberapa perkataan telah diubah kepada Bahasa Melayu.
Share:

02 July 2012

Kenapa Tak Jaga Pergaulan?

Assalamualaikum, moga ceria dan dilindungi-Nya selalu.

Kalau tengok orang yang bukan berfikiran Islam or kita akan panggil orang tu bukan 'islamic', bila dia couple or tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan maybe kita akan anggap "ala, biasa la tu. depa belum tau agi tuh". Ok, fine.

Tapi, kalau tengok orang yang dikatakan 'islamic' or berfikiran Islam bercouple dan tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan kita pasti akan anggap "astaghfirullah, apa dah jadi ni?" Pandangan masyarakat automatically akan terus anggap orang tu 'teruk'. Samalah macam pandangan saya juga.

Bagi saya, dua-dua sama jer. Tak kisahlah kau tu hebat dalam agama or tak, kalau kau tak jaga pergaulan, aku akan terus anggap kau sebagai orang yang "rupanya kau pun sama je. tak de istimewa pun. harap agama je hebat, tapi kalau tak jaga pergaulan kau terus jadi tak hebat!" (penggunaan kau/aku sekejap ye)

Saya sangat-sangat sakit mata apabila melihat ada manusia yang kononnya islamic tapi tak jaga pergaulan tak kisahlah kat alam yang nyata (realiti) atau kat laman sosial lebih-lebih lagi kat facebook ye. Bagi yang terasa, saya tak tau nak cakap apa. Cuma nak cakap, baguslah kalau terasa. Kalau tak terasa nanti tetap tak nak jaga pergaulan. Allahu'alam.

Music kat blog ni sedih, macam nak nangis je.
Share:

19 June 2012

Pejuang Muda

Pejuang muda,
Kau adalah intan baiduri,
Dicelah-celah percikan api,
Berselerakan di tungku si tukang besi,
Andai kau di meja jauhari, 
Tentu kau disanjung tinggi. 
Namun mutu menentu sari, 
Bila tak hancur dicincang tukul, 
Bila tak lebur digayang api, 
Gagahmu akan dirangkul, 
Tekatmu akan dipuji.
Hitam bertahun di tungku besi.
Di mahkota jua serimu menanti. 
Pejuang muda, Ayuh, Berdiri! 
Julang gagah tekatmu tinngi!
Sampai jam di dinding usiamu berhenti! 
Namun detik amalmu tidak kan mati, 
Selama bumi masih berdinginkan bulan, 
Berpanaskan mentari.

Credit: psw
Share:

10 June 2012

The Ummah Need Khilafah

Assalamualaikum. Saya rasa sedih dan tak gembira sebab sekarang ni dah tak buat entry pasal Khilafah. Rasa diri ni macam teruk bebeno. Orang lain sibuk cerita pasal institusi teragung, aku sibuk pasal lain pula. Malunya.

Seluruh dunia digemparkan dengan keinginan yang membuak-buak terhadap sesuatu yang boleh mensejahterakan dunia dan seisinya. Dan itulah Khilafah. Umat Islam memerlukan Khilafah kerana saat ini kehidupan mereka bahkan seluruh manusia dan juga dunia sesisi menghadapi kesengsaraan.

Dengan adanya sebuah institusi yang agung ini, yang mana sistem Islam dapat diterapkan dan umat Islam sejahtera di bawah naungan Khilafah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [al-Anbiya: 107]
Rasulullah menyeru manusia agar menjadikan Islam sebagai satu-satunya sistem kehidupan. Jika Islam dijadikan sebagai panduan hidup dan sistemnya diterapkan, maka rahmat Allah akan melimpah ke seluruh alam kehidupan.

Tanpa Khilafah, lihatlah apa yang terjadi. Dengan adanya akal fikiran, berfikirlah anda dengan baik dan bijak. Allah SWT tuhan kita dan Muhammad SAW adalah Rasul kita, maka kita wajib taat. Wallahu'alam.

Share:

03 June 2012

Redhailah Hubungan Kami

Assalamualaikum. Kepada remaja yg sedang couple, sila baca kat bawah ni. Sebab realitinya ada manusia yang selalu doa agar hubungan cinta berkekalan sampai mati. Bahkan mak ayah pun amik tak peduli malah sokong anak buat maksiat.
Sebesar mana pun kau cinta dia, tapi kau tak menikahi si dia, jangan harap Allah nak redha hubungan kau. Sebab hubungan tu belum halal!
Apa yang saya nak ringkaskan kat sini sebenarnya nak cakap, kalau nak bercinta kahwin je la ye. Tak perlu couple-couple. Kalau nak couple, couple dengan orang yang sah jadi pasangan hidup korang. Kalau belum sah, jangan harap Allah nak redha.

Kalau korang rasa hubungan couple korang tu lama, tu tak bermakna Allah redha. Itu tandanya Allah nak uji sejauh mana maksiat yang korang buat. (Maksiat itu sesuatu yang Allah larang kita buat, Allah perintah kita ingkar)

Hidup ni tak selamanya indah. Bahagia mahupun derita, dua-dua adalah ujian. Jadi, kalau kita bahagia, bersyukurlah. Jika kita derita, bersabarlah dan berdoalah. Moga Allah sentiasa merahmati kita.
Wallahu'alam.


Share:

01 June 2012

Muslim yang hebat 2

Saya mengambil kata-kata ini adalah daripada facebook saya. Dan ciri-ciri Muslim yang hebat sentiasa menjadi status facebook saya. :)
"Muslim yang hebat hatinya bergetar tatkala pekataan 'Allah' didengari."
Share:

Muslim yang Hebat 1

Assalamualaikum. Hari ni sekadar nak memuhasabah diri sahaja. Ingin mengatakan seseorang yang hebat itu bagaimana. Dan akan ada banyak lagi ciri-ciri manusia yang bergelar muslim yang hebat. InsyaAllah akan saya kongsikan nanti.
‎"Muslim yang hebat adalah muslim yg mencintai syahid"
p/s: Ramai yang mengimpikan syahid di jalan Allah. Jadi, doalah supaya dapat mati syahid dunia akhirat. :)
Share:

31 March 2012

Orang Kalau dah Suka...


