28 June 2010

yang hidup,pasti akan pergi jua....T_T

Assalamualaikum sahabat semua...Semalam,26/6/2010,atok ana meninggal dunia..Sedihnya ana rasa.Keluarga ana semuanya sedih.Nak tahu macamana situasi sebelum kematian atok ana?Ceritanya macam ni.....

Dalam pukul 3.00 petang,ana,umi,abah,kakak ke dua dan mak cik ana nak pergi hospital untuk melawat atok ana yang sedang sangat2 sakit.Kiranya sedang nazak.Waktu dah sampai hospital,kami tunggu dekat tempat menunggu sementara menunggu untuk melawat.Waktu tu nenek ana dan abang sedara ana ada kat hospital.Menunggu atok ana yang sedang sakit(kiranya pelawat la).Selepas beberapa lamanya kami tunggu,doktor pun keluar dan memberitahu kami bahawa doktor sedaya upaya untuk menyelamatkan atok ana.Doktor kata darah atok ana banyak yang keluar.



Atok ana sedang tenat sangat2.Apa lagi,umi dan mak cik ana nangis la.Sebab ayah sendiri sedang tenat.Inikan pula nenek ana,isteri tercinta atok ana.Sungguh sedih la.Tak tahu nak cakap apa.Doktor kembali merawat atok ana.Dan selepas beberapa lama lagi kami tunggu,doktor keluar lagi memberitahu kami yang atok ana sesak nafas.Doktor dah cuba buat CPR,tapi tetap tak boleh jadi.Umi ana bertanya kepada doktor"tak boleh ke kalau kami nak tengok?"Doktor kata belum boleh lagi.Nanti lepas dah bersih2kan baru boleh.Punyalah ana rasa macam marah je.Dalam hati ana berkata"takkanlah tak boleh lawat?pelik!".Tapi,tak pelah.Sabar je yang termampu.Kemudian,doktor kembali merawat atok ana.

Selepas beberapa lamanya kami menunggu,doktor pun keluar lagi untuk memberitahu keadaan atok ana.Kali ni,ana betul2 rasa lain macam.Dan doktor memberitahu kami bahawa doktor tak boleh nak selamatkan atok ana.Semua rasa sedih.Menangis.Ayah ana baru je nak solat hajat.Tapi,kakak ana bagi mesej yang atok ana dah meninggal.Tak jadilah ayah ana nak solat hajat.Sebelum atok ana meninggal pun ana dah berdoa banyak2 supaya atok ana sembuh.Tapi,dah memang ajal.Tak lambat,tak cepat walau sesaat.Kami pasrah segalanya yang ALLAH tentukan.



Doktor bagi kami tengok atok ana.Kami mencium atok puas2.Sedih2.Mulalah banyak panggilan dan mesej yang kami terima.Ada yang ucap takziah.Ada yang kata nak lawat la.Tak terkatalah.Ana sempat menelefon kakak ana yang berada di rumah.Kakak ana sedih la.Dan memberitahu kepada semua yang tak ikut pergi hospital.Kakak ana dan yang lain2 yang ada di hospital membaca 'yassin'.Kakak ana lagi la menangis.Sedihnya.Apatah lagi isteri dan anak2nya.Pak cik ana pun sampai la di hospital dan lawat atok ana.
Dan kakak kawan ana pun datang melawat sebab kakak ana mesej dia dan kebetulan dia kerja kat sana.


Ana betul2 tak sangka begitu cepat sekali.Sungguh tak sangka!Kemudian jenazah dibawa untuk dimandikan dan dikafankan.Jenazah dimandikan dan dikafankan hanya di hospital.Kami duduk di kerusi sementara ayah,pak cik,abang sedara ana dan yang lain2 mandikan jenazah.Lama jugalah kami menunggu sampai maghrib.Hush!lama2.Ana dan kakak ana sempat tidur.Memang penatlah.Hehehehe....
Lepas dah selesai,kami pun ingin pulang.Jenazah tu dibawa dan ditanamkan berdekatan dengan rumah kami.Dekat je tu.Tapi,tak delah dekat sangat.Lepas solat maghrib,kami cepat2 pergi ke masjid untuk solat jenazah.Selepas solat jenazah,kami pun pergilah ke kubur.Suasana kembali tak ceria.Tak ceria?merepek je.Maksudnya,suasana menjadi sedih.Ramai yang menangis.Tak dapat nak menahan kesedihan.
Kemudian jenazah ditanam.Kami semua yang ada kat sana berdoa kepada ALLAH.Kakak dan umi ana ada dekat dalam kereta.Tak nak keluar,sebab tak dapat menahan kesedihan yang teramat,apatah lagi nenek ana.Tapi,nenek ana ada dekat rumah.Biasalah tu.Dan semuanya selesai pada jam 9.00 malam.

