Ana sebenarnya baru je menjengah blog seseorang yang tah apa2 je entrynya . Ada pula dia cerita tentang ' PENDIDIKAN SEKS ' . Menyampah betul (bukan kepada penulis entry sebaliknya kepada penulisan ) . Ana nak bagitahu anda semua yang membaca ni bahawa pendidikan seks itu bukan akan mengurangkan zina sebaliknya akan menambahkan lagi ZINA ! ! Kalau tak percaya , cuba siasat . Tengoklah dan lihatlah , sekarang ni guru2 dan kerajaan menganjurkan pendidikan seks , apakah yang terjadi saat ini ? Adakah kes2 zina berkurang ? Sudah tentu masih banyak . Jadi , di sini ana nak tegaskan kepada seluruh blogger dan orang2 yang membaca entry ni supaya berfikiran secara ISLAMI dan bukan berfikiran kufur !Ana kena sabar dalam setiap perkara dan kena tegur dengan cara yang baik . InsyaAllah . .Sabar separuh daripada iman dan dalam masa yang sama wajib amar ma'ruf nahi mungkar .
Pendidikan seks adalah daripada orang2 kafir dan haram kita ikuti dan laksanakan ! Inilah propaganda yang ditanamkan dalam kita punya kepala supaya berfikiran bukan seperti orang Islam dan supaya mengambil jalan penyelesaian yang bukan daripada pencipta kita ! Makin hari , makin menjadi2 kes2 maksiat kat dunia . Penyelesaian yang diberi oleh pihak yang ' berkuasa ' tidak pernah menyelesaikan masalah sebaliknya makin luaslah maksiat .
Jauhi zina dan sama sekali jangan melakukan zina !
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (al-Israa : 32)
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. (al-Maidah [5]: 44)
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (al-Maidah [5]: 45)
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (al-Maidah [5]: 47)
Maha benar Allah atas segala firman2-Nya dan tidak ada sesiapa yang boleh mungkiri ! Tahukah kita dengan adanya zina secara berleluasa , bererti kita telah menghalalkan azab Allah terhadap diri kita ? ? Berdasarkan firman Allah :
“Jika riba dan zina telah berleluasa di suatu negeri (qaryah), maka mereka telah menghalalkan diri mereka untuk menerima azab Allah.” (HR. al-Hakim)
Tidak takutkah kita ? Sungguh azab Allah itu pedih dan bila2 masa je boleh berlaku . Pintu taubat masih terbuka untuk semua yang belum pergi ke alam barzakh . Bertaubatlah dengan taubat nasuha , insyaAllah taubatmu akan diterima .
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.” (at-Tahrim [66]: 8).
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (an-Nur : 2)
Sekarang , tidak ada negara yang menjalankan sistem Islam secara kaffah . Dan bagi pelaku maksiat dan kesalahan yang bertaubat , hendaklah dia lebih tinggi berusaha untuk menegakkan Daulah Khilafah Islamiyah agar hukuman bagi tiap2 maksiat dapat dilaksanakan . Sesungguhnya hukum Islam itu adil dan sempurna serta mengikut fitrah manusia kerana ia dicipta oleh pencipta kita iaitu Allah ! Dia maha tahu apa yang terbaik dan buruk untuk makluk2-Nya . Oleh itu , taatilah Allah dan Rasulullah dan tinggalkanlah larangan-Nya .
“Jika mereka berhenti (dari kekafirannya) , nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang telah lalu.” (TMQ al-Anfal [8]: 38).
Tinggalkanlah cara hidup kufur dan kembalilah kepada Islam secara kaffah .
Tidaklah mereka (pemimpin-pemimpin itu) mengabaikan Kitabullah dan Sunnah Nabi mereka, melainkan Allah menimpakan bahaya di antara mereka sendiri.” [HR. Ahmad dan Ibnu Majah]
Sesungguhnya , al-quran bukan hanya untuk dibaca , sebaliknya al-quran itu untuk diamalkan dan diterapkan kepada diri sendiri dan seluruh umat .
“Demikianlah Kami jadikan musuh bagi tiap-tiap nabi, iaitu syaitan dari golongan manusia dan dari golongan jin. Sebahagian mereka membisikkan perkataan yang indah kepada yang lain, untuk membuat tipu daya…” (al-An’am [6]: 112).
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Rum [30]: 41).
p/s : gambar tiada kaitan
salam saudari..betul tu. pendidikan seks tidak akan mengurangkan pun kes zina di negara kita ne, tapi sebaliknya. Seks tu sesuatu yang fitrah dan semulajadi. kita tak payah belajar pun mengenainya, kita sendiri akan tahu perkara ini nanti bila tiba saatnya. sekadar memberi pandangan :)
ReplyDelete^_________^
ReplyDeleteye..mmg btl..x perlu..trime ksh bg pndng.. :)
kita nak cegah benda ni pun ada caranya....kita perlukan ketelitian untuk mencegahnya....jika kita mampu mencegah dengan tangan....kita cegahlah dengan tangan...tp jika tak mampu cegah pula dengan mulut......jika itu pun kita tak mampu gunalah dengan hati anda.....insyaAllah.
ReplyDeletesama2lah kita mencegahnya demi maruah islam daripada terjerumus ke jalan maksiat. Segala yg baik daripada Allah, dan segala yg lemah hanya pada diri ana sendiri.
Salam Adik, hmm sistem pendidikan kita kan berkiblat ke sekularisma. Tp Cikgu ingat kami dulu pun dah belajar tentang seks sejak zaman 1960an lagi (1968-69) masa sekolah rendah...dalam mata pelajaran Agama Islam. Pendekatannye lain, iaitu tentang reproduksi tubuh dan bersuci!
ReplyDeletewaalaikum salam..
ReplyDeletetp..dlm Islam perkara2 itu tak blh didedahkn kerana ia akn menimbulkn perasaan nk buat benda tu..
kerana tu perlu dijauhkn..