30 June 2011

budak berkaca mata

saya tak tau nak cakap apa . saya tertarik sangat tangok orang pakai spek mata , lagi2lah bingkai spek tu warna hitam . perghhh !! lawa . . suka suka . dahlah beberapa hari yang lalu dapat beli spek mata baru bingkai warna hitam . lawa . . haha . . (ayat macam budak yang jakun)

saya peliklah , sejak bila tah saya suka orang yang pakai spek .
adakah kerana saya juga pakai spek ? oh , tidak kot .
saya lagi suka kalau tengok lelaki pakai spek .
nampak smart n kemas . nampak macam budak pandai. *terlebihlah pulak

ok la . tu je kot . moga Allah permudahkan segala urusan umat Islam . assalamualaikum .
ya Allah , tabahkan diri untuk menghadapi manusia . amin .


Share:

korang nak kawan yang macamana ?

assalamualaikum semua . . hari ni kita cerita pasal kawan nak ? hmmm . . kawan macamana yang korang suka ? sebelum tu , saya nak kemukakan ciri2 seorang kawan :
  1. yang ambil berat pasal diri kita
  2. baik dan memahami
  3. bila kawan dgn dia rasa sangat2 gembira
  4. bila pandang wajah dia , hati tenang
  5. yang sentiasa ada waktu susah dan senang
  6. tidak pandang status kita
  7. berkawan dengan sesiapa je (tapi memilih kawan rapat)
  8. yang sentiasa menasihati kita (mengajak kita ke arah kebaikan)
dan lain2 . . korang nak yang mana ? mesti susah nak pilihkan , sebab tu semua ciri2 yang baik . kalau tak pun , mesti kita semua nak pilih semua kan . . maklumlah , siapalah yang tak nak kawan yang macam tu kan ?? korang pernah dapat kawan yang macam tu tak ? korang rasa suatu hari nanti korang akan dapat kawan macam tu tak ? jauhnya angan2 . .


kawan2 korang ada tak seperti ciri2 dia atas walaupun hanya satu ciri je ? mesti ada kan ?? kalau ada tu alhamdulillah . . kalau tak de , hmmm . . . nampaknya , korang kenalah jadi seperti kat atas tu dulu , baru akan korang dapat kawan yang macam tu . senang tak ? mungkin susah sikit , sebab banyak halangan . kadang emosi tak menentu . . jadi , jangan mengalah ! *macam pelik je .

tapi , saya lebih suka kawan yang sentiasa nasihatkan saya kalau saya buat salah dan mengajak saya ke arah kebaikan . sekaligus dia akan jadi kawan yang memahi , yang menyenangkan hati , yang sentiasa ada waktu kita senang dan susah dan lain2 lagi .

kalau dapat kawan yang dapat menggembirakan kita , tak semestinya benda yang menggembirakan kita benda yang betul/tak berdosa . macam jugak kawan yang memahami perasaan kita . tak semestinya dia akan memperbetulkan kesalahan kita kalau kita buat salah . kadang2 tu , kita cakap kat dia perasaan kita yang kita ni benci kat seseorang . dia pulak sokong tindakan kita . sepatutnya dia kena nasihatkan kita supaya tak boleh benci sesama manusia . .

terpulanglah kepada pendapat korang , yang penting , kena pandai pilih kawan rapat . sebab , kawan tulah yang menunjukkan sebenarnya diri kita . bagi saya , kawan dengan sesiapa tak salah , asalkan dapat protect diri daripada terpengaruh dengan kawan2 yang tak elok .

tapi , saya tak berapa suka sangat nak bercakap dengan lelaki , saya just anggap kawan walaupun tak pernah bercakap sepatah pun dengan dia atau cakap sekali je . saya tak de sorang pun kawan rapat lelaki . kalau saya ada , maksudnya saya ni kategori perempuan yang tak jaga pergaulan . . sedih rasa kalau digolongkan dalam golongan tu . korang nak ke ?

yang pasti , korang mesti ada kawan rapat lelaki kan ? korang jaga tak pergaulan ? korang ada main pukul2 tak ? korang ..... hmmm . . fikirlah sendiri ye . korangkan ada akal kan . pandai2lah jaga diri daripada dosa ye .
ok , apa2pun , hidup ni adalah pilihan . tentukanlah hidup korang dengan sebaik2nya . nak masuk syurga perlu taat perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya .
akhir kata , assalamualaikum . .
Share:

20 June 2011

manusia hari ini . .

manusia hari ini seringkali lupa atau buat2 lupa , asyik2 fikir seronok aja . nak seronok tak salah . tapi , mestilah kena fikir masa akan datang jugak . sudah cukupkah kita mempersiapkan diri kita untuk alam yang kekal nanti ? sudah cukup amalan dan dah jamin ke kita akan dapat syafaat daripada Rasulullah di akhirat kelak?

tengoklah akhlak remaja zaman kini , betapa runtuhnya akhlak remaja . hanya fikir nak memuaskan nafsu , tanpa mengira dosa yang harus ditanggung . maksiat , bukan hanya melakukan dosa2 besar seperti zina , riba' , rasuah , menghina Islam , menghalang agama Allah daripada ditegakkan , mengkufuri nikmat Allah sahaja . maksiat itu tidak taat perintah Allah dan melakukan apa yang Allah larang .

jom kita teliti dan renung kembali situasi pada zaman ini . adakah aman hidup kita ? adakah sudah tenang 100% hati kita dan adakah kita redha dengan apa yang terjadi di sekeliling kita tanpa melakukan apa2 perubahan ?

yang paling membencikan apabila seseorng melakukan maksiat , lepas tu boleh pulak nak bangga ! apa kes nak bangga2 buat benda yang terkeji tu ? tak rasa bersalah ke ? lepas tu boleh pulak buat muka tak boleh blah(muka berlagak) bila nak lakukan maksiat tu ! huh ! sungguh amat rugilah mereka2 yang langsung tak rasa takut akan azab-Nya . .


cuba korang perhatikan di sana sini , mesti banyak punya maksiat lagi2lah pergaulan bebas ! belambak sana sini ! tak percaya pergilah ke luar yang ramai orang . mesti korang akan nampak sesuatu yang sangat menjijikkan apabila maat memandang . nak lihat orang berpegangan tangan antara lain jantina dan belum menikah pun dah rasa geli , apatah lagi nak pegang tangan ngan lelaki yang bukan mahram . tapi , tak taulah kan kalau ada orang tak rasa geli dan buat jugak benda tu .

