04 February 2019

Sungai Congkak yang damai

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian. Dah masuk 2 minggu saya tak update blog, sekarang ni barulah saya ada masa nak update. Maaf sangat sebab ambil masa yang lama.

Oklah hari tu 19-20 Januari saya dan sahabat seperjuangan telah pergi ke Damai Al-Kahfi yang terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat untuk mengadakan 'family day'. Dalam dua hari tu macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Tempatnya sangat cantik dan damai je rasa. Memang sangat-sangat seronok.



Hari Sabtu tu saya dan kakak saya tumpang kawan kami untuk ke tempat kejadian. Perjalanan ambil masa dalam hampir dua jam juga kalau tak silap saya sebab jalam jem teruk. Dalam kereta saya tidur je sebab saya memang jenis tidur kalau masuk kereta.

Dalam pukul dua macam tu kami sampai ke destinasi. Sampai sahaja kami ke dewan untuk mengambil kunci daripada sahabat kami yang telah mendaftar dan kamu pun masuk ke chalet untuk solat zuhur. Setelah selesai solat kami terus ke dewan semula sebab ada sesi ice breaking dengan sahabat seperjuangan yang lain serta ada slot motivasi yang sangat-sangat best.

Dalam slot motivasi tu menceritakan bagaimana kita sebagai manusia/hamba Allah untuk atur masa kita dengan baik walau sesibuk manapun kita. Ramai antara kita yang anggap bahawa kita tak cukup masa, sangat-sangat busy, tapi sebenarnya tidak. Beliau menceritakan pengalaman beliau dan bagaimana beliau atur masa dia dan keluarga beliau. Beliau juga menyertakan jadual untuk kami-kami semua follow. Setelah apa yang beliau sampaikan dan paparkan jadual harian beliau, ternyata memang kita-kita semua sebenarnya sangat banyak masa bukan tidak cukup masa. Alhamdulillah semoga Allah meredhai beliau dan semoga kita semua sentiasa menjaga waktu. Aamiin.

Setelah slot motivasi tersebut, kami semua solat asar dan kembali semula ke dewan kerana ada aktiviti untuk anak-anak. Yes, ramai ibu-ibu solehah yang membawa anak-anak soleh/solehah bersama mereka. Iyalah nama pun family day tapi bersifat memotivasikan hehe. Seronok tengok anak-anak bermain dengan semangatnya.




Setelah selesai aktiviti anak-anak. Kami semua berehat di chalet masing-masing, dan sebahagian anak-anak bermandi kolam. Waktu maghrib pun tiba, kami semua menunaikan solat maghrib kemudian kembali semula ke dewan untuk slot bercerita, sebanarnya saya tak pasti itu slot apa tapi slot tu begini... Kami semua duduk di kerusi yang disediakan. Ada seorang yang memainkan nasyid dan seorang lagi berpusing mengelilingi kami. Apabila nasyid itu berhenti dimainkan dan orang yang mengelilingi bulatan tu stop ke tempat dia, maka dia kena pilih kertas kecil yang berisi soalan yang diberikan kepadanya dan dia kena jawab soalan tersebut.

MasyaAllah semua yang 'terkena', mereka menceritakan pengalaman mereka yang sangat memotivasikan dan semangat! Setelah selesai kami solat isyak dan berehat di chalet.

Keesokan harinya, kami bangun untuk solat malam dan solat subuh dan dilanjutkan dengan kuliah subuh yang membakar semangat di surau yang telah disediakan. Setelah selesai saya mengambil masa beberapa minit untuk ke sungai yang terletak di belakang kawasan chalet, dekat sangat.



Ya Allah sangat damai sekali dalam melihat ciptaan-Mu...
Rasa tenang je pagi-pagi berendam kaki kat sungai, airnya pun sejuk. Suka sangat dengar bunyi air yang mengalir, tenang dan sejuk je jiwa. Tiba-tiba dapat mesej dari kakak, kena ke tempat parking sebab ada program memanah. Yes, MEMANAH. Ya Allah, ini adalah peluang yang sangat berharga sebab dapat belajar memanah dengan free.


Sebelum kami start menanah, kami diajar cara-cara menggunakan bow dan arrow dan cara memanah. Mula-mula tu rasa tak confident dan takut nak lepaskan panah, macam susah sangat jari ni nak lepaskan panah. Tapi lama kelamaan alhamdulillah sangat addicted. Tak puas tembak sekali, nak tembak lagi berkali-kali. Tak hanya belajar, kami juga ada pertandingan memanah walaupun kami semua baru pertama kali belajar memanah.



Alhamdulillah kumpulan saya dapat tempat pertama antara 5 kumpulan. Happy sangat-sangat sebab dapat belajar memanah walaupun hanya sekali (mungkin sekali seumur hidup huhu). Dah puas semua, kami berehat dan bersiap-siap untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami semua ambil peluang untuk mandi sungai walaupun saya hanya rendam tangan dan kaki sahaja sebab saya tak bawa baju lebih huhu memang sedihlah.



Setelah saya puas melihat keindahan alam dan menghirup udara segar di sungai, kami semua bersiap-siap untuk makan tengahari dan bersalam-salaman untuk pulang. Maaflah post kali ni macam karangan pula, semoga pembaca semua tak bosan ya. Saya undur diri dahulu dengan assalamualaikum.
Share:

Chat with me