Alhamdulillah,siap juga kewajiban yang perlu dilaksanakan.Memang betul2 cepatlah pengurusannya.Hehehe..
Dalam beberapa jam je.Tak tunggu pun sampai hari ni untuk menanam jenazah.Mana boleh lambat2.Kena cepat2.Hari ni pula beberapa orang dalam keluarga ana pergi ke kubur.Tahu2lah kenapa.Oklah.Macam tu la kisahnya.Sangat sedih sampai tak terkata.T_T

Share:

26 June 2010

SN223 - ANTARA JIHAD DAN KEGANASAN

ANTARA JIHAD DAN KEGANASAN

[SN223] Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja isu pengganas kembali diangkat oleh kerajaan sekular 1Malaysia. Seperti biasa, orang yang paling penting dan paling relevan yang boleh menyalakan isu ini pada bila-bila masa tidak lain tidak bukan ialah Ketua Polis Negara sendiri. Seperti biasa juga, siapa lagi yang akan dikaitkan dengan pengganas jika bukan gerakan Islam? Mungkin kerana masih belum ada kumpulan pengganas baru yang boleh dijadikan sasaran, maka ‘kumpulan pengganas’ lama tetap terpilih untuk dijadikan mangsa. Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa sekurang-kurang 20 orang pelajar IPTA telah dan sedang direkrut oleh kumpulan Jemaah Islamiah (JI) ke arah keganasan. Malah, beberapa orang pensyarah juga dikatakan terlibat. Menjawab kepada perkembangan ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangannya mengenai kewujudan gerakan terancang kumpulan JI untuk merekrut remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Justifikasi kepada semua ini adalah rentetan penahanan sembilan warga asing dan seorang rakyat tempatan yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari lalu. Sungguh aneh apabila isu enam bulan lepas tiba-tiba dihangatkan kembali, apatah lagi apabila kesemua tahanan telah pun dilepaskan dan dihantar balik ke negara masing-masing. Oleh itu, tidak hairanlah jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan isu JI hanyalah digembar-gembur oleh UMNO untuk mengalih tumpuan rakyat dari isu-isu besar yang sedang ‘mengancam’ kerajaan sekarang. Rata-rata pemimpin pembangkang berkongsi pandangan yang sama dan menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan ini hanyalah sebuah sandiwara untuk kepentingan politik mereka dalam usaha kerajaan untuk mengekalkan ISA serta meraih sokongan, khususnya non-Muslim dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Dalam reaksinya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa ancaman JI adalah benar dan mengharapkan seluruh rakyat agar memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menanganinya [UM 21/06/10].

Apa pun alasan yang diberi, sesungguhnya apa yang dilakukan oleh kerajaan sekular Malaysia ini hanyalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap perjuangan menegakkan Islam. Inilah hasil kejayaan Barat yang berjaya membuatkan pemimpin umat Islam tak henti-henti menari dengan gendang war on terror yang dipalu mereka. Natijahnya, Barat tidak perlu berusaha keras untuk menghapuskan Islam, kerana ternyata pemimpin ini sudah berjaya dimabukkan untuk tujuan ini. Nampaknya kempen ‘war on terror’ kuffar Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) masih disahut baik oleh pemimpin Malaysia biarpun sudah hampir satu dekad ia berlalu. Biarpun seluruh dunia tahu bahawa war on terror  sebenarnya adalah war on Islam (perang ke atas Islam), namun pemimpin Malaysia nampaknya masih tetap tidak mahu berganjak dari berkiblatkan Barat. Kita semua tahu bahawa, baik terorisme atau ektremisme yang dicanangkan oleh Barat terutama AS, hanyalah sebuah metafora untuk mereka menceroboh, menangkap, membunuh dan menghina kaum Muslimin dan yang paling penting, mereka ingin memastikan agar Islam tidak bangkit sebagai kekuatan sebuah negara (Khilafah).

Sebab Muncul Kumpulan Jihad Islam

Dalam usaha kerajaan untuk memerangi pengganas, semestinya mereka tidak boleh lari dari mensasarkan kumpulan jihad Islam. Sama ada kita pernah atau tidak pernah mendengar bahawa kumpulan ini wujud atau  pernah melakukan keganasan, hal ini tidaklah begitu relevan bagi pemerintah kerana ‘kumpulan jihad’ ini dan ‘aktiviti’ mereka boleh ‘diwujudkan’ pada bila-bila masa sahaja. Yang penting bagi pemerintah adalah mengaitkan apa jua aktiviti fizikal dengan keganasan, kerana inilah ‘aqidah’ yang telah diajar oleh AS kepada mereka. Bagi yang prihatin, cuba kita tanya atau kaji dengan jernih, mengapakah gerakan jihad ini wujud? Sebagai Muslim, kita semua tahu bahawa jihad adalah sebuah kewajipan, malah ia merupakan puncak kepada Islam [Al-Hadis]. Terlalu banyak nas yang menerangkan tentang kewajipan jihad, baik dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis. Semua pemimpin umat Islam dari Rasulullah SAW, Khulafa’ Rasyidun, Khulafa’ Umawiyyah, Khulafa’ Abbasiyyah sehinggalah kepada Khulafa’ Uthmaniyyah, mereka semua tidak putus-putus berjihad melawan darul kufur dan orang-orang kafir. Malangnya sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), jihad sudah tidak lagi dilaksanakan oleh pemimpin umat Islam. Bertambah malang apabila para pemimpin dan ulama yang digaji mereka telah menghapuskan hukum jihad dan menyelewengkan makna jihad kepada jihad diri, jihad keluarga, jihad ekonomi dan seumpamanya. Lebih buruk dari itu, para pemimpin ini berusaha pula untuk menghapuskan mana-mana umat Islam yang ingin berjihad melawan orang-orang kafir harbi (kafir yang memerangi Islam).

