27 June 2012

Andai saja...


Assalamualaikum. Moga anda yang membaca sihat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Mungkin anda di sana sedang gembira di dalam kedinginan malam ini. Tapi hati saya tiba-tiba berasa terkilan dengan kata-kata yang diucapkan kakak saya sebentar tadi. Seperti hati saya tiba-tiba stop daripada rasa apa-apa. Apakah itu? Perkara yang kami bincangkan tu banyak kali mengambil perhatian saya. Dari beberapa hari yang lalu hingga kini. Saya amat tertanya-tanya, mengapakah seperti itu?

Andai saja saya tahu. Andai saja saya dapat pastikan.
Andai saja mereka sedar.  Itu hanya andai, jika tidak?

Hari-hari persekolahan, saya rasa macam tak ada perasaan suka dan tak suka. Seperti sangat-sangat lain daripada persekolahan yang saya lalui tahun lepas. Macam tak ada perasaan apa-apa. Andai sekolah itu dirahmati Allah, sudah pasti hati saya mudah menerima dan memahami ilmu di sekolah.

Remaja yang dikatakan beragama Islam hanya nama dan agama sahaja Islam. Tapi, cara hidup seperti orang kafir. Tidak ada beza lagi antara Muslim dengan  non-Muslim. Timbul rasa cinta akan budaya yang bukan berasal daripada Islam dalam diri remaja, kanak-kanak dan dewasa turut tidak terkecuali. Tidak malukah?

Andai saja dunia ini tidak lagi dikuasai sistem Kapitalisme.
Andai saja dunia ini dinaungi Islam. Pasti sejahtera dan penuh rahmat Allah.

Share:

19 June 2012

Pejuang Muda

Pejuang muda,
Kau adalah intan baiduri,
Dicelah-celah percikan api,
Berselerakan di tungku si tukang besi,
Andai kau di meja jauhari, 
Tentu kau disanjung tinggi. 
Namun mutu menentu sari, 
Bila tak hancur dicincang tukul, 
Bila tak lebur digayang api, 
Gagahmu akan dirangkul, 
Tekatmu akan dipuji.
Hitam bertahun di tungku besi.
Di mahkota jua serimu menanti. 
Pejuang muda, Ayuh, Berdiri! 
Julang gagah tekatmu tinngi!
Sampai jam di dinding usiamu berhenti! 
Namun detik amalmu tidak kan mati, 
Selama bumi masih berdinginkan bulan, 
Berpanaskan mentari.

Credit: psw
Share:

10 June 2012

The Ummah Need Khilafah

Assalamualaikum. Saya rasa sedih dan tak gembira sebab sekarang ni dah tak buat entry pasal Khilafah. Rasa diri ni macam teruk bebeno. Orang lain sibuk cerita pasal institusi teragung, aku sibuk pasal lain pula. Malunya.

Seluruh dunia digemparkan dengan keinginan yang membuak-buak terhadap sesuatu yang boleh mensejahterakan dunia dan seisinya. Dan itulah Khilafah. Umat Islam memerlukan Khilafah kerana saat ini kehidupan mereka bahkan seluruh manusia dan juga dunia sesisi menghadapi kesengsaraan.

Dengan adanya sebuah institusi yang agung ini, yang mana sistem Islam dapat diterapkan dan umat Islam sejahtera di bawah naungan Khilafah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [al-Anbiya: 107]
Rasulullah menyeru manusia agar menjadikan Islam sebagai satu-satunya sistem kehidupan. Jika Islam dijadikan sebagai panduan hidup dan sistemnya diterapkan, maka rahmat Allah akan melimpah ke seluruh alam kehidupan.

Tanpa Khilafah, lihatlah apa yang terjadi. Dengan adanya akal fikiran, berfikirlah anda dengan baik dan bijak. Allah SWT tuhan kita dan Muhammad SAW adalah Rasul kita, maka kita wajib taat. Wallahu'alam.

Share:

03 June 2012

Redhailah Hubungan Kami

Assalamualaikum. Kepada remaja yg sedang couple, sila baca kat bawah ni. Sebab realitinya ada manusia yang selalu doa agar hubungan cinta berkekalan sampai mati. Bahkan mak ayah pun amik tak peduli malah sokong anak buat maksiat.
Sebesar mana pun kau cinta dia, tapi kau tak menikahi si dia, jangan harap Allah nak redha hubungan kau. Sebab hubungan tu belum halal!
Apa yang saya nak ringkaskan kat sini sebenarnya nak cakap, kalau nak bercinta kahwin je la ye. Tak perlu couple-couple. Kalau nak couple, couple dengan orang yang sah jadi pasangan hidup korang. Kalau belum sah, jangan harap Allah nak redha.

Kalau korang rasa hubungan couple korang tu lama, tu tak bermakna Allah redha. Itu tandanya Allah nak uji sejauh mana maksiat yang korang buat. (Maksiat itu sesuatu yang Allah larang kita buat, Allah perintah kita ingkar)

Hidup ni tak selamanya indah. Bahagia mahupun derita, dua-dua adalah ujian. Jadi, kalau kita bahagia, bersyukurlah. Jika kita derita, bersabarlah dan berdoalah. Moga Allah sentiasa merahmati kita.
Wallahu'alam.


Share:

01 June 2012

Muslim yang hebat 2

Saya mengambil kata-kata ini adalah daripada facebook saya. Dan ciri-ciri Muslim yang hebat sentiasa menjadi status facebook saya. :)
"Muslim yang hebat hatinya bergetar tatkala pekataan 'Allah' didengari."
Share:

Muslim yang Hebat 1

Assalamualaikum. Hari ni sekadar nak memuhasabah diri sahaja. Ingin mengatakan seseorang yang hebat itu bagaimana. Dan akan ada banyak lagi ciri-ciri manusia yang bergelar muslim yang hebat. InsyaAllah akan saya kongsikan nanti.
‎"Muslim yang hebat adalah muslim yg mencintai syahid"
p/s: Ramai yang mengimpikan syahid di jalan Allah. Jadi, doalah supaya dapat mati syahid dunia akhirat. :)
Share:

Chat with me