Orang kalau dah suka seseorang, mesti tak endahkan kata-kata orang yang cakap buruk pasal orang yang dia suka tu. Macam kawan sayalah, dia suka seseorang, bila saya cakap orang yang dia suka tu macam lain macam, dia kata orang yang dia suka tu bukan macam tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti cakap sanggup buat apa je kan. Lagilah bila orang yang sedang dilamun cinta. Cakap macam-macam, sanggup itulah sanggup inilah. Sampai sanggup mati. Alah, banyak je kita tengok orang yang macam tu kan.

Orang kalau dah suka seseorang, hidupnya akan asyik berangan je. Tak habis-habis fikir pasal orang yang dicintai. Malah satu jam tak fikir pasal orang tu tak sah! Kalau ada gambar orang yang dicintai, hah tak habis-habis tenung je gambar tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti selalu nak jumpa dan tengok orang yang dicintai tu kan. Kalau tak jumpa atau tak dapat tengok, mesti rasa gelisah dan tak lalu makan kan. Ni biasa sangat dah. Banyak kali saya nampak!

Orang kalau dah suka seseorang, tak sah kalau tak buat orang yang dicintai tu sedar akan kehadiran diri. Mesti nak tunjuk hebat depan orang yang dicintai. Kalau ada benda tak kena kat diri, mesti tak nak si dia yang dicintai tu sedar akan benda yang tak kena tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti buat baik dan layan dengan layanan yang baik bila dengan orang yang dicintai. Kalau dengan orang lain dia cakap kasar, dengan orang yang dicintai dia cakap sopan dan lemah-lembut je.

Orang kalau dah suka seseorang, sanggup perhabis duit untuk beli sesuatu yang diminta oleh orang yang dicintai. Kalau tak beli takut orang yang dicintai marah dan merajuk. Kalau orang yang bijak, lempang je kalau ada yang materialistik. (MELAMPAUNYA SAMPAI NAK LEMPANG-LEMPANG)

Itulah hakikatnya...
Kata cinta, tapi itu hanya sementara. Tengoklah bila kahwin nanti, adakah perasaan cinta kekal? Tapi, kalau cinta berdasarkan syariat(cinta selepas nikah), insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. Allah 'alam.
Share:

03 February 2012

Ujian: Hidup ini Ujian


Assalamualaikum. Hari makin hari, pengalaman bertambah. Daripada kita tak tau sesuatu perkara, jadi kita tau. Daripada kita tak boleh buat, jadi kita boleh buat.

Sama juga dengan ujian. Semakin kita "manusia yang hebat", semakin berat ujian yang menimpa. Bukan mudah untuk sabar dan tabah. Dari SABAR lah lahirnya TABAH. Alangkah hebat manusia yang sangat-sangat sabar akan ujian yang menimpa dia. Dia boleh hadapi ujian dengan tenang dan tau macamana nak selesaikan sesuatu masalah. Paling penting, dia selalu ingat Allah.

Mungkin bagi kita hal sabar itu sesuatu yang remeh, tapi sabar itu sesuatu yang di sisi Allah adalah sifat yang mulia. Mungkin boleh juga kita contohkan dengan pejuangan. Kita melihat ada manusia yang tetap istiqamah dalam perjuangan yang dibawa. Tidak kisahlah sama ada perjuangan itu yang haq atau yang bathil.


Manusia yang memperjuangankan yang haq sering mendapat ujian berupa kesusahan. Allah menguji mereka dengan ada manusia yang tidak menyukai apa yang mereka bawa seperti dakwah. Manusia yang tidak suka itu bersungguh-sungguh menghalang dakwah mereka. Tapi, mereka tetap sabar dan tabah dan sentiasa berserah kepada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang akan memenangkan mereka jika Allah menghendaki.

Manusia yang memperjuangkan kebathilan pula Allah uji dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Sehingga mereka lebih cintakan dunia daripada Allah dan Rasul. Apa yang mereka kata berupa dusta dan sia-sia. Jika mereka kata sesuatu yang berkaitan dengan Islam, boleh jadi itu hanyalah untuk mendapat pujian dan undi atau lebih kepada nak orang percaya.

Hidup ini banyak ujiannya. Senang itu juga ujian. Bersyukurlah kita saat Allah menguji kita. Bersyukurlah kita ketika apa pun masanya. Bahkan setiap detik kehidupan kita ini ujian. Allah tidak akan menguji hamba-Nya tanpa kemampuan hamba-Nya untuk menghadapi ujian itu.

Ada manusia yang nak Islam, nak perjuangkan Islam tapi cara mereka salah. Mereka memandang beberapa konsep yang HARAM itu HALAL. Bahkan ada juga daripada mereka yang sedar akan kebathilan itu. Bukankah kita kata Rasulullah itu wajib kita teladani?

Jika Rasulullah itu suri tauladan kita, wajib bagi kita untuk ikut segala yang wajib yang Rasulullah buat. Kalau tidak, 100% kita telah melakukan kebathilan. Pilihan yang kita buat mestilah tepat dan tidak dimurkai Allah. Jika kita tersalah pilih, kembalilah kepada kebenaran. Wallahu'alam.

Share:

30 December 2011

Di Mana-mana Manusia Berzina!


Assalamualaikum. Dua hari yang lalu, saya disuruh untuk mengasahkan otak untuk bagitahu budak-budak pasal pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Ramai yang hanya endah tak endah dengan perkara ni. Ramai yang tak tahu dan ramai juga tahu.

Masih ramai di luar sana yang tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mungkin mereka fikir itu tidak penting dan tidak berdosa selagi tidak berlakunya zina. Pada hakikatnya, zina itu wajib dicegah dari awalnya pergaulan.

Ramai yang tidak menutup aurat ketika berada di khalayak manusia yang bukan mahram walaupun di rumah mereka. Bagi mereka, itu rumah, wajarlah tidak menutup aurat. Dalam Islam, Aurat hanya boleh dibuka apabila bersama mahram. Sepupu, Isteri kepada pak cik(untuk lelaki), Suami kepada mak cik(untuk perempuan) kita tidak boleh melihat aurat kita dan orang luar juga haram melihat aurat kita.

Perkara ini bukan perkara yang remeh! Haram berchatting/bersms dan berborak dengan lain jantina yang bukan mahram kita tanpa ada urusan penting dan mustahak. Ia bagi mencegah pergaulan yang bebas.