Sejak kejatuhan Daulah Khilafah dan hukum jihad dihapuskan oleh pemimpin sekular, umat Islam ditindas dengan begitu kejam oleh pemimpin mereka sendiri dan diperangi pula oleh puak kuffar, khususnya Barat. Begitu ramai umat Islam dibunuh di seluruh dunia, negeri-negeri mereka diceroboh, rumah-rumah mereka diroboh, kesucian mereka dinodai, kekayaan negara mereka dikaut, harta-harta mereka dirampas dan banyak penderitan lain lagi dialami oleh kaum Muslimin. Semua ini dilakukan oleh kuffar Barat dengan begitu brutal dan mudah sekali kerana adanya bantuan (baca: pengkhianatan) dari para pemimpin Muslim itu sendiri yang tunduk patuh kepada Barat. Di samping mengalaminya sendiri, sebahagian besar kaum Muslimin menyaksikan kesemua kesengsaraan ini di depan mata mereka. Mereka menyaksikan bagaimana saudara-saudara mereka dibunuh tanpa peri kemanusiaan oleh puak kuffar dan oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka menyaksikan Palestin dirampas, Afghanistan dan Irak diceroboh, Kashmir, Bosnia, Chechnya, Pakistan, Bangladesh, Uzbekistan dan banyak negara Muslim lain dicengkam oleh puak kuffar. Negeri-negeri ini kesemuanya diperintah oleh boneka Barat dan mereka menjadi anjing-anjing yang setia kepada Barat. Manakala negeri-negeri Muslim lainnya diperintah oleh pemimpin sekular yang bencikan Islam dan tidak pernah mahu menerapkan Islam, malah memerangi rakyatnya sendiri yang ingin menerapkan Islam.

Natijah dari semua itu, sudah sewajarnyalah muncul kaum Muslimin yang ikhlas yang tidak sanggup menyaksikan semua penderitaan dan kejahatan terus berlaku. Mereka mengharapkan pemimpin mereka agar menerapkan Islam dan berjihad melawan kuffar. Malangnya pemimpin mereka membenci Islam, menerapkan hukum kufur dan berlutut menyembah Barat. Akibatnya, kumpulan kaum Muslimin yang ikhlas ini berusaha untuk mengakhiri semuanya ini dengan jalan terjun ke medan jihad untuk melawan keganasan Barat dan keganasan penguasa umat Islam yang bersekongkol dengan Barat. Sungguh, munculnya gerakan jihad ini adalah disebabkan oleh kejahatan pemimpin sekular itu sendiri, yang-

(i) tidak mahu menerapkan hukum Islam, sebaliknya menerapkan hukum kufur dalam pemerintahan, dan

(ii) disebabkan oleh pengkhianatan pemimpin sekular ini yang tidak pernah menghantar tentera untuk berjihad melawan puak kuffar, walhal mereka memiliki tentera yang ramai. Kita dapat bayangkan jika pemimpin kaum Muslimin hari ini menerapkan hukum Islam dan menerapkan hukum jihad (melancarkan jihad), maka sudah semestinya gerakan jihad ini tidak lagi perlu wujud. Jika benar mereka ingin berjihad sekalipun, maka mereka tidak perlu mewujudkan ‘gerakan jihad’ kerana pintu jihad sentiasa terbuka untuk mereka. Mereka dengan mudah boleh memohon kepada pemerintah untuk menjadi tentera dan Insya Allah mereka akan berperang dan beroleh syahid di jalanNya.

Bila Boleh Memberontak?

Kemunculan gerakan jihad ini bukanlah didorong atas dasar emosi dan semangat semata-mata, malah beberapa gerakan jihad mendasari tindakan mereka berpandukan nas yang sahih. Nas yang sering digunakan adalah hadis dari Ubadah bin Samit yang berkata,

“Nabi SAW mengajak kami (membaiatnya), lalu kami membaiat beliau. Kemudian beliau mengajarkan kepada kami bagaimana kami perlu membaiat. Lalu kami membaiat beliau untuk mendengarkan dan mentaati perintahnya, baik dalam keadaan yang kami senangi ataupun kami tidak senangi, dalam keadaan sulit ataupun lapang, serta dalam hal tidak mendahulukan urusan kami, juga agar kami tidak merebut kekuasaan dari seorang pemimpin, kecuali (sabda beliau), ‘Kalau kalian melihat kufran bawahan (kekufuran yang nyata) yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah”
[HR Bukhari & Muslim].

