09 July 2011

BERSIH : sungguh tidak bijak manusia yang tak berfikir !

assalamualaikum . . tadi saya , kakak2 , adik dan abah saya pergi rawang sebab nak amik kereta abah saya yang dah siap diperbaiki . punyalah jauhkan . . fuhhh !!! mujurlah nak pergi sana tak ada road block . tapi , waktu nak balik rumah , perghhh !!! ada tau . dah la satu jam lebih kena tunggu . menghangatkan je dalam hati ni , membara betul . teruklah manusia2 yang menjaga "keselamatan" rakyat tu ! konon je nak jaga jalan , tapi itu menyusahkan namanya ! orang nak cepat , dia lambatkan . tah2 , diorang tu solat ke tidak eh ??

bercerita pasal perhimpunan bersih yang dikatakan haram oleh pihak kerajaan , saya dengar kat tv , diorang cakap orang  yang sertai perhimpunan "haram" bersih ni adalah "puak pengacau" . siapa yang pengacau sebenarnya ek ? saya tengok "puak pengacau" yang pihak kerajaan dan media gembar-gemburkan tu buat demonstrasi secara aman jer ! bukannya ganas ! sebaliknya , yang ganas adalah pihak kerajaan yang bernama POLIS ! perghh !! kau ni kan , tak boleh ke tak sembur gas pemedih mata huh ??!! asyik2 nak kacau demonstrasi orang , penyibuklah kau ! orang2 yang berdemonstrasi buat secara aman , bila ada kau je, terus jadi huru hara tau !

ok , kerajaan cakap demonstrasi tu membuatkan negara ni jadi huru hara dan tak aman dan menjejaskan keselamatan negara . adakah betul itu ? saya tengok , biasa aja . yang memburukkan keadaan adalah pihak polis jugak . konon pihak media cakap pelancong rasa kurang selesa . haha . . lantaklah pelancong nak rasa apa pun . biak pi lah . . lagipun , keselamatan rakyat perlu diutamakan dahulu sebelum nak tengok keselesaan pelancong luar *dalam situasi ini je la ye . wehh !! saya rasakan , media punya liputan pasal ni kan , teramat2lah melucukan . yang paling melucukan adalah apabila diorang semua cakap pihak polis nak menjaga keselamatan awam dan perhimpunan bersih tu hanya menyebabkan negara menjadi huru hara . lawakkan ?? dengar2 kerajaan bagi stadium untuk diorang . tapi , betul ke ? *macam pelik je . .

wahai manusia yang berfikir , cuba bukak mata dan lihatlah siapakah yang membuat huru hara ni ? siapakah yang membuatkan kesesatan lalu lintas ? siapa ? huh ! fikir . sebelum tu , saya nak cakap . . entry ni lebih kepada perasaan marah tau . so , jangan marah saya . ni perasaan yang kurang enak !
  1. entry ni tak menyokong mana2 pihak , just nak bagi kesedaran
  2. nak bagi manusia fikir sikit , tak banyak mana pun
  3. so , baca betul2
  4. dan tak perlu nak bangkang hukum yang telah ditetapkan Allah !!! tak perlu nak martabatkan mana2 bangsa , kecuali nak martabatkan Islam !
tadi tengok berita , ayah saya cakap ada SB kat sana tu . diorang tu ada mestilah sebab nak tangkap orang nak bawak pi ke ISA . hmmm . . ada jugak peniaga tak puas hati sebab hari ni perniagaan diorang sangat2 merudum . kesian pulak tengokkan . salah siapa ? fikirlah sendiri ye . polis yang buat sekatan , sebab tulah tak de orang yang nak shopping kat sana .

lagi satu , hukum sesuatu demonstrasi adalah harus/mubah selagi mana tak ada dalil yang mengharamkannya . ia akan jadi haram apabila sebab2 berikut :
  • mempertahankan perlembagaan kufur/demokrasi
  • mempertahankan benda2 yang haram
  • membantah hukum2 yang telah ditetapkan Allah
so , fikir2kanlah bagi mereka yang mempunyai akal dan berfikir . saya hanya menyokong penegakkan sistem Islam , bukan sistem toghut buatan manusia ! kepada mana2 polis dan pihak kerajaan serta manusia yang menyertai perhimpunan bersih , bertaubatlah dan berjuanglah untuk mengembalikan kehidupan Islam dan menggantikan sistem kufur ini kepada sistem Islam . sama2lah kita hapuskan sikap taat kepada hukum kufur dan taatlah kepada Allah yang maha Agung ! ingat , Islam bukan hanya agama . Islam juga merupakan peraturan hidup . barangsiapa yang mengambil sistem selain daripada sistem Islam , maka tunggulah azab Allah ! say no to DEMOCRACY and yes to KHILAFAH !
"Sesungguhnya Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya" (QS. Ar-Ra'ad: 41)
"Apakah mereka mempunyai sesembahan-sesembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka dien yang tidak diizinkan Allah?" (QS. Asy-Syuro: 21)
" Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Robb selain Allah." (QS. Ali Imran: 64)

