01 September 2011

Malaysia : hidup aman dalam kegelapan

assalamualaikum . ni post terakhir untuk bulan ni . saya rasa amat tertekan . . . tertekan dan tak sanggup lagi nak hidup dalam sistem ni . sistem yang rosak , tapi sayangnya umat Islam tak sedar akan kerosakkan sistem ni yang menyebabkan mereka buta . ya Allah . . mengapa umat Islam itu sendiri yang mengatakan perkara yang bathil sedangkan mereka mempunyai akal dan mata . kenapa mereka tidak mau melihat dan berfikir ?? dalam kesakitan hati saya akibat tidak berubahnya sistem yang mengatur hidup manusia sekarang ni iaitu sistem sekularisme dan kapitalisme , saya tetap nak teruskan hidup agar suatu hari nanti saya dapat rasakan hidup di bawah naungan Khilafah . sejahteranya hidup di bawah naungan Khilafah , harta/nyawa/darah/akidah semuanya dijaga . . . tidak seperti sekarang , harta tidak terjaga , darah tidak terjaga apatah lagi nyawa , bahkan akidah juga tidak terjaga . sengsaranya hidup umat ini di bawah naungan sistem kufur sekularisme !!!
sejak dua menjak ni , saya rasa amat sedih dengan manusia yang berkata bathil walaupun mereka itu beragama Islam . dahlah dalam satu hari tu terlampau banyak , hoh ! mengapa , mengapa ? tak rasa takut akan Allah ke wahai manusia ??!! semalam dengar khutbah raya kat tv kat masjid negara , hei ! punyalah hape . . menyeru semangat nasionalisme/patriotisme ke ? kan semangat tu Rasulullah dah larang , haram untuk semaikan dalam jiwa ! bukan main lagi hang bacakan ayat al-quran , tapi adakah hang amalkan al-quran ?! cakap tak serupa bikin la ! betul ke hang terapkan Islam , sistem Islam ?! dengar je orang tu serukan semangat patriotisme , terus je saya menangis dan menggeletar bibir sebab tak sanggup nak dengar ucapan dia yang bathil ! bahkan saya takut kalau umat mengambil apa yang dia cakap ! ya Allah . . dunia semakin rosak , inilah tanda2nya Khilafah akan tegak kembali . . segerakanlah , ya Allah . .

umat Islam , adakah pemikiran umat Islam semakin jumud/jahil sehinggakan yang haq pun umat Islam tidak lihat dan tidak nampak ! ya Allah . . sungguh hamba tidak sanggup melihat umat Islam berkata , menyeru , dan amalkan perkara2 bathil yang terang2 Engkau telah larang . sungguh , adakah hati umat Islam telah tertutup untuk kebenaran hanya disebabkan dari lahirnya mereka , mereka didedahkan bahkan ditanamkan dengan semangat Nasionalisme/Patriotisme . berjayanya kau wahai kafir laknatullah !!! tak pe , suatu hari nanti kau akan diperangi oleh khalifah yang akan membela umat Islam ! tunggulah !!
semangat Nasionalisme adakah perpaduan ?? sungguh tidak cerdiklah manusia yang mengatakan di Malaysia ini mengamalkan perpaduan ! apakah perpaduannya ? cuba anda fikir . . perpaduan daripada segi apa , adakah makanan , bendera , perayaan ?! sungguh itu hanya sementara dan sangat2 tak berterusan ! lemahnya semangat perpaduan yang ada kat Malaysia ni ! lemah sungguh !!! apa guna kalau perpaduan hanya dalam perkara makanan , bendera dan perayaan , apa guna ?! jika tersemainya semangat akidah yang tinggi dalam umat Islam , sudah pasti umat Islam akan bersatu dalam apa jua sekalipun dan tidak akan terputus perpaduan yang dibina dan tetap kukuh !
Tiga Penjara besar yang melemahkan umat Islam saat ini :

-Nasionalisme dengan sistem negara bangsa(nation state) 
-Penguasa-penguasa negeri umat Islam yang mengkianati Allah , Rasulullah dan umat Islam 
-sistem internasional pada hari ini yang dipimpin oleh AS dengan berpandukan ideologi Kapitalisme.
tidak sedarkah kita ? sudah jauh kita daripada kehidupan Islam . kita sudah jauh bahkan sudah hampir tenggelam dalam kegelapan , di mana cahaya ?? umat Islam sendiri yang mengatakan bahawa Islam itu panduan hidup . tapi , mengapa tidak mengambilnya ? mengapa masih ambil sistem kufur ? mengapa ?! yang dimaksudkan panduan hidup itu mencakup seluruh perkara yang ada di dunia ni . Islam adalah penyelesaian bagi semua masalah manusia ! apa2 pun masalah , selesaikanlah dengan Islam , jangan ambil sistem kufur !

jika anda kata saya masih budak sekolah , apa yang tau sangat pasal Islam , itu adalah tanggapan yang salah ! jangan mengukur siapa yang bicara , tapi tengoklah apa yang dibawa ! saya bawa Islam , maka terimalah . kalau tak nak terima , adakah kita layak digelar umat Islam ? ye , saya tau . . . masih banyak lagi perkara yang diselindungkan daripada pengetahuan umat Islam . memang tak dapat dinafikan , memang banyak sangat . paksalah manusia yang memegang tampuk pemerintahan supaya dedahkan kebenaran sebenar ! jangan tipu umat lagi !! "umat di saat ini hidup dengan aman dalam kegelapan" (di bawah sistem kufur sekularisme/kapitalisme yang melahirkan semangat nasionalisme/pastriotisme dan lain2 yang tak de dalam Islam) . berusahalah untuk meraih kehidupan yang "aman dalam cahaya kemuliaan" (di bawah sistem Islam) .
sudah saatnya umat Islam buka mata dan berfikir . sungguh , jika saya pergi , tidak adalah lagi manusia yang ingin memuhasabah anda dalam blog ni kecuali jika anda beralih ke blog lain . . berfikirlah wahai saudara ku . . . jangan sampai terlambat . .
Share:

Chat with me