kes rompak , minum arak , judi , rasuah , tak tutup aurat pun berlambak kat pasaran !!! kalau benda2 ni dilakukan oleh orang yang beragama Islam memang dia akan dipandang hina oleh mata masyarakat ! kalau masyarakat tak pandang hina tak taulah nak cakap apa dah . kalau orang yang melakukan maksiat dan telah bertaubat , alangkah bagusnya dan alhamdulillah .
seseorang muslim yang melakukan dosa besar akan nampak lebih hina daripada orang kafir yang melakukan maksiat !
belum lagi kes riba' ! kes riba' lagi banyak kat dunia ni ! tengoklah , siapa je yang tak amik riba' ??? (kecuali muslim yang takut azab Allah) .  kereta , rumah dan lain2 bukan main besar kedabak . mungkin riba ' mungkin tidak . bersangka baik je la . .

kat sekolah banyak aja budak tak tutup aurat . dedah rambut , dedah leher , dedah . . . =.=" tak rasa malu ke apa ? tak perlu nak cakap "belum sedia lagi" ! kalaulah Allah tarik nyawa esok , bila nak bertaubat yobb ?? bila ? menyesal tak sudah punya ! tak perlu nak tonjolkan rambut yang konon2nya cantik . "panaslah kalau pakai tudung" . memanglah agak panas . tapi kat akhirat nanti beribu2 kali ganda panas . menggelegak otak tau tak ??!!

cuba korang bayangkan pulak betapa rosaknya sistem yang memerintah dunia sekarang . sistem ni rosak . sistem kufur demokrasi/sekularisme/kapitalisme yang berasal daripada manusia dan bersifat bathil ! kenapa pihak kerajaan tak nak tukar sistem ni kepada sistem yang berasal daripada Allah Sang Pencipta Peraturan untuk manusia ?? !!

mungkin korang tak rasa betapa teruknya sistem ni , tak pe2 . . suatu hari nanti korang pasti akan tau betapa teruknya betapa busuk dan rosaknya sistem ni . sebab suatu kes/masalah yang berlaku seperti kes buang bayi dan lain2 , tak pernah selesai walaupun ada pihak yang buat "hukum sendiri" . kes Anwar Ibrahim lagilah belum selesai . kalaulah dah amik Islam dan jadikan Islam sebagai peraturan/sistem pemerintahan , sudah pasti semua kes yang ada kat dunia ni dapat dan dah diselesaikan . sistem yang bathil seperti sistem kufur menambahkan lagi masalah kat dunia ni .

fikirlah apa yang saya cakap dekat atas tu ye . kalau betul2 nak berubah , insyaAllah korang boleh punya . doalah banyak2 , sebab doa tu sangat2 penting dalam hidup kita . doa tu senjata orang yang beriman . janganlah rasa hidup kat Malaysia ni sungguh aman sentosa sebab tak ada bencana teruk ! sebab suatu hari nanti Allah pasti akan menurunkan azab-Nya kat Malaysia selagi Malaysia tak ubah sistem kepada sistem Islam . dekat Malaysia ni berlambak maksiat yang berleluasa , kalau Allah kata jadi , maka jadilah ia tak kiralah bila2 pun , cepat atau lambat . . wallahu'alam . . 
Share:

19 June 2011

Border keliling blog !

ok . . assalamualaikum . . semalam ada seorang manusia tanya macamana nak buat border keliling blog . so , hari ni saya nak buat tuto pasal tu . sila ikut step ni ye . .

bukak design - edit HTML .

cari kod #outer-wrapper { atau
#content-wrapper {
( kalau tak de , sila pandai2 cari kod yang bersamaan dengan kod tersebut ye . )

pastekan kod ni bawah kod tadi :
border-bottom:0px #ffaca7 solid;
border-top:0px #ffaca7 solid;
border-left:0px #ffaca7 solid;
border-right:0px #ffaca7 solid;

kalau nak tambah dia jadi lebih menarik ( tak nak pun tak pe ) boleh tambah (hanya pengguna mozilla firefox) :

-moz-border-radius-topleft:0px;
-moz-border-radius-topright:0px;
-moz-border-radius-bottomleft:0px;
-moz-border-radius-bottomright:0px;

Panduan :
untuk tulisan warna ungu , anda boleh  tukarkan kepada size border yang anda suka ye .
tulisan warna  coklat tu untuk kod warna yang anda nak .
tulisan warna hijau pulak bolehlah diubah mengikut size yang bersesuaian .



Share:

17 June 2011

Jom hadir ke 3K !

assalamualaikum . . hey korang ! happy dan semangatnya hari ni . saya jemput orang ramai datang ke Konferens Kebangkitan Khilafah . korang , datanglah ramai2 ye . jangan ketinggalan peluang hebat ni ! rugi tau ! kalau korang kurang tau tentang Khilafah dan langsung tak pernah tau malah tak pernah dengar , silalah hadiri konferens tersebut ye .

saya jemput ramai kawan2 sekolah saya untuk datang . tak terkatalah , semangat tinggi ! saya tak de apa nak cakap sangat ni . just nak bagitau hadirlah ke konferens tersebut ye kawan !

jangan lupa baca SN minggu ni , menarik betul fakta sejarah yang mungkin korang tak pernah tau langsung ! baca jangan tak baca ! [ SN ]


dan video trailer kat bawah :



Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam)
Share:

11 June 2011

benci giler giler ! !

assalamualaikum semua . . ayat kemain marah . . haha . . saja je nak buat tajuk macam tu . tu biasanya ayat budak yang saya kureng suka . sebab perkataan gila tu bahasa yang teruk , tapi orang gila tak teruk . selalu je dengar orang cakap macam ni "lawa gila/hodoh gila/bengang gila/gedik gila/terer gila/jahat gila/pandai gila/teruk gila" . hahaha , kelakar juga ayat kurang supan yang digunakan di ataskan ?? mesti korang pun pernah guna ayat tu kan ? kalau kawan saya guna perkataan gila tu , mesti saya akan cakap " lawa tak de gila/pandai tak de gila/teruk tak de gila/hebat tak de gila/bengang tak de gila" . lepas tu diorang pun gelak2 la . . haiyyo ! janganlah gelak .

