Ramai juga ana lihat para blogger yang menulis entry yang tak ada faedah , maksud ana perkara2 mengenai kehidupan mereka dan lain2 lagi . Malah perkara2 yang berkaitan gosip yang menyebabkan orang lain tahu aib seseorang . Memanglah blog untuk menulis apa2 sahaja . Tapi , bukankah lebih baik menceritakan perkara2 berfaedah yang boleh mendatangkan pahala ? Dan aib orang sama sekali haram untuk dedahkan walaupun orang tu artis ! HARAM dedahkan !
Banyak lagi perkara ana nak katakan di sini . Ana lihat juga ramai blogger yang meletakkan gambar mereka di dalam blog . Ada yang cantik , comel , kacak dan sebagainya . Bagi ana kecantikan , kecomelan dan kekacakkan bukan untuk tontonan ramai dan bukan juga untuk ditayangkan . Sebaliknya , kecantikan , kecomelan dan kekacakkan adalah untuk dijaga . Kerana itu semua milik Allah . Ana nak tanyalah , kenapa para blogger meletakkan dan memasukkan gambar mereka di dalam blog ? Adakah untuk menarik perhatian ramai dan adakah untuk para penziarah blog anda memuji anda ? Para blogger perlu hati2 dengan gambar yang diletakkan di dalam laman2 sosial . Kerana tak semua manusia baik . Tengoklah sekarang , teknologi dunia sangat2 canggih . Para manusia yang pakar dalam editan gambar mungkin akan mengambil gambar2 anda untuk diedit . Mungkin mereka akan edit gambar anda supaya nampak seksi , buruk , hina dan lain2 . Jika anda tidak berhati2 , mungkin anda akan menyesal .
Ada lagi hal yang menarik perhatian ana . Ramai juga blogger yang membuat entry yang banyak mengenai kecantikan . Adakah mereka hidup untuk nampak cantik ? Bukankah tujuan kita hidup hanya untuk menyembah Allah dan taat perintah-Nya dan Rasulullah serta meninggalkan larangan2-Nya ? Kenapa nak cantik ? Adakah cantik itu ukuran Allah kepada hamba2-Nya untuk masuk syurga ? Bukankah taqwa itu lebih penting daripada kelihatan cantik ? Ada juga para blogger yang jelous dengan kecantikan para blogger yang cantik . Bagi ana , cantik itu bukan daripada rupa paras , tapi cantik itu daripada iman . Jika imannya cantik , maka seluruhnya akan kelihatan cantik . InsyaAllah . .
Ramai bloggers yang meletakkan gambar mereka bersama kekasih mereka . Ana rasa sangat pelik dan selalu tertanya2 , mereka tidak tahu malukah meletakkan gambar seperti itu ? Orang2 kafir melihat mereka bergambar bersama2 kekasih , mana mungkin orang2 kafir nak masuk Islam kerana melihat gambar2 mereka . Ana rasa sangat2 malu melihat gambar2 para blogger seperti itu . Apalah ana nak jawab di depan Allah nanti kerana ana tidak menegur mereka . :(
Bukankah lebih baik buat blog untuk DAKWAH ? Dapat ganjaran pahala yang banyak dan insyaAllah masuk syurga .
Ana suka bloggers yang berdakwah dalam blog . Tapi , hanya berapa peratus je yang menulis blog tetang Islam . Sedangkan dakwah tu WAJIB bagi seluruh umat Islam ! Tidak boleh kata tidak ! Sayang sangat2 , blog yang menceritakan tentang Islam tidak banyak yang ziarah , sebaliknya blog yang menceritakan gosip banyak pula yang ziarah . Maka bertambah2lah dosa . Nauzubillah . .
Ada juga orang buat blog kerana POLITIK . Bagus apa . . Bukan tak bagus . . Sebab apa ana cakap bagus , sebab politik yang diceritakan adalah politik Islam bukan politik kufur . Malah ana suka sangat2 nak baca entry2 di dalamnya . Tapi , kalau blog tentang politik2 di Malaysia yang kufur ni , ana langsung tak minat . Tapi2 , kena juga baca untuk mengetahui info2 semasa ( terpaksa , untuk dakwah ) .