Peringkat-peringkat terjadinya zina:
☊ Berkawan
☊ Chatting
☊ Minta nombor/sms/calling-calling
☊ Minta gambar
☊ Nak jumpa/dating/khalwat
☊ Main cubit-cubit, pukul-pukul, kejar-kejar
☊ Couple
☊ Pegang-pegang/berpimpin/peluk/cium(ini semua boleh terjadi kerana ia tidak dijaga)
☊ ZINA
Mesti ramai di antara kita yang mempunyai kawan lelaki bagi perempuan dan kawan perempuan bagi lelaki. Mesti kalau ada apa-apa masalah je kita cerita kat kawan yang lain jantina dengan kita kan? Mesti ada cubit-cubit peha, gelak-ketawa sama-sama, gurau senda, main kejar-kejar. Itu semua merupakan perkara biasa bagi manusia zaman sekarang yang tidak menjaga pergaulan.

Tapi tahukah kita, ini semua haram dan perlu dibatasi serta dicegah! Kerana semua ini boleh membawa kepada zina. Lihatlah, betapa banyaknya kejadian zina di Malaysia. Para pemangku pemerintahan tidak melakukan apa-apa selain daripada melihat dan membuat penyelesaian yang tidak Islami. Mereka menggunakan akal mereka untuk menyelesaikan, bukan dengan Islam! Maka, perkara zina tidak akan pernah selesai kerana mereka tidak mengambil Islam sebagai penyelesaian.

Bagi perempuan yang mempunyai adik angkat lelaki/abang angkat dan bagi lelaki yang mempunyai adik angkat perempuan/kakak angkat, sila jangan mengAdakan nama-nama seperti itu. Kerana dalam Islam tidak ada istilah itu. Saya lihat sekarang ini, manusia mempunyai yang berANGKAT-angkat ni sering tidak menjaga pergaulan. Padahal mereka bukan mahram dan aurat wajib dijaga!

Tidak boleh sesuka hati bergaul persis macam adik-beradik sendiri! Antara lelaki dan perempuan kalau ada hal penting pun perlu cakap jauh-jauh. Tak boleh sesuka hati nak duduk dekat-dekat. Wallahu'alam..
Share:

25 December 2011

Jatuh Hati Tak Apa.


Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-sayang / nama sendiri)
Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil-manggil.
Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden.
Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan
handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam ‘nauzubillah’.
Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”.
Atau “saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.
Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic, Handset Islamic, Skype Islamic,
Alasan lagi, “sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh,
ASSALAMUALAIKUM lagi”. Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah
direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan
topeng islamik tapi penuh polemik.
Waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis ‘muah muah’.
Waktu cakap , “apa yang boleh ana bantu?”. Waktu mesej, I love u.
Jangan ingat iman dah power. Sebab iblis lagi senior.
Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
0rang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.
Jadi, hati-hati dengan pertunangan, waspada dengan cinta sebelum kahwin.
Sumber: Tumblr
Share:

16 December 2011

2 Malam 2 Hari yang...


Hari Rabu hingga hari Jumaat ni, saya dengan kakak dan 2 sepupu saya tidur rumah nenek sedara saya. Tujuan kitaorang adalah untuk belajar tajwid dengan harfiah. Tapi, harfiah tak buat pun. Ok la tu kan daripada tak buat langsung.

Kitaorang belajar surah Yaasin dengan al-Fath. Best belajar tajwid. Banyak juga yang saya tak tau pasal bunyi sesuatu perkataan tu bila ia dah termasuk dengan ini dan itu. Hehe..

Nenek sedara saya ada juga cerita sikit-sikit pasal surah tu, kitaorang mendengar dan mengingatlah kata-katanya dan sebagai motivasi juga.

Kitaorang kat sana duduk sembang je kalau masuk bilik. Tapi sembang-sembang kitaorang pun, bukan sembarangan ye. Bukan yang mengarut-ngarut tapi boleh membangkitkan pemikiran sebab setiap kata-kata tu akan membuatkan kitaorang berfikir dan bincang sama-sama.

Nenek sedara saya ada mengucapkan kata-kata yang saya rasa mungkin bagus bagi sesiapa yang nak jaga mata.
Bacalah al-Quran selalu kerana al-Quran merupakan penawar dan boleh memulihkan penglihatan.
Dia ada cakap juga kalau nak jadi seorang yang selalu ingat apa yang dihafal, jangan selalu ketawa dan sentiasalah rajin mengaji dan macam-macam lagi. Tu je la kot. Assalamualaikum.
Share:

23 October 2011

Berbahagialah kelompok yang ke-3


Assalamualaikum, sudah lama saya tak update blog. Exam pun masih belum habis, tapi masih gatal nak menaip. Tak pe, saya nak memotivasi diri anda dan juga diri saya juga. Isi entry ini saya petik daripada buku "Kota Roma Menanti Anda". Sesiapa yang ingin beli, dapatkan di tempat-tempat yang ada jual. Atau pun anda bolehlah hadir ke [konferens] untuk membeli buku tersebut dan turut sama hadir untuk berjuang untuk mengubah dunia. Bahkan boleh juga hadir ke aktiviti lain yang dianjurkan HTM.

Bismillahirrahmanirrahim...
Terdapat tiga kelompok manusia di dunia ini. Pertama, kelompok yang cinta akan kekufuran yang di mana mereka sangat benci akan perubahan ke arah Islam. Cara kehidupan mereka juga cara hidup seperti orang kafir walaupun mereka beragama Islam. Kelompok ini selalu rasa bahawa harta dunia lebih bermakna dibandingkan Allah dan Rasul.

Mereka mengerahkan seluruh tenaga untuk menghalangi perubahan ke arah Islam kerana mereka lebih cinta akan kekufuran yang menyebabkan kerosakkan dunia. Sehebat mana pun mereka menghalangi perubahan, ia pasti akan tetap terjadi, pabila masanya telah tiba. Bahkan, mereka sentiasa berasa bimbang dan takut. Mereka tahu bahawa pasti akan berlaku perubahan, kerana itu mereka menghalanginya. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang rugi dunia dan akhirat.

Kedua, kelompok yang tidak prihatin akan masalah yang lain. Mereka hanya mementingkan dirinya serta keluarganya. Bak kata mulut manusia zaman sekarang "kubur lain-lain, kau urusan kau, aku urusan aku". Kelompok ini adalah kelompok yang hanya melihat sahaja dengan mata apa yang terjadi, tetapi langsung tidak mengendahkan.

