[SN224] Baru-baru ini, pasukan tentera Malaysia dilaporkan telah melakukan latihan ketenteraan bersama dengan pasukan tentera pengganas dunia, Amerika Syarikat (AS). Latihan bersama yang dipanggil Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) merupakan program yang dijalankan setiap dua tahun dan kali ini berlangsung di perairan berhampiran pulau Hawaii selama 6 minggu, bermula Rabu lepas. Malaysia dan Thailand antara negara baru yang menyertai latihan armada tersebut selain Australia, Kanada, Chile, Indonesia, Jepun, Belanda, Peru, Singapura dan Korea Selatan yang telah menyertainya sejak 1971. Malaysia juga menyatakan hasrat untuk menyertai latihan ketenteraan AS-Thailand yang disebut Cobra-Gold. [UM 27/06/2010]
Kerjasama Malaysia dengan negara kufur, khasnya AS dalam bidang ketenteraan bukanlah suatu yang baru dan bukanlah suatu rahsia. Ia telah lama berlaku dan berlangsung dari masa ke semasa dan sering dihebahkan dalam media massa. Salah satunya adalah Peraturan Pertahanan Lima Negara ataupun Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang ditandatangani pada 1 Disember 1971 dan dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Peraturan ini memperuntukkan kerjasama negara berkenaan terhadap isu keselamatan Malaysia dan Singapura dari sebarang bentuk serangan bersenjata yang dirancang atau dibantu oleh negara asing atau wujudnya ancaman bersifat sedemikian. Elemen FPDA yang paling ketara ialah penubuhan Markas Sistem Pertahanan Udara Bersepadu (Integrated Air Defence System - IADS) di Pangkalan TUDM Butterworth. Bagi tujuan keselamatan udara bersama, latihan ADEX dijalankan dari semasa ke semasa. Di bawah FPDA, beberapa eksesais darat, laut dan udara dijalankan setiap tahun, misalnya Ex Suman Warrior, Ex Starfish dan Ex Flying Fish, Haringaroo, Passex dan Helangaroo dengan Australia, Orang Hutan dan Sterling Tiger dengan United Kingdom, Eksesais Taiaha Tombak, Kris Mere, Night Tiger, Passex dan Helang Kiwi dengan New Zealand dan Eksesais Semangat Bersatu, Malapura dan Sarex dengan Singapura.
Sejak kejatuhan Khilafah hingga kini, apatah lagi sejak akhir-akhir ini, kita dapati banyak negara umat Islam yang telah melakukan latihan dan kerjasama militer dengan negara kuffar. Bahkan mereka melakukan lebih dari itu - mereka telah bersama dengan negara kuffar dalam pakatan ketenteraan (military alliances) dan berperang bersama mereka. Turki contohnya adalah negara anggota NATO (Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara) dan telah pun menghantar tentera ke Afghanistan di bawah naungan UN International Security Assistance Force (Pasukan Pembantu Keselamatan Antarabangsa PBB). Pakistan pula telah lama memasuki pakatan militer dengan AS untuk memerangi kaum Muslimin di kawasan bergolak yang sekaligus menyokong dan membantu AS dalam perang di Afghanistan. Dari sisi lain, kita dapati di AS dan juga di beberapa negara Eropah, sebahagian kecil dari kaum Muslimin telah menjadi tentera atau berkhidmat di dalam pasukan tentera negara kufur tersebut, malah ada yang dihantar ke Iraq dan Afghanistan untuk berperang. Lebih buruk dan amat menyedihkan sekali di mana terdapat beberapa ulama yang membolehkan hal ini.
Hukum Latihan Dan Pakatan Militer Bersama Entiti Kuffar
Al-ahlaf al-askariyyah (persekutuan/pakatan militer) adalah kesepakatan antara dua negara atau lebih di mana tentera masing-masing negara bergabung melawan musuh yang sama atau melakukan kerjasama dalam bidang ketenteraan, baik dengan saling memberikan informasi, kepakaran atau pertukaran senjata. Al-half (pakatan/alliance) secara bahasa bermaksud bersekutu dan bersahabat. Orang Arab menyebut halafahu man ‘aahadu (telah berpakat orang yang berjanji). Namun lafaz al-half secara khusus telah menjadi terma yang sering dipakai dalam sebutan ‘pakatan ketenteraan’. Kesan dari al-ahlaf al-askariyyah menjadikan negara-negara tersebut terikat di mana jika salah sebuah negara anggota sedang berperang, maka sekutunya itu akan turut berperang dengan ‘musuh bersama’ tersebut atau setidak-tidaknya berunding untuk menentukan apakah perlu turut serta dalam peperangan atau tidak sesuai dengan kepentingan-kepentingan yang mereka lihat.
