27 February 2011

SN250 - MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

[SN250] Selepas Tunisia dan Mesir, dunia kini menyaksikan domino effect (kesan domino) dari kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang melanda negara-negara Arab lainnya seperti Yemen, Bahrain, Maghribi dan yang semakin membesar sekarang, Libya. Dari kebangkitan besar-besaran yang berlaku ini yang disifatkan sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power), satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah adanya ‘kuasa tentera’ di dalam menentukan kejayaan revolusi dan pemerintahan sesebuah negara. Sesungguhnya rakyat tidak akan dapat menjatuhkan suatu rejim sekiranya tidak mendapat sokongan dari tentera, sepertimana yang telah kita lihat di Tunisia, Mesir, Indonesia dan lain-lain. Di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir (Hizb) telah menjelaskan secara terperinci betapa pentingnya kedudukan tentera selaku pihak yang mesti dituntut pertolongan (thalabun nusrah) demi meraih kekuasaan.

Inilah ‘proses akhir’ yang Hizb senantiasa jelaskan untuk meraih kekuasaan yakni melalui thalabun nusrah daripada tentera sebagai ahlul quwwah (golongan yang mempunyai kekuatan). Terkait dengan hal ini, Hizb juga sering ditanya, bilakah umat akan berhasil meraih kekuasaan dan menegakkan Khilafah Islamiyah melalui aktiviti thalabun nusrah yang Hizb bincangkan? Dalam ruangan yang cukup terbatas ini, Sautun Nahdhah kali ini cuba menjelaskan persoalan ini dari aspek suasana yang perlu ada atau perlu disiapkan oleh Hizb atau mana-mana gerakan sekalipun sebelum meraih kekuasaan melalui penegakan Daulah Khilafah.

Pengertian Thalabun Nusrah

Dalam konteks thalabun nusrah, ada beberapa perkara penting yang harus difahami oleh para pengembang dakwah Islam, iaitu:-

(i) Pengertian thalabun nusrah secara lughah (bahasa) mahupun secara syar’i

(ii) Bagaimana suasana thalabun nusrah di Madinah al-Munawarah dipersiapkan dan bagaimana suasana seperti itu dipersiapkan pada masa sekarang

(iii) Realiti umat Islam sekarang, dari sisi apakah mereka telah memiliki persiapan (bersedia) untuk menerima perkara yang besar ini atau belum?

(iv) Bagaimanakah cara menyempurnakan thalabun nusrah hingga wujud keupayaan untuk mendorong terjadinya penyerahan kekuasaan?

Secara bahasa, an-nusrah dan al-munasarah memiliki makna i’anah ‘ala al-amr (menolong atas suatu perkara) [Ibnu Mandzur, hlm. 210]. Secara syar’i, thalabun nusrah adalah aktiviti meminta pertolongan yang dilakukan oleh orang-orang yang memiliki autoriti (amir) kepada orang-orang yang memiliki kekuasaan untuk tujuan penyerahan kekuasaan dan penegakan Daulah Islamiyah atau untuk tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan dukungan terhadap dakwah, misalnya:-

(i) untuk melindungi para pengembang dakwah di negeri-negeri kaum Muslimin agar mereka dapat menyampaikan maksud dan tujuan dakwah mereka di tengah-tengah masyarakat

(ii) untuk menyingkirkan pelbagai macam keburukan, baik yang akan menimpa mahupun yang telah menimpa para pengembang dakwah, misalnya, meminta pertolongan dari tokoh-tokoh yang memiliki pengaruh agar penguasa tidak menangkap dan memenjarakan pengembang dakwah atau berdiri teguh bersama pengembang dakwah ketika mereka melakukan aktiviti dakwah

(iii) untuk memperkenal dan menunjukkan kekuatan Hizb kepada masyarakat dengan sokongan dan kerjasama orang-orang yang memiliki kekuataan dan pengaruh ini, setelah mereka masuk Islam (jika belum Islam) dan qana’ah (yakin) terhadap pemikiran-pemikiran dan tujuan-tujuan dakwah Hizb.

Adapun thalabun nusrah yang bertujuan untuk istilam al-hukm (penerapan kekuasaan) dan penegakan Daulah Khilafah Islamiyah, ini memerlukan sejumlah keadaan dan syarat-syarat yang berbeza dengan bentuk thalabun nusrah yang telah dijelaskan di atas. Syarat-syarat yang mesti dipenuhi adalah sebagai berikut:-

(i) Terbentuknya ra’yu al-’am (pendapat umum / public opinion) tentang Islam dan Hizb yang bersumber dari wa’yu al-’am (kesedaran umum) di suatu negara kaum Muslimin

(ii) Terpenuhinya syarat-syarat khusus di suatu negara di mana nusrah ingin diperolehi yang mana negara tersebut mesti memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan keberlangsungan Daulah Islamiyah. Negara tersebut juga hendaklah mampu memberikan perlindungan mandiri terhadap Daulah Islamiyah dan tidak berada di bawah perlindungan negara lain atau dikuasai secara langsung oleh negara lain

(iii) Keikhlasan ahlul quwwah dalam menolong dakwah, penerimaan mereka yang sempurna terhadap Islam dan Daulah Islamiyah serta tidak adanya keraguan dan kekhuatiran pada diri mereka terhadap kekuatan lain atau negara lain atau terhadap kelompok-kelompok Islam lain mahupun kelompok non-Islam yang memiliki tujuan yang berbeza dengan tujuan sebenar Islam.

Thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan adalah hukum syarak yang berhubung erat dengan metode meraih kekuasaan. Penyerahan kekuasaan tidak akan terjadi tanpa adanya aktiviti thalabun nusrah serta terpenuhinya syarat-syarat di atas, tidak kira sama ada kekuasaan tersebut diserahkan oleh ahlul quwwah atau diminta dari ahlul quwwah.

Mempersiapkan Suasana Nusrah

Siapa sahaja yang mengkaji Sirah Nabi SAW akan menyaksikan bahawa baginda melakukan beberapa aktiviti penting dan berkesinambungan sebelum mempersiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm di Madinah. Langkah pertama yang baginda lakukan adalah berjumpa delegasi suku Khazraj yang berkunjung ke Makkah dan meminta mereka masuk Islam. Setelah masuk Islam, baginda memerintahkan mereka kembali ke Madinah untuk mendakwahkan Islam kepada kaum mereka. Setibanya di kota Madinah, mereka menzahirkan keIslaman mereka dan mengajak kaum mereka masuk Islam. Jumlah kaum Muslimin kemudiannya terus bertambah. Pada tahun berikutnya, mereka kembali menemui Rasulullah SAW di mana jumlah mereka ketika itu adalah 12 orang. Nabi SAW menerima mereka dan mengutus Mus’ab bin Umair ra untuk menjadi pengajar mereka di Madinah. Akhirnya, melalui tangan Mus’ab bin Umair ra, para pembesar Auz dan Khazraj masuk Islam serta menunjukkan dukungan dan kesetiaan mereka yang amat kuat terhadap Islam.

Setelah melihat kesediaan masyarakat Madinah, yang tampak pada masuk Islamnya para pembesar Auz dan Khazraj serta terbentuknya ra’yul am tentang Islam yang lahir dari wa’yul am penduduk Madinah, Rasulullah SAW pun meminta mereka untuk menemui baginda pada musim haji. Dari sini dapat disimpulkan bahawa realiti Madinah sebelum terjadinya Baiat Aqabah II (baiat yang menandakan terjadinya penyerahan kekuasaan di Madinah) adalah realiti yang dipersiapkan untuk pembentukan ra’yul am bagi membela Islam dengan kekuatan. Ertinya, Madinah dipersiapkan sedemikian rupa sehingga Islam diterima oleh majoriti penduduk Madinah dan menjadi ra’yul am yang mampu mendominasi para penganut agama lain di Madinah. Tidak hanya itu, ra’yul am tersebut juga ditujukan agar masyarakat Madinah bersedia membela kepimpinan baru, yakni kepimpinan Rasulullah SAW. Ra’yul am untuk membela Islam tersebut lahir dari wa’yul am majoriti masyarakat Madinah dan para pembesarnya atas hakikat Islam dan atas diri Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai seorang nabi dan pemimpin takattul (kelompok) Sahabat.

Rasulullah SAW belum bersedia menerima nusrah li istilam al-hukm kecuali setelah keadaan-keadaan di atas terwujud dan yakin dengan kesediaan penduduk Madinah. Setelah yakin terhadap kesediaan penduduk Madinah untuk menerima dan membela kekuasaan Islam, Rasulullah SAW meminta wakil penduduk Madinah dengan disertai Mus’ab bin Umair menemui baginda di Bukit Aqabah. Tujuan pertemuan itu adalah meminta nusrah dari penduduk Madinah agar menyerahkan kekuasaan mereka di Madinah kepada baginda dan meminta kesediaan mereka untuk membela baginda dengan harta, anak-anak, isteri dan nyawa mereka. Aktiviti thalabun nusrah di Bukit Aqabah (sebagai langkah muqaddimah istilam al-hukm) menjadi sempurna setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.

Terbentuknya ra’yul am yang lahir dari wa’yul am merupakan syarat mutlak yang mesti dipenuhi oleh suatu negara yang hendak didapatkan thalabun nusrah li istilam al-hukm. Negara tersebut juga mestilah memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan kelangsungan Daulah Islamiyah secara mandiri dan tidak berada di bawah pengaruh atau dominasi negara lain. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan pengikut-pengikutnya hendaklah lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb. Jika ini tidak dipenuhi, maka di negara tersebut tidak mungkin berlaku aktiviti thalabun nusrah li istilaam al-hukm, baik secara syar’i mahupun ‘aqli. Jikalau dipaksakan juga aktiviti nusrah di negara tersebut, maka selain melanggar ketentuan syariah dalam konteks thalabun nusrah, aktiviti tersebut juga mungkin berakhir dengan kegagalan dan kehancuran.