Kelompok ini sungguh ramai kerana pekerjaan yang dia lakukan adalah tidak mengerjakan apa-apa. Ia bahkan hanya mencari makan untuk diri dan keluarganya sahaja. Cukup untuk berasa senang dalam hidup bagi mereka! Padahal, di akhirat nanti, mereka pasti akan di soal oleh Allah yang Maha Adil. Kerana, Allah menciptakan manusia bukan hanya untuk menjadi pemerhati atau sekadar untuk meraih kekayaan. Tetapi untuk mengabdi kepada Allah dalam segala bentuk. Mereka adalah orang-orang yang tidak menjalankan peranannya sebagai hamba Allah.

Ketiga, kelompok yang mahu melakukan perubahan agar kehidupan ini menjadi lebih baik. Mereka tahu bahawa hidup ini adalah untuk meraih redha Allah. Mereka faham bahawa tugas mereka adalah untuk menegakkan Islam yang akan menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Bahkan mereka tidak hanya mempedulikan diri sendiri dan keluarga, mereka juga prihatin akan masyarakat dan dunia.

Kelompok ini sanggup mengorbankan harta, tenaga, fikiran dan juga diri-diri mereka demi tertegaknya keadilan Islam. Mereka melakukan itu semua kerana Allah semata-mata. Mereka adalah manusia "besar" walaupun nampak "kecil" jika dilihat dengan kaca mata duniawi.

InsyaAllah, dengan tangan-tangan mereka dunia ini akan berubah. Merekalah penerus perjuangan Rasulullah yang akan membebaskan dunia ini sehingga tidak ada satu jengkal tanah di dunia ini dibiarkan terdapat kezaliman dan kekufuran. Kelompok ketiga inilah orang-orang yang beruntung dunia dan akhirat.

Jadi, di kelompok manakah kita. Kelompok satu, dua atau tiga? Jika anda adalah kelompok ketiga, berbahagilah anda kerana:
Yang memilih anda adalah Allah, Sang Pencipta alam semesta. Yang memuji anda adalah Rasulullah, pemimpin para nabi. Betapa hebat apa yang anda lakukan sehingga Rasulullah memuji anda sebagai orang-orang yang berbahagia. Masihkah ada kebahagiaan lain dibanding pujian Rasulullah?


Share:

03 October 2011

Beberapa Sebab Kenapa Couple Tak Best !

Assalamualaikum , huh ! agak penat hari ni , bahkan dahaga (tau2 je la sebab apa) . alhamdulillah , tak de masalah yang timbul hari ni kat sekolah , rasa pun agak tenang je .tapi , ada musibah yang menimpa kawan saya . dia tak sihat . kawan dia cakap (kawan saya jugaklah) "dia demam , kena virus" . waktu tu kawan2 saya yang lain pun ada .

Diorang rasa pelik kenapa saya macam sengih2 je . nak tau sebab apa ? sebab saya tak percaya . mana taknya , pagi tadi kawan saya yang sakit tu call saya yang dia tak pergi sekolah sebab tak sihat , tak tanyalah pulak sakit apa . yang kawan dia tu cakap dia kena virus tu semalam . ni yang pelik ni , dan tersengih2/ketawa kecil . . haha . . =.=" sepatutnya orang sakit macam tu mana larat nak bangun kan2?
Moga kau cepat sembuh kawan , jaga diri ye . . esok datanglah sekolah . .


Oklah , berbalik pada topik asal . seperti yang diketahui ramai , couple tu haram . dan banyak sebab kenapa couple tak best . kenapa saya cakap tak best ? ok , just tengok dulu orang yang couple ye . tak payah jauh2 tengok , tengoklah yang kat sekeliling , ala kawanlah atau diri sendiri yang couple tu . amacam ? apa yang korang rasa bila couple ? ( ce bagi respon korang sikit , sikit je tak banyak) . bahagiakah ? or masalah ?

Sebab2 Couple Kurang Best Malah Tak Best !


  • first sekali mestilah sebab nanti dah kahwin tak rasa nikmat kasih sayang kat pasangan (faham nikmat tak?)
  • banyak maksiat yob(kawan) !
  • dapat tau keburukkan pasangan , nanti kahwin dah rasa kurang best . lebih baik tau lepas nikah kan ? (up to you lah)
  • nanti orang sekeliling (seperti saya) akan rasa menyampah tengok . uihh !! geli yob !
  • ada orang pandang hina nanti , bukan saya je ramai lagi tau
  • nak calarkan maruah sebagai seseorang yang beragama Islam ke ??
  • dan banyak lagi
ok ,entry ni kejam tak ? kalau anda rasa kejam , cuba baca hadis Rasulullah :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan kemaluan hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya : “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.

Hadis berkenaan dua2 agak sama , dan perlu kita fahami , sumber hukum umat Islam ada 4 iaitu al-quran , hadis , ijma' sahabat dan qiyas . jadi berpegang teguhlah dengan keempat2nya . Mungkin ada beberapa orang yang akan baca entry ni pernah ditegur mengenai couple ni , so respon anda terhadap teguran tu apa ? adakah anda menghentam penasihat or menerima dengan hati yang terbuka . ok , tak dinafikan setiap manusia pasti melakukan kesalahan . meskipun begitu , perlulah kita ingat , insaflah sebelum terlambat . jangan cakap dah insaf selagi tidak menampakkan amalan anda . (harap faham)


Best ke korang couple ? nikmat ke couple ngan pasangan korang ? senikmat mana huh ? ish3 , meski tak zina , tapi still zina lain kan ? tak salah nak suka orang , tapi tak perlu nak couple yob . dan kalau tak couple pun , tak perlulah nak ingat dia selalu dalam minda , nanti jadi zina hati . (nasihat untuk saya jugak =.=")
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Hadis ni untuk hal2 yang penting je sekiranya untuk berjumpa dengan lain jantina selain daripada keluarga sendiri . tak denya istilah couple islamik ok ! hope korang sedarlah ye . insyaAllah Allah tolong . sehingga berjumpa lagi di lain entry . assalamualaikum .
Share:

28 August 2011

para pemimpin umat Islam pengkhianat !

