30 November 2011

Perlukah bercinta?

Ni entry lama, saya kedepankan.

Assalamualaikum kawan-kawan. Pertama sekali, saya nak anda jawab soalan tersebut. Siapa tau sila jawab. Saya hanya nak jawapan perlu atau tak perlu, itu je. Jawapan : bercinta perlu. Memang perlu, siapa kata tak perlu? Cinta akan Allah, Rasulullah, ibu bapa, keluarga, guru, lain-lain . Tapi, kecintaan kepada Allah dan Rasul mestilah melebihi segala-galanya termasuklah ibu dan bapa dan kekasih pujaan hati atau apa-apa je benda yang kita sayang .

Anda lebih cinta siapa? Anda punya buah hati? Ibu bapa? Atau, tak de? Pernah ada kekasih pujaan hati?


Saya pernah dengar/terbaca/dapat tau, ramai juga yang cakap kaulah segala-galanya, kaulah nyawaku, kaulah hidupku, kaulah . . . . . .  Kau tu merujuk kepada siapa? kekasih pujaan hati. Wah , hebat bukan?! Orang dilamun cinta ni, sanggup buat apa je untuk si pujaan hati (kononnyalah). Sampai sanggup terjun dalam lautan berapi. Hebatkan?

Kadang-kadang saya tergelak juga dengan kata-kata manusia yang macam tu. Untuk orang tersayang, sanggup buat apa-apa je, tapi untuk meraih redha Allah bagaimana pula? Adakah sanggup gadaikan nyawa hanya semata-mata untuk meraih redha Allah? Nak redha manusia atau redha Allah? Cepat pilih ! Redha manusia mungkin binasa, redha Allah peroleh syurga.

Sanggup buat apa-apa je untuk kekasih pujaan hati. Sampai sanggup mati. ish ish ish . . Anda sanggup mati ke kerana perkara yang sia-sia belaka? Sanggup?! Dosa!! Jangan main-main dengan perkara ni. Pernah tengok orang mati bunuh diri sebab putus cinta? Sanggup betul diorang ni kan?! Macamlah kekasih hati tu boleh bahagiakan kita buat selama-lamanya. Macamlah kekasih hati boleh bagi kita nyawa lepas dah mati.

Anda suka seseorang melalui ciri-ciri apa? Kemungkinan :
  • cantik/kacak/tampan
  • bergaya/berfesyen
  • pandai amik hati dan buat orang ketawa
  • pandai memujuk dan faham perasaan
  • suara merdu
  • pandai masak
  • pandai dalam akedemik
  • dan mungkin soleh/solehah
Kalau nak couple la, sila couple dengan pasangan hidup yang halal dan sah ye. No couple before nikah!

"Malunya aku , kawan-kawan aku semua dah couple, aku je single". Siapa single kat sini? Tak best ke? Allah kan ada. Tersenyumlah wahai manusia yang mencintai Allah lebih daripada segala-galanya. Kalau kita cinta Allah, seluruh jiwa, hati dan fikiran kita akan bahagia. Tak percaya? Cintailah Allah kerana Allah maha mencintai. Allah maha pengasih kepada umat Islam.

Kenapa valentine haram disambut dan mengucapkan kepada orang lain? Ia bukan sahaja terjadi banyak maksiat dan kerosakan akhlak, malah ia adalah perayaan orang kafir. Apa-apa sahaja perayaan yang bukan ada dalam Islam adalah perayaan kufur. Termasuklah tahun baru cina, deepavali, christmas. INGAT , perayaan umat Islam hanya ada 2 iaitu aidil fitri dan aidil adha!





Apa yang tak boleh dilakukan apabila perayaan kufur sedang diraikan?
  • mengucap selamat atau mengucap selamat tahun baru cina dan sebagainya
  • menyanyi lagu-lagu yang berkaitan
  • memberi hadiah
  • melakukan sesuatu atas dasar perayaan tersebut
  • meraikannya
Kalau buat juga, bererti kita sokong apa yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan Islam malah kita juga akan termasuk daripada kalangan orang kafir. Dalil 1 Malaysia telah menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan. Kononnya nak jaga hati non-Muslim kat Malaysia ni. Baguslah sangat! Dosa siapa yang tanggung? Fikirlah sendiri. Tidak ada ketaatan dalam bermaksiat (melakukan larangan Allah dan tinggalkan perintah Allah) kepada Allah.