Secara umumnya berdasarkan banyak nas, kaum Muslimin diwajibkan untuk mentaati penguasa dan dilarang (haram) memisahkan diri atau memberontak (melawan) penguasa yang dilantik secara sah dari segi syarak. Bagaimanapun, berdasarkan hadis di atas, kaum Muslimin dibenarkan memerangi penguasa dengan pedang (kekerasan) jika wujud satu keadaaan yakni “kufran bawwahan” (kekufuran yang nyata). Ertinya, jika seorang penguasa telah melakukan kekufuran yang nyata, maka kaum Mukmin wajib melepaskan ketaatan dari mereka dan diperbolehkan memerangi mereka dengan pedang. Ibnu Hajar, tatkala memberi komen mengenai hadis di atas menyatakan, jika kekufuran penguasa boleh dibuktikan dengan ayat-ayat, nas-nas atau berita sahih yang tidak memerlukan takwil lagi, maka seseorang itu wajib memisahkan diri darinya. Akan tetapi, jika bukti-bukti kekufurannya masih samar dan masih memerlukan takwil, seseorang itu tetap tidak boleh memisahkan diri dari penguasa [Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Bariy, juz 13/8-9].

Di dalam Syarah an-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, dijelaskan sebagai berikut, “Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, ‘Para ulama telah sepakat, bahawa jawatan imamah (Khilafah) tidak boleh diserahkan kepada orang kafir sekiranya tiba-tiba kekufuran itu menimpa dirinya. Dalam keadaan seperti ini ia wajib dipecat’. Beliau berkata, ‘Ketentuan ini juga berlaku jika ia meninggalkan penegakan solat dan dakwah untuk mendirikan solat’. Lalu Imam Nawawi berkata, ‘Al-Qadhi berkata, ‘Seandainya Khalifah terjatuh ke dalam kekufuran, atau mengubah syariat, atau melakukan bid’ah yang boleh mengeluarkan dirinya dari jawatan ketua negara, maka ia tidak wajib ditaati. Kaum Muslimin wajib mengangkat senjata, memecatnya dan mengangkat Imam adil yang baru, jika mereka mampu melakukan hal itu” [Imam al-Nawawi, juz VIII, hal. 35-36].

Syeikh Abdul Qadim Zallum menyatakan bahawa kaum Muslimin wajib mentaati penguasa dan dilarang memisahkan diri, kecuali sabda Nabi “jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata dan kalian memiliki bukti yang kuat dari Allah.” Ini menunjukkan bahawa seorang Muslim wajib memisahkan diri dari penguasa, bahkan boleh memerangi mereka dengan pedang, jika telah terbukti dengan nyata dan pasti, bahawa penguasa tersebut telah terjatuh ke dalam “kekufuran yang nyata.” Akan tetapi mesti difahami bahawa yang dimaksudkan dengan kufran bawwahan itu adalah kekufuran yang boleh dibuktikan dengan dalil yang qath’ie (pasti) bahawa ia jelas-jelas sebuah kekufuran. Ini adalah kerana Rasulullah SAW tidak hanya berhenti di situ (kufran bawahan), tetapi baginda meneruskan dengan sabda baginda, “yang kalian memiliki burhan (bukti) di hadapan Allah”. Kata burhan tidak boleh digunakan selain untuk menunjukkan dalil yang qath’ie. Oleh itu, adanya dalil yang qath’ie menjadi salah satu syarat memisahkan diri. Sekiranya masih ada bukti yang masih samar, apakah kufur atau tidak, atau hanya dengan bukti yang bersifat dzanni (dugaan) bahawa telah wujud kekufuran, maka tetap tidak boleh memisahkan diri dari penguasa [Nidzam al-Hukmi fi al-Islam].

Berdasarkan nas di atas, ada gerakan/umat Islam yang menafsirkan bahawa sekarang telah wujud keadaan ‘kufran bawwahan’ yang dijelaskan oleh Nabi SAW yang justeru membolehkan, malah mewajibkan umat Islam untuk berjihad melawan penguasa. Persoalannya, benarkah kefahaman ini dan adakah hadis ini terpakai dalam konteks pemerintahan sekarang? Dalam hal ini, ingin kami nyatakan bahawa kami (Hizbut Tahrir) menerima perbezaan pendapat dalam penafsiran yang masih Islamik, namun perlu kami tegaskan bahawa kefahaman seperti di atas adalah keliru kerana alasan berikut: Maudhu’ (subjek) pembahasan atau penunjukkan dalil hadis ini adalah terhadap pimpinan Islam (Khalifah) di bawah sistem pemerintahan Islam (Khilafah), bukannya terhadap pemimpin kafir atau pemimpin Islam di bawah sistem-sistem pemerintahan kufur seperti yang ada sekarang baik sistem demokrasi, teokrasi, otokrasi, federasi dan seumpamanya. Dengan kata lain, hadis ini tidak terpakai terhadap pemerintah dan sistem pemerintahan yang berjalan sekarang. Ini kerana, hadis tersebut menyentuh tentang pemberontakan yang mesti dilakukan ke atas Imam (pemimpin) yang sah dilantik dengan cara bai’at tetapi mereka kemudiannya menampakkan kekufuran yang nyata. Adapun pemerintahan sekarang, ia bukan lagi Khilafah yang memerintah berdasarkan Islam kemudian bertukar menerapkan kekufuran yang nyata, tetapi ia adalah sebuah pemerintahan berdasarkan sistem kufur sejak dahulu (sejak 1924) lagi.