assalamualaikum . . kembali lagi untuk update blog . rasa macam lama beno tak update . dah nak raya dah kita kan , rasa macam sayang beno nak tinggalkan bulan ramadhan . tahun depan , agak2nya dapat tak lagi kita hadir pada bulan ramadhan ? hmmm . . macamana persiapan raya korang ? balik kampung tak ? saya tak balik , raya kat sini je . tapi , tetap jugak akan meriah .


janganlah seronok sangat ye , sebab dunia ni masih diperintah oleh sistem kufur , takkan kita redha je ??? kita wajib pejuangkan kembali Islam supaya memimpin kembali dunia dan dari situlah kemuliaan akan kita raih ! jika Islam sudah menaungi dunia , sudah pasti penindasan terhadap umat Islam akan berakhir , tapi kita sebagai yang beragama Islam kenalah jugak usaha dengan sangat2 kuat kerana penindasan tu tak akan berakhir tanpa kerja tangan umat Islam sendiri dan juga tanpa izin Allah . kalau nak perkara tu terjadi , perlu ada usaha yang kuat untuk memperjuangkan Islam .

lihatlah dunia , bukalah mata !! umat Islam adalah saudara kita kerana kita juga beragama Islam . darah umat Islam sentiasa jatuh ke bumi setiap saat akibat pembantaian yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan juga musuh2 Islam . jika ada pemimpin yang hanya mengutuk perbuatan keji musuh2 Islam kerana menindas umat Islam tapi tidak menghantar tentera untuk memerangi musuh2 Islam tersebut , itu tidak melambangkan yang pemimpin itu peduli akan umat Islam !

sebaliknya , dia lagi suka melihat umat Islam dibantai . kerana apa ? sekiranya dia peduli dan takut akan Allah , dia pasti akan mengisytiharkan perang ke atas musuh2 Islam . jika hanya berani mengatakan di akhbar2 atau media2 massa yang dia benci akan pebuatan musuh2 Islam , itu boleh sahaja dinamakan hipokrit . lihatlah , betapa dia menghabiskan duit rakyat dan bersenang2 dengan kekayaan yang dimiliki hasil daripada kerja merompak hak rakyat ! bukalah mata anda , para pemimpin umat Islam langsung tidak memikirkan rakyatnya , dia hanya tau memikirkan kekayaan dia dan kekayaan yang dia akan raih ! inikah pemimpin yang disenangi ??!

mungkin kita di Malaysia tidak rasa akan kesusahan , tapi jika kita benar2 buka mata dan hati serta fikiran kita , sudah pasti kita akan rasa betapa peritnya hidup di bawah sistem sekularisme kapitalisme ! sistem ini mencengkam kehidupan kita . sistem ini yang melahirkan berbagai2 maksiat . sistem ini yang melahirkan manusia yang cinta akan harta duniawi dan sama sekali tidak takut akan Allah ! betapa peritnya . . . umat Islam ditindas , hanya manusia yang prihatin sahaja dan organisasi2 kecil sahaja yang menghulurkan bantuan kemanusiaan . tapi , para pemimpin umat Islam buat apa ?! apakah mereka sedang nyenyak tidur sementara berjuta-juta umat Islam dibunuh dan dibantai ?! kenapa tidak menghantarkan bantuan ketenteraan ke atas mereka ?!
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim] 
di mana pemimpin yang bertaqwa ?! di mana pemimpin yang amanah dalam menjadi khalifah ?! di mana pemimpin yang sanggup tidak tidur , makan dan minum kerana takut di akhirat kelak Allah akan bertanya tentang rakyat yang dipertanggung jawabkan ke atasnya ?!

mereka langsung tidak berasa aib apabila mereka bersalaman dengan musuh2 Islam yang selama ini sering menumpahkan darah umat Islam malah mereka redha musuh2 Islam membunuh umat Islam !!! sampai bila kita mau berdiam diri , saudara kita dibantai !!! kita perlu melakukan perubahan dengan bersama2 tegakkan kembali Khilafah . yakinlah , Khilafah merupakan janji Allah dan Allah pasti tidak akan memungkiri janji ! raihlah kemuliaan dengan menegakkan kembali Khilafah .


Share:

02 August 2011

sedihnya diri ni , tak terkata . .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لا اله الا الله محمد رسول الله

Assalamualaikum , tadi saya singgah blog seorang muslimah . dan saya betul2 tertarik denga entry dia . bolehlah dibaca jika ingin baca . setanggi permata

malam ni pulak , kat masjid ada seorang imam yang baca surah dalam solat dengan gaya bacaan macam Muhammad Taha . subhanallah , syahdu dan merdunya tak dapat nak digambarkan . *kalau nak tau siapa Muhammad Taha al-Junayd tu , bolehlah search kat youtube ye . nescaya anda pasti suka :)


pernah tak anda rasa sedih pabila bersendirian dan mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan ? pernah tak ketika tu anda menangis mengenangkan dosa2 yang semakin lama semakin banyak ? pernah tak anda rasa betapa lemahnya diri tanpa Allah ? sungguh , rugilah jika ada yang tidak pernah rasa begitu . terkadang , sungguh sombong diri manusia sehinggakan tidak mau berdoa kepada Allah . mungkin ingat kepada Allah pun amat jarang . nauzubillah . .

moga kita semua diredhai Allah . . jangan lupa untuk sentiasa ingat kepada Allah . .
"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [HR Bukhari Muslim].
Share:

01 August 2011

Tak suka manusia yang cinta bola sepak!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

assalamualaikum . . hahaha . . agak "mengancam" tajuk entry ni . hahahaha . . ada sesiapa marah pasal tajuk entry ni ? entry ni merupakan pendapat saya sebagai seorang muslimah yang sangat benci akan semangat assobiyyah/wathaniyyah dalam kalangan umat Islam sendiri . jadi , korang sebagai muslim/muslimah , bacalah pandangan saya yang agak serba kurang ni . moga muhasabah ni dapat menyedarkan hati/jiwa dan pemikiran kita bahawa betapa Rasulullah sangat melarang sikap patriotisme/nasionalisme/wathaniyyah/assobiyyah !