Adapun yang dimaksud dengan ra’yul am pada konteks sekarang adalah, adanya keinginan untuk diatur dan diperintah oleh kekuasaan Islam pada majoriti kaum Muslimin yang ada di sebuah negara yang layak dilakukan thalabun nusrah. Keinginan tersebut juga harus muncul pada diri ahlul-quwwah (panglima tentera, pemimpin kabilah yang kuat dan seumpamanya) dan tidak cukup hanya muncul pada majoriti kaum Muslimin semata-mata. Adapun yang dimaksud dengan wa’y al-’am adalah kesedaran umum terhadap beberapa hal iaitu:-

(i) tentang Islam, terutama pemikiran tentang Khilafah dan pemerintahannya

(ii) tentang permusuhan dan usaha-usaha penyesatan yang dilakukan kaum kafir untuk menghalang tegaknya Khilafah

(iii) kesedaran umat Islam bahawa mereka tidak akan pernah dapat keluar dari masalah kecuali mereka membebaskan diri mereka dari pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum kufur

(iv) kesedaran terhadap tipudaya dan permainan politik kaum kafir untuk memalingkan umat dari jalan yang benar. Di samping itu, di tengah-tengah umat juga harus tumbuh kesedaran tentang Hizb dan keikhlasan ahli-ahlinya dalam membebaskan umat dari dominasi sistem kufur serta kesediaan Hizb untuk melakukan perkara yang amat besar ini.

Kesediaan Umat

Keadaan umum umat Islam sekarang menunjukkan bahawa mereka berhasil menyiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm. Hal ini boleh dilihat dari realiti berikut ini:-

1. Pandangan umum untuk membela Islam

Di banyak negara, ra’yul am untuk membela Islam dan keinginan untuk hidup di bawah naungan Daulah Islamiyah telah terbentuk secara massa (besar-besaran) pada majoriti penduduknya. Keadaan seperti ini boleh dilihat di Algeria, Turki, Sudan, Mesir, Jordan dan Pakistan. Besarnya ra’yul am di negara-negara ini boleh dilihat dari hasil pilihanraya serta banyaknya masirah (demonstrasi aman) yang dilakukan oleh kelompok-kelompok Islam yang secara terbuka menyerukan penegakan syiar-syiar Islam.

2. Terjadinya proses pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb di beberapa negara umat Islam

Pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb, dari sisi penerimaan umat terhadap pemikiran-pemikiran Hizb seperti pemikiran Khilafah Islamiyah dan pandangan-pandangan politiknya, telah berhasil dengan cukup baik. Di beberapa negara seperti Indonesia, Turki, Sudan dan Pakistan, Hizb telah berhasil menghimpun umat sehingga mereka rela membantu dan membela Hizb dalam melawan sepak terajang kaum kafir. Cuma sayangnya, ra’yul am untuk membela Hizb terpaksa berhadapan dengan sejumlah halangan sehingga masih tidak memungkinkan bagi Hizb untuk memimpin umat dan meraih kekuasaan dari mereka. Faktor-faktor penghalangnya adalah:-

(i)    penyelewengan fakta yang dilakukan oleh para penguasa terhadap Hizb seperti digembar-gemburkan pendapat bahawa Hizb adalah gerakan teroris, menyimpang, sesat dan sebagainya

(ii)    penyesatan pendapat yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menjadi kakitangan penguasa fasik dan zalim untuk menyerang Hizb, keikhlasannya serta pandangan-pandangannya, umpamanya mereka mengembangkan pemikiran tentang bolehnya ada banyak pemimpin di negara-negara umat Islam, Khilafah adalah suatu khayalan, kewajipan menerima demokrasi dan sebagainya

(iii)    adanya parti-parti dan gerakan-gerakan yang memiliki hubungan dengan penguasa mahupun dengan negara-negara imperialis yang terus-menerus menentang Hizb dan keikhlasannya.

Namun demikian, usaha pendustaan dan penyesatan fakta mahupun serangan-serangan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok ini, sedikit demi sedikit mulai tersingkap. Akibatnya, umat semakin yakin akan kepimpinan dan keikhlasahan Hizb dalam memperjuangkan hak-hak umat. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan aktivisnya semakin hari semakin menguat dan tumbuh pesat hampir di seluruh negara-negara umat Islam.

Menyempurnakan Nusrah

Aktiviti thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan dari umat hanya boleh sempurna ketika ra’yul am yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb telah lahir di tengah-tengah umat secara sempurna di dalam sesebuah negara yang hendak ditegakkan Daulah Islamiyah di dalamnya. Namun, musuh-musuh dakwah terutama kaum kafir imperialis dan para penguasa yang merupakan ejen penjajah senantiasa berusaha menghalang terwujudnya ra’yul am tersebut dengan cara menyerang pandangan-pandangan Hizb, keikhlasan ahli-ahlinya serta metode perubahan yang ditempuh oleh Hizb. Ini dilakukan oleh penguasa jahat ini agar ra’yul am tentang Islam dan Hizb yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb, tidak tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Atas dasar ini, tugas utama Hizb adalah menjaga konsistensi dirinya untuk berpegang teguh di atas pemikiran dan pandangannya yang sahih serta menjaga keikhlasan perjuangannya dari semua bentuk tipudaya dunia. Dari sinilah dapat disimpulkan bahawa tugas utama Hizb pada masa sekarang dalam konteks untuk menyiapkan suasana nusrah, adalah berpegang teguh kepada mabda’ (ideologi) Islam tanpa keluar sedikit pun darinya dan menjaga keikhlasan perjuangannya dari seluruh bentuk penyimpangan dan kecenderungan-kecenderungan duniawi.

