31 March 2012

Orang Kalau dah Suka...


Orang kalau dah suka seseorang, mesti tak endahkan kata-kata orang yang cakap buruk pasal orang yang dia suka tu. Macam kawan sayalah, dia suka seseorang, bila saya cakap orang yang dia suka tu macam lain macam, dia kata orang yang dia suka tu bukan macam tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti cakap sanggup buat apa je kan. Lagilah bila orang yang sedang dilamun cinta. Cakap macam-macam, sanggup itulah sanggup inilah. Sampai sanggup mati. Alah, banyak je kita tengok orang yang macam tu kan.

Orang kalau dah suka seseorang, hidupnya akan asyik berangan je. Tak habis-habis fikir pasal orang yang dicintai. Malah satu jam tak fikir pasal orang tu tak sah! Kalau ada gambar orang yang dicintai, hah tak habis-habis tenung je gambar tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti selalu nak jumpa dan tengok orang yang dicintai tu kan. Kalau tak jumpa atau tak dapat tengok, mesti rasa gelisah dan tak lalu makan kan. Ni biasa sangat dah. Banyak kali saya nampak!

Orang kalau dah suka seseorang, tak sah kalau tak buat orang yang dicintai tu sedar akan kehadiran diri. Mesti nak tunjuk hebat depan orang yang dicintai. Kalau ada benda tak kena kat diri, mesti tak nak si dia yang dicintai tu sedar akan benda yang tak kena tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti buat baik dan layan dengan layanan yang baik bila dengan orang yang dicintai. Kalau dengan orang lain dia cakap kasar, dengan orang yang dicintai dia cakap sopan dan lemah-lembut je.

Orang kalau dah suka seseorang, sanggup perhabis duit untuk beli sesuatu yang diminta oleh orang yang dicintai. Kalau tak beli takut orang yang dicintai marah dan merajuk. Kalau orang yang bijak, lempang je kalau ada yang materialistik. (MELAMPAUNYA SAMPAI NAK LEMPANG-LEMPANG)

Itulah hakikatnya...
Kata cinta, tapi itu hanya sementara. Tengoklah bila kahwin nanti, adakah perasaan cinta kekal? Tapi, kalau cinta berdasarkan syariat(cinta selepas nikah), insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. Allah 'alam.
Share:

7 manusia berfikir:

  1. hehe,I once pernah ade perasaan mcm ni.sekarang takde dah. :)

    ReplyDelete
  2. kalau dh tak suka, hai macam-macam la dikatanya

    sebab orang hanya orang after all.

    ReplyDelete
  3. Setuju ^^, kalau da orang fall in love mesti macam tu, hehe ...

    ReplyDelete
  4. cinta Allah cinta hakiki yg abadi :D

    ReplyDelete
  5. totally agree. kalau dah suka, memang payah la nak dengar orang lain cakap apa. yang buruk pun jadi baik :D

    ReplyDelete
  6. setuju sangat :) mcm gila byg pn ada =.=

    ReplyDelete

Chat with me