28 July 2012

Dah nak dekat dah


Assalamualaikum.. Moga dalam lindungan-Nya sentiasa.

Dah berapa kali banyaknya saya mencuba tukar layout kat tumblr, tapi dia tak nak juga tukar. Kenapa tak boleh tukar juga??? Dah tekan 'save', tapi bila pergi tumblr saya, dia tak berubah layout pun. -.-
Dah berapa banyak mengaji al-Quran? Macamana Ramadhan kali ni? 
Bulan Ramadhan, waktu sekolah rasa best pula. Waktu rehat kat sekolah boleh rehat kat dalam kelas, tak payah turun. Lagipun boleh suka hati je nak merayau-rayau (tapi waktu rehat je la). Trial dah nak dekat sangat, PMR lagi berapa bulan je. Dah prepare ke shidah oii?! --'

Bagi calon PMR, moga dapat keputusan cemerlang dalam trial nanti dan juga PMR. Berusahalah ye. Jangan lupa doa. Tu je la kot, k wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Share:

21 July 2012

Ramadhan: Lain negara, lain hari?


Assalamualaikum. Ramadhan kembali lagi...

Moga Ramadhan kali ni, yang terakhir tanpa Khilafah. Seriously, saya sangat-sangat bersedih hati dan tak puas hati. Apa pasal Malaysia puasa lambat? Negara lain dah puasa dulu. Apa pasal tak sama? Kenapa perlu lain-lain tarikh? Kalau dah nampak anak bulan, automatically seluruh umat Islam kena puasa. Bukan lain negara, lain puasa!

Bila saya cakap semalam(20 Julai) dah start puasa, ada pula banyak yang tak percaya. Ada yang cakap "kalau semalam puasa, apa pasal ulama' tak bersuara." "Kita kena ikut negara Malaysia sebab kita tinggal kat sini." Dan banyak lagi. Seriously, ramai yang tak percaya.

Maklumlah, dah bagitau awal-awal kat kalender, kat tv pun dah cakap yang 21 Julai puasa, mana boleh tetiba ada orang cakap semalam puasa. Takkanlah orang senang-senang nak percaya kan? Ni memang hakikatnyalah kan.
Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, 1 Syawal haram puasa tau. Jangan lupa tu.
Tak rasa bersalah ke puasa hari lain dengan negara lain? Sedihlah tahun ni....
Share:

12 July 2012

Jawabanmu itu telah menggoncang hati ini.


Rasulullah dalam mendakwahkan Islam tidak pernah menyimpang sedikitpun, meskipun hanya sehelai rambut. Beliau tidak menyimpang sedikitpun dari Islam, meskipun di hadapan beliau ada berbagai kemanfaatan dan kemaslahatan.

Kerana sifat konsisten beliau dan tidak mahu diajak kompromi meski hanya sedikit saja, membuat tokoh-tokoh jahiliyah frustasi. Sekan semua usaha mereka dalam membungkam gerakan dakwah menghadapi jalan buntu.

Setiap usaha dan makar mereka, dapat dipatahkan oleh Rasulullah. Mereka betul-betul memendam amarah yang selalu menggelora. Sehingga akhirnya, mereka mendatangi Abu Thalib agar dia mahu menasihati Rasulullh supaya menghentikan dakwah beliau.

Mereka berkata
"Wahai Abu Thalib, anda adalah seseorang yang kami tuakan. Kami hormati dan kami muliakan anda. Dan kmi telah meminta anda agar melarang anak saudaramu itu. Akan tetapi, rupanya tidak engkau hiraukan. Sungguh, demi Allah, kami tak tahan lagi menahan kesabaran mendengar cemuhan terhadap nenek moyang kami, ejekan terhadap orang-orang cerdik pandai kami, penghinaan terhadap tuhan-tuhan pujaan kami. Bila anda masih belum hendak mencegah perbuatannya itu, marilah kita berperang tanding, biar salah satu di antara kita celaka."
Abu Thalib pun segera memanggil anak saudaranya, lalu ia berkata, "Wahai anak saudaraku, kaummu telah mendatangiku dan membicarkan tentangmu denganku. Maka jagalah dirimu dn kasihanilah aku. Janganlah aku diberi beban yang aku tidk sanggup memikulnya.

Mendengar permintaan pak cik beliau yang sudh tua, dengan ungkapan-ungkapan yang penuh iba dan belas kasihan, apa yang mesti disampaikan Rasulullah?

Rupanya orang yang selalu berdiri di samping beliau selama ini hendak berlepas tangan darinya. Rupanya pelindung yang selama ini membentengi beliau dari berbagai ujian dan cubaan hendak melepaskan beliau.

Beliau langsung menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan
"Wahai pak cik ku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, tidaklah aku ingin meninggalkannya, sampai Allah memenangkanku atau aku tewas kerananya."

Allah... Jawaban lelaki sejati... Ya Rasulullah... :')

Copy from buku Kota Roma Menanti Anda, karya Muhammad Choirul Anam. Dan beberapa perkataan telah diubah kepada Bahasa Melayu.
Share:

02 July 2012

Kenapa Tak Jaga Pergaulan?

Assalamualaikum, moga ceria dan dilindungi-Nya selalu.

Kalau tengok orang yang bukan berfikiran Islam or kita akan panggil orang tu bukan 'islamic', bila dia couple or tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan maybe kita akan anggap "ala, biasa la tu. depa belum tau agi tuh". Ok, fine.

Tapi, kalau tengok orang yang dikatakan 'islamic' or berfikiran Islam bercouple dan tak jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan kita pasti akan anggap "astaghfirullah, apa dah jadi ni?" Pandangan masyarakat automatically akan terus anggap orang tu 'teruk'. Samalah macam pandangan saya juga.

Bagi saya, dua-dua sama jer. Tak kisahlah kau tu hebat dalam agama or tak, kalau kau tak jaga pergaulan, aku akan terus anggap kau sebagai orang yang "rupanya kau pun sama je. tak de istimewa pun. harap agama je hebat, tapi kalau tak jaga pergaulan kau terus jadi tak hebat!" (penggunaan kau/aku sekejap ye)

Saya sangat-sangat sakit mata apabila melihat ada manusia yang kononnya islamic tapi tak jaga pergaulan tak kisahlah kat alam yang nyata (realiti) atau kat laman sosial lebih-lebih lagi kat facebook ye. Bagi yang terasa, saya tak tau nak cakap apa. Cuma nak cakap, baguslah kalau terasa. Kalau tak terasa nanti tetap tak nak jaga pergaulan. Allahu'alam.

Music kat blog ni sedih, macam nak nangis je.
Share:

Chat with me