Oleh yang demikian, aktiviti yang harus dilakukan oleh Hizb dan mana-mana kelompok dakwah yang berpegang kepada metode Rasulullah dalam usaha mereka untuk mewujudkan perkara-perkara di atas adalah:-

Pertama, memelihara keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara memupuk ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya dalam seluruh aspek. Ini kerana, sesugguhnya Allah tidak akan menyerahkan amanah agama ini kecuali kepada orang-orang yang bertakwa, ikhlas dan dekat denganNya [TMQ an-Nur (24):55].

Kedua, sabar untuk selalu berkorban dan melaksanakan tugas-tugas dakwah dengan bersungguh-sungguh. Kaum kafir imperialis berusaha untuk menghancurkan kekuatan Hizb melalui kakitangan mereka dari kalangan penguasa Muslim. Untuk itu, pada saat Hizb berhasil meraih dukungan umat secara besar-besaran melawan sistem kufur dan penjaganya seperti yang terjadi di Uzbekistan, para penguasa segera mengisytiharkan perang terhadap aktivis dan pendukung Hizb. Dalam keadaan seperti ini, aktivis-aktivis Islam tidak boleh mundur atau melonggarkan perjuangannya, sebaliknya mereka harus mencurahkan segenap tenaga dan pengorbanannya untuk berpegang teguh dengan perjuangan Islam yang lurus dan suci.

Ketiga, meningkatkan tenaga dan aktiviti yang dimaksudkan untuk menjadi ‘benteng’ bagi umat. Ini kerana, musuh-musuh Islam berusaha terus-menerus untuk meletakkan di hadapan umat pelbagai macam pendustaan, penyesatan dan makar terhadap Hizb, pemikiran dan pandangan-pandangannya. Usaha itu dilakukan untuk menjauhkan umat dari Hizb dan dari aktivis-aktivisnya. Oleh kerana itu, para aktivis dakwah harus meningkatkan tenaga dan aktiviti yang difokuskan untuk menjaga umat dari semua bentuk penyesatan, pendustaan dan makar ini, sekaligus untuk menghancurkan dinding penyesatan yang diletakkan di hadapan umat [TMQ at-Taubah (9):105].

Keempat, para aktivis dakwah harus menonjolkan karakter dirinya sebagai seorang Mukmin yang selalu ikhlas dalam beramal dan senantiasa mengikatkan diri dengan hukum syariah serta tekun dalam ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan mendekatkan Hizb dan aktivis-aktivis dakwah kepada nusrah (pertolongan) Allah di kala Hizb berada pada dawr tafa’ul ma’a al-ummah. (tahapan berinteraksi dengan umat).
Wallahu a’lam.

[Disunting dari Tahayya‘ al-Ajwa‘ Li Thalab an-Nusrah, Abu al-Mu’tasim, majalah al-Wa’ie (bahasa arab) No. 282-283 Rajab-Sya’ban 1431 H, Beirut.]
 
Share:

26 February 2011

saya nak klik banyak2 !

assalamualaikum . shidah nak ucap banyak2 terima kasih kepada sesiapa yang dah vote shidah . tah tak tau la siapa yang akan menang . sejak kebelakangan ni , sebenarnya dah lama tapi sekejap ada sekejap tak de , shidah rajin nak klik iklan blogger lain . nak shidah klik kawan2 punya tak ? mai2 suruhlah shidah klik . shidah tengah rajin sangat nak klik . jangan malu2 untuk 'memaksa' shidah klik iklan kawan2 :)

nak cakap sikit ni . kan ada statement yang mengatakan " buat baik dibalas baik" kn2 ?
seeloknya , tak payahlah cakap macam tu lagi . kalau kita buat baik semata2 hanya nak orang lain buat baik kat kita , tak perlulah . bukan dapat pahala pun . kalau nak buat baik , biarlah hanya semata2 kerana nak dapat redha Allah dan nak dapat pahala . niat tu biar betul k ! tapi , insyaAllah , kalau kita buat baik kat orang dengan hati yang ikhlas , orang lain pasti akan berbaik sangka dan berbaik hati untuk menolong kita . k , ceria selalu dan senyum selalu . jangan marah2 :)
Share:

23 February 2011

saya tersenarai !

assalamualaikum semua . dengan hati yang riang dan girangnya shidah nak cakap , shidah tersenarai dalam top 13 contest blog paling hebat by aida shafiena . tak sangkanya !!! balik2 , tengok kat shoutbox , wah !!! mata terbeliak kot . . hehe . . ok kawan , kalau sudi , jom vote shidah no 9 kat [sini] . thanks . .
Share:

16 February 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum . . ada yang sambut maulidur Rasul ? dalam benak fikiran ana , " Malaysia ni semua perayaan nak sambut , sampai2 perayaan orang2 kafir pun nak sambut . ish3 . . " . kawan2 sihat ? ada buat perarakan ke ?

ramai cakap cinta akan Rasulullah . rindu akan Rasulullah . tapi , apa yang dilakukan ? tetap sama . tidak membangkitkan jiwa2 umat Islam . malah seperti biasa dan kemungkinan memundurkan lagi . kalau cakap dengan mulut je , semua orang boleh buat . tak de makna kalau hanya cakap cinta , tapi tidak buktikan . konon2nya mulut kata kita wajib taat Rasulullah dan tingglkan larangan Rasulullah . tapi , hakikatnya tetap berpaling ingkar .