ok , sebenarnya saya benci atau kureng suka akan manusia yang tak jaga pergaulan antara lain jantina . korang jaga pergaulan tak ? macamana cara bergaul korang ngan lain jantina ? korang ada cuit-muit tak ? ada main kejar2 ? ada duduk rapat2 tak ? kalau ada , kenapa mesti buat macam tu ? kan Islam dah atur hubungan lelaki dan perempuan mesti dijaga . tak boleh senang2 hati nak buat apa yang disukai !

ada pulak tu , siap bawa kawan masuk rumah bahkan masuk bilik . . bila orang tegur dia cakap " biarlah , kawan je lagipun" . hahaha , menyampah ! kawan ? wei ! kawan memanglah kawan , tapi tak perlu nak ajak masuk rumah . dosa ! kita tak tau apa ada dalam hati dia , entah2 dia fikir . . . hah ! habislah . . =.=" pergaulan harus jaga kawan . jangan main sedap2 je kau kawan ngan sapa yang kau suka . jangan kau marah saya bila saya tegur kau ye kawan . jangan berlagak kau dah pandai sangat ye kawan sampai orang tegur kau tak endahkan . kawan , nasihat kena terima , couple haram tau kawan ! berkawan ada batas2nya .

gambar siapalah ni ye , main amik je . .

saya pernah nampak sorang lelaki sebaya saya peluk kawan perempuannya yang cina kat sekolah sebab kawan dia tu baru datang sekolah . saya pandang muka kawan saya dan terus cakap " yekksss ! tak malu ke apa ?! " . geli tengok ! maksiat depan mata ! tak sangka budak lelaki yang saya sangkakan dia tu jenis yang ok , tiba2 peluk perempuan ! apa kejadahnya tu ?!
budaya barat semuanya nak ikut ! elok sangatkah budaya barat tu ?!
apabila lelaki dan perempuan buat study group sama2 , rasa2nya diorang tu study atau borak2 hal yang tak faedah ? ke layan perasaan masing2 ? or apa eh ? bak kata sayalah kan " studylah sangat ! =.= " . lelaki yang mempunyai iman dan juga perempuan yang mempunyai iman , hendaklah menahan pandangan . janganlah bila buat study group , tetiba lelaki cakap macam ni kat perempuan tu " mata awak lawalah " sambil lelaki tu tersenyum. perghh !!! lelaki yang tak tunduk pandangan sungguh . dan ia dah saya tolak daripada ciri2 lelaki idaman !

saya rasa korang sendiri pun dah tau yang pergaulan dalam Islam kan ??! walaupun korang tau , tapi korang still lakukan . nilah yang dinamakan iman kat bawah . . tak naik . kalau naik iman tu , dah tentu korang takkan buat maksiat . iman ni turun naik turun naik . jadi , sentiasalah naikkan iman tu ye . kalau nampak maksiat depan mata , silalah nasihatkan orang yang buat maksiat tu supaya tak buat maksiat dan takut azab Allah akan menimpa atau korang hanya benci dalam hati dan jauhkan daripada tempat maksiat tu ye .



rasanya tu je la kot . kalau korang ada pendapat silalah komen ye . dan jangan lupa naikkan iman ye . Isnin ni sekolah , mulakan sekolah dengan hati yang ceria ye walau ada sesuatu yang merunsingkan fikiran dan hati tak tenang . . senyum selalu . . :D
Share:

09 June 2011

tolong jangan pasang lagu kat blog . .

assalamualaikum . . yeaahh !! hari ni buat post baru lagi . . nak cakap pasal apa2 je yang boleh dicakap dan diberitahu . . dah nak sekolah dah kan , cuti dah nak habis . rasa macam takut pulak nak ke sekolah . adalah sebabnya , tak perlu bagitau kat sini . hmmm . . apalah akan jadi kat sekolah nanti ye ? adakah akan berjalan seperti biasa atau akan jadi lebih baik dan menggembirakan atau akan jadi teruk dan menyakitkan ? huh ! banyak betul yang difikirkan .

apakah keputusan exam saya dan kawan2 ? ok ke tak ? harap sangat2 dapat keputusan yang menenteramkan hati . kalau tak , hati akan kecewa .

tak pe la , doa je la agar dipermudahkan segala urusan . hey korang , korang ada pasang lagu kat blog tak atau korang pernah pergi tak blog yang ada pasang lagu ? apa pendapat korang ? hmm . . saya nak bagi tau pendapat saya , jom baca . .
  1. pertama sekali mestilah ia sangat bising !!
  2. bila dah bising tu semestilah menyakitkan telinga
  3. lagilah kalau lagu tu memang saya tak suka , saya akan rasa menyampah =.="
ok , kepada bloggers yang pasang lagu kat blog , silalah letak lagu yang sedap2 atau tak payah letak langsung . sebab saya rasa benda tu tak perlu . lagipun kalau kita nak dengar lagu boleh dengar sendiri kat pc or bukak je youtube . tak payah nak pasang lagu kat blog , dah ramai sangat orang buat macam tu naik kebosan diri ni .




dah tengok video yang menenangkan kat atas ? cantikkan photographer tu amik gambar ? terbaikkan ? :D

ok2 , jom terjah blog SM pulak nak ? saya ada baca post dia yang terbaru . best baca . sesiapa yang tak nak amik risiko tak payah baca , tapi tu untuk kebaikan jugak . :)
[ link ]
Share:

08 June 2011

kena kuat nak hadapi ni . .

assalamualaikum . . salam ceria di petang Ahad . korang sihat ? dah lama tak buat entry/post yang ditulis tangan sendiri . rindunya . .  almaklumlah , saya tak punya idea lagi . saya tengok banyak je blogger yang update blog setiap hari . saya jeles ! bilakah diri ini nak banyak idea untuk ditulis dalam blog ?

pagi tadi edar nashrah SN kat S.A . saya agak malu2 nak edarkan/bagi kat orang ramai , sebab dah lama tak buat macam tu . lebih sebulan . malu tu malu jugak , tapi still berani . kena berani menghadapi manusia2 ni , tanpa berani , mesti dah lari tak nak tunjuk muka .