Saya harap, kalian faham apa yang disampaikan. Sesungguhnya perlulah bagi anda yang telah membaca untuk menyebarkan kepada yang lain. Pahala akan diperolehi jika melakukan sesuatu kebaikan dengan ikhlas . Wallahu'alam.
Share:

25 manusia berfikir:

  1. salam :)
    bagi akak xperlu la nk b'cinta bagaikan nk rak..cinta x bagi ape2 pekdah pon..bawa ke lmbh maksiat adala..
    lagipon cinta ni membuhsankan la..ngehngeh
    so..tu pndgn akak..tatau la org lain camne :)

    ReplyDelete
  2. single memang best..terlampau best dari couple..hehe

    ReplyDelete
  3. kapel mane yang xpenah terpikir nak buat maksiat??xde kan..so kapel adalah dilarang

    ReplyDelete
  4. sy rasa terus kahwin je untuk ngelakkan maksiat=)

    ReplyDelete
  5. mereka yg tengah berkapel, memang terasa dunia milik mereka kerana ada "org ketiga"
    kami pun pernah membuat silap dahulu.
    dan kami menyesalinya

    ENTRY TERBARU: BLOG aku kalahkan Kosmo

    ReplyDelete
  6. betol2, lagi bes meraih cinta ilahi drpd cinta dunia yang tidak kekal. :)
    cinta ilahi tu akan terbit2 tiba2 tanpa kita sedari, tapi kita pun perlu la berusaha untuk meraihnya, takkan la kita melakukan maksiat lepas tu kita uar-uarkan kat dunia kita cintakan Ilahi? So, tinggalkanla maksiat, sebab tu Allah swt berfirman orang yang mengelakkan kemungkaran adalah orang yang lebih baik dr orang yang melakukan kebaikan. :D

    amin

    ReplyDelete
  7. akak
    apa yang akak cakap memang betul.rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.patutnya islam didahulukan dan pahala diutamakan.Hmm,memang manusia mudah alpa.Mudah lupa,sanggup buat apa sahaja.Hanya cakap pakai mulut bukan pakai hati.Hanya berjanji tetapi tidak pernah menunaikanya.Menyambut Valentine day dan seumpamanya macam kita sokong pulak perayaan mereka,macam kita menghalalkan apa yang diharamkan.Syaitan bergembira kerana umat islam alpa dengan kemewahan duniawi.Mashallah,semoga Allah menjauhkan kita dari kemaksiatan.Amin,

    ReplyDelete
  8. bg saya kalo nak bercouple x salah. tapi jgn la dah lebih kuang sama je ngan bangsa asing.kalau dlm ati dh niat baik insyallah baik la cara bercouple tu.tapi kalo awal2 dh pasg niat jht, ofkoz la setan dh bmaharajalela dlm diri tu.apa yang jahat@ btentngan dgn Islam jgn ikot.pandai jga diri insyallah selamt.

    ReplyDelete
  9. sy pon single dah xpk couple tuh penting. kalo bercinta bagai nak rak tapi tak kemana, kan merana diri.

    better bercinta dgn parents ;)

    ReplyDelete
  10. sy pon single . single mmg oke ape . x rimas ! :)

    ReplyDelete
  11. sy pon single . single mmg oke ape . x rimas ! :)

    ReplyDelete
  12. Cinta Allah cinta abadi.. cinta manusia cinta fana...

