Firman Allah SWT:
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
Surah Al Israa : (18-19)
Sabda Rasulullah SAW:
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra: Telah berkata Nabi SAW: Allah Taala telah berfirman: Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka sesiapa yang beramal lalu mempersekutukan kepada selainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu.
Seorang ahli hikmah berkata:
Contoh orang yang beramal dengan riya' dan sam ah itu bagaikan seorang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu sehingga orang-orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata,
Alangkah penuh poketnya dengan wang.
Tetapi sama sekali tidak berguna baginya kerana tidak dapat membeli apa-apa, ianya hanya semata-mata mendapat pujian sahaja. Demikianlah bagi mereka yang beramal dengan riya' dan sam ah, tidak mendapat apa-apa di atas amalan yang dilakukannya.
Ali bin Abi Talib berkata:
Tanda-tanda orang yang riya' itu empat:
1. Malas jika bersendirian.
2. Tangkas jika di hadapan orang.
3. Menambah amalnya jika dipuji.
4. Mengurangi amalnya jika dicela.
Syaqiq bin Ibrahim berkata:
Benteng amal itu ada tiga:
- Harus merasakan bahawa amal yang dilakukan tersebut adalah hidayah dan taufiq dari Allah, untuk mematahkan rasa ujub (sombong diri)
- Niat melakukan amal tersebut semata-mata untuk mendapat redha Allah, untuk mematahkan hawa nafsu.
- Mengharapkan imdalan kebaikan dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya'
Dan dengan ketiga-tiga amal ini, amal tersebut dapat dilakukan dengan ikhlas kepada Allah. Mengharapkan redha Allah supaya setiap amal hanya untuk Allah, tidak melakukan amalan yang didorong oleh hawa nafsu. Apabila amal itu kerana Allah, maka ianya tidak menghiraukan pujian atau celaan orang.
Hamid Al Afaf berkata:
Jika Allah menghendaki kebinasaan seseorang tersebut, maka dihukum seseorang tersebut dengan tiga cara:
- Diberi ilmu tanpa amal
- DiberiNya bersahabat dengan orang-orang soleh tetapi tidak mengikuti jejak mereka dan tidak beradab dengan mereka.
- Diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas melakukannya.
(Petikan dari kitab Tanbihul Qafilin : Abullaits Assamarqandi)
0 manusia berfikir:
Post a Comment