Ada juga blog mengenai tutorials . Ni pun ana suka . Kadang2 ana ambil tutorial2 tu untuk edit blog ana ni . Terima kasih kepada blog2 yang ada tutorials . Suka sangat . . ^__^
Sebenarnya , kalau bloggers yang menyuruh ana follow blog dia , memang ana akan follow . Tapi , kalau tak suruh tu , ana takkan follow :p . . Kadang2 tu , ana terfikir nak follow atau tak nak . Sebab blog dia tu tak ada faedah . Jadi , agak susah ana nak follow . Harap maaf kepada bloggers yang seperti tersebut . Ana cadangkan kepada para blogger supaya ubah blog anda semua kepada blog yang lebih berfaedah daripada sebelumnya . Nak tak ? Ni hanya cadangan ana , sebab kalau anda semua ubah kepada yang berfaedah anda semua akan dapat pahala daripada anda cerita benda2 yang mengarut yang langsung tidak dapat pahala dan mungkin dapat dosa .
Ketahuilah . . jika anda semua menulis entry yang membuka aib orang lain , anda akan dapat dosa dan para pembaca juga akan berdosa . Malah anda berdosa besar kerana ada orang lain yang baca entry anda . Jadi , kena hati2 dalam menulis blog . Jangan pernah sesekali membuka aib orang lain dan !
Akhir kata , ana mohon maaf kepada manusia2 yang membaca dan terbaca entry ni kalau2lah ada yang terasa . Ana tulis entry ni pun adalah kerana untuk amar ma'ruf nahi mungkar bukan sebab nak menghina atau apa2 . Ana harap sangat2 anda semua faham apa yang ana sampaikan ni . Semoga kalian diredhai Allah . Amin ! Jaga diri baik2 ye kawan2 semua .
yeahhh! sokong yg "watpe nk letak gmbr2 kekasih" tu ^__^
ReplyDeletetme ksih..entry yg menasihati...
ReplyDeletesy pn sependapat jgk dgn Syat0za..huhu..suke sgt la publish2 pasangan2 dyorg..huhu..bukan apa..sepatutnya,blog nie kte jadikan sbg salah satu medium yg mampu memberi manfaat kpd pembaca..terutamanya dlm unsur dakwah Islamiyah..wallahu'alam..sekadar perkongsian pndapat dr sy yg merupakan insan kerdil & hina...
ReplyDeleteSalam, bagus entry ni..memang macam tu semuanya sekarang ni..semuanya boleh jadi sebab dah bertuhankan nafsu dan duit...berapa kerat je blog unsur dakwah yang famous??
ReplyDeleteyang saya tahu, salafus solih tu dan web zaharudin.net je..blog yang unsur dakwah ni wujud, tapi kurang mempromosikan blog mereka..dah tulis, cube la tunjuk kat orang lain...
saya amat kagum dengan blog salafus solih, sebab banyak input dia bagi untuk kaum wanita, dan memberi kesedaran..cara dia promosi??melalui video di youtube dan facebook..
blog saudari ni pun, saya baru jumpa sebab saudari bw ke blog sy..tahniah, saya baca juga entry kamu ni ^_^..teruskan menulis...
selepas membaca entry ni,insyallah saya akan membanyakkan entry pasal Islam dan tutorial..'amar makruf nahi munkar'...
ReplyDeleteSyukran:)
ReplyDeletekawe dok gheti sgt nak nulih bab2 islamic ni..takut tersalah tulih ja..kalau cerita matematik buleh la..tapi tak pandai pulak nak guna teknologi..masih mencari cara masukkan simbol matematik dalam blog ni..masih tak dapat..so susah sket nak wat entry matematik pun..kesudahannya buat cerita merepek ikut sedap mulut je la..hehehe..apa2 pun satu entry yg cukup bagus dan penuh makna.
ReplyDeletealhamdulillah bagus2... klu mcm tu, follow la blog ana. blog ana kan blog dakwah? ^_______^ hehehehe
ReplyDeleteana dah follow ^_^
ReplyDeletei luv dis entry..thankz..
ReplyDeleteinsyaAllah akan cube berubah dari semasa ke semasa..
ReplyDeletegud entry. tQ sedarkan sy =)
ReplyDeleteSetuju...tapi tak salah kan tulis pasal kehidupan harian?...tu namenye personal blog ..ade org campurkan dgn genre lain..blog kan ade bnyk jenis.. vlog, photoblog, portfolio n bnyk lg..
ReplyDelete