25 July 2011

apa perbezaan menyukai manusia disebabkan sayang atau kagum ?

 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum . Allah . . penatnya kat sekolah tadi , hanya Allah je yang tau . punyalah tadi , cikgu marah sebab tak masuk kawat . haha . . saya apa lagi , biarkan je la . tak kisah pun . kalau saya cakap tak nak , memang tak nak la , tak de siapa dah yang boleh paksa . Rabu ni ada hari koko , cikgu kata wajib . tapi , apa saya kisah . . saya tak nak datang . . :)

hari tu , saya ada cerita masalah saya kat sahabat tercinta . saya cakap saya suka kat seseorang . saya mintaklah nasihat dia . saya cakap yang saya suka dia sebab dia 'macam' baik . lepas tu sahabat tercinta saya bagilah nasihat . . dan saya tertarik dengan kata2 dia .
dia cakap :
kiranya ukhti ni mcm ana lh ..
bg pendapat ana bwt ukhti dan juga semestinya untuk diri ana ni .. ana rase,mungkin tu smua rasa kagum ..
kagum dgn peribadi dan akhlak dye .. suka dgn tingkah laku dye .. hurmm .. ana rasa kalau mcm tu xpe .. cuma kita kene sedaya upaya elak drpd ingt kat dye .. lupakan perasaan kita terhadap dye .. bile nmpak dye tngh bwt baik ..
seelok2nya ukhti ckp dlm hati " alhamdulillah,ALLAH yg cipta dye "
saya rasa betul jugak tu . saya ni pun cepat sangat kagum dengan manusia , baik lelaki mahupun perempuan . kadang saya keliru , tapi tak mengapa tu hanya perasaan manusia sahaja kan . saya tak tau saya suka kat siapa . memang tak tau . kalau saya suka seseorang pun , biarlah orang tu digelar 'suami saya' . kalau korang nak tau , saya kalau suka seseorang , saya tak suka kalau orang tu suka saya balik . tah tak tau sebab apa , rasa macam tak best . tapi kalau suami tu , mestilah suka kan .

kalau saya suka seseorang , saya tak suka kalau orang tu tau . nanti mulalah saya akan rasa malu tak tau nak letak muka kat mana . pada hakikatnya , saya betul2 harap dia suka kat saya . tapi , bila saya dapat tau dia suka saya , saya terus tak nak ! saya tak nak dia suka saya , tapi saya berharap . faham ? haha . . merepek je . tapi2 , tak perlulah nak suka kat manusia yang belum berfikiran yang bagus , yang akan saya kagumi . lagipun , belum saya temui lagi .

kalau korang pulak macamana ? korang betul2 sayang ke kat orang yang korang suka ? ke hanya sebab dia cantik/hensem/kaya/bergaya/pandai ?? tak kisahlah nak suka kat sesiapa pun sebab tu fitrah manusia . tapi , jangan melebih2 sudah . faham maksud melebih2 ? maksudnya jangan sampai ingat teramat kat orang yang korang suka , nanti jadi lain . janganlah jadi manusia yang bercinta separuh nak mati bagai hape tah . nanti dosa ! kalau tak dapat cinta manusia tak pe , jangan pulak tak dapat cinta Ilahi .

banyak sebab saya kagum dengan manusia ni . tapi , kalau seseorang tu cantik/hensem , saya takkan kagum sebaliknya saya hanya anggap ia adalah ciptaan Allah dan wajib bagi empunya diri supaya bersyukur . dan tak perlu nak jeles kat orang yang cantik/hensem . bersyukurlah apa yang ada . kalau seseorang tu pandai dalam akademik , baik dalam akhlak , merdu dalam suara ketika mambaca ayat suci al-quran , berfikiran yang mustanir/cara cakap bagai orang yang pakar bab Islam , rajin pergi masjid , menjaga aurat dan menundukkan pandangan , tak mudah terpengaruh meski banyak manusia yang berperangai buruk disekeliling , rajin solat tahajjud dan lain2 tu la ciri2 manusia yang saya kagumi . korang macamana pulak ?

apa2 pun , kagum kan lebih baik sebab kita semua ciptaan Allah . :) jangan dengki2 ye .
Share:

9 manusia berfikir:

  1. hehehe.. kalau akak pulak kan, akk tak suka org yg suka akak. hehe... akk suke org yg tak suke kt akak. faham tak? yg jual mhl tu yg akak suka. hehehe...

    ReplyDelete
  2. dulu amani tak pernah suka pada lelaki,..cuma ada rasa kagum pada anak2 muda yang selalu dtg mjlis agama,...tetapi sekarang bila ada seseorg yang datang degn niat yg baik, amani hanya mampu berdoa agar dialah yang terbaik dan cuba untuk menerima dia seadanya...

    ReplyDelete
  3. @azwa amani oh . . insyaAllah , moga dpt lelaki soleh sbgai teman hidup mu . . amin :)

    ReplyDelete
  4. saya suke r post ni.. cam terkene sikit.. btw, kite cam ade persamaan r.. hee

    ReplyDelete
  5. seeloknya kalau suka kat seseorang , jangan luahkan dan beritahu pada orang lain . kalau awak mati dalam keadaan rahsia menyukai dia , awak dikira syahid . dan kalau sukakan seseorang , jangan luahkan pada orang tu , beritahu Allah . Allah lebih Mengetahui . =)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Dalam usia muda ni, sepatutnya adik tidak perlu memikirkan kesemua ini sebab dlm Islam ada ukurannya dan pegangannya mencari pasangan. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ Sekiranya mrk berdua (psgn lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya berat sangka Kami bahawa mrk berdua dapat mendirikan hukum Allah`
    W/pun ayat ini mengenai kahwin semula kali kedua tetapi itulah `istidlal` yg diambil oleh perbahasan mazhab dlm istinbat hukum dari segi Usul AlFiqh.
    Asas pilihan psgn hidup mestilah pasangannya istiqomah dlm perjuangan dgn dpt sama2 berusaha mendirikan hukum Allah. Dlm sejarah Islam, tidak hairanlah mrk tidak mengira perbezaan jarak usia, harta, jenis keturunan dsbnya. Malah rami juga Imam Mazhab yg tidak kahwin sampai akhir hayat spt Imam Syafi`e dan Imam Nawawi r.a.huma Mrk berpegangpada dalil ini dikhuatiri tidak dapat menegakkan hukum Allah krn urusan dakwah! Wallahualam

    ReplyDelete
  7. faham maksud " suka kat dia, tapi xharap dia xsuka kita, walaupun kita mengharap" tu..

    ReplyDelete
  8. kagum dengan Imam Muda.

    bukan suka. :)

    ReplyDelete

Chat with me