Muhammad Khair Haekal, dalam Jihad wa al-Kital Fi as-Siyasah as-Syar’iyyah menjelaskan bahawa kewajiban memerangi penguasa yang telah termasuk ke dalam “kekufuran yang nyata” berlaku hanya ke atas penguasa yang sebelumnya menerapkan sistem Islam, kemudian ia mengubahnya menjadi sistem kufur. Hanya pada ketika (transisi) inilah, umat Islam wajib mencegah tindakan penguasa tersebut sekalipun dengan mengangkat senjata. Mencermati hadis tersebut dengan cara yang benar akan menghantar kepada kefahaman bahawa bolehnya memerangi penguasa adalah dalam keadaan di mana “an tarau kufran bawwahan” (apabila kamu melihat kekufuran yang nyata). Lafaz “illa an tarau” (kecuali kamu melihat) membawa erti bahawa, ‘sebelum ini kamu tidak melihat, sekarang (baru) kamu lihat’. Dengan kata lain, ia bermaksud bahawa sebelum ini kita tidak pernah menyaksikan kekufuran yang nyata, kemudian sekarang (baru) kita menyaksikannya. Maka, dalam kondisi transisi seperti inilah, baru kita dibenarkan mengangkat senjata. Faktanya sekarang, rata-rata kita (umat Islam) pada hari ini telah hidup (dilahirkan) dalam sistem yang sudah pun termasuk dalam keadaan ‘kekufuran yang nyata’. Justeru, kita tidak mengalami proses transisi tersebut. Maka, hadis yang membolehkan kita mengangkat senjata terhadap penguasa tidak terpakai kepada kita sekarang. Hukum bagi kita sekarang bukanlah membunuh atau mengangkat senjata terhadap penguasa, apatah lagi jika mereka adalah Muslim, tetapi kita wajib ‘membunuh’ sistem kufur dan menggantikannya dengan sistem Islam serta menukar negeri ini kepada negeri Islam (Khilafah) dengan thariqah (metode) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa baginda berjuang di Mekah sebelum tegaknya Negara Islam Madinah. Dan thariqah Rasulullah tidak pernah mengangkat senjata atau menggunakan kekerasan untuk mendirikan sebuah negara.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kita perlu faham bahawa bukanlah hadis mengangkat senjata ini tertolak, cuma ‘hukum’nya tidak berlaku (sekarang). Bagaimanapun hukumnya akan tetap berlaku bila ‘keadaannya’ wujud. Keadaan/hukum ini pernah wujud satu ketika dahulu iaitu tatkala pemerintahan Khilafah bertukar dari pemerintahan Islam kepada pemerintahan kufur (yakni) di akhir-akhir pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah apabila satu per satu negeri-negeri umat Islam terpisah dari Daulah lalu menerapkan kekufuran. Mustafa Kamal Attartuk laknatullah alaihi telah menerapkan kekufuruan yang nyata ke atas kaum Muslimin di Turki dengan menggantikan sistem Islam kepada sistem kufur/sekular. Kaum Muslimin di seluruh penjuru dunia pada waktu itu wajib bangkit untuk memerangi kekuasaan Mustafa Kamal, sebagai kekuasaan yang telah menampakkan kekufuran yang nyata, yang belum pernah mereka saksikan sebelumnya. Namun sayang, kewajiban ini hanya dilakukan oleh beberapa kerat individu sahaja waktu itu dan sebahagian besar kaum Muslimin lainnya tidak melakukan apa-apa. Keadaan kufran bawwahan ini terus berlangsung sehingga kini, sehingga kita yang hidup saat ini sudah tidak lagi berada dalam ‘transisi pemerintahan’ Islam-kufur, tetapi telah lama berada dalam keadaan kufran bawwahan iaitu sejak kita lahir lagi. Kerana itulah, hadis mengangkat senjata di atas tidak lagi terpakai dalam konteks kita sekarang. Walaupun demikian, kita mesti ingat bahawa haram untuk kita berdiam diri dalam keadaan kufran bawwahan yang wujud sekarang. Kita wajib berusaha menggantikan sistem demokrasi kufur yang ada ini dengan sistem Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Setiap dari kita wajib berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengan cara ini sahajalah, kesemua kufran bawwahan dapat dihapuskan, Insya Allah.
 
Share:

24 June 2010

KEPADA SEMUA SAUDARA 'MUSLIMAH' KU YG DIKASIHI...