Rasulullah telah banyak menyuruh kita amar ma'ruf nahi mungkar dan itu perintah Allah , suatu kewajipan . tapi , apakah kita lihat ramai atau semua umat Islam beramar ma'ruf nahi mungkar ? jika betullah manusia beramar ma'ruf nahi mungkar , kenapa masih banyak kerosakan di dunia ? kenapa sampai sekarang dunia tidak aman2 mahupun di Malaysia ?

tipulah jika Malaysia aman ! tipulah kalau Malaysia ni tidak ada penjajahan ! kerana apa ? kerana banyak lagi maksiat yang terjadi yang secara tersurat mahupun tersirat ! kerana apa Malaysia masih ada yang menjajah meskipun bukan secara fizik ? ! kerana barat tidak akan berputus asa daripada menjajah pemikiran umat2 Islam di manapun !

Rasulullah juga memperjuangkan Khilafah , tapi kenapa para pejuang Khilafah ingin menegakkan Khilafah dihalang-halangi oleh pihak kuffar barat dan juga ejen2 mereka tidak lupa juga para pemimpin umat Islam yang berkhianat kepada Allah , Rasul dan juga umat Islam ? !

sungguh banyak hadis Rasulullah yang telah ' disorokkan ' oleh para ulama' su ! tipulah jika Rasulullah hanya melakukan hal2 ibadah dan aqidah ! banyak lagi yang Rasulullah telah lakukan dan telah memerintahkan umat Islam supaya lakukan .

Rasulullah perintahkan manusia tutup aurat , tapi umat Islam kebanyakkannya masih lagi tak tutup aurat . ini terjadi kerana apa ? kerana adanya demokrasi yang membenarkan hak2 kebebasan manusia !
kawan2 , jika kawan2 cinta akan Rasulullah , tidak perlulah ucap cinta dan buktikan hanya pada maulidur Rasul . kerana setiap hari boleh kita buktikan . setiap hari boleh kita menangis kerana ingat akan Rasulullah . jika sayang , taatlah perintah Rasulullah dan tinggalkanlah larangan baginda . insyaAllah peroleh syurga .

Share:

08 February 2011

fikir kenapa ?

Assalamualaikum . . begitu lama tak update blog (padahal tak sampai seminggu ) . kawan2 sihat tak ?
entry kali ni , mungkin akan ada manusia yang tak puas hati . sebelum terlambat , ana nak minta maaf kalau ada yang tak berpuas hati dengan ana . harap maafkan ye .

cuba kawan2 fikirkan dan kenangkan balik ceramah2 yang kawan2 'pernah' dengar tak kiralah di mana2 pun . ceramah tu tentang apa ? solat , fardhu ain , berakhlak mulia , kisah nabi2 , para sahabat atau lain2 ? cuba fikir balik . kalau ada ceramah yang di antaranya seperti di atas , sila fikir lagi . ana nak tanya soalan ni .
  • kenapa eh , kalau ceramah je , mesti cerita tentang solat , akhlak ?
  • kenapa eh , kalau ceramah je atau forum2 , mesti macam tak de penyelesaian yang hakiki (Islam) ?
  • kenapa eh , para ustaz ustazah nak menyorokkan yang haq ?
  • kenapa eh , tak de cerita tentang pemerintahan Islam ?
cuba kawan2 fikir kenapa ?
jawapan kawan2 ? ? ___________________________________________________

kawan2 pernah tak pergi ceramah yang menceritakan tentang sistem Islam ? pernah ?
kalau kelas agama je , mesti ana ada tak puas hati dengan kata2 ustazah ana . nak tau kenapa ? sebab ia bertentangan dengan Islam . ada banyak sangat buku2 sekarang ni yang bertentangan dengan Islam . kawan2 cuba teliti betul2 secara detail ! tak percaya ? kenalah belajar Islam dengan sedalam2nya .
kenapa mesti nak rahsiakan yang haq ? kenapa ceritakan yang bathil ? kawan2 , yang haq dan bathil tidak boleh dicampur-adukkan . tapi , sekarang apa cerita eh ?

ramai para manusia yang berilmu dengan ilmu Islam takut nak sampaikan kebenaran . apa yang menghalang mereka ? kenapa para ulama' sekarang takut nak katakan yang haq dihadapan pemimpin dan umat manusia ?! kenapa ? takut akan pemimpin ke ? pemimpin boleh tangkap ? tangkap jelah ! Allah ke pemimpin yang mempunyai kuasa hakiki ? siapa tuhan ? Allah atau pemimpin tu ? wahai para manusia yang alim ( berilmu ) kenapa tidak mengatakan umat Islam wajib bersistemkan dengan sistem Islam bukan sistem kufur sekularisme , demokrasi ?! kenapa ?


