28 June 2010

yang hidup,pasti akan pergi jua....T_T

Assalamualaikum sahabat semua...Semalam,26/6/2010,atok ana meninggal dunia..Sedihnya ana rasa.Keluarga ana semuanya sedih.Nak tahu macamana situasi sebelum kematian atok ana?Ceritanya macam ni.....

Dalam pukul 3.00 petang,ana,umi,abah,kakak ke dua dan mak cik ana nak pergi hospital untuk melawat atok ana yang sedang sangat2 sakit.Kiranya sedang nazak.Waktu dah sampai hospital,kami tunggu dekat tempat menunggu sementara menunggu untuk melawat.Waktu tu nenek ana dan abang sedara ana ada kat hospital.Menunggu atok ana yang sedang sakit(kiranya pelawat la).Selepas beberapa lamanya kami tunggu,doktor pun keluar dan memberitahu kami bahawa doktor sedaya upaya untuk menyelamatkan atok ana.Doktor kata darah atok ana banyak yang keluar.



Atok ana sedang tenat sangat2.Apa lagi,umi dan mak cik ana nangis la.Sebab ayah sendiri sedang tenat.Inikan pula nenek ana,isteri tercinta atok ana.Sungguh sedih la.Tak tahu nak cakap apa.Doktor kembali merawat atok ana.Dan selepas beberapa lama lagi kami tunggu,doktor keluar lagi memberitahu kami yang atok ana sesak nafas.Doktor dah cuba buat CPR,tapi tetap tak boleh jadi.Umi ana bertanya kepada doktor"tak boleh ke kalau kami nak tengok?"Doktor kata belum boleh lagi.Nanti lepas dah bersih2kan baru boleh.Punyalah ana rasa macam marah je.Dalam hati ana berkata"takkanlah tak boleh lawat?pelik!".Tapi,tak pelah.Sabar je yang termampu.Kemudian,doktor kembali merawat atok ana.

Selepas beberapa lamanya kami menunggu,doktor pun keluar lagi untuk memberitahu keadaan atok ana.Kali ni,ana betul2 rasa lain macam.Dan doktor memberitahu kami bahawa doktor tak boleh nak selamatkan atok ana.Semua rasa sedih.Menangis.Ayah ana baru je nak solat hajat.Tapi,kakak ana bagi mesej yang atok ana dah meninggal.Tak jadilah ayah ana nak solat hajat.Sebelum atok ana meninggal pun ana dah berdoa banyak2 supaya atok ana sembuh.Tapi,dah memang ajal.Tak lambat,tak cepat walau sesaat.Kami pasrah segalanya yang ALLAH tentukan.



Doktor bagi kami tengok atok ana.Kami mencium atok puas2.Sedih2.Mulalah banyak panggilan dan mesej yang kami terima.Ada yang ucap takziah.Ada yang kata nak lawat la.Tak terkatalah.Ana sempat menelefon kakak ana yang berada di rumah.Kakak ana sedih la.Dan memberitahu kepada semua yang tak ikut pergi hospital.Kakak ana dan yang lain2 yang ada di hospital membaca 'yassin'.Kakak ana lagi la menangis.Sedihnya.Apatah lagi isteri dan anak2nya.Pak cik ana pun sampai la di hospital dan lawat atok ana.
Dan kakak kawan ana pun datang melawat sebab kakak ana mesej dia dan kebetulan dia kerja kat sana.


Ana betul2 tak sangka begitu cepat sekali.Sungguh tak sangka!Kemudian jenazah dibawa untuk dimandikan dan dikafankan.Jenazah dimandikan dan dikafankan hanya di hospital.Kami duduk di kerusi sementara ayah,pak cik,abang sedara ana dan yang lain2 mandikan jenazah.Lama jugalah kami menunggu sampai maghrib.Hush!lama2.Ana dan kakak ana sempat tidur.Memang penatlah.Hehehehe....
Lepas dah selesai,kami pun ingin pulang.Jenazah tu dibawa dan ditanamkan berdekatan dengan rumah kami.Dekat je tu.Tapi,tak delah dekat sangat.Lepas solat maghrib,kami cepat2 pergi ke masjid untuk solat jenazah.Selepas solat jenazah,kami pun pergilah ke kubur.Suasana kembali tak ceria.Tak ceria?merepek je.Maksudnya,suasana menjadi sedih.Ramai yang menangis.Tak dapat nak menahan kesedihan.
Kemudian jenazah ditanam.Kami semua yang ada kat sana berdoa kepada ALLAH.Kakak dan umi ana ada dekat dalam kereta.Tak nak keluar,sebab tak dapat menahan kesedihan yang teramat,apatah lagi nenek ana.Tapi,nenek ana ada dekat rumah.Biasalah tu.Dan semuanya selesai pada jam 9.00 malam.

Alhamdulillah,siap juga kewajiban yang perlu dilaksanakan.Memang betul2 cepatlah pengurusannya.Hehehe..
Dalam beberapa jam je.Tak tunggu pun sampai hari ni untuk menanam jenazah.Mana boleh lambat2.Kena cepat2.Hari ni pula beberapa orang dalam keluarga ana pergi ke kubur.Tahu2lah kenapa.Oklah.Macam tu la kisahnya.Sangat sedih sampai tak terkata.T_T

Share:

2 manusia berfikir:

Chat with me