Assalamualaikum...
Hari ini ana nak bercerita mengenai manusia yang selalu letak gambar di laman2 sosial...
Bolehkah?Sebenarnya,tak salah.Cuma,kalau nak lebih selamat,janganlah letak gambar di laman2 sosial.'BAHAYA'...Ana hanya nak ingatkan...Sebab dah banyak yang berlaku.Ish3...Teruk2...
Ramai yang letak gambar yang pakai tudung.Dan ada juga yang tidak.Kenapa ye?sangat besar tanda tanya tu..
Rasa2nya,kenapa?Adakah kerana nak orang kenal?Atau nak orang minat dengan diri kita?Atau nak berlagak?Atau nak orang komen?Ana rasa orang yang letak gambar kat laman2 sosial ni adalah untuk mendapat komen daripada teman2 mereka..Ish3..Murahnya...
Ush!Pening ni...Tak tahulah apa nak cakap dengan mereka semua.Kenapa mesti nak letak gambar?Hebat sangat ke muka tu?Ish3...Nampaknya muka mereka tidak lagi beharga.Sepatutnya mereka tahu bahawa mereka itu sangat beharga.Ini tidak..Macamanalah nak cakap.Kepada saudara2 ku yang membaca,diharapkan,nasihatlah kepada sahabat2 kalian ye...Kerana untuk menyelamatkan sahabat2 kalian..
Ana rasa kalian dah tahu sebab apa.Sebab tu la ana tak nak bagitahu sebab apa.Faham2 la ye..^_^
Nak nasihatkan sahabat dengan cara yang baik2 ye.Jangan marah2 dia pula.Kesian nanti.
Manusia harus ingat,tak semua orang yang melihat gambar kalian orang yang baik2.Entah apa la mereka nak buat terhadap gambar kalian.Seramnya....Harap kalian mengerti.Wahai muslimah...jadilah wanita yang sentiasa menjaga maruah.Tidak mahukah kalian digelar 'wanita solehah'?Oleh itu,sentiasalah muhasabah diri..InsyaALLAH maruah kalian terjaga. Akhir kata,sentiasalah bermanis muka dan janganlah bermusuh-musuhan sesama muslim..

Share:

18 June 2010

المسامحة

المسامحة علامة جيدة .. لا لضعفك بل لقوة إرادتك في قرار شجاع، ناضج،مثالي
المسامحه هي قدرة على أطلاق مشاعر متوترة مرتبطة بأمر حصل في الماضي القريب والبعيد .
المسامحة هي الوصول إلى نقطة تدرك أنت فيها أنك لست في حاجة إلى الغضب ولا للإحساس بأنك الضحية،وبذلك فإن حياتك بها سلامة وحرية أفضل من السابق .
المسامحة هي أنطفاء لرغبة في رد الأذى لمن آذاك والعيش مع أحساس أخف وألذ على الروح والعقل .
المسامحة هي الوصول إلى قناعة بأن أي أذية تسببها للآخر لن تشفي روحنا المجروحة.إن المسامحة هي حرية للعقل المحبوس بالغضب والألم ورغبة الانتقال إلىعالم فيه حياة أفضل .
المسامحة هي مساعدة نفسك لأن تسير في الحياة خطوات إلى الأمام بدلاً من أن تكون واقفاً في ذات التجربة المؤلمة .
النقطة الأهم أن تعرف أن المسامحة هدية منك إليك .. أنها شيء تعمله لنفسك حتى تنذها من وضع أنت تعرف أنه ليس جيداً ولن يتركك إلا في حال سيئه .

* أليس العفو والصفح أقوى دليل على الأيمان بالله عز وجل والأيمان بالنفس والأيمان بالحياة ؟
* أليست القدرة على العفو في حد ذاتها قوة ؟
* لماذا يجد الكثيرين صعوبة بالغة في النطق بكلمات العفو والصفح عن الأخرين ؟
* لماذا ينسون أن الكل يخطىء وأن الأنسان ليس معصوماً ؟
* ماذا تعني لك كلمة ((( سامحتك من قلبي ))) ؟
* متى تجد نفسك مستعداً لقولها ؟
* وماهو شعورك عند سماعها؟
المسامحة علامة جيدة .. لا لضعفك بل لقوة إرادتك في قرار شجاع، ناضج،مثالي .

نحتاج التسامح كثيرا في حياتنا
نظرا لكثرة الأخطاء منا ومن غيرنا
ولولا التسامح لتعقدت الكثير من العلاقات
ولانتهى أكثرها
ولذلك يبدو التسامح ضامنا لاستمرار علاقة في حالة حدوث أخطاء فيها


Share:

04 June 2010

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...
Bulan ni ayat Al-quran yang ana kena hafaz adalah surah At-taubah ayat 111...

 إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُون وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 

 Kepada ikhwan atau akhwat sekalian yang berasa nak hafaz juga,boleh la menghafaz ayat Al-quran di atas.
Dan kalau boleh hafaz la semua ayat yang ada  dalam Al-quran.Semoga kalian sentiasa mendapat keredhaan daripada ALLAH swt.

Share:

03 June 2010

Sebarkan >> Palestina Akan Menjadi Pusat Kebangkitan Islam & Pusat Khilafah Islam

Sudah lebih dari 62 tahun penjajah dan teroris sejati Zionis Israel menduduki bumi kaum muslimin, Palestina. Selama itu, Zionis Israel melakukan aksi kejahatan paling biadab terhadap hak bangsa Palestina yang tertindas dan terisolasi. Dan selama itu pula, Bangsa Palestina telah melewati penindasan dalam rentang waktu yang penuh dengan berbagai macam ujian dan cobaan.