INGAT !!!
Nabi saw bersabda,"Agama itu nasihat".Kami (para sahabat)bertanya,"untuk siapa?"Nabi saw menjawab:"untuk Allah,Kitab-Nya,Rasul-Nya,​para pemimpin kaum muslim dan untuk kaum muslimin secara umum."
(HR Muslim,Abu Dawud,An-Nasa'i)

saya sebagai manusia yang tak menonton perlawanan bola Malaysia vs Singapore pun saya tau apa yang berlaku *tu pun sikit2 je la ye . ada yang cakap nagara Singapore sengaja nak melengah2kan masa . ada yang cakap diorang main tipu . ada yang cakap tak pe la , biarlah Alah balas perbuatan Singapore tu . ada yang hentam sini hentam sana sampai nak separuh mati je saya tengok . ish2 . . macam tu sekali ke peminat fanatik bola sepak tanah air ? perghh !! mantop tu kan ?! apa ke jadahnya orang Islam nak buat macam tu ? tak de otak ke apa ? tu hanya bola je weh ! tak bawa pi mati pun bola tu . ada kewajipan yang paling agung yang belum kau laksanakan ! penegakkan Khilafah tu belum terlaksana lagi yob ! cepatlah tegakkan Khilafah . berdosa besar umat Islam sebab membiarkan maksiat berleluasa tanpa ada hukum Allah yang dikenakan ke atas pelaku maksiat !

ish3 . . apalah nak dipuja sangat si pemain bola sepak . . diorang tu hanya manusia biasa yang mempunyai skill yang hebat dalam bermain bola . Malaysia kalah pun bukan sebab negara lain main tipu or apa2 je . dah memang kurang bernasib baik , tak perlulah nak salahkan negara lain . sedarlah sikit , korang semua diuji dengan dunia . korang semua diuji sama ada korang pentingkan bola sepak atau kewajipan ! saya tau , mesti ada manusia separuh nak mati disebabkan Malaysia kalah . nak mati sebabkan bole ? huh ! dosa tu ! lebih menyesal sebab bola daripada sebab tak berusaha nak tegakkan Khilafah ?! wahai umat Islam , sudahkah kau sedar betapa kafir barat laknatullah telah memasukkan ideologi mereka ke dalam fikiran dan jiwa2 kalian sehinggakan kalian lupa betapa ada kewajipan yang terbesar untuk kalian tegakkan ?!

para pemimpin umat Islam di seluruh dunia menyeru rakyatnya agar cinta akan negara , agar menyerapkan dalam jiwa anak2 muda bahawa kita wajib mempunyai semangat patriotisme/nasionalisme/wathaniyyah/assobiyyah ! dan inilah anak muda dan seluruh masyarakat dunia mengikuti . maka dengan ini , saya ingin mengambil sebuah artikel daripada http://villailmu.wordpress.com/ . moga anda akan sedar betapa ada hadis palsu yang dibenamkan dalam akal kita supaya kita mengatakan ia hadis sohih ! nauzubillah . .

SOAL :
Ustadz tolong jelaskan status hadits “hubbul wathon minal iman” (cinta tanah air sebagian dari iman) .

JAWAB :
Ungkapan “hubbul wathon minal iman” memang sering dianggap hadits Nabi SAW oleh para tokoh [nasionalis], mubaligh, dan juga da`i yang kurang mendalami hadits dan ilmu hadits. Tujuannya adalah untuk menancapkan paham nasionalisme dan patriotisme dengan dalil-dalil agama agar lebih mantap diyakini umat Islam.

Namun sayang, sebenarnya ungkapan “hubbul wathon minal iman” adalah hadits palsu (maudhu’). Dengan kata lain, ia bukanlah hadits. Demikianlah menurut para ulama ahli hadits yang terpercaya, sebagaimana akan diterangkan kemudian.

Mereka yang mendalami hadits, walaupun belum terlalu mendalam dan luas, akan dengan mudah mengetahui kepalsuan hadits tersebut. Lebih-lebih setelah banyaknya kitab-kitab yang secara khusus menjelaskan hadits-hadits dhaif dan palsu, misalnya :

1. Kitab Tahdzirul Muslimin min al-Ahadits a-Maudhu’ah ‘Ala Sayyid al-Mursalin karya Syaikh Muhammad bin al-Basyir bin Zhafir al-Azhari asy-Syafi’i (w. 1328 H) (Beirut : Darul Kutub al-Ilmiyah, 1999), hal. 109; dan

2. Kitab Bukan Sabda Nabi! (Laysa min Qaul an-nabiy SAW) karya Muhammad Fuad Syakir, diterjemahkan oleh Ahmad Sunarto, (Semarang : Pustaka Zaman, 2005), hal. 226.

Kitab-kitab itu mudah dijangkau dan dipelajari oleh para pemula dalam ilmu hadits di Indonesia, sebelum menelaah kitab-kitab khusus lainnya tentang hadits-hadits palsu, seperti :

1. Kitab Al-Maudhu’at karya Ibnul Jauzi (w. 597 H);

2. Kitab Al-Ala`i al-Mashnu’ah fi Al-Ahadits Al-Maudhu’ah karya Imam as-Suyuthi (w. 911 H);

3. Kitab Tanzih Asy-Syari’ah al-Marfu`ah ‘an Al-Ahadits Asy-Syani’ah Al-Maudhu`ah karya Ibnu ‘Arraq Al-Kanani (Lihat Mahmud Thahhan, Taysir Musthalah al-Hadits, hal. 93).

Berikut akan saya jelaskan penilaian para ulama hadits yang menjelaskan kepalsuan hadits “hubbul wathon minal iman”.

Dalam kitab Tahdzirul Muslimin karya Syaikh al-Azhari asy-Syafi’i hal. 109 tersebut diterangkan, bahwa hadits “hubbul wathon minal iman” adalah maudhu` (palsu). Demikianlah penilaian Imam as-Sakhawi dan Imam ash-Shaghani.

Imam as-Sakhawi (w. 902 H) menerangkan kepalsuannya dalam kitabnya al-Maqashid al-Hasanah fi Bayani Katsirin min al-Ahadits al-Musytaharah ‘ala Alsinah, halaman 115.

Sementara Imam ash-Shaghani (w. 650 H) menerangkan kepalsuannya dalam kitabnya Al-Maudhu’at, halaman 8.