kenapa tak mengatakan bahawa Khilafah wajib ditegakkan bagi seluruh manusia yang bergelar umat Islam ? kenapa tidak memuhasabah pemimpin ? kenapa tidak menghalangi pemimpin daripada melakukan maksiat ( lakukan larangan Allah dan tinggalkan perintah Allah ) ? kenapa ?!

kawan2 , pernah terfikir akan hal ini ? kalau ye , memang kawan2 nak Islam tegak kembali . syabas untuk diri kawan2 .
“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya,”apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “bahkan kamu pada hari itu ramaisekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab,” CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI” [Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani]
cuba kita check diri kita , adakah kita seperti hadis Rasulullah di atas ? kebanyakkan manusia dan hampir seluruh manusia yang sikapnya seperti hadis Rasulullah di atas iaitu cintakan dunia takut akan mati . tidak dinafikan , ada juga manusia yang alim ( mempunyai banyak ilmu ) bersikap tersebut . ini bukan kata2 kosong , tapi realiti . manusia tak maksum ( terpelihara daripada melakukan dosa ) . jadi , tak mustahillah .

kawan2 , jika sampai kepada kawan2 walaupun hanya 1( sedikit ) ilmu , sampaikanlah kepada manusia yang lain . tak susahkan ? jom semangatkan diri untuk melakukan perubahan di dunia untuk mengembalikan Islam .

Allah bersama kita . 



Share:

07 February 2011

valentine's day datang lagi

Assalamualaikum kawan2 semua . hari ni ana nak buat entry tentang segala2nya yang terlintas dalam fikiran ana . tadi , ana buka fb dan ana dapati ada kempen no valentine's day . wah ! hebat betul ye . dalam fikiran ana , memanglah betul no valentine's day . tapi , takkanlah hanya sekadar kempen , tak baguih la macam tu . janganlah buat hanya sekadar kempen , tapi berusahalah tegakkan sistem Islam supaya semua maksiat2 kat dunia ni termasuklah valentine's day tak ada lagi . baguskan ? nak tengok ? klik ni ( no valentine' day ) .

memang banyak gambar2 dalam album tu supaya manusia yang bergelar muslim tidak mengucapnya apatah lagi menyambutnya . faham ? itu perayaan kufur tau , hanya orang2 kafir je yang sambut . orang Islam haram menyambutnya .
  • banyak maksiat yang terjadi 
  • itu adalah perayaan orang2 kafir
  • tak percaya ? sila kaji tentang valentine's day 
  • umat Islam hanya ada 2 perayaan iaitu hari raya aidil fitri dan aidil adha
kawan2 sambut valentine tak ? mesti sambutkan ? konon2nya nak hargai kakasih hati . kalau valentine's day ni datang , apa yang kawan2 bagi dan buat kat kekasih kawan2 ? apa ye ? fikir2 . . eh2 ! berhenti fikir apa yang nak diberikan kepada kekasih kawan2 ! berhenti ye , baca sampai habis dulu .

waktu kedatangan hari valentine , apa yang terjadi ye ? meriah ? maksiat banyak ? betul ke ? jawapan : sudah pasti banyak maksiat ! ana tak pernah alami pun ana tau , sebab ana pernah diberitau . kawan2 , pernah cium kekasih kawan2 tak ? pernah ke ? ish3 , macam suami isteri pula ye . haram ! ! pernah pegang tangan ? kawan2 kan tau , pegang tangan lelaki ajnabi bagi perempuan tu haram , kenapa nak pegang juga ? jawapan mereka : dia kekasih saya , biarlah . eh ! mana boleh , kawan2 belum ada hubungan yang sah dan halal , tak boleh pegang ! kalau nak pegang kahwinlah cepat .



 
Allah kasih akan hamba-Nya yang taat akan perintahnya , yang tidak melakukan maksiat . kawan2 nak tak ?
 
kalau generasi Muslim bebas maksiat , nescaya Allah tidak akan mengazab kita . tapi , sekarang ni azab Allah telah Allah turunkan kepada kita semua . tengoklah sekarang , banyak bencana penyakit , bencana alam dan lain2 adalah disebabkan tangan2 manusia yang melakukan maksiat .


bukankah perkahwinan adalah jalan tebaik ? Islam dah mengatur semuanya . mudahkan ?

maksiat banyak ! lakukan zina tak malu , bila dah terlanjur baru tau malu ! ish3 . . kerana apa ini terjadi ? jawapan :
  • sistem Islam tidak lagi mengatur hidup manusia , sistem kufur yang memerintah
  • negara tidak menjalankan tanggungjawab yang telah Allah wajibkan ke atas negara
  • proses mendidik anak tidak betul
  • pengaruh maksiat berleluasa , manusia ingin mencuba perkara2 haram
jadi , pernah tak kawan2 fikir akan hal ni ?

kawan2 , sesungguhnya sesuatu yang haram , tetap haram . janganlah terjebakkan diri kawan2 dalam maksiat . jangan sesekali ! nanti kawan2 menyesal . lebih baik kawan2 tak bercouple daripada Allah murka . nak mana satu ? nak couple atau nak Allah murka ? pilih2 , dan fikirlah .

kawan2 , semoga diri kalian dalam lindungan Allah . .
Share:

04 February 2011

Contest Blog Paling Hebat By Aida Shafiena

Assalamualaikum . . bertemu kembali dalam entry yang hampir sama dengan entry2 contest yang lain . kali ni , ana join contest blog paling hebat . contest ni , dibuat oleh aida shafiena . ana join saja2 , tak de keje nak buat .




kawan2 nak tau tak syaratnya ? ok , sila baca bawah ni ye . .