Di sanalah, terdapat kiblat pertama umat Islam, tempat dilahirkannya nabi-nabi pilihan, kota ketiga yang diberkahi dan dimuliakan Alllah Subhanahu wa Ta'ala, serta dijadikan area jihad fi sabilillah. Namun kini, Tempat suci tersebut telah dicaplok Zionis laknatullah 'alaihim, Al-Quds diyahudikan secara terang-terangan. Bahkan, masjid suci Al-Aqsha berusaha dirobohkan.


Walaupun demikian, banyak kalangan yang menilai bahwa Palestina akan menjadi jantung kebangkitan Islam. Di sanalah, menurut isyarat hadits Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan berdiri khilafah 'ala minhajin nubuwwah. Bahkan, Palestina akan menjadi pusat kekhilafahan. Wallahu a'lam.


Ikhwan dan akhwat fillah, mari kita lihat beberapa hadits yang menguatkan hal di atas:

Pertama, hadits Ibn Hawalah menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

لَتُفْتَحَنَّ لَكُمْ الشَّامُ ثُمَّ لَتُقْسَمَنَّ لَكُمْ كُنُوْزُ فَارِسِ وَالرُّوْمِ وَلَيَكُوْنَنَّ ِلأَحَدِكُمْ مِنَ الْمَالِ كَذَا وَكَذَا حَتَّى إِنَّ أَحَدَكُمْ لِيُعْطَى مِائَةَ دِيْنَارٍ فَيَتَسَخَطَهَا ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِى فَقَالَ يَا اِبْنَ حَوَالَةَ إِذَا رَأَيْتَ الْخِلاَفَةَ قَدْ نَزَلَتِ اْلأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ فَقَدْ أَتَتْ الْزَلاَزِلُ وَالسَّلاَسِلُ وَاْلبَلاَبِلُ وَالْفِتَنُ وَاْلأُمُوْرُ اْلعِظاَمُ وَالسَّاعَةُ أَقْرَبُ إِلَى النَّاسِ مِنْ يَدِي هَذِهِ إِلَى رَأْسِكَ

"Sungguh Syam akan ditaklukan untuk kalian. Kekayaan Persia dan Roma akan dibagikan kepada kalian. Kemudian salah seorang dari kalian akan memiliki harta begini dan begini hingga salah seorang akan diberi harta seratus dinar, tetapi ia marah karenanya.” Kemudian Beliau meletakkan tangannya di kepalaku dan bersabda, “Jika engkau telah melihat Khilafah menempati tanah yang disucikan (Palestina) maka akan datanglah saatnya banyak gempa, guncangan, fitnah dan perkara-perkara besar. Saat itu Kiamat lebih dekat dari manusia daripada tanganku ini dari kepalamu.” (HR. Ahmad, Abu Dawd, ath-Thabrani, al-Hakim, al-Baihaqi dan adh-Dhiya)

Berdasarkan hadis ini, Khilafah yang akan singgah di Baitul Maqdis itu bukanlah Khilafah pada masa Umar (yang pernah menaklukannya). Sebab, peristiwa besar dan guncangan yang diceritakan di dalam hadits belum terjadi. Peristiwa tersebut baru akan terjadi setelah Khilafah yang kedua, yaitu Khilafah yang saat ini sedang diperjuangkan dan dinantikan oleh kaum Muslim.

Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

أَلاَ إِنَّ عُقْرَ دَارِ الْمُؤْمِنِينَ الشَّامُ

"Ingatlah, ibukota negeri kaum Mukmin adalah Syam." (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Asakir dalam Kanzul-Ummal)

Yang dimaksud dengan Syam di sini adalah Baitul Maqdis. Hal ini dikuatkan oleh hadis-hadis lain yang menyatakan bahwa Khilafah akan berada di Baitul Maqdis. Ibnu Hibban menceritakan dalam kitab Shahîh Ahaadiits, bahwa asy-Syam (daerah yang mencakup Yordania, Syria, Palestina, Libanon dan bagian dari Irak) akan menjadi pusat tanah (ibukota) orang-orang Mukmin pada akhir zaman.

Ketiga, Masirah bin Jalis bertutur, berdasarkan penuturkan dari al-Walid bin Muslim, dari Marwan bin Janah, dari Yunus bin Maisarah al-Jabalani, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

هَذَا اْلأَمْرُ كَائِنٌ بِالْمَدِيْنَةِ ثُمَّ بِالشَّامِ ثُمَّ بِالْجَزِيْرَةِ ثُمَّ بِالْعِرَاقِ ثُمَّ بِالْمَدِيْنَةِ ثُمَّ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ

"Urusan (Pemerintahan Islam/Khilafah) ini akan berada di Madinah (Yatsrib), lalu di Syam, kemudian di Jazirah (Damaskus), selanjutnya di Irak, lalu di Madinah (Konstantinopel), dan kemudian di Baitul Maqdis (Palestina)." (HR Ibnu Asakir)

Para ulama meyakini bahwa yang dimaksud dengan Madinah (yang kedua) adalah kotanya Heraclius (Konstantinopel). Hadis ini juga membicarakan tentang kota-kota yang akan menjadi ibukota Khilafah dan semuanya telah terjadi, kecuali Baitul Maqdis. Insya Allah, Baitul Maqdis akan menjadi ibukota Khilafah suatu saat nanti.

