MALAPETAKA KEJATUHAN KHILAFAH, BERHARI