ada manusia yang manis muka bila saya bagi . ada yang ucap terima kasih . ada yang macam biasa . ada yang masam je muka dia (kenapa tak senyum ?? please , senyumlah) . ada yang langsung hampeh tak mau terima . haha . . tak pe2 , tak ada paksaan ok . tak nak amik pun tak pe . tak nak amik dia yang rugi tau .  sebab nashrah tu mengandungi ilmu yang sangat banyak mengenai politik dunia , Islam , fikih , jenis2 hadis dan lain2 . rugi siapa yang tak nak baca .


janganlah amik , tapi langsung bila balik rumah letak bersepah , malah dibuangn yang nashrah tu . adoiii !! sia2 je amik . tapi , saya doakan orang yang amik nashrah tu akan dibukakan hati untuk membaca dan berfikir lebih dalam lagi mengenai apa yang dia baca dan terus je dia contact kat mykhilafah.com . maklumlahkan , umat ni pelbagai ragam . tak perlu nak salahkan umat , kita kena dakwahkan umat . biarpun dakwah tu lambat umat nak terima dan tertusuk dalam hati apa yang didakwahkan sehingga menyebabkan dia pun turut sama nak tegakkan Khilafah (negara Islam bukan khayalan , dan ia janji Allah !)

biasanya , lelaki yang muda2 dia suka nak terima nasrah2 ni (melalui pengkajian saya la ye) . kalau yang lain tu memang berminat jugak , dan ada yang kureng berminat . ndak apa2lah ye , asalkan dibaca . tapikan , saya suka sangat bila saya bagi sesuatu kat orang tu dia ucap terima kasih sambil senyum , happynya rasa ! agaknya mereka menghargai .

ok , semangat ye shidah ! semangat , jangan putus asa . lain kali buat lebih baik lagi dalam dakwah .

biarlah usaha sikit pun dalam nak kembalikan sistem Islam , asalkan jangan tak dak usaha langsung .
tapi , saya nak buat banyak . buat apa yang termampu , kalau boleh usaha2 banyak2 . bukan mudah nak kembalikan sistem Islam supaya memerintah dunia . sebab sistem Sekularisme dan Kapitalisme ni bermaharajalela sangat2 . sampai umat ni tak sedar betapa buruk , busuk , hodohnya sistem kufur ni ! tapi , perlu kita ingat , pahalanya berlipat ganda nak kembalikan sistem Islam . jangan patah semangat !

walaupun orang2 kafir ni sangat benci kat umat Islam , tapi apa saya peduli , dakwah tetap kena buat . biarlah para pengkhianat Allah , Rasulullah dan umat Islam ni nak halang pejuang2 Islam daripada nak laksanakan kewajipan dakwah , dakwah tetap akan dilakukan jugak . biarlah apa pun usaha para pengkhianat tu nak lakukan , pejuang2 Islam takkan pernah gentar dan mereka perlu ingat , Islam pasti akan dimenangkan jugak ! jadi , sia2 je lah para pengkhianat dan orang2 kafir nak halang .

tu la kan , kalau Allah nak bagi ujian , apa2 pun boleh jadi . kita dah rancang elok2 , tapi kalau Allah kata jadi , maka ia akan tetap jadi . kita kena sandarkan semuanya kepada Allah . moga urusan kita semua dipermudahkan Allah . . amin . . insyaAllah . .
jangan pakai wangi2an sangat , nanti kalau lelaki ajnabi terhidu bau tu , macam penzina pulak .
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Share:

07 June 2011

pemimpin pengkhianat . . .

assalamualaikum . . perasan tak , kat blogger.com dah ada my blogs yang dalam kotak oren tu ? hehe . . cuba klik , lawa kan ? hari ni tak ada apa pun nak cerita cuma nak bagi tau nanti akan ada konferens kat UKM Bangi . korang jangan lupa pergi tau . heboh2kanlah dekat kawan2 dan keluarga yang lain tau .

semalam sempatlah saya baca satu artikel daripada mykhilafah.com yang bertajuk "Pesta Maksiat Terus Direstui Pemimpin" . dahsyat pemimpin sekarang ni . kalau nak baca pi la ke link ni [ PMTDP ] . umat Islam ni asyik melakukan perkara yang lagha sahaja sehingga tidak mempedulikan tanggungjawab yang mereka pikul yang sangat2 berat . sampaikan murka Allah akan diri pun tidak lagi dipedulikan . nauzubillah . .

ni pemimpin kita dok syok jugak berhibur sampai tak ingat rakyat yang dalam keadaan menderita tanpa tempat tinggal , tanpa makanan dan tanpa yang lain2 lagi . sampai bila pemimpin kita hanya nak memenuhi kekayaan dia sahaja tanpa memikirkan kemurkaan Allah terhadap dirinya ?? sungguh amat besarlah azab Allah . .

adakah ini pemimpin dambaan kita semua ? adakah ini pemimpin yang sejati ? adakah ini pemimpin yang diredhai Allah ?!!! semoga Allah beri hidayah kepada pemimpin umat Islam diseluruh dunia atau Allah mengazabnya jika dia tidak bertaubat ! memang benar korang akan taat si pemimpin pengkhianat tu sebab korang tak rasa derita yang dialami oleh umat Islam yang lain . korang hidup senang2 . jika korang betul2 teliti apa yang dilakukan oleh pemimpin pengkhianat terhadap rakyatnya , justeri kalian akan membenci dia . sesungguhnya , kepada Allah jualah kita kembali .

jangan kita jadi orang yang redha akan apa yang berlaku sekarang . maksiat yang berleluasa di Malaysia ni tak lama lagi Allah akan bagi azab ! sebab Malaysia negara umat Islam no 1 yang banyak sangat2 perkara no 1 dalam bermaksiat ! hinanya kita semua kerana tak mengubah sistem negara Malaysia yang rosak ni dengan sistem yang betul iaitu sistem Islam . nak hindarkan murka Allah terhadap kita bukan hanya kita perlu berdiam diri tanpa melakukan apa2 . tapi , kita perlu berusaha habis-habisan untuk kembalikan sistem Islam untuk menaungi dunia dengan method Rasulullah .

tugas kita adalah untuk memuhasabah pemimpin meski akan dibunuh sekalipun . dan pasti akan dinobatkan para syuhada . sabda Rasulullah :
“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah, serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR al-Hakim].
Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan ‘solat’. Auf Bin Asyja'i berkata,
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, ‘Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.”
Mereka yang keliru, memahami ‘solat’ dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan ‘menegakkan solat’ dalam hadis di atas adalah ‘memerintah dengan Islam’, iaitu menegakkan seluruh hukum syara’. Ungkapan ‘ma aqamu fi kum as-solah’ (‘menegakkan solat’) adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu ‘Itlaqul juz'i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, ‘fa tahriru raqabah’ (‘maka merdekakan hamba’) [TMQ al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].

wallahu'alam . .