Penilaian palsunya hadits tersebut juga dapat dirujuk pada referensi-referensi (al-maraji’) lainnya sebagai berikut :

1. Kasyful Al-Khafa` wa Muziilu al-Ilbas, karya Imam Al-‘Ajluni (w. 1162 H), Juz I hal. 423;

2. Ad-Durar Al-Muntatsirah fi al-Ahadits al-Masyhurah, karya Imam Suyuthi (w. 911 H), hal. 74;

3. At-Tadzkirah fi al-Ahadits al-Musytaharah, karya Imam Az-Zarkasyi (w. 794 H), hal. 11.

(Lihat Syaikh al-Azhari asy-Syafi’i, Tahdzirul Muslimin min al-Ahadits a-Maudhu’ah ‘Ala Sayyid al-Mursalin, hal. 109)

Ringkasnya, ungkapan “hubbul wathon minal iman” adalah hadits palsu (maudhu’) alias bukanlah hadits Nabi SAW.

Hadits maudhu’ adalah hadits yang didustakan (al-hadits al-makdzub), atau hadits yang sengaja diciptakan dan dibuat-buat (al-mukhtalaq al-mashnu`) yang dinisbatkan kepada Rasulullah SAW. Artinya, pembuat hadits maudhu` sengaja membuat dan mengadakan-adakan hadits yang sebenarnya tidak ada (Lihat Syaikh al-Azhari asy-Syafi’i, Tahdzirul Muslimin, hal. 35; Mahmud Thahhan, Taysir Musthalah al-Hadits, hal. 89).

Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Muslim, meriwayatkan hadits maudhu’ adalah haram hukumnya bagi orang yang mengetahui kemaudhu’an hadits itu serta termasuk salah satu dosa besar (kaba`ir), kecuali disertai penjelasan mengenai statusnya sebagai hadits maudhu’ (Lihat Syaikh al-Azhari asy-Syafi’i, Tahdzirul Muslimin, hal. 43).

Maka dari itu, saya peringatkan kepada seluruh kaum muslimin, agar tidak mengatakan “hubbul wathon minal iman” sebagai hadits Nabi SAW, sebab Nabi SAW faktanya memang tidak pernah mengatakannya. Menisbatkan ungkapan itu kepada Nabi SAW adalah sebuah kedustaan yang nyata atas nama Nabi SAW dan merupakan dosa besar di sisi Allah SWT. Nabi SAW bersabda :

“Barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, hendaklah ia menempati tempat duduknya di neraka.” (Hadits Mutawatir).

Terlebih lagi Islam memang tidak pernah mengenal paham nasionalisme atau patriotisme yang kafir itu, kecuali setelah adanya Perang Pemikiran (al-ghazwul fikri) yang dilancarkan kaum penjajah. Kedua paham sesat ini terbukti telah memecah-belah kaum muslimin seluruh dunia menjadi terkotak-kotak dalam wadah puluhan negara bangsa (nation-state) yang sempit, mencekik, dan membelenggu.

Maka, kaum muslimin yang terpasung itu wajib membebaskan diri dari kerangkeng-kerangkeng palsu bernama negara-negara bangsa itu. Kaum muslimin pun wajib bersatu di bawah kepemimpinan seorang Imam (Khalifah) yang akan mempersatukan kaum muslimin seluruh dunia dalam satu Khilafah yang mengikuti minhaj nubuwwah. Semoga datangnya pertolongan Allah ini telah dekat kepada kita semua. Amin. [ syiar-islam.web.id]

sudahkah terjawab tentang hadis maudu' tersebut ? mungkin korang pernah dengar pasal hadis maudu' tu kan ? mungkin juga tidak . dan saya akan selitkan hadis Rasulullah tentang pengharaman assobiyyah/wathaniyyah/nasionalisme/patriotisme .
Rasulullah bersabda :
"Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah" [HR Abu Dawud]
Di dalam hadis yang lain, Nabi ketika ditanya tentang nasionalisme, rasisme dan patriotisme, baginda menjawab:
"Tinggalkanlah ia tidak berguna" [HR Bukhari dan Muslim]
daripada kita duk fikir separuh nak mati pasal bola ni dan kecewa , lebih baik kita fikir macamana nak bebaskan saudara kita di negara2 umat Islam seluruh dunia yang menderita dek kerana penindasan ke atas mereka . mereka lapar , mereka cedera , mereka terbunuh , mereka dirogol , mereka dihentam , maruah mereka dicabut oleh sang laknatullah , nyawa mereka diragut sesuka hati , mereka tidak punya tempat tinggal malah menjadi pelarian di negara sendiri , pemimpin mereka dan juga pemimpin kita langsung tidak menghiraukan mereka malah makin bergembira dengan pemimpin kejam laknatullah no 1 dunia ! mereka tidak punya pembela . siapa yang mahu membela mereka ? insyaAllah , dengan adanya Khilafah tidak lama lagi , nyawa/harta mereka akan dijaga . hidup mereka akan aman , dan mereka akan hidup di bawah rahmat Allah ! tidak berguna mempunyai pemimpin yang langsung tidak sayang akan rakyat !

usahlah menyanjungi pemain bola sepak negara . usahlah mengatakan pemain bola sepak negara adalah pejuang ! kerana mereka langsung tidak berjuang untuk Islam ! mereka memperjuangkan perkara yang lagha dan ia tidak membuahkan hasil selain murka Allah . yang layak dikatakan pejuang adalah manusia yang sanggup mengorbankan jiwa , tenaga , masa , harta semata2 untuk Islam . sungguh , tidak lama lagi , perkara yang lagha ini pasti akan dihapuskan dek kerana semangat nasionalisme nya ! sedarlah , kita telah ditipu oleh kata2 manusia yang mewajibkan kita untuk cinta akan negara !
 merdeka tak lama lagi . adakah anda ingin mengibarkan jalur gemilang ? adakah sepenuhnya kita sudah merdeka sedangkan pemikiran kita masih dijajah ! jangan bersikap patriotisme/nasionalisme ! nak taat pemimpin yang tak taat Allah ke nak taat Allah wa Rasulullah ?
saya tengok , manusia yang diberi gelaran "islamik" juga kemain menyesal sebab Malaysia tak menang . sepatutnya mereka lebih serius dalam mengetahui disebalik semangat yang ada kat penyokong2 bola sepak . jangan cakap separuh nak mati disebabkan perkara2 yang langsung tak bawak faedah ye . sebab ia mungkin menyebabkan dosa .  segala kekerasan kata , tersilap kata , tersakitkan hati korang mohon dimaafkan . saya hanya sampaikan apa yang benar . nak terima atau tak , terpulanglah sebab korang mempunyai akal fikiran yang sempurna . jadi , gunalah akal untuk menilai mana yang dapat pahala , mana yang dapat dosa . sekian . .
Share:

24 July 2011

hidup ini sudah makin singkat . .