    ReplyDelete
  13. ade org kate,, kapel x salah kalau niat tuu betol... opinion yg sgt salah... niat x membetolkan cara.... lau buat jgak,, same la dia cam robin hood... merompak utk menderma... betoltak?? btw.. mmg x boleh ucap lgsg ke happpy shinese new year kat org cina tu sendirik... sbbnye,, dorg ucap kat kite, org Islam, selamat hari raya n so on lah.. x leh ke kita balas ucapan masa prayaan dorang?? sbg tanda mghormati dan mghargai.. lgpon,, kite x nak dia trasa hati... bleh x???

    ReplyDelete
  14. kalo nak bercinte pun pastikan menjage batas2 pergaulan antare lelaki dan pempuan..:)

    ReplyDelete
  15. betol tu.

    lagi p0n kan lebih elok bercinta selepas berkahwin

    ReplyDelete
  16. everybody have their own opinion...
    apa yg penting,sblum buat apa2 pown..fikir dahulu

    ReplyDelete
  17. Islam dh bg jalan...
    antara nk atau x nak jer..
    Islam x mlarang cinta, tp prlulalh mletakkan cinta pd tmpt spatutnya..

    jln selamat.. NIKAH! ^_^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt
    Siapa yg dapat nafikan keperluan cinta? Bukankah ia merupakan fitrah manusia dan siapa pula yang boleh hidup melawan fitrah manusia walhal kesemua itu ciptaan Allah SWT ! Surah AliImran:14زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ
    Surah ArRom:30 Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; [1] tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
    Tetapi masalah pemilihan hidup (kahwin), jumhur mazhab membahaskan maksud dzon dan masing2 membawa hadis Ahaad yg lebih `arji`. Surah AlBaqarah:230أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ Sekiranya (pasangan lelaki dan perempuan) kedua2 ingin berkahwin, sesungguhnya berat sangka kami bahawa kedua2nya dpt menegakkan hukum Allah SWT.
    W/pun ayat ini menceritakan ttg mslah kahwin kali kedua, tetapi itulah istidlal(dalil) yg diambil dlm mslah keharusan berkahwin iaitu dalil putus dari qot`ie tsubut dlm Istinbat hukum Usul AlFiqh. Jika tidak, tak payahlah kahwin. Lebih jelas lagi, pastikan kedua2nya dpt terus mendirikan hukum Allah SWT dan bukanlah dasar lain semata2. Jika tidak, Allah SWT lebih tahu urusanNya terhadap mereka. Wallahualam.

    ReplyDelete
  19. bagi saya.. suke same suke tuh biasa la,, tp bab kople niyh tuh la eah.. terpulang pd individu.. pndi jg pndi la.

    Tapi kople niyh bertahun2 las2 putus gak ta guna gak kan?? masa membazir gitu jek.. haihh byk betol tapi2nya.. single la lagi bagus lalala ;))

    ReplyDelete
  20. yeee..bunga lum kapel lagi ni..hehe..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. entry yang bagus !

    http://aqeelgila.blogspot.com/2010/10/aku-tidak-suka-mengikuti-arus-perdana.html

    kalau nak tau cerita aku pasal couple :)

    ReplyDelete
  23. sy single... tp sgt sygkn Sang Pencipta. sbb tanpaNya, sy x kan dpt bernafas smp hari ni dn Dia dh bg terlalu byk nikmat dn ksih syg smp sy jd malu pd Dia... sbb kadang2 sy tak reti bersyukur dgn segala nikmat dn anugerahNya....

    Oh Tuhan, ampunkanlah aku T__T

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Syidah ;)

    Hey, kadang-kadang bercinta sebelum bernikah takkan bvawa apa-apa makna pun melainkan ia hanya merosakkan diri sendiri. tapi, manusia sekarang ni, lebih suka bercinta sebelum kahwin katanya, baru dapat keserasian bila dah kahwin. tapi nanti, bukankah hilang kemanisan bila kita dah tau macam-macam tentang pasangan kita sebelum kahwin. lagipun, kalau budak tahap saya bercinta, hanya ada satu sebab. nafsu semat-mata. takkan ada yang ikhlas nak menjaga seseorang, kecuali merosakkannya.

    Terima kasih untuk entri ni? :)

    ReplyDelete

Chat with me