Konferens Kebangkitan Khilafah 2011

"Meneladani Rasulullah Mendirikan Daulah"

26 Jun 2011 (24 Rajab 1432H)

Ahad, 8.30 pagi - 1.00 petang

Dewan Bekawali, Puri Pujangga,
Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Bangi, Selangor

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Masuk Percuma!

Share:

04 June 2011

Rakyat Terus Menjadi Korban

[SN263] “Kenaikan tarif tidak membebankan rakyat”, begitulah intipati tajuk yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia dan juga Berita Harian beberapa hari lepas. Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun 2011, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan. Kata Perdana Menteri, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru. Melalui pelan rasionalisasi subsidi yang diumumkan, kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan taraf asas elektrik sebanyak dua peratus bagi menampung kos pembekalan semasa [UM 01/06/11]. Kenaikan tarif elektrik pada kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU berkuat kuasa 1 Jun 2011.

Salah satu komponen utama lain dalam kos bahan api TNB ialah kos arang batu (48.3 peratus daripada campuran kos bahan api pada TK2010). TNB juga memberikan sebab kenaikan harga arang batu sebagai penyebab naiknya tarif elektrik [BH 31/05/11]. Walau apa sekalipun justifikasi yang diberikan oleh kerajaan, kita sudah muak dengan segala justifikasi ini kerana hakikatnya ia hanyalah merupakan justifikasi seekor musang untuk memakan sekumpulan ayam. Dengan kata lain, rakyat akan terus menjadi korban kerakusan sebuah kerajaan Kapitalis.

Tanpa perlu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sekalipun, rakyat boleh mencongak dan memahami bahawa kenaikan tarif ini akan hampir pasti mengakibatkan kenaikan harga barang-barang keperluan. Ini kerana, semua industri atau kilang pengeluar produk akan terjejas dengan kenaikan ini, maka sudah tentu mereka tidak akan sanggup menanggung lebihan kos dan kos ini pastinya akan dialih kepada pengguna. Untuk mengalihkan kos ini kepada pengguna, cara yang paling mudah dan amat berkesan ialah dengan menaikkan harga barang keluaran. Apabila pengusaha mula menaikkan harga barang, maka kitaran kenaikan ini akan akhirnya sampai kepada peruncit yang akan melakukan hal yang sama. Sudahnya, penggunalah yang akan menanggung segala beban. Justeru, walaupun Najib mengatakan 75% (4.4 juta) pengguna tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik yang baru ini, namun ‘harga’ kenaikan ini tetap kena dibayar oleh semua 4.4 juta pengguna tersebut. Inilah kehebatan para pemimpin di dalam ‘menipu’ rakyat! Orang seperti Najib dan pak-pak Menteri lainnya, seperti biasa tidak akan terjejas atau terasa walaupun sedikit, dengan kenaikan tarif ini. Apa yang mereka pasti dapat rasakan adalah, kenikmatan kekayaan yang semakin banyak yang mereka dapat kaut dari rakyat hasil dari kenaikan ini! Inilah sifat sebuah kerajaan Kapitalis yang orientasi pemerintahan atau hidupnya adalah untuk meraih sebanyak mungkin kekayaan dari penderitaan orang lain yang berada di bawah kekuasaannya!

Elektrik Sebagai Sebuah Industri, Milik Siapa?

Di dalam sesebuah negara, elektrik sememangnya merupakan suatu keperluan, walaupun mungkin bukan keperluan asas. Untuk keperluan sesebuah negara dan rakyatnya, elektrik perlu dijana dari sumber kuasa yang besar dan tidak boleh tidak ia mesti melibatkan industri. Di antara asas-asas kehidupan ekonomi yang paling penting bagi umat, bangsa atau masyarakat mana pun di dunia ini, adalah industri. Pada masa dahulu, industri-industri hanya terbatas pada industri tradisional. Ketika manusia menjumpai cara menggunakan wap dalam menjalankan mesin, maka bermulalah industri mekanikal menggantikan kedudukan industri manual. Ketika tibanya era penemuan-penemuan moden, maka terjadilah revolusi yang penting dalam bidang industri. Produksi meningkat dengan begitu cepat yang sebelumnya tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Industri mekanikal menjadi dasar di antara dasar-dasar kehidupan ekonomi. Revolusi industri ini kemudian terus berkembang pesat dan seterusnya menyingkap kezaliman sistem Kapitalis dengan menampilkan reputasi yang amat buruk. Kezaliman itu tampak jelas dalam eksploitasi para Kapitalis terhadap tenaga para pekerja dalam menciptakan monopoli-monopoli yang mengerikan dengan tertubuhnya perusahaan-perusahaan yang besar. Maka muncullah doktrin Sosialisme yang menawarkan kajian masalah ‘kepemilikan’ industri yakni apakah industri itu milik negara atau milik individu, atau milik negara atau milik umum?

Sebenarnya Islam telah lama menyelesaikan masalah industri dari segi kepemilikan dan hukum-hukum yang terkait dengannya. Islam menjelaskan bahawa hukum asal industri adalah milik individu. Ini bermakna, setiap individu rakyat boleh memiliki industri. Sehubungan dengan ini, maka industri adalah termasuk di dalam milkiyah al-fardiyah (pemilikan individu) dan bukannya milkiyah al-ammah (pemilikan umum) atau milkiyah ad-daulah (pemilikan negara). Dalil atas hal ini adalah bahawa Rasulullah SAW pernah meminta untuk dibuatkan cincin dan juga mimbar untuk baginda. Baginda meminta untuk dibuat cincin dan mimbar tersebut dari orang yang memiliki industri berkenaan sebagai kepemilikan individu. Manusia di masa Rasulullah SAW telah pun memiliki industri dan baginda mendiamkannya (membenarkannya). Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menetapkan industri sebagai milkiyah al-fardiyah, baik itu industri senjata, besi, kayu dan sebagainya. Tidak ada satu riwayatpun yang melarang tentang pemilikan industri dan tidak ada satu nas pun yang menerangkan bahawa industri itu adalah milik umum, samalah halnya di mana tidak ada satu nas pun yang menerangkan bahawa industri adalah milik negara. Dengan demikian, dalil itu tetap umum bahawa industri adalah termasuk milkiyah al-fardiyah.

