19 March 2011

ayat saya berapi kot .

assalamualaikum . dah nak bukak sekolah dah kan . . fuhh !!! cepat je masa berlalu . . cuti ni tak pergi bercuti kat mana2 pun , duduk rumah je , keluar jalan2 je . boring ? tak de perkataan boring dalam percakapan saya . tak sukalah pekataan boring ni , macamlah tak de benda berfaedah yang boleh buat .

sejak semalam dengar lagu seseorang ni , namanya Najwa Latif . suara dia memang best . tapikan , saya hanya suka suara dan irama dan nada sahaja bukannya lirik lagunya . sebab saya tak suka lagu jiwang2 punya lirik . just suka suara , nada dan irama lagu tu je . jiwang ?? ape kes huh ??!!! =.="

saya tengok video lagu2 dia kat utube . tertarik nak kongsi sikit kat sini . ada orang komen yang baik2 ada orang komen yang positif . ada orang komen yang menasihati penyanyi tersebut , ada orang yang mengkomen orang yang komen negatif . ish3 . . buat apa nak hina2 orang eh ? jeles ? cakap yang betul ke ? saya tertarik dekat sorang manusia ni . . dia cakap "perempuan menyanyi depan khalayak ramai dosa " (ayat dia lebih kuranglah macam ni) . ada pula sorang manusia yang lain cakap kenapa hanya cakap kat perempuan tu je tak cakap kat orang lain jugak ?(ayat dia macam tak suka kat orang yang cakap nyanyi depan khalayak ramai haram) .

apa halnya nak gadoh eh ? tak mainlah gadoh2 ni . ada orang yang komen kat situ bukan jeles , just nak betulkan apa yang salah . maklumlahkan , suara perempuan ni kalau nak merdu2kan memang haram pun . tak kiralah siapa pun dia tu , artis ke atau bukan . lagipun sistem sekarang ni yang membolehkan apa yang Allah haramkan . sebab tulah boleh jadi Allah murka . nak ke ? mestilah tak nakkan ?


semalam saya , kakak saya , umi saya dan abah saya keluar pergi jalan2 . memang best . . abah saya ada cerita macam2 . salah satunya kisah tentang sahabat Rasulullah yang bernama Saad bin Muaz . subhanallah , kalau nak tau , Saad bin Muaz ni memang22222 sangat22222 hebat . ketika meninggalnya dia , syurga bergegar . bila rohnya sampai kepada Allah , malaikat Jibril tanya kat Rasulullah " siapa jiwa yang baik yang telah meninggal ?" Rasulullah cakaplah yang Saad bin Muaz yang telah meninggal . Malaikat berkata bahawa arasy bergegar dan syurga terbuka luas . subhanallah , hebatkan ? abah saya cakap waktu dia baca kisah tu dia menangis , maklumlah sedihkan . . betapa hebatnya Saad bin Muaz ni . kalau nak tau kisah Saad bin Muaz ni , bacalah kat buku2 para sahabat ye .

cuti sekolah ni memang banyak perkara berlaku . ada yang best dan ada yang kurang best . biasalah tu kan . . ermm . . nak cerita kes couple ni kan , rasa macam penat je . sebab apa ? orang bukannya peduli . tapi , tak bolehlah putus asa kan kan . . kes couple2 ni semakin banyak . sakit mata tengok lelaki perempuan berkepit macam dah jadi suami isteri yang sah . panggil sayang , ayang , abang , b , bb . perghhh !! menyampah tengok . tak rasa geli ke huh ? perlu saya ingatkan lagi , tak perlulah nak cakap sayang dekat orang yang kita tak tau betul ke tidak kita akan sehidup semati dengan dia sebab benda tu akan jadi dosa . bukan dosa kecil , doa besar tau . ada tu siap cium lagi , tak rasa dosa ke ? taulah cintakan , jadi cepat2lah masuk minang n kahwin je terus . kalau nk bercinta sangat waktu sekolah ni kan , lebih baik cinta kepada Dia . tak de guna cinta kepada manusia yang bukan pasangan sah !

saya tau korang semua dah ada aqal yang sihatkan ? so , fikirlah mana yang baik mana yang buruk . mana yang boleh mana yang tak boleh . mana yang halal mana yang haram . sebab hidup ni adalah pilihan . sama ada nak masuk syurga atau neraka . nak couple ke tak . nak tutup aurat ke tak . nak jadi baik ke tak . ni semua kat tangan kita , kita yang buat keputusan . jadi , pilihlah yang betul ye . selamat beramal . :)
Share:

5 manusia berfikir:

  1. subhanallah hebat sungguh sahabat2 nabi..

    isu kapel..hurmm ssh nak buka mata org..padahal semua pon tahu kapel itu haremm

    ReplyDelete
  2. teringat zaman skola2 agm dlu.. hu3

    ReplyDelete
  3. huhuhu....kapel haram erk?ad dlm al-quran ke?nk jugak tw..setau sy bersentuhan antara lelaki n powpn yg jadi haram...lau cm 2 owg yg kple b4 khwn wlpn xpenah jupe jd dose jugaklah kn?if istilah kple e2 HARAM...sy bukan cemerlang dlm islam nie coz im not perfect...but sy rase sy perlu bg pendapat coz ktekn kne saling berkongsi ilmu....:)
    hope adlah yg membalaz...

    ReplyDelete
  4. to anonymous : yup haram . sbb mndekati zina . . kalau tnye kebanykkan orng mmg dah tau . . sbb Allah berfirman : "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32).

    zina ada mcm2 jenis . . zina hati , zina mata dan macam2 lagi bentuk . setiap manusia mmg Allah kurniakan fitrah utk mencintai seseorng . . tp , prlu disndarkn dgn btl melalui perkahwinan bknnya bebas couple mcm tu je . setiap manusia terikat dgn hukum syara' tak kiralah siapapun dia tu .

    ReplyDelete
  5. kpl pon terikot2 dgn kwn sekeliling . . tp sy dh buang semua tu sdikit dmei sdikit . tengs 4 share :)

    ReplyDelete

Chat with me