23 March 2011

suntikan hpv

assalamualaikum . . hari ni baru dapat idea nak tulis apa kat sini . semalam kan kan , kat sekolah kena suntikan hpv . saya tak amik . nak tau saya cakap apa kat kawan saya ? senang je alasan saya , "tak ada kad pink , mak kita tak bagi la" . sebenarnya saya nak cakap lain . tapi , biarkan je . lepas tu , ada pulak cikgu tanya kenapa tak pergi suntik . .  jawab je la mak tak bagi . cikgu cakap kalau tak amik nanti merebak , kat hospital dah la mahal . saya biarkan je la .

apa kesah dengan suntikan tu . suntikan tu kakak saya cakap tujuannya tak nak bagi orang ada kanser servik kalau dah buat zina !! hah !! tulah sebab suntikan tu diadakan . lagipun saya tak buat zina , buat apa nak kena suntikan hpv !!! kerajaan propagandakan konon2nya kanser ni merebak dan wajib amik suntikan hpv . ish2 . . kalau dah buat zina tu , biar jelah ada kanser ke apa , tulah azab bagi orang yang buat zina . sapa suruh nak buat perkara terlaknat !!! (ayat saya berapi ^^, )

cikgu cakap dahlah panjang berjela , malas nak dengar . macam paksa je orang amik suntikan tu . tah apa2 jelah . kakak2 saya bagi semangat kat saya supaya tak payah endahkan kata2 orang yang paksa kita amik suntikan tu . jadi , saya tak hiraukanlah apa orang nak cakap kat saya . buat tak tau je la :)

saya ada tanya kawan saya , sakit ke tak . dia cakap sakit . . dahlah berdarah2 tangan . haha . . kesian . ada orang lain saya tengok macam biasa je . mungkin setiap orang rasa dia lain2 kan kan . .

kuatkan semangat , Allah bersama kita ~
Share:

6 manusia berfikir:

  1. rugi nya tak amik . saya dah abis dah 3 kali suntikan , okeyy je . tak sakit pun .

    ReplyDelete
  2. ada betulnya apa yang awak cakap ni.. buat apa nak ambik suntikan tu kalau tak buat zina..

    kadang terpikir juga,kerajaan ni macam nak galakkan zina.. bukan nak mencegah zina..!

    ReplyDelete
  3. emm tapi mencegahkan lagi baik dari mengubat, mungkin ada gunanya selain dari untuk mcegah masalah slpas zina.. wallahualam. cuma pndapat.

    ReplyDelete
  4. jgn lah pandang dari sudut negatif saja :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Sebenarnya suntikan pelalian adalah merupakan satu doctrination sahaja yang berselindung disebalik `immunisation`. Mungkin ramai yang tidak setuju tetapi tidakkah kita terfikir, kesemua ini mereka tujukan kepada penduduk bekas jajahan `commonwealth`. Kenapa negara yang bukan jajahan `commonwealth` seperti Negara2 Arab, Cina, Rusia, bekas negara2 Kesatuan Soviet, Thailand. Indonesia dsb tidak diwajiobkan sejak dari dulu lagi? Apa, ramai ke yang dah mati akibat tidak disuntik pelalian, tak kira apa jenislah. Malah bekas Commonwealth melahirkan mrk yg pengecut setelah dari kecil didoktrin dgn suntikan! Bukankah strategi mrk menganggap semua manusia berdosa (bukan berkeadaan fitrah). Bagi mrk, manusia mesti dikorbankan utk menebus dosa2 manusia lain spt mrk cuba menyalibkan Nabi Isa a.s. dan terhapuslah semua dosa2 kecuali yg siap kena suntik, bayar cukai itu dan ini sehinggalah mati. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Salam... hye... sayer medical student so agak2 blajar r jugak pasal HPv vaksin nih...

    anyway, HPV nih mcm virus la kan..
    n memang btol la y virus nih boleh menyebab kan cancer...
    so basically vaksin nih effective kalau diberikan kepade orang y blom penah bersetubuh...
    so korang2 y bertuah coz dpt free... sebab kami xdpt free.. kene bayar...

    nak komen skek pasal zina tuh...
    ok.. HPV ---> cancer nih common kat orang y slalu mlakukan persetubuhan dengan ramai orang atau... dier bersetubuh dengan husband y ade banyak pasangan...
    maksud pasangan tuh general la kan.. boleh kate isteri o sape2 je...
    so, xkire laaa kalau permpuan itu tidak berzina tp husband dier jht, same jugak...

    so actually, it is good y korang tau n ade pendirian untuk tidak berzina... bagus... tp vaksin nih untuk prevention je... kalau dapat vaksin + tidak berzina + dpt husband baek = korang sangat beruntung laaa... paham x???

    ReplyDelete

Chat with me