Bilakah Industri Bertukar Menjadi Milkiyah Al-Ammah

Perlu difahami bahawa hukum industri diambil mengikut ‘hasil produksi’nya. Ini kerana Rasulullah SAW mengharamkan memerah (memproduksi) minuman keras (khamar) di mana hal ini (memproses khamar) adalah termasuk dalam bidang perindustrian. Dari Anas, ia berkata,

“Rasulullah SAW melaknat 10 orang yang berhubungan dengan minuman keras iaitu pembuatnya, pemesannya....” [HR Ibnu Majah & Tirmizi].

Dari Ibnu Umar, ia berkata,

“Ada sepuluh bahagian yang dilaknat berhubung dengan arak iaitu zatnya, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya dan pemesannya” [HR Ahmad].

Industri pemerahan (jus buah) adalah mubah (harus), baik berupa industri pemerahan anggur, epal, oren dan sebagainya. Namun, Rasulullah SAW datang dan mengharamkan industri pemerahan (produksi) khamar. Keharamannya adalah kerana ‘produksi’nya yang menghasilkan khamar. Produksi pemerahan itu haram kerana status hukumnya adalah mengikuti ‘hasil’ pemerahannya. Ini bermakna, status hukum industri adalah bergantung kepada hasil yang diproduksinya. Perlu difahami bahawa hal ini tidak hanya khusus untuk khamar, tetapi meliputi setiap yang haram seperti industri judi, ganja, heroin, pembuatan patung dan seumpamanya.

Dari hadis-hadis yang melaknat pembuat arak, juga pemerahannya, maka dibuatlah kaedah “As-suna’ah ta’khuzu hukma ma tuntijuhu” (status hukum industri adalah mengikuti apa yang diproduksinya). Dalam kaedah ini, pengambilan dalilnya amat jelas. Larangan tentang pemerahan khamar misalnya, bukanlah larangan tentang ‘pemerahan’ itu sendiri, tetapi ia adalah larangan tentang pemerahan (untuk menghasilkan) khamar. Inilah maksud kaedah syarak tersebut, yakni haramnya industri adalah kerana haramnya hasil produknya. Inilah penjelasan dalil bahawa “status hukum industri adalah bergantung kepada apa yang diproduksinya”. Berdasarkan kaedah ini, maka memproduksi apa sahaja yang haram, adalah haram hukumnya. Hal ini termasuklah memproduksi barang-barang yang menjadi milik umum seperti galian, minyak dan seumpamanya yang mana produksinya tidak boleh (haram) dimiliki oleh mana-mana individu.

Seperkara yang tidak boleh dipisahkan dengan industri adalah ‘peralatan’ yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk, contohnya bekas yang digunakan untuk menghasilkan arak atau pahat yang digunakan untuk membuat patung dan sebagainya. Status hukum untuk semua peralatan ini adalah mengikuti barang yang dihasilkan. Ini bererti, status hukum kilang/perusahaan yang membuat barang tersebut juga adalah mengikuti apa yang diproduksinya. Maknanya, jika mesin atau bekas yang dibuat itu adalah dibuat untuk kegunaan menghasilkan suatu yang haram, maka semua yang terkait dengan bekas itu adalah haram. Begitu juga jika ada kilang yang dikhususkan untuk memproduksi barang-barang yang termasuk dalam pemilikan umum, maka barang hasil produksinya adalah milik umum dan kilang tersebut adalah termasuk milik umum. Pendek kata, ‘hasil produksi’ kilang akan mengubah ‘status hukum’ kilang sesuai dengan ‘status hukum barang’ yang dihasilkannya.

Dalam hal ini, syarak telah menentukan harta benda yang menjadi milik umum dengan ketentuan/nas yang sangat jelas. Harta benda dalam kategori berikut adalah milik umum dan tidak boleh (haram) menjadi milik individu –

(i) bahan galian yang jumlahnya tidak terbatas,

(ii) sumber daya alam yang sifat pembentukannya menghalangi untuk dimiliki oleh individu secara perseorangan,

(iii) harta benda yang merupakan fasiliti umum di mana jika fasiliti tersebut tidak ada di suatu tempat atau komuniti, persengketaan akan berlaku di dalam komuniti tersebut dalam mencarinya.

Untuk tujuan perbincangan kita, kita hanya akan memfokuskan kepada kategori (ii) dan difokuskan lagi hanya kepada perbincangan tentang tenaga elektrik. Di antara ‘peralatan/barang’ yang dapat diterapkan hukum fasiliti umum adalah penjana kuasa elektrik (seperti penjanakuasa diesel, generator dan lain-lain). Dalam konteks sebuah perusahaan, hukum barang ini berbeza mengikut konteks tujuan penggunaan atau penghasilan tenaga elektrik tersebut. Jika tujuannya adalah untuk menghasilkan elektrik untuk penggunaan sendiri (cahaya lampu dan peralatan elektrik lainnya) maka peralatannya dalam keadaan ini menjadi milkiyah al-fardiyah. Ini kerana, cahaya lampu bukanlah milkiyah al-ammah yang mana ia tidak termasuk ke dalam kategori jika ia tiada, suatu komuniti akan bersengketa untuk mendapatkannya. Cahaya lampu berbeza dengan air, kerana untuk air, terdapat ketetapan langsung dari syarak,

“Manusia itu bersyarikat (bersekutu) dalam tiga perkara (iaitu) air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud & Ahmad].