Persekutuan ini boleh berupa persekutuan dua hala (mu’ahadat tsuna’iyyah) yang melibatkan dua negara, atau boleh jadi tiga negara atau lebih. Terdapat pakatan yang tidak menganggap serangan (yang berlaku) ke atas salah satu dari mereka sebagai serangan ke atas mereka semua. Bagaimanapun, jika terjadi serangan ke atas salah satu dari anggota sekutu, maka negara-negara lain mempunyai pilihan untuk sama ada memasuki peperangan secara langsung atau tidak, sesuai dengan kemaslahatan masing-masing. Terdapat juga pakatan militer yang bersifat jama’iyyah (kolektif) di mana mereka menganggap serangan yang berlaku ke atas sebuah negara merupakan serangan ke atas semua yang bersekutu. Ini bermakna jika salah satu negara sekutu pecah perang dengan negara lain, maka semua sekutu akan bergabung melawan negara tersebut. Semua bentuk persekutuan ini baik tsunaiyyah, jama’iyyah atau yang lainnya, mengharuskan para tentera untuk berperang bersama sekutunya dalam rangka menjaga entiti sekutunya itu, baik persekutuan itu mempunyai beberapa pemimpin atau di bawah satu pimpinan.
Dalam Islam, al-ahlaf al-askariyyah adalah batil dari asasnya lagi, tidak sah secara syar’i dan tidak boleh mengikat kaum Muslimin meski dilakukan oleh Khalifah umat Islam sekalipun. Pakatan sedemikian menyalahi syarak kerana meletakkan orang Islam berperang di bawah kepimpinan dan panji orang kafir dan juga berperang demi mempertahankan entiti orang-orang kafir, apatah lagi negara yang menjadi sekutu dalam perjanjian/pakatan adalah negara kafir harbi seperti AS dan Britain. Semua itu adalah haram. Tidak boleh seorang Muslim melakukan peperangan kecuali di bawah kepimpinan dan panji Islam. Larangan berperang di bawah panji dan pimpinan orang kafir disebut di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasa’i dari Anas di mana Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah kalian minta penerangan (pertolongan) dengan api orang-orang musyrik”,
ertinya janganlah jadikan api orang-orang musyrik sebagai ikatan penerang kalian. Lafaz an-nar (api) adalah kinayah (kiasan) dari harb (perang) di mana orang Arab menyebut awqada nar al-harbi (mengobarkan api peperangan). Nar at-tahwil juga bermaksud api, di mana orang Arab Jahiliyyah mengobarkan api ketika mereka bersekutu. Hadis tersebut mengkiaskan api sebagai perang dan melarang mengambilnya sebagai penerang. Dari sini dapat di fahami bahawa hadis tersebut melarang (mengharamkan) berperang bersama orang-orang musyrik.
Selain itu, al-ahlaf al-askariyyah bererti menjadikan orang kafir berperang bersama umat Islam dengan mereka tetap menjaga kewujudan entiti/negara mereka. Ini kerana mereka masuk berperang atas nama negara, bukannya atas nama individu. Nabi SAW melarang meminta pertolongan kepada orang kafir sebagai sebuah entiti. Hadis dari ad-Dhahak ra menyebut,
“Bahawa Rasulullah SAW keluar pada waktu perang Uhud, tiba-tiba baginda terihat sebuah skuadron yang (tersusun) baik atau (kata periwayat) yang kasar, lalu Nabi SAW bertanya, ‘Siapa mereka?’. Para sahabat menjawab, ‘Mereka Yahudi (bani) itu dan ini’. Nabi lalu bersabda, ‘Kita tidak mencari (meminta) pertolongan daripada orang-orang kafir” [HR Thabrani].
Al-Hafiz Abu Abdillah menceritakan, beliau menyandarkan sanad hadis pada Abu Hamid As-Sa’idiy, beliau berkata,
“Rasulullah SAW keluar, setelah baginda meninggalkan lembah Wada’, beliau bertemu dengan salah satu skuadron, baginda lalu bertanya, ‘Siapa mereka?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka adalah Bani Qainuqa’ iaitu kabilahnya Abdullah Bin Salam’. Nabi bertanya lagi, ‘Apakah mereka telah masuk Islam?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka masih tetap pada agama mereka’. Nabi bersabda, ‘Katakan kepada mereka untuk pulang, kita tidak meminta bantuan daripada orang-orang musyrik”.
Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelas bahawa adalah haram hukumnya bagi kaum Muslimin, khususnya para pemimpin dan tentera, mengadakan al-ahlaf al-askariyyah bersama golongan/negara kuffar. Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda,
“Aku berlepas diri dari orang Islam yang berperang bersama orang kafir” ertinya jika orang Islam berada di bawah panji mereka.
