12 September 2010

Kaji terlebih dahulu

Assalamualaikum sahabat semua.Hari ni ana sangat-sangatlah marah terhadap 1 kelompok ni.Ana tak tahu apa yang nak jadi kepada mereka semua.Sungguh mereka sudah lari daripada tujuan yang sebenar.Tujuan mereka adalah ingin memperjuangkan Islam,tapi hakikatnya mereka mengambil demokrasi.

Mereka salah mengatakan mengenai Islam.Jadi,penyokongnya salah mengambil pemahaman.Ana betul-betul marah.Sebab itu lah kita sebagai hamba Allah yang bergelar muslim wajib memperbetulkan pemahaman mereka yang salah.WAJIB!Bertindak dengan segera.Kita kalau nak dakwah tak kiralah di mana,bila dan kepada siapa.Yang penting,tujuan kita mestilah ingin Islam kembali tegak dan niat kita kerana Allah.

Sahabat,jika kalian ingin mengambil sesuatu pemahaman atau kata-kata seseorang,kalian mestilah kaji,dari mana sumber tersebut.Adakah ia benar ataupun tidak.Kena selalu hati-hati.Kadang-kadang kita lihat ayat sungguh cantik,penuh dengan ayat-ayat al-quran dan hadis,kata-katanya seperti pejuang Islam.Tapi,di sebalik kata-katanya,terdapat penipuan yang besar!Hati-hati ketika membaca sesuatu artikel.Ana hanya mengingatkan,kalian yang buat pilihan.Jadi,selamat membuat pilihan.

Nak tahu Islam yang sebenar-benarnya dan isu-isu semasa serta penyelesaiannya menurut Islam,klik ni MyKhilafah

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran [3]: 104)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." (Surah Al Ahzab [33]: 21)




Share:

6 manusia berfikir:

  1. Assalamu'alaikum.

    Saya ingin meminta penjelasan saudari berkaitan dengan ayat ini,

    ".Tujuan mereka adalah ingin memperjuangkan Islam,tapi hakikatnya mereka mengambil demokrasi."

    Dan saya juga meminta penjelasan tentang apakah usaha yang dilakukan oleh HT untuk menegakkan semula Khiafah Islamiyah yg kita cinta...

    Saya harap saudari menghantarkan jawapan saudari ke email saya : muslim_haraki@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum... w.b.t,

    Ana Ikhwa Nain. Adapun pandangan ana adalah berbeza. Pada masa ini kita mesti memiliki sekumpulan umat Islam yang menyertai Politik dalam sistem demokrasi bagi memperjuangkan Islam.

    Hal ini kerana kita tiada pilihan, jika tiada umat Islam meminggirkan sistem demokrasi pilihan raya. siapakah yang akan memimpin kita? sudah tentu non-muslim.

    jadi? Apakah kesannya? ana rasa saudari pun boleh berfikir sendiri. Islam pasti tidak akan didaulatkan, jika di Sabah kita lihat ada wakil2 rakyat yang bukan muslim membela usaha2 kristianisasi. sbb itulah kita perlukan kepada demokrasi pilihanraya...

    kita tiada pilihan, penjajah telah membentuk kita dengan sedemikian rupa. kita perlu memanfaatkan semua peluang yang masih ada melalui sistem demokrasi daripada terus ditutup...

    Jika alasannya kita boleh menegakkan khilafah dengan 'menggulingkan kerajaan' itu bukanlah jawapannya.

    ReplyDelete
  3. tiada pilihan atau sengaja tiada mencari pilihan lain.
    pilihlah.. pilihan yang benar atau pilihan yang salah.
    pilihlah.. jalan penjajah atau jalan sunnah rasulullah
    untuk mendirikan semula khilafah

    sunnah rasulullah ada kat bawah blog ni..
    Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian

    jadi takkan takde pilihan lain kot???
    lu pikir la betul-betul....

    ReplyDelete
  4. salam wbt..
    ana sarankan tukar tajuk entri drp KAJI jadi MENGAJI..sekadar pikir x cukup saudara,perlu ada kelayakan dan penguasaan dlm ilmu2 syariat.BElAJAR DGN ULAMAK barulah dpt fahami manhaj kenabian.

    ReplyDelete
  5. maafkan saya saudara, saya tidak berniat utk menyakiti hati sesiapa. tetapi sekadar untuk 'meminta' agar penulis tidak menghukum jema'ah lain dengn sewenang-wenangnya.

    *di dunia ini ada pelbagai jema'ah bukan hizbut tahrir saja. Dengan kata lain ana mohon untuk kita saling menghormati sesama jema'ah2 Islam.

    *Saya amat menghormati HT, dan saya amat kagum dgn HT. Tetapi amat ana kesali sekiranya HT bersikap begitu terhadapat jema'ah. Itulah punca saya menulis komen di atas.

    *buat ibnuyassir, tidak ada jema'ah Islam yang tidak mahu mendirikan kembali khilafah. Semuanya bermatlamat ke arah yg sama saudara. Namun caranya berbeza. kami juga mahukannya.

    * Kita perlu sedar, bahawa kita dalam dunia ini ada pelbagai jema'ah islam, dalam perbezaan wasilah kita sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain bagi mendirikan khilafah. kita perlu faham hakikat ini dan bukannya untuk saling bertelagah.

    *Kesimpulannya, jalan mana pun yang digunakan untuk menegakkan kembali khilfah ana amat menyokong selagi tidak menggadai akidah. Ana meraikan HT, semoga ahli2 HT juga meraihkan jema'ah lain2.

    *Maafkan sekira saya terkasar bahasa. aku saudaramu, kamu saudara ku. Ikhwan Nain.

    ReplyDelete
  6. ^_^
    tdk la diriku menghina mana2 parti..sekadar muhasabah..tdk lebih dari itu..harap mengerti.. ^_^

    ReplyDelete

Chat with me