Oleh kerana itu, alat-alat yang digunakan untuk menjana elektrik untuk tujuan memperoleh cahaya lampu adalah termasuk pemilikan individu bukan pemilikan umum. Ini bermakna, boleh bagi mana-mana individu untuk memiliki peralatan penjana elektrik untuk memperoleh cahaya lampu bagi dirinya sendiri atau menjualnya kepada orang lain. Akan tetapi, seseorang itu tidak boleh memasang tiang elektrik dan kabel di jalan umum untuk menyalurkan elektrik ke rumah-rumah, kerana jalan merupakan milik umum.

Sedangkan jika penghasilan elektrik adalah digunakan untuk menjalankan fungsi api seperti memasak, memanas atau melebur logam dan sebagainya, maka elektrik dalam keadaan ini termasuk di dalam pemilikan umum, kerana ia termasuk ke dalam hadis “air, padang ragut dan api”. Yang dimaksud dengan ‘api’ di sini adalah bahan untuk pembakaran dan apa-apa yang terkait dengannya. Atas dasar ini, maka segala peralatan elektrik yang digunakan untuk tujuan mendapatkan fungsi pembakaran adalah milik umum. Dan Negara merupakan satu-satunya pihak yang mengawal dan menjaga (bukan memiliki) pemilikan umum ini.

Persoalannya, apakah status hukumnya jika alat janakuasa elektrik digunakan untuk memperoleh cahaya dan juga mendapatkan fungsi pembakaran dalam waktu yang sama? Jawapannya - jika biasanya (fi al-adah) tenaga elektrik digunakan untuk tujuan memperoleh cahaya, maka pada saat itu, alat janakuasa tersebut adalah milkiyah al-fardiyah, sebagaimana penggunaan seharian elektrik di rumah-rumah yang mana secara umum, tenaga elektrik dalam konteks ini sebenarnya digunakan untuk ‘memperoleh cahaya’. Dalam keadaan di mana tenaga elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah adalah untuk tujuan memperoleh cahaya (dan membekal tenaga kepada peralatan-peralatan domestik) manakala penggunaan elektrik untuk tujuan memasak dan memanaskan hanyalah ‘rentetan’ dari bekalan tenaga elektrik yang wujud, maka status hukumnya adalah menurut penggunaan asalnya. Status hukum penggunaan tenaga elektrik ‘secara rentetan’ (memasak dan memanaskan) adalah ‘mengikuti’ hukum asal bagi tujuan yang lebih dominan (pemerolehan cahaya dan membekal tenaga kepada peralatan domestik). Namun, sekiranya tenaga elektrik digunakan secara dominan untuk pemanasan (seperti di kilang peleburan dan seumpamanya), manakala penggunaannya untuk ‘cahaya lampu’ hanyalah ‘rentetan’ atau ‘mengikuti’ tujuan utama kewujudan tenaga elektrik di kilang tersebut, dalam keadaan ini, alat janakuasa elektrik seperti ini berstatus milkiyah al-ammah.

Dari segi perbandingan, keadaan ini sama statusnya dengan hukum tanah yang ditanami pepohonan. Jika pohon adalah ‘lebih dominan’ dari tanah, maka status hukumnya dikembalikan kepada pohon sedangkan status hukum tanah adalah ‘mengikuti’ pohon, yang membolehkan ia (pohon) disewakan melalui akad musaqat. Jika tanah adalah ‘lebih dominan’ dari pohon, maka status hukumnya dikembalikan kepada tanah sedangkan status hukum pohon hanyalah ‘mengikuti’, dan ia (tanah) tersebut tidak boleh disewakan. Ringkasnya, status hukum sesuatu itu dikembalikan kepada tujuan aktiviti/objek yang asal (yang lebih dominan), bukan kepada aktiviti/objek ‘rentetan’ atau yang ‘mengikuti’ aktiviti/objek utama.

Namun, sekiranya tenaga elektrik dijana dari janakuasa hidroelektrik (dari sumber kuasa air), maka tidak diragukan lagi bahawa ia termasuk ke dalam kategori milkiyah al-ammah. Dalam hal ini tidak ada bezanya sama ada tujuan elektrik itu dijana untuk memperoleh cahaya lampu mahupun sebagai sebagai pengganti api (fungsi pembakaran). Seseorang itu dilarang memilikinya secara khusus (individu mahupun kumpulan) kerana ini akan menyebabkan terhalangnya orang lain dari memanfaatkannya, sedangkan ia adalah harta yang pelu dimanfaat dan dilindungi bersama. Oleh kerana itu, status hukum tenaga elektrik dalam hal ini adalah termasuk milkiyah al-ammah secara mutlak.

Di antara perusahaan yang juga dapat diterapkan atasnya hukum fasiliti umum adalah perusahaan arang batu. Sebagai bahan bakar, arang batu adalah milkiyah al-ammah sebab ia termasuk di dalam hadis “air, padang ragut dan api”. Begitulah juga dengan segala peralatan yang digunakan untuk mengeluar dan menghasilkan arang batu tersebut, semuanya adalah termasuk milkiyah al-ammah. Status hukum yang sama dapat diterapkan ke atas perusahaan atau industri yang berasal dari minyak bumi seperti industri petrokimia dan gas asli. Perusahaan seperti ini adalah milik umum kerana status minyak bumi dan gas asli itu sendiri adalah milkiyah al-ammah. Oleh kerana perusahaan atau industri tersebut memproduksi sesuatu yang berasal dari minyak bumi, maka industri tersebut merupakan sebahagian dari, dan mengikuti hukum minyak bumi sebagai milkiyah al-ammah.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Islam mewajibkan pemerintah (negara) untuk memelihara urusan dan kemaslahatan rakyat. Dalam memberikan pelayanan kepada rakyat, negara tidak boleh berfikir untuk mencari untung. Negara bukanlah pihak yang ‘berniaga’ dengan rakyat, tetapi pihak yang ‘menjaga’ rakyat. Yang harus menjadi fokus pemerintah adalah bagaimana memberikan pelayanan kepada rakyat semaksima dan sesempurna mungkin mengikut hukum syarak. Apa jua perkara yang termasuk dalam kategori pemilikan umum, maka wajib bagi kerajaan untuk mengelolanya demi kepentingan rakyat dan haram bagi kerajaan mengaut keuntungan darinya. Segala kekayaan alam tidak boleh (haram) dikuasai oleh kerajaan atau segelintir orang atau pihak swasta. Ia wajib dikelola oleh negara bukan sebagai pemilik, tetapi hanya mewakili rakyat yang mejadi pemilik sebenar kekayaan tersebut. Seluruh hasilnya mesti dikembalikan kepada rakyat, di antaranya adalah dalam bentuk pelbagai pelayanan seperti penyediaan tenaga elektrik secara percuma (atau dengan harga kos) kepada rakyat. Sesungguhnya masalah kenaikan tarif dan semua masalah yang kita hadapi ketika ini adalah berpangkal dari penerapan ideologi Kapitalisme. Selama mana ideologi kufur ini masih terus diterapkan oleh pemerintah, maka selama itulah penderitaan rakyat tidak akan pernah surut. Hanya dengan menghancurkan ideologi buatan manusia ini dan menggantikannya dengan ideologi Islam, barulah umat manusia akan dapat hidup dalam kesejahteraan, dan hal ini tidak mungkin akan berlaku jika bukan Khilafah yang memerintah negara dan dunia ini.
Share:

