18 January 2019

Kuih yang sedap

Assalamualaikum apa khabar para pembaca sekalian? Diharap semua sihat adanya. Alhamdulillah hari ni ada masa nak update blog walaupun post pada kali ini hanya santai sahaja.

Semalam kakak saya bawa saya tidur kat rumah dia sebab esok (Sabtu) ada program family day. tak sabar rasanya nak pergi sebab tempat yang telah dicari sungguh cantik. InshaAllah saya akan update di lain hari untuk menceritakan pengalaman di sana nanti. Hihi.

Tak tahulah kenapa hari ni teringin sangat nak makan kuih-kuih melayu. Jadinya petang tadi saya orderlah kuih ketayap dan popia sayur. Rasa kuih-kuih yang dibeli memang sedap dan sizenya pun agak besar. 1 biji berharga RM 0.50 memang berbaloi siap ada delivery lagi, dihantar depan pintu!


Minum petang tadi cuma dengan air kosong sahaja. Kenyang makan beberapa biji kuih bersama kakak saya, alhamdulillah. Rasanya kakak saya dah beli banyak kali dengan orang yang sama jual kuih-kuih ni. Lepas ni inshaAllah kalau saya datang rumah kakak saya nak beli lagi.

Oklah inshaAllah kita berjumpa di lain masa. Salam sayang buat semua.
Share:

16 January 2019

Aku kembali setelah sekian lama menyepi

Assalamualaikum para pembaca yang sudi singgah blog saya setelah sekian lama saya menyepi daripada dunia blog. Dah 5 tahun juga saya menyepi tanpa khabar. Ada followers yang tertanya-tanya mana saya pergi ke? Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada tak apalah tiada orang rindu. Hahaha sorry tengahari ni saya ada mood nak menaip dan memulakan kembali dunia blog saya.

Mungkin ada segelintir yang mengenali saya melalui laman sosial yang lain seperti facebook dan instagram. Tapi saya dah lama tak aktif facebook dan akaun instagram saya deactivated. Almaklumlah saya sejenis manusia yang malas nak update apa-apa di laman sosial media.


Sebenarnya memang dah terbuku lama hasrat dalam hati nak kembali berblog seperti dulu kala yang setiap hari aktif, tapi saya belum 'kuat' nak berbuat demikian. Haha bukannya apa macam saya cakap tadi saya malas lagipun nak menulis ni perlu banyak idea barulah para pembaca tertarik hati nak singgah dan baca di blog kita, ya dak?

Kita dah masuk tahun 2019, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi teknologi kita dah semakin canggih alhamdulillah. Banyak juga kes-kes jenayah nak berlaku, sungguh mengerikan. Ok tak apa itu tolak tepi dulu. Saya pun sebenarnya dah banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Alhamdulillah saya masih di sini bernafas dengan udara yang Allah beri. Semua yang terjadi dalam hidup saya memang semakin mematangkan saya dan saya masih lagi belajar untuk menjadi yang lebih baik.

Saya rindu sangat kat rakan blogger saya yang lain, entah mereka masih aktif berblog atau sudah tinggalkan dunia blog. Tapi saya pasti mesti ramai yang dah mendirikan rumah tangga kan? Haha alhamdulillah semoga kekal hingga ke jannah selamanya, aamiin.

InshaAllah kali ni saya akan teruskan menulis di blog yang usang ni supaya menjadi ceria kembali. Saya harap ramailah yang sudi singgah blog saya walaupun korang rasa macam bosan je nak baca post saya, hihi. Oklah sampai di sini saja untuk hari ini inshAllah kita jumpa lagi di lain hari. Salam sayang buat semua.
Share:

Chat with me