08 February 2011

fikir kenapa ?

Assalamualaikum . . begitu lama tak update blog (padahal tak sampai seminggu ) . kawan2 sihat tak ?
entry kali ni , mungkin akan ada manusia yang tak puas hati . sebelum terlambat , ana nak minta maaf kalau ada yang tak berpuas hati dengan ana . harap maafkan ye .

cuba kawan2 fikirkan dan kenangkan balik ceramah2 yang kawan2 'pernah' dengar tak kiralah di mana2 pun . ceramah tu tentang apa ? solat , fardhu ain , berakhlak mulia , kisah nabi2 , para sahabat atau lain2 ? cuba fikir balik . kalau ada ceramah yang di antaranya seperti di atas , sila fikir lagi . ana nak tanya soalan ni .
  • kenapa eh , kalau ceramah je , mesti cerita tentang solat , akhlak ?
  • kenapa eh , kalau ceramah je atau forum2 , mesti macam tak de penyelesaian yang hakiki (Islam) ?
  • kenapa eh , para ustaz ustazah nak menyorokkan yang haq ?
  • kenapa eh , tak de cerita tentang pemerintahan Islam ?
cuba kawan2 fikir kenapa ?
jawapan kawan2 ? ? ___________________________________________________

kawan2 pernah tak pergi ceramah yang menceritakan tentang sistem Islam ? pernah ?
kalau kelas agama je , mesti ana ada tak puas hati dengan kata2 ustazah ana . nak tau kenapa ? sebab ia bertentangan dengan Islam . ada banyak sangat buku2 sekarang ni yang bertentangan dengan Islam . kawan2 cuba teliti betul2 secara detail ! tak percaya ? kenalah belajar Islam dengan sedalam2nya .
kenapa mesti nak rahsiakan yang haq ? kenapa ceritakan yang bathil ? kawan2 , yang haq dan bathil tidak boleh dicampur-adukkan . tapi , sekarang apa cerita eh ?

ramai para manusia yang berilmu dengan ilmu Islam takut nak sampaikan kebenaran . apa yang menghalang mereka ? kenapa para ulama' sekarang takut nak katakan yang haq dihadapan pemimpin dan umat manusia ?! kenapa ? takut akan pemimpin ke ? pemimpin boleh tangkap ? tangkap jelah ! Allah ke pemimpin yang mempunyai kuasa hakiki ? siapa tuhan ? Allah atau pemimpin tu ? wahai para manusia yang alim ( berilmu ) kenapa tidak mengatakan umat Islam wajib bersistemkan dengan sistem Islam bukan sistem kufur sekularisme , demokrasi ?! kenapa ?


kenapa tak mengatakan bahawa Khilafah wajib ditegakkan bagi seluruh manusia yang bergelar umat Islam ? kenapa tidak memuhasabah pemimpin ? kenapa tidak menghalangi pemimpin daripada melakukan maksiat ( lakukan larangan Allah dan tinggalkan perintah Allah ) ? kenapa ?!

kawan2 , pernah terfikir akan hal ini ? kalau ye , memang kawan2 nak Islam tegak kembali . syabas untuk diri kawan2 .
“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
cuba kita check diri kita , adakah kita seperti hadis Rasulullah di atas ? kebanyakkan manusia dan hampir seluruh manusia yang sikapnya seperti hadis Rasulullah di atas iaitu cintakan dunia takut akan mati . tidak dinafikan , ada juga manusia yang alim ( mempunyai banyak ilmu ) bersikap tersebut . ini bukan kata2 kosong , tapi realiti . manusia tak maksum ( terpelihara daripada melakukan dosa ) . jadi , tak mustahillah .

kawan2 , jika sampai kepada kawan2 walaupun hanya 1( sedikit ) ilmu , sampaikanlah kepada manusia yang lain . tak susahkan ? jom semangatkan diri untuk melakukan perubahan di dunia untuk mengembalikan Islam .

Allah bersama kita . 



Share:

2 manusia berfikir:

  1. saya nak mjawab..tp ilmu pon x cukup..tapi kalau betul lah macamni keadaannya..memang rugi la,bila yg sepatutnya kita harapkan dah tak lagi boleh diharap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Kalau nak diceritakan dgn panjang lebar pun, adik ni kan baru berumur 14 tahun dan masih bersekolah. Bkn masalah krn ada ni masih muda tetapi sptmana Sabda Rasulullah saw,`Apabila kamu menceritakan semua perkara yang kamu ddengar dariku, seolah2 kamu telah melemparkan kulit kering kepadaku` riwayat Muslim .
    Bukan bermakna ada ilmu2 yg disembunyikan tetapi dlm keadaan skrg fitnah berlaku berleluasa dimana kesemua hak2 milik telah dirampas, mana ada lagi pembelaan dan keadilan yg dipelihara. Tidakkah adik pernah dengar juga Rasulullah saw bersabda,`Allah merahmati seseorang yg mrk kenal zamnannya` riwayat Bukhari.
    Cuba lihat pada sirah Rasulullah saw, pada keadaan macamanakah Rasulullah saw dan para sahabat r.ahum. berhadapan dgn musuh2 spt yg ternyata dlm Surah AlAnfaal:60. Malah ketika dlm peperangan Badar (Surah AliImran:122)Rasulullah saw dan tentera muslimin cuba mengelak mungkin tetapi apabila bertemu, takdir utk berperang mesti diteruskan (Itupun dgn adanya Daulah). Ada ketika, kita perlu byk2 sabar, jgn minta disegerakan krn sistem itu, Allah SWT yg tentukan dan berdoa kpd Allah SWT. Kesabaran tu merupakan ujian dari Allah SWT utk menghadapi rintangan dan mehnah sewaktu memerintah nanti spt berlakunya para nabi yg UlulAzmi (Surah AsSyura:43 dan Surah Alahqaf:35) Wallahualam

    ReplyDelete

Chat with me