02 June 2011

ya Allah , hamba redha . .

assalamualaikum . . saya happy sebab kawan saya yang sakit tu dah balik kat malaysia selepas pembedahan dia . happy2 , alhamdulillah ya Allah . banyak betul perkara terjadi dalam minggu ni . tadi saya mesej kawan saya dan saya tanya dia macamana tau kawan saya tu sakit . dia jawab adik kawan saya yang sakit tu yang bagi . nampaknya , agak dah ramai jugak kawan dia tau .

sedangkan dia suruh rahsiakan penyakit dia daripada pengetahuan orang ramai . so , biarkan je la ramai yang tau . lagi bagus . ramai jugak yang belum tau . kawan2 dia memang ramai . lagipun dia baik sangat2 , memanglah ramai orang suka kawan ngan dia .

adik kawan saya yang sakit tu bagitau saya yang dia dan kawan saya tu bergaduh . ni punca sebab saya ke ? adakah sebab saya rasa kawan saya yang sakit tu telah mengkhianati saya ?? oh , tidak !! saya minta maaf kawan . jangan bergaduh lagi , pelase . . *haraplah perkara tu tak lama berlaku .

saya takut sangat kalau Allah amik kawan saya tu . tapi , kalau dia pergi , saya redha je la . moga dia tenang di sana . tapi , saya rindu sangat2 ngan dia . nak je ada di samping dia waktu sekarang ni . semua kawan2 dia risau akan dia . semua sayang dia . kawan saya pun nak je ada kat samping dia . tapi , nak buat macamana kan . . jauh . . :(


dia kat Penang , saya ngan kawan saya kat selangor , apa boleh buat ?? insyaAllah , kalau ada kesempatan , saya nak melawat dia ngan keluarga .

semenjak saya tau dia nak buat pembedahan kat luar negara , saya tak putus2 doa kat Allah agar selamatkan kawan saya . setiap hari hati ni asyik risau je , tak tenang . ye la kan , macamana nak tenang kalau ada orang yang kita sayang dalam keadaan keperitan . . mana mungkin akan hati senang . .

tadi , saya terbaca link kat facebook . so klik la . . tiba2 baca satu entry yang kurang sopan sampai2 mencalarkan maruah . sanggup mengaku tak ada dara . tak malu ke ? komen2 kat situ pun ada yang sangat bagu , bagus dan ada juga yang sangat2 kurang sopan malah biadap . cerita ni dah gempak satu Malaysia . mesti korang pun dah tau kan ??

berbalik kepada cerita asal , korang tolong doakan kawan saya tu ye . saya harap sangat2 dia cepat sembuh . saya takut kehilangan kawan baik saya . tapi , saya tetap redha dengan qada' Allah . insyaAllah , dia akan selamat . saya yakin . .

saya ada mesej dia tadi , tapi dia belum balas . saya harap sangat dia baca , dia balas dan dia maafkan saya . saya tak nak dia sakit hati kat saya . nanti saya akan sedih sangat .
ya Allah , jangan Kau ambil nyawanya jika belum selesai tanggungjawabnya sebagai muslimah di dunia ini . .
hari ni , blog pilihan hati saya ada dua . jom terjah nak , sambil2 tu follow n komenlah ye kat blog diorang .
[ wm ]  ,  [ sm ]  . . diorang dah ada website dot com . jeles saya tau . :D

Share:

boleh ke sambut perayaan tu ?

assalamualaikum . . hari ni nak bincang pasal apa ? (fikir jap ye) ok ! hari ni kita bincang pasal sambutan sesuatu perayaan nak tak ? jangan amik remeh dan mudah je pasal hal ni . sebenarnya hari ni hari jadi nenek saudara saya . dan korang fikirlah sendiri hari ni hari perayaan apa . .

tadi waktu nak balik rumah dalam pukul 7 lebih pagi , kakak saya ada cakap pasal birthday nenek saudara saya . lepas tu saya ingatkan kakak saya yang birthday tak boleh sambut . saya cakap lagi yang tu kan hadharah kufur/barat . kakak saya pun iakan je la . .

korang pernah dengar tak birthday tak boleh sambut ??? hmmm . . sebenarnya , apa2 pun perayaan yang tidak pernah Islam sambut dan rayakan , haramlah kita untuk merayakan , nak ucap tak boleh nak sambut apatah lagi . samalah jugak macam perayaan agama lain . kenapa mesti kita nak sambut jugak ? kan umat Islam ni dah ada perayaan yang Allah bagi , hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha . tak cukup lagi ke ?

korang tak rasa lain ke sambut perayaan agama lain yang berunsurkan hadharah/agama diorang ?? dahlah ada diorang punya "tuhan" , tak rasa geli ? lagipun , ia sangat bertentangan dengan Islam . sebenarnya , saya mula tau ni pun agak baru jugak la . dalam tahun lepas mungkin .

sesuatu yang Allah kata haram , memang tetap haram . tak perlu cari sebabnya . tapi , memang ada sebabnya . :)

saya ada satu wesite nak tunjuk kat korang . . nak tengok ? bila korang ke website tu je , akan ada orang baca doa . . merdu sungguh suara orang tu ^_^

[link website]

korang , nanti saya dan kakak saya nak buat domain sendiri . . tak sabarnya . . hehe . .

Share:

Chat with me