TERBARU



Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0

ARRAYAH.INFO, Palestin, 8 Julai 2011 - Beratus-ratus orang umat Islam berkumpul berdemonstrasi di hadapan kawasan Kubah Emas Masjid al-Aqsa, Palestin pada hari Jumaat, 8 Julai 2011.

Mereka berkumpul berdemonstrasi di jalan-jalan Masjid al-Aqsa untuk mendesak mana-mana golongan pemerintah yang memiliki kekuasaan agar disegerakan penubuhan kembali Khilafah Islamiyah dan membuang jauh sistem sekular demokrasi.

Revolusi-revolusi yang berlaku di negara-negara Arab kini cuma hanya pertukaran kepimpinan sahaja, perubahan itu bukan sahaja menggantikan ketua rejim, tetapi ia akan berubah dengan sempurna apabila menggantikannya dengan sistem pemerintahan Khilafah Islamiyah.

Bukti-bukti kekalahan dan ketakutan pemimpin-pemimpin munafik dan thaghut apabila berlakunya kebangkitan umat sehingga sanggup menodai pemahaman nas berkenaan demonstrasi dengan menyimpang siurkan maksudnya, perbuatannya, kewajibannya atau keharamannya.

Malangnya umat Islam di dunia terutamanya di Malaysia masih tidak sedar bahawa pemimpin mereka sebenarnya sudah takut akan kehilangan kuasa mereka. Umat sudah mula menuntut kembali kekuasaan yang telah dirampas dari mereka. Kerana daripada umatlah mereka memiliki kekuasaan.

Usaha untuk mempertahankan sisa-sisa kekuasaan yang ada, seluruh kekuatan polis dan tentera dikerahkan oleh para penguasa zalim ini untuk membantai rakyat yang melakukan protes terhadapnya. Kini, senario yang hampir sama sudah boleh disaksikan di Malaysia.

Sabda Rasulullah SAW,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam (perkara) memaksiati Allah” [Hadis Riwayat Ahmad].

Sabda Rasulullah SAW,
“Jihad yang paling afdhal adalah menyuarakan yang haq di hadapan pemerintah yang zalim” [Hadis Riwayat an-Nasa’i].

Tembok ketakutan terhadap rejim zalim yang sekian lama berkuasa, menyeksa, memenjara dan menghalang aspirasi politik umat Islam, sudah mula dihancurkan.

Alangkah baiknya, jika demonstrasi itu, mereka alihkan usaha untuk dirikan Institusi pemersatu umat iaitu Khilafah Islamiyah.

Demonstrasi aman (masirah) ini memang dibenarkan dalam Islam, namun lihatlah kepada perkara atau ‘tuntutan’ di dalam demonstrasi yang ingin kalian lakukan.

Sekiranya tuntutan yang kalian ingin suarakan adalah bertepatan dengan Islam dan sesuai dengan kehendak Allah, maka silalah berbuat demikian, semoga Allah bersama kalian dan semoga Allah memakbulkan tuntutan kalian.

Insya ALLAH, Khilafah semakin dekat untuk berdiri. [credit : abu idris]

Share:

22 manusia berfikir:

  1. suka post nie . setuju sangat sangat !

    ReplyDelete
  2. takut jadi macam zaman nabi dulu~ subhanallah... =_=, nway jum tlg sy komen entry ni..tq ;) jom klik cni & komen erh ;)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan awak~ setuju sangat. bagi sesiapa yg masih tak nampak tu, kena la pandang perkara ni dengan mata hati dan akal..

