24 February 2012

Khilafah: Kami Mahu Khilafah!


Jika anda inginkan perubahan, lakukan segera. Perjuangkan perubahan ke arah kebenaran! Jika anda merindui sistem yang adil, perjuangkanlah Khilafah. Pasti hidup anda dan seluruh manusia akan sejahtera di bawah naungan Khilafah. Sungguh, jika benar anda manusia yang mahukan perubahan, "jerit" dan "laungkan" REVOLUSI!!!

Masanya untuk kita lakukan perubahan. Kita mengaku bahawa kita cinta akan Islam. Kita wajib perjuangkan sistem Islam agar kembali memerintah dunia! Buang dan kuburkan jauh-jauh sistem kufur saat ini mahupun yang sekecil-kecilnya.

Kita boleh lakukan! Perlu tetap semangat dan yakin akan janji Allah bahawa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang sentiasa sabar dan menolong agama-Nya. Allahu Akbar! Khilafah! Khilafah! Khilafah!
Share:

03 February 2012

Ujian: Hidup ini Ujian


Assalamualaikum. Hari makin hari, pengalaman bertambah. Daripada kita tak tau sesuatu perkara, jadi kita tau. Daripada kita tak boleh buat, jadi kita boleh buat.

Sama juga dengan ujian. Semakin kita "manusia yang hebat", semakin berat ujian yang menimpa. Bukan mudah untuk sabar dan tabah. Dari SABAR lah lahirnya TABAH. Alangkah hebat manusia yang sangat-sangat sabar akan ujian yang menimpa dia. Dia boleh hadapi ujian dengan tenang dan tau macamana nak selesaikan sesuatu masalah. Paling penting, dia selalu ingat Allah.

Mungkin bagi kita hal sabar itu sesuatu yang remeh, tapi sabar itu sesuatu yang di sisi Allah adalah sifat yang mulia. Mungkin boleh juga kita contohkan dengan pejuangan. Kita melihat ada manusia yang tetap istiqamah dalam perjuangan yang dibawa. Tidak kisahlah sama ada perjuangan itu yang haq atau yang bathil.


Manusia yang memperjuangankan yang haq sering mendapat ujian berupa kesusahan. Allah menguji mereka dengan ada manusia yang tidak menyukai apa yang mereka bawa seperti dakwah. Manusia yang tidak suka itu bersungguh-sungguh menghalang dakwah mereka. Tapi, mereka tetap sabar dan tabah dan sentiasa berserah kepada Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang akan memenangkan mereka jika Allah menghendaki.

Manusia yang memperjuangkan kebathilan pula Allah uji dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Sehingga mereka lebih cintakan dunia daripada Allah dan Rasul. Apa yang mereka kata berupa dusta dan sia-sia. Jika mereka kata sesuatu yang berkaitan dengan Islam, boleh jadi itu hanyalah untuk mendapat pujian dan undi atau lebih kepada nak orang percaya.

Hidup ini banyak ujiannya. Senang itu juga ujian. Bersyukurlah kita saat Allah menguji kita. Bersyukurlah kita ketika apa pun masanya. Bahkan setiap detik kehidupan kita ini ujian. Allah tidak akan menguji hamba-Nya tanpa kemampuan hamba-Nya untuk menghadapi ujian itu.

Ada manusia yang nak Islam, nak perjuangkan Islam tapi cara mereka salah. Mereka memandang beberapa konsep yang HARAM itu HALAL. Bahkan ada juga daripada mereka yang sedar akan kebathilan itu. Bukankah kita kata Rasulullah itu wajib kita teladani?

Jika Rasulullah itu suri tauladan kita, wajib bagi kita untuk ikut segala yang wajib yang Rasulullah buat. Kalau tidak, 100% kita telah melakukan kebathilan. Pilihan yang kita buat mestilah tepat dan tidak dimurkai Allah. Jika kita tersalah pilih, kembalilah kepada kebenaran. Wallahu'alam.

Share:

Chat with me