03 September 2010

ambil perhatian!!!

Assalamualaikum sahabat semua.Tak senang hati pula,sebab kakak-kakak ana cakap ayat ana kat blog macam budak-budak.Betul ke?? Ya,memang betul. Buat malu je. :(
Ana hanya nak katakan tentang apa yang ingin ana katakan.Bukan main-main ni. Kalian marah ya?Jangan marah, nanti penulis ini sedih sangat.Jangan ya... :(

Sahabat,pertama-tama ana ingin memohon maaf jika terkasar bahasa dalam menulis blog yang tidak seberapa bagus. Maaf juga jika kesilapan yang ana telah lakukan ini menyebabkan kalian sakit hati. Maaf ya sahabat-sahabatku. :(

Ayat ana macam budak-budak sebab ana pun budak-budak. :( Budak-budak yang baru belajar. Belajar apa-apa sahaja.Menulis di blog 'Shahidah Shafar', adalah hobi ana, menaip/menulis. Ana sebenarnya tak ada apa-apa yang nak dikatakan, hanya ingin memohon kemaafan,segala kemaafan. Maafkanlah saudara anda, sebagaimana senangnya anda memaafkan orang yang anda sayang.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Lagi satu ana nak tanya,adakah kalian sebagai sahabat ana dan sebagai umat Islam berasa sedih melihat Palestin berdarah kerana rasa berperikemanusiaan atau kerana saudara seIslam???Mana yang anda nak dan pilih?Saudaraku/sahabatku,sesungguhnya kita sebagai umat Islam,wajib mempunyai perasaan cinta akan saudara seIslam kita.Kalau kalian dapat rasakan betapa kuatnya perasaan tu,memang betul-betul kalian tak akan pernah biarkan saudara-saudara kalian dihina,dibunuh dan sebagainya.

Sesungguhnya,pertaliaan aqidah lebih kuat daripada pertalian kekeluargaan.Pernah tak anda semua rasa?Kalau anda rasa,akan saya hormat anda.Kalau anda tak rasa pun ana akan hormat anda sebab anda adalah saudara ana.

Sahabat,disebabkan permusuhan antara rakyat Malaysia dan Indonesia,orang-orang kafir mentertawakan kita.Kerana kita ni begitu jahil!!!Hal yang ini pun boleh bertengkar,bergaduh,bermusuh.Sampai nak berperang.Nauzubillah...
Tak takut dosa ke bunuh saudara sendiri?Tak takut ke?Bunuh tanpa sebab yang mengikut syara',tanpa sebab yang benar haram!HARAM membunuh saudara sendiri!!!

"Perang je sebab dah mencemarkan kedaulatan negara!!!"
Haish!!!Ni lagi satu,kedaulatan negara?Apa mulia sangat ke negara kufur ni??!!Mulia ke wahai saudaraku?!Tidak ada negara yang mulia di sisi Allah kecuali Negara Islam.Malaysia dan Indonesia bukan negara Islam,tetapi negara umat Islam.Begitu juga dengan negara-negara yang lain.Kena faham betul-betul tu.Negara Islam adalah negara yang menerapkan 100% hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita semua.Jadi,kita wajib menegakkan Kembali Islam.Agar hukum-hakam Islam kembali memerintah hidup kita semua.

Saudaraku,orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan kita semua,dan sentiasa berusaha agar Islam sentiasa jatuh.Mereka juga berusaha agar umat Islam berfikiran mundur terhadap Islam,menjadikan umat Islam takut mati dan berjihad,menjadikan umat Islam lupa akhirat,ingat dunia.Mereka sentiasa menjajah pemikiran kita.Mereka memasukkan ajaran yang kufur yang tidak pernah Islam menyuruh kita ambil.Tanpa kita sedari,kita telah termakan racun yang cantik hiasannya.

Sedarkah kalian akan hal ini???Ana hanya ingatkan.Kalian yang harus hati-hati.Bukan setahun sekali orang-orang kafir menjajah kita,tapi setiap hari.Sehingga muncullah penyakit baru.Semua penyakit ni terjadi adalah disebabkan tangan-tangan manusia.

”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].  

Penyakit yang baru itu disebabkan manusia yang jahil!!!Manusia yang tidak pernah cukup dengan kurnia yang Allah telah berikan.Wahai saudaraku....Bantulah diri anda untuk mengetahui kebenaran.Bantulah juga saudara anda yang belum tahu.Izinkan ana mengundur diri.Assalamualaikum kepada semua saudara-saudara ana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  




Kembali pada Al-quran!!!serta sunnah Rasulullah!!!



Share:

1 manusia berfikir:

  1. hahaha...
    ayat kat atas tu memang ayat kebudak-budakan...

    ReplyDelete

Chat with me