Meminta Bantuan Orang-orang Kafir Atas Kapasiti Individu
Ada sebahagian ulama menyatakan bahawa boleh meminta bantuan dari negara/entiti kafir berdasarkan peristiwa di mana Rasulullah SAW pernah membenarkan Quzman untuk berperang bersama baginda dalam perang Uhud padahal Quzman adalah seorang kafir. Juga, kerana Rasulullah SAW pernah meminta bantuan daripada orang-orang Yahudi Khaibar dalam peperangan baginda. Jika diteliti, ternyata hujah yang mereka ketengahkan adalah salah dan keliru. Ini kerana, kita perlu membezakan di antara bantuan orang-orang kafir sebagai sebuah entiti/negara dengan bantuan orang kafir atas kapasiti mereka sebagai individu. Berdasarkan nas dari peristiwa Quzman, sememangnya boleh meminta bantuan daripada orang-orang kafir, namun perlu difahami bahawa kebenaran/kebolehan itu adalah atas kapasiti orang kafir tersebut sebagai individu, bukannya kapasiti sebagai sebuah entiti, dan dengan syarat bahawa dia berperang di bawah di bawah panji Islam, bukannya panji kufur. Kerana itulah Rasulullah SAW membenarkan Quzman manakala Rasulullah menolak bantuan Yahudi bani Qainuqa’ (atas nama entiti/golongan) yang memiliki pemimpin sendiri. Kedua hal ini adalah berbeza dan hendaklah dibezakan.
Semasa perang Uhud, Quzman keluar bersama para sahabat Rasulullah SAW dan dia berjaya membunuh tiga orang Bani Abdud Dar, para pembawa panji orang-orang musyrik. Melihat kepada kejayaan Quzman, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki fajir (pendosa)” [HR Thabrani]. Kabilah Khuza’ah juga keluar bersama Nabi SAW pada tahun Fathul Makkah untuk memerangi orang-orang Quraisy. Khuza’ah saat itu masih musyrik, sehingga Rasulullah SAW berkata kepada mereka, “Wahai orang-orang Khuza’ah, angkatlah tangan kalian dari membunuh seseorang. Pembunuhan telah banyak terjadi. Kalian telah membunuh seseorang, sungguh aku yang membayar diyatnya”. Berdasarkan nas-nas ini, boleh (harus) meminta bantuan orang-orang kafir dalam kapasiti mereka sebagai individu, dengan syarat mereka berada di bawah panji Islam, tanpa memandang lagi apakah mereka dzimmi atau bukan. Sedangkan meminta bantuan orang kafir sebagai sebuah kelompok atau negara tertentu yang memiliki entiti yang independen dari Daulah Islam, maka sama sekali tidak dibenarkan (haram) di dalam Islam.
Hadis-hadis ini menunjukkan dengan jelas bolehnya meminta bantuan dari orang-orang kafir atas kapasiti individu yang sekali gus bermaksud bolehnya orang kafir berada dalam pasukan tentera kaum Muslimin, namun dia tidak dipaksa untuk berperang kerana jihad tidak wajib ke atasnya. Dan jika dia ikut berperang, dia tidak diberi ghanimah (harta rampasan perang), tetapi diberi upah/harta dengan jumlah tertentu. Selain dari sisi kepimpinan, orang kafir dibolehkan berada dalam semua sisi perkhidmatan dalam pasukan selama mana dia dipercayai tidak akan berkhianat terhadap Islam.
Selain hadis-hadis di atas, terdapat hadis lain riwayat Aisyah ra di mana dia berkata, “Nabi SAW keluar sebelum perang Badar. Ketika baginda tiba di Harratul Wabrah, baginda berjumpa dengan seorang lelaki yang terkenal dengan keberanian dan kegemarannya menolong orang. Para sahabat gembira tatkala melihat lelaki tersebut. Ketika lelaki itu menemui Rasulullah dia berkata, ‘Aku datang untuk menyertaimu dan memperolehi ghanimah bersamamu.’ Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, ‘Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya?’ Dia berkata, ‘Tidak’. Baginda bersabda, ‘Pulanglah, kerana aku tidak akan meminta bantuan seorang musyrik.’ Lalu dia pergi. Ketika kami tiba di sebuah pohon, lelaki tersebut menemui baginda lagi, lalu dia berkata sebagaimana yang dia katakan pada pertama kalinya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya sebagaimana yang baginda ucapkan pada pertama kalinya, sabda baginda, ‘Pulanglah kerana aku tidak akan meminta bantuan seorang musyrik.’ Lalu lelaki tersebut berjalan pulang. Kemudian dia menjumpai baginda lagi di Baida’ dan bertanya hal yang sama. Baginda bersabda kepadanya sebagaimana yang baginda katakan pertama kalinya, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya?” Dia menjawab, ‘Ya’. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, ‘Maka berangkatlah kamu” [HR Muslim].