    ReplyDelete
  4. kalau nak salahkn BERSIH nie 100% mmg tak patut . takkanlah mereka seskuhati jek nak bwt demonstrasi nie kalau x de asbab yg kukuh , Dato' A.Samad Said pon join demonstrasi nie . beliau org yg ada education thinking .
    so , tepuk dada tanya iman .
    :)

    -salam ukhuwah-
    -jemput dtg blog-

    ReplyDelete
  5. salam , sy nak bagitahu sumthing ni , sy tersangat kagum dan terharu coz masih ada orang malaysia yang bukak mata seluasnya tentang masalah ini . kita kena berfikir dengan telus dan jangan hanya pada 1st impression shja . bukan puak bersih yang buat kesesakan tapi pihak polis je yang lebih2 . kata mesra alam, tapi macam kucing ngan anjing je ,. bukan jaga keselamatan, tapi nak kan publisiti je lebih . benda baik dikutuk, benda xbaik disanjung dan di banggakan , apa hal . kita sekarang memang dah diakhir zaman . betul2 dah jadi macam zaman jahiliah dlu . astagfirullahalazim . cepat2 lah bertaubat sebelum bertaubat . cik shidah, terima kasih atas entry di ats . sangat berguna dan bermanfaat . anda reen sokong 100percent . Allah maha Agung . lebih agung dari pihak2 berkuasa kita .

    ReplyDelete
  6. mcm selfish laaa...bersih nie ketua dy bukan s ambiga ke??? india kan bgse dy?? dan dy dah ade plan tersendiri.. dy akan ubah cara Islam,, example,, kalau lelaki ngn perempuan ,, bebas bergaul.. mcm tu lah lebih kurangg....hmm,,...

    ReplyDelete
  7. setuju sgt3 dgn anda!..pihak media yg spttnya juga mnjadi perantaraan rakyat untuk meluahkan perasaan ternyata berat sebelah...dorang mcm pejam mata ja dengan kedaan sebenar..rasa na tergelak pon ada tgk berita TV3 smlam..pnya lah dok intrview org yg marah dgn perhimpunan tuh;cthnya pemandu,peniaga sume..tapi ade ke dorang tmuramah jugak org yg join rally tuh??..s0rang pon xde...syabas BERSIH!..mereka berjaya dengan perhimpunan semalam...inilah suara rakyat yg sebenar...

    ReplyDelete
  8. setuju dengan anda....kebanyakan mereka menilai perhimpunan ini dengan fahaman dan sentimen politik yang tebal tanpa melihat apakah yang ingin disampaikan ...dan mengapa perhimpunan yang pada mulanya aman dilihat tidak lagi...kerana perkasa dan patriot...semalam di mana perkasa...patriot pun tinggal berapa kerat jer....syabas.

    http://harrazdani.blogspot.com/2011/07/clean-20-dari-hati-yang-tulus-ikhlas.html

    ReplyDelete
  9. betultu . diorang buat prhimpunan bersih tu sebab nak suarakan kata rakyat yang tidak buta mengenai apa yang berlaku pada negara kita . bukannya nak huru harakan negara .
    cuba klau pihak berkuasa just benarkan mereka buat prhimpunan tu ,secara aman , semuanya akan berjalan dengan aman .
    lagi pun , diorang cuma mengunakan MULUT dan AKAL sebagai senjata bukan gas pnyembur or whatever .
    tapi apa apa pun , semua tindakan ada baik dan buruknya . cuma kita sebgai manusia biasa mmg lazimnya akan melihat lebih kpd buruk drpd baik .
    suka entri ini :)

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat-2. Diaorng ni tak ada kesedaran diri, masing-2 nak ikut kepala masing-2 je. Setuju sangat-2 dengan entri ni

    ReplyDelete
  11. kalau india sekali pun, dia tetap manusia..kalau dia ade rancangan tersendiri pun, kita bukan bodoh hanya nak ikut telunjuk dia sehinggakan menggadai agama..
    betul BN pernah ajak PAS bersatu...tapi mahukah BN nak terima apa yang PAS cuba bawa??sedang hukum hudud pun ditolak mentah2 oleh orang Islam sendiri..so baik buat haluan sendiri yang dapat membawa apa yang ingin diperjuangkan..
    mereka ada plan kita ada Taktik, bukannya seperti lembu dicucuk hidung..macam perang pun, ada taktik 'retreat', bukan bererti pengecut lari dari perang..
    kalau nak kata xboleh ikut bangsa lain, rasanya itu lebih selfish..

    Shidah: emm..akhi setuju..menuju Khilafah..!