 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum . . kembali lagi saya untuk update blog setelah beberapa hari tak update blog . saya tau baru je 2 hari , tapi rasa macam lama bebeno . sejak 2 menjak ni , banyak manusia yang memuhasabah saya dengan muhasabah yang alhamdulillah sangat2 banyak . kepada mereka yang telah memuhasabah sedikit demi sebanyak , moga Allah merahmati hidup kalian dan disinari dengan cahaya kebenaran setiap masa . amin . .

saya tau , setiap manusia tidak terlepas daripada sebarang kesilapan meski sebesar zahrah pun termasuk saya . sekali kita melakukan kesalahan , perlulah menginsafinya . janganlah berasa diri sudah cukup mulia . saya pun masih banyak lagi dosa , dosa dengan Allah , sesama manusia . Allah , hanya Engkau je yang tau betapa banyaknya dosa ini . moga kita semua dilimpahi rahmat-Nya dan keredhaan-Nya . amin .


alhamdulillah , selama saya berada di dunia ini dan sehingga sekarang sudah ramai yang menyedari akan peri pentingnya pengembalian semua sistem Islam ini untuk memimpin dunia . alhamdulillah . . sehari demi sehari , hati mereka telah terbuka dengan kecantikan sistem Islam . dunia sudah sangat2 parah akibat dipimpin oleh sistem kapitalisme sekularisme . lihatlah dunia ini , berlakunya bencana yang dahsyat sana sini . berlakunya kemunduran ekonomi yang sangat luar biasa . berlakunya hutang negara yang berlipat kali ganda banyaknya . berlakunya kemaksiatan yang sangat2 tidak terkawal . maka dengan adanya itu semua itu , kita sudah rasa betapa tidak lama lagi Islam pasti akan memimpin dunia kerana itu merupakan janji Allah !
ya Allah , sungguh hamba inginkan mati syahid dunia akhirat . kurniakanlah ya Allah . kurniakan juga mati syahid dunia akhirat kepada manusia yang inginkannya . amin . .
alhamdulillah , kerana urusan saya dan keluarga dipermudahkan oleh Allah . sungguh saya sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas , alhamdulillah . di sekolah , walaupun suasananya tidak tenang dan banyak maksiat berlaku , saya masih mampu untuk bertahan kerana Allah membantu saya untuk tetap bertahan . tanpa Allah , siapalah saya . . sungguh kadang2 tu hati saya sangat2 terluka disebakan perangai murid2 di sekolah bagai tidak punya akal yang sihat . sikap mereka tidak dapat saya gambarkan di sini kerana betapa runtuhnya akhlak remaja sehinggakan guru yang memberikan nasihat dengan cara yang baik juga dihentam ! moga Allah memberikan mereka petunjuk . amin . .


saya tau , saya seorang budak yang berumur 14 tahun yang masih belum cukup berpengalaman dalam hidup . meskipun begitu , saya juga sudah banyak melihat bermacam2 jenis perangai manusia manusia . ada yang tahap pemikiran mereka cetek . ada yang mendalam , dan amat jarang yang perfikiran cemerlang/mustanir *saintis pun tidak memiliki pemikiran cemerlang seperti ini . walau apa pun , marilah menjadikan tahap pemikiran kita , tahap yang cemerlang/mustanir .

sebelum saya mengakhiri entry saya pada hari ni , saya ingin meminta maaf kepada anda semua kalau2lah tidak lama lagi masa saya akan tiba . sungguh , saya rindu akan sistem pemerintahan Islam , saya rindu akan Khilafah . moga saya sempat untuk marasai hidup di bawah naungan Daulah Khilafah . dan saya nak ingatkan beberapa perkara , jika anda nak mati syahid dunia akhirat , berdoalah . insyaAllah pasti akan Allah kurniakan . :)

Share:

22 July 2011

misi mencucuk mata !

assalamualaikum . . haha . . saya rasa sangat2 kelakar bila tengok si lelaki lama beno tengok perempuan yang cantik2 ! apa yang diorang fikirkan dalam hati eh bila nampak je perempuan cantik/cun/comel ?haha . . kalau kat sekolah , memang banyak je saya tengok si lelaki tengok perempuan kemain lama !

saya nak cadangkan kat anda semua , kalau nampak je lelaki tengok perempuan lama2 tak kisahlah sebab apa2 pun (tapi kena tanya dulu tau) atau kalau dia cakap sebab comel/cantik jom lakukan ni :
  • cucuk mata lelaki tu (kalau berani tanggunglah)
  • lempang dia
  • tolak muka dia ke tepi (ni pun ok je)
  • jentik mata dia
  • nasihatkan dia baik2 (inilah yang terbaik)


hahaha . . punyalah ganaskan ? kalau berani , buatlah ye . kalaulah korang cucuk mata lelaki tu , mesti dia jadi buta , mata dia mesti berdarah punya . haha . . idea tu tak berapa bagus . tapi , lebih bagus tak nampak , daripada mata ni bermaksiat !
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur:30)
Dari Jarir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu :
“Aku bertanya kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam tentang memandang secara tiba-tiba, maka Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa ‘alahi wasallam memberi perintah kepadaku : “Palingkanlah pandanganmu”. (HR. Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda kepada Ali Radhiyallahu Anhu, “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak.” (HR. Tirmidzi dan Abu Dawu).
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (An-Nur:31)
oleh itu , jagalah pandangan ye . jangan suka2 je nak pandang ! nanti saya cucuk mata anda ! haha . . tapi , apa2 pun , jangan tak bersyukur sebab ada mata dan cakap "lebih baik tak ada mata daripada tengok benda bukan2" . sungguh mata itu kurniaan Allah , dan kita harus peliharanya . indah di mata , tak semestinya betul . ok , jom periksa iman ! :)
Share:

Chat with me