Sekali imbas, hadis ini kelihatan bertentangan dengan hadis awalnya di mana Rasulullah mengizinkan Quzman untuk berperang walaupun dia seorang kafir. Sebenarnya kedua hadis ini tidak bertentangan, kerana dalam hadis ini lelaki tersebut mensyaratkan untuk berperang dan mengambil ghanimah walhal ghanimah tidak boleh diberikan kecuali kepada kaum Muslimin. Dari sini, kita boleh memahami keengganan Nabi SAW untuk menerima bantuannya adalah kerana syarat yang tidak Islami yang diletakkannya. Selain itu, terdapat sebuah lagi redaksi hadis yang kelihatan berlawanan sebagaimana yang diriwayatkan dari Khubaib bin Abdurrahman dari ayahnya dari datuknya, dia berkata, “Aku mendatangi Rasulullah SAW sedang baginda hendak pergi berperang. Aku bersama seorang lelaki dari kaumku dan kami belum masuk Islam. Kami berkata, ‘Sesungguhnya kami malu, kaum kami memasuki sebuah peperangan yang kami tidak menghadirinya bersama mereka.’ Baginda bertanya, ‘Apakah kalian berdua telah masuk Islam?’ Kami menjawab, ‘Tidak’. Baginda bersabda, ‘Kami tidak meminta bantuan orang-orang musyrik untuk melawan orang-orang musyrik.’ Lalu kami pun masuk Islam dan menghadiri peperangan tersebut bersama baginda”.
Jika kita meneliti hadis-hadis tersebut dengan jernih, kita akan memahami bahawa tidak ada pertentangan sedikitpun di antara hadis-hadis di atas. Hukum meminta bantuan orang-orang kafir sebagai sebuah entiti adalah jelas haram. Manakala hukum meminta bantuan kafir sebagai individu adalah mubah (harus) dengan syarat mereka mesti berperang di bawah panji Islam. Adapun untuk membenarkan atau tidak membenarkan individu kafir tersebut ikut serta di dalam perang, ia terpulang kepada pendapat atau kebijaksanaan Ketua Negara (Khalifah). Jika Khalifah menghendaki, maka dia boleh mengizinkan, dan jika dia tidak menghendaki, maka dia boleh menolak. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah membenarkan orang kafir ikut serta pada perang Uhud dan pada Fathul Makkah. Dan baginda penah menolak bantuan kafir pada perang Badar dan menolak bantuan Khubaib dan lelaki yang bersamanya sehingga keduanya masuk Islam. Beginilah cara yang benar dalam memahami hadis [lihat penjelasan penuh mengenai hal ini dalam kitab Asy-Syakhsiyyah Al-Islamiyyah Jilid II, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].
Khatimah
Dari huraian di atas, jelaslah bahawa kerjasama atau pakatan militer dengan negara-negara kafir adalah haram secara syar’i dan tidak sah. Bahawa sesungguhnya orang Islam tidak boleh mengalirkan darahnya (berperang) demi membela kafir harbi, tetapi hendaknya ia berperang agar mereka (kafir harbi) mahu masuk Islam. Sungguh sakit dan menyedihkan apabila menyaksikan tentera kita berlatih bersama tentera kafir harbi Amerika Syarikat tatkala tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah saudara-saudara seIslam kita di Afghanistan, Irak, Pakistan dan lain-lain. Betapa jauhnya tentera kita dari Islam! Mungkin kerana sudah terlalu lama dilatih dan dibina dalam suasana yang memisahkan Islam dari kehidupan, maka anggota tentera kaum Muslimin tidak pernah menjadikan ‘Islam’ sebagai kayu ukur dalam setiap perbuatan mereka. Dari A-Z, apa yang mereka tahu hanyalah taat kepada arahan orang atasan membabi buta, hatta kalau arahan itu tidak masuk akal atau malah bertentangan dengan Islam sekalipun, mereka tetap akan mentaatinya. Wahai para tentera! Kalian adalah anggota tentera Islam. Kalian wajib mentaati perintah Allah dan Rasul dan kalian wajib mengengkari arahan pemimpin kalian yang memaksiati Allah dan Rasul. Bangkitlah dan hentikanlah segera segala kemaksiatan ini. Apakah kalian takut untuk berkata benar di hadapan pemimpin kalian? Apakah kalian takut kepada pemimpin kalian lebih dari kalian takutkan Allah? Sesungguhnya jika kalian adalah seorang yang pengecut untuk ‘menyuarakan’ kebenaran, maka kami menganggap kalian akan lebih pengecut untuk ‘berperang’ di jalan Allah. Jika demikian, lebih baik bagi kalian diam sahaja di rumah-rumah kalian dan sediakanlah jawapan kalian di hadapan Allah kelak, apabila Dia bertanya kalian, untuk apakah kalian menjadi tentera???

0 manusia berfikir:
Post a Comment