    ReplyDelete
  12. tak boleh jugak 100% salahkan pihak gov dan polis. mereka hanya menjalankan tugas. kita hanya nampak secara luaran tapi sebalik semua ni hanya Allah yg tahu. wallahualam..

    ReplyDelete
  13. sana tunding sini..sini tunding sana. Bila bangsa kita nak bersatu tak tahu..ini lah masalah kita kalau negara dah terlebih maju, kurang sikit dah tak boleh terima. Cuba pula fikirkan semasa nak rebut negara Malaysia dari penjajah dulu betapa susahnya, dah merdeka macam nie pula. esok lusa non-muslim pula menjajah..melayu pula umpama lembu dicucuk hidung dekat tanah air sendiri..

    ReplyDelete
  14. hurmmm...Aida Omar, sebenarnya perkara ni dah lama sejak mustafa kamel atartuk lagi..ini la yg dia cuba bawa..mewujudkan semangat patriotik untuk mempertahankan negara lebih ketara dari mempertahankan Islam..sebab tu je caranya nak memecah belahkan muslim..so dari konteks negara, ini la yang terjadi..1 je cara, kembali pada asas, perlu kembali pada zaman khilafah...caranya, wujudkan daulah islamiyyah..oleh itu, sistem sekular perlu dikurangkan sikit2..dan dengan itu hukum2 dari Allah perlu dilaksanakan..kalau ianya ditolak oleh kerajaan, bagaimana khilafah nak wujud??
    *Senyum.. :)

    ReplyDelete
  15. saya sokong bersih..
    tu je.. END.

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum

    Setuju dengan N3 ini.. semoga kita akhirnya dapat negara 'baldatan tayyibah' barulah ekonomi teguh rakyat tak susah, kerajaan suka rakyat dan rakyatpun suka kerajaan. Sekarang ni nampak saling tak suka kan. Teruskan beri kefahaman.. semoga ada ganjarannya.. amiin

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum adik shida <3

    Jujur akak kata.. akak ada di sana.. maaf media putar belit fakta..

    sesiapa yg tutup kedai tu rugi besar.. kerana ramai peniaga yg buka kedai.. memang laku sangat2 sebab "aktivis" tersangkut dalam kl.. dari kedai makan.. hingga kedai kain .. walau jual karipap/kepok lekor/kacanga/ice cream semua sold out :)


    SubhanAllah.. akak tidak mewakili mana2 parti politik.. akak hadir bersama suami kerana semakin tidak tahan dengan kezaliman yg kami rasai...


    Mahukan sesuatu yg telus.. harap pihak kerajaan mendengar suara kami.. dan semoga Allah merahmati mereka.. walau mereka telah menzalimi kami termasuk muslimat2 dan ibu2 mengandung... kami menahan siksa kesakitan ini.. Untuk tidak melihat anak2 kami dan kita semua satu hari nanti tidak mengenal islam :)..


    Semoga Allah membuka hati2 mereka..

    ReplyDelete
  18. @Aida Omar saye setuju dgn statement anda.perlu ke b'arak sane sini just to "voice-out"?kite merdeka dh lame tp knp br skrg nk voice-out?is it only bcoz si Ambiga brani voice-out so kite ikt blkg dy?bkk mate luas2 tgk sape yg majority kne tangkap,sape yg tgh senyum tp jln tgk kaum melayu kne tangkap?ape motif b'arak?kate nk anta memorandum...hari sabtu kot...office close my friend...so tell me,ape motif Bersih?tak huru hara keadaan?si Ambiga tuh dah tau if dy create demo, mesti government/polis akan do something (road-block,road closure etc) so time to put your smart cap on THINK.melayu is so much more clever than that...c'mon...

    ReplyDelete
  19. @ukhti syikin a'a , betullah tu kak . . mmg kedai mmg laku kt sana . cuma media je ckp peniaga rugi ! punya hapelah media ! hish ! teruklah . . =.="

    moga seluruh manusia diberi hidayah ! amin . .

    ReplyDelete
  20. "say no to DEMOCRACY and yes to KHILAFAH !"

    inilah ape yang kite sepatutnye sokong. ade orang argue cakap khilafah "tak sesuai" untuk negara malaysia sebab negara ni berbilang kaum. tapi sedih, golongan ni menyempitkan istilah 'syumul' sampai boleh cakap macam tu.

    semoga sistem demokrasi negara malaysia berubah kepada khilafah. marilah kite doakan same2 untuk masa depan yang labih baik. ameen.

    ReplyDelete
  21. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete

Chat with me