Keempat, Abdurrahaman bin Abi Umairah al-Mujni mengatakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

هُنَاكَ فِيْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سَتَكُوْنُ الْبَيْعَةُ

"Di sana, di Baitul Maqdis, akan terjadi baiat (kepada Imam/Khalifah)." (HR. Ibnu Asakir) Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Hakim dan beliau mensahihkannya.

Kelima, Abdullah bin Umar radliyallah 'anhuma berkata, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

سَتَكُونُ هِجْرَةٌ بَعْدَ هِجْرَةٍ فَخِيَارُ أَهْلِ اْلأَرْضِ أَلْزَمُهُمْ مُهَاجَرَ إبْرَاهِيْمَ

"Akan ada hijrah setelah hijrah. Penduduk bumi paling baik adalah orang yang menempati tempat hijrahnya Ibrahim (Syam/Palestina)." (HR Al-Hakim)

Al-Hakim berkata, “Hadits ini sahih sesuai dengan syarat al-Bukhari dan Muslim meski keduanya tidak meriwayatkannya." Wallâhu a’lam.


Sumber
Share:

02 June 2010

Melahirkan Para Syuhada

"Ummi, kenapa Ummi meneteskan air mata? Kenapa Ummi terlihat begitu bersedih? Ummi, ceritakanlah pada Abi duka apa yang telah merusak taman bahagia di hati Ummi! Ummi, ku tak kuasa melihat matamu basah berair. Ummi, dukamu adalah dukaku juga. Ayolah Ummi, bukalah jendela hatimu, agar ku dapat melihat isi hatimu yang terluka itu!"

Farhan menyeka air mata yang menetes di pipi istrinya yang sangat ia cintai itu. Ia rangkul istrinya penuh kasih sayang. Ia dekap erat dengan sepenuh cinta. Kamila masih mengenakan pakaian shalat. Ia terlihat begitu anggun di mata Farhan. Laksana bidadari yang turun ke bumi. Memandangnya menyejukkan hati. Mendengarkan kata-katanya menentramkan jiwa. Menyentuhnya mengalirkan ketenangan luar biasa dalam jiwanya.

"Ayolah Ummi, ceritakan lah apa yang terjadi. Sebegitu dalamkah duka itu? Sebegitu perihkah sakit itu?"
Farhan dengan sabar menunggu kata-kata Kamila. Baru kali ini istrinya menangis begitu sedih. Tak seperti biasanya. Setiap pulang dari luar rumah istrinya selalu tersenyum menyambut kedatangannya. Tapi kali ini, Kamila menyambutnya dengan deraian air mata.

"Berita pagi ini begitu menyakitkan. Tentara-tentara Israel menyerang kapal yang membawa bantuan untuk rakyat Palestina. Barusan Ummi buka situs Eramuslim.com dan membaca berita penyerangan itu."

Farhan mengarahkan matanya pada layar monitor komputer yang masih menyala. Ia beranjak lalu duduk di depan layar komputer. Membaca berita tentang penyerangan tentara Israel terhadap kapal pembawa bantuan untuk rakyat Palestina. Dadanya bergemuruh seketika. Rona wajahnya berubah. Emosinya naik beberapa derajat. Dadanya terasa sesak. Sungguh sangat biadab!! Kebenciannya pada orang-orang Israel semakin meluap-luap. Darahnya mendidih.

"Kekejian ini tidak boleh dibiarkan terus berlanjut. Umat Islam harus bertindak. Harus melakukan perlawanan!!"

"Abi, duka ini begitu dalam. Luka ini begitu sakit. Sungguh tak kuasa Ummi menahan sakit ini. Tindakan pasukan biadab Israel itu sungguh di luar prikemanusiaan. Mereka adalah bangsa barbar dan biadab. Abi, ku teguhkan hati ini untuk mengabdi pada agama yang ku cintai ini. Abi mari kita berdoa pada Allah agar Ia mengabulkan permintaan kita untuk melahirkan para syuhada yang akan berjuang di jalan-Nya, menghancurkan musuh-musuh-Nya. Abi, jika genderang jihad telah ditabuh, teguhkan iman dalam dada, sambutlah seruan itu dengan sepenuh jiwa dan sepenuh cinta. Ummi relakan Abi di jalan-Nya dan semoga Allah menerimannya."

Pagi itu mereka melaksanakan shalat hajat. Bersimpuh dan meminta pada Allah, Sang Maha Kuasa. Air mata mereka mengalir deras. Mereka berdoa dengan penuh khusyuk dan tadharru'. Memohon pada Allah agar menjadikan mereka para syuhada di jalan-Nya dan mengaruniakan keturunan-keturunan yang akan berjuang di jalan-Nya, membela agama-Nya, menghancurkan musuh-musuh-Nya."
Share:

Chat with me