  • wajib folow blog Aida Shafiena dan Mya Awaludin .
  • Buat entry bertajok Contest Blog Paling Hebat By Aida Shafiena, entry korang mesti lah mengenai apa yang hebat mengenai blog korang dan blog Aida Shafiena nie atau blog Mya Awaludin nie . kalau boleh kasi lah cair sket .
  • uat entry sekurang-kurangnya TIDAK KURANG DARIPADA 100 HURUF ! bukan patah perkataan tau .
  • Mesti masok kan banner contest nie kat entry and kat sidebar .
  • WAJIB tag kepada 3 blog yang korang rasa menarik dan paling hebat .
  • dan
  • Akhir sekali , korang comment entry contest tu dengan sertakan sekali url entry korang tu tau
bila tamat contest ni ye ? jawapan :  22 Februari 2011

macamana ? nak join ? silalah join kalau rasa blog tu hebat ye . .

blog ana ni hebat ke ? mungkinlah . ramai juga puji blog ana cantik , lawa , cute . dan kadang2 ramai juga suka entry dalam blog ana ni (maaf , ana tak bangga tau) . bagi ana , ana suka blog ana . tapi , bagi kawan2 , ana tak tau . setiap manusia ada penilaian sendiri sebab mempunyai mata . jadi , bersyukurlah ye . ramai blogger perempuan suka pinkkan ? betul tak ? tapi , ramai juga yang tak suka pink . ok , terpulanglah .

bagi ana , blog aida shafiena cute . cute ! cute ! cute ! kalau tak percaya , tengoklah . bila tengok blog dia , semua warna2 yang ana suka ada dalam blog dia . wah ! suka tengok warna2 tu . pujian untuk kak aida . sila tepuk tangan ! ana jeles , sebab dia banyak tutorials . ana baru buat sikit . " kak aida , saya jeles la ! ! " ok , kawan2 , cute la  ! ! colorful sungguhlah !

ana tag :
semua orang yang ana tag , ana tak kenal . tapi , boleh jadi kawan . betul tak ?
ok2 , dah habis . pastikan kalau nak join , mesti ikut syarat tu ye .
Share:

02 February 2011

Kontest Blog Cun Lawo Kemas.

Assalamualaikum . pada hari ini ana join kontest lagi . mencuba2 je , sekadar nak memeriahkan kontest tersebut. kontest ni dianjurkan oleh cik syuhada .

syarat2 penyertaan :

warga negara MALAYSIA .

semua jantina diterima

ada blog ! tak ade blog ditolak !

follow blog syuhada kalau rajin..taknak tak mengapa.

tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin boley join

tarik tutup pada 30 mac 2011... itupun melebihi 100 orang penyertaan .

WANG TUNAI berbentuk topup menanti anda !

ana tag semua blogger yang nak join . hehe..silakan :)

begitulah cara2nya kalau nak join . jomlah meriahkan .
Share:

01 February 2011

Egypt : A new future

Egypt's future is rooted in Islam, the religion and way of life of its people

As the situation in Egypt intensifies after decades of oppression by successive regimes, we are in a position where we can discuss the potential scenario after the Muslim rulers have been removed and replaced. Until now the brutal rule by the corrupt regimes managed to contain most attempts at their rule through a secret service that ensured any move for change was crippled before it gained any momentum. The events in Tunisia have reverberated around the Arab world and are now simmering in Egypt, the Arab world's largest country.

Whilst the masses in Egypt have been galvanised for regime change it is only a matter of time before the Mubarak regime will be removed, with this in mind the state of affairs after the Mubarak regime is placed in the dustbin of history needs to be outlined as otherwise there is the real possibility that the call for change is hijacked by foreign powers. William Hague British foreign secretary of the UK was in Syria just this week, a country that will most likely be next in line for change. Mohamed ElBaradei has returned to Egypt with some questionable ambitions. The Egyptian Chief of Staff Lt.Gen. Sami Annan was in Washington on January 24th 2011 heading a high ranking military delegation. The top-ranking US envoy for the Middle East, Jeffrey Feltman, was the first foreign official to arrive in Tunisia after president Zine El Abidine Ben Ali was ousted.

With this in mind 3 policy area are outlined for a new future for Egypt:

Economic Stability - Egypt has suffered from massive mismanagement for the last few decades. According to the World Bank 40% of the Egyptian population, some 30.8 million people, live in poverty. Egypt's economy has been ruined largely by the self-destructive policies of successive regimes. Egypt has also suffered disastrously under IMF and World Bank reforms, Egypt was forced to cut food subsidies and restructure the economy towards services and tourism. The Egyptian economy and its structure is its biggest problem as it is not geared towards Egypt's natural strengths of agriculture and manufacturing.

