18 January 2019

Kuih yang sedap

Assalamualaikum apa khabar para pembaca sekalian? Diharap semua sihat adanya. Alhamdulillah hari ni ada masa nak update blog walaupun post pada kali ini hanya santai sahaja.

Semalam kakak saya bawa saya tidur kat rumah dia sebab esok (Sabtu) ada program family day. tak sabar rasanya nak pergi sebab tempat yang telah dicari sungguh cantik. InshaAllah saya akan update di lain hari untuk menceritakan pengalaman di sana nanti. Hihi.

Tak tahulah kenapa hari ni teringin sangat nak makan kuih-kuih melayu. Jadinya petang tadi saya orderlah kuih ketayap dan popia sayur. Rasa kuih-kuih yang dibeli memang sedap dan sizenya pun agak besar. 1 biji berharga RM 0.50 memang berbaloi siap ada delivery lagi, dihantar depan pintu!


Minum petang tadi cuma dengan air kosong sahaja. Kenyang makan beberapa biji kuih bersama kakak saya, alhamdulillah. Rasanya kakak saya dah beli banyak kali dengan orang yang sama jual kuih-kuih ni. Lepas ni inshaAllah kalau saya datang rumah kakak saya nak beli lagi.

Oklah inshaAllah kita berjumpa di lain masa. Salam sayang buat semua.
Share:

6 manusia berfikir:

  1. Saya pun suka makan popia. Cercah kuah, mmg nikmat. Apa lagi makan popia dalam keadaan panas2 ~

    ReplyDelete
  2. wah kuih pun ada delivery. kalau saya, saya sekarang teringin makan samosa hahaha. by the way saya follow sini tau sebab suka dengan blog ni. semoga terus kekal dalam dunia blogging.kalau ada masa, bolehlah singgah ke blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mula2 pun saya macam terkejut kuih pun ada delivery. alhamdulillah rezeki mak cik tu kuih dengan memang sedappp

      Delete
  3. lamanya tak makan ketayap!!! and why so murah waaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun harga barang semua mahal tapi mak cik tu jual dgn harga yg murah semoga mak cik tu n family dia murah rezeki aamiin :)

      Delete

Chat with me