31 March 2012

Orang Kalau dah Suka...


Orang kalau dah suka seseorang, mesti tak endahkan kata-kata orang yang cakap buruk pasal orang yang dia suka tu. Macam kawan sayalah, dia suka seseorang, bila saya cakap orang yang dia suka tu macam lain macam, dia kata orang yang dia suka tu bukan macam tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti cakap sanggup buat apa je kan. Lagilah bila orang yang sedang dilamun cinta. Cakap macam-macam, sanggup itulah sanggup inilah. Sampai sanggup mati. Alah, banyak je kita tengok orang yang macam tu kan.

Orang kalau dah suka seseorang, hidupnya akan asyik berangan je. Tak habis-habis fikir pasal orang yang dicintai. Malah satu jam tak fikir pasal orang tu tak sah! Kalau ada gambar orang yang dicintai, hah tak habis-habis tenung je gambar tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti selalu nak jumpa dan tengok orang yang dicintai tu kan. Kalau tak jumpa atau tak dapat tengok, mesti rasa gelisah dan tak lalu makan kan. Ni biasa sangat dah. Banyak kali saya nampak!

Orang kalau dah suka seseorang, tak sah kalau tak buat orang yang dicintai tu sedar akan kehadiran diri. Mesti nak tunjuk hebat depan orang yang dicintai. Kalau ada benda tak kena kat diri, mesti tak nak si dia yang dicintai tu sedar akan benda yang tak kena tu.

Orang kalau dah suka seseorang, mesti buat baik dan layan dengan layanan yang baik bila dengan orang yang dicintai. Kalau dengan orang lain dia cakap kasar, dengan orang yang dicintai dia cakap sopan dan lemah-lembut je.

Orang kalau dah suka seseorang, sanggup perhabis duit untuk beli sesuatu yang diminta oleh orang yang dicintai. Kalau tak beli takut orang yang dicintai marah dan merajuk. Kalau orang yang bijak, lempang je kalau ada yang materialistik. (MELAMPAUNYA SAMPAI NAK LEMPANG-LEMPANG)

Itulah hakikatnya...
Kata cinta, tapi itu hanya sementara. Tengoklah bila kahwin nanti, adakah perasaan cinta kekal? Tapi, kalau cinta berdasarkan syariat(cinta selepas nikah), insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. Allah 'alam.
Share:

11 March 2012

Make Joseph Kony Famous!


Korang tau pasal Joseph Kony? Ramai orang yang telah "Make Him famous". Kalau korang belum tau kan, korang cepat-cepat cari kat google or search video pasal dia kat youtube. Saya dah tengok waktu hari Khamis hari tu. Sekarang, video pasal dia dah mencecah berpuluh-pulu juta tau.

Ramai yang dah buat kempen pasal dia. Satu dunia tau. Sebenarnya nak bagi orang tau yang dia tu penjenayah yang paling dikehendaki! Saya tak pasti betul ke idak cerita tu. Tapi, saya tertanya-tanya juga, kenapa kes pasal dia orang hebohkan sangat. Kes pembunuhan umat Islam tak kecohkan pula!

Diorang ni tak nampak ke yang pemimpin no 1 dunia telah bunuh banyak orang, kenapa tak heboh dan kecoh pula?! Saya memang tak puas hati pasal ni. Dah berapa banyak darah membasahi bumi disebabkan PEMIMPIN umat Islam tidak membela dan tidak menjadi perisai kepada umat.
"Indeed, the Imam (Khaleefah) is a shield, from behind whom you fight and by whom you are protected." [Muslim]
Sekarang ni, ada ke umat terbela dan dibela? Langsung tak ada. Pemimpin asyik suruh orang jaga, bela, lindungi dia je. Padahal, jadi pemimpin adalah tugas yang paling berat kat dunia. Sampai gunung-ganang, apabila Allah nak bagi tugas memimpin kat dia, dia takut. Ni, manusia suka nak pikul tapi langsung hancur dunia ni dibuatnya.

Berbalik pada tajuk, korang nak tau lebih lanjut pasal si Kony, korang tengoklah video pasal dia. Barulah korang akan faham. Allahu'alam.
Share:

Chat with me