In the 1960s Egypt was self sufficient in wheat, grains etc. to satisfy the needs of its population. In the 1990's under IMF and World Bank pressure Egypt was forced to restructure its economy through increasing exports and reducing the reliance on agriculture. Since 2000 Egypt has suffered form numerous food riots as the nation once self sufficient in food became dependent on food imports. Food imports have also led to the Egyptian people to be exposed to rising food prices as financial markets have moved to speculating on commodities. Today Egypt produces 8 million tons of wheat per year, which falls far short of the 14 million tons required to feed its 80 million people. The difference is made up by imported wheat from the US, financed by aid money.

Under the Khilafah the Suez canal, in which 5% of the worlds oil passes and is considered a choke point. Egypt could charge for cargo to pass and refine the crude oil that passes through its ports which would bring in billion of dollars to the treasury. Egypt today has 9 oil refineries producing 710,000 barrels per day of crude oil, this can be significantly increased.

In agriculture the desert farm lands which were offered regularly at different levels and prices were restricted to a limited group of elites selected very carefully, who later profiteered retailing the granted large desert farm land. This transformed the desert farms to tourist resorts. The Khilafah will increase domestic agricultural production and end the country being a market for US agriculture. It is only current government policy that has made Egypt reliant upon imports.

Accountable government - In the 1880s, Egypt was unable to repay its debts and as a result the British Empire, its largest lender, used this an excuse to occupy Egypt for the next half century. Britain appointed proxy rulers who were loyal to her until the US emerged as the world's power after WW2 it gained influence over Egypt and the loyalty of successive rulers. The Egyptian regime normalized relations with Israel and clamped down upon any sign of Islamic resurgence. Egypt's long line of rulers have always been propped up by an external powers and thus have never been representative of the people and therefore are never accountable to their own people. Foreign powers have funded and armed the regime and kept their loyalty.

Under the Khilafah the ruler is elected by the people and represents the people. Any foreign influence warrants his removal. Practically accountability will be through the Majlis al-Ummah, an elected council whose members can be Muslim, non-Muslim, men or women. These members represent the interests of their constituencies within the Khilafah. The majlis has no legislative powers but it does have many powers that act as a counterbalance to the executive powers of the Khaleefah. The Majlis has the right to construct a list of candidates for the post of the Khaleefah.

Vision - The Muslims have an illustrious history in Africa, this is why 52% of Africa's population today is comprised of Muslims. Islam came to North Africa after Al Sham came under Islam. Islam's initial launch pad into the continent was through the conquest of Egypt. Egypt was inhabited by a mixture of people, such as Copts, Jews and Romans. Similarly North Africa was where the Berbers lived under Roman dominance. The Romans viewed Africa as their colony and through patron rulers it maintained its grip on the continent. An official campaign to conquer North Africa began in 663, and the Muslims soon controlled most major cities in Libya. Tripoli fell in 666 and by 670, the Muslims had taken Tunisia. The Maghreb territory consists of present-day Libya, Tunisia, Algeria, and Morocco, and was collectively known as the Byzantine province of Africa eventually capitulated and sent shockwaves across the Roman territories. The loss of Egypt, which was the breadbasket for the Roman Empire, was a loss the Romans never recovered from.

The Muslims constructed the city of Qairouan (roughly eighty miles south of modern Tunis). This city became the capital of Islamic Africa. Initially the location of a military base, like many bases these became cities and centers of learning. The Al Qayeawm mosque (Jamil Uqba) was constructed by the Muslims and it became established as a centre of learning throughout the Islamic lands. It was the New Muslims of North Africa that took Islam to Europe. The Berber turned Muslim Tariq Bin Ziyad led an army across the straits of Gibraltar that began Islam's illustrious history in Europe.

Whilst successive rulers in North Africa sold the people to Western interests Islam turned the region in the past to a centre of learning and the door way to Europe. It is this vision the Khilafah would bring to Egypt as it did in the past. The Khilafah will not be a subservient slave to Imperial powers but have global ambitions as it did in the past giving the people of the region a vision for the world.

Conclusions

Pressure has now built to unprecedented levels in the Muslim world and now these regimes are offering a few crumbs to appease the people and buy them off, hoping they'll settle for something cosmetic that will appear like a victory but will only uphold the status quo of the ugly regime. Perhaps the regime will offer a few reforms, some handouts of money or food, the promise of an election or even a new face to replace the old tyrant but who will continue to oppress them and prevent the real solution for the disastrous situation to emerge. Real change does not come through a change of faces. It doesn't come from a plodding reform. It is sudden, it is sweeping, it is uncompromising and it is comprehensive. Genuine change is to remove the systems of kufr in our lands once and for all. Genuine change is to return to what the people of the region have lived under the Khilafah for over a thousand years. Genuine change is for the Ummah to liberate herself from the shackles of its oppressors and return again to living under the shade of the Islamic Khilafah state.

Source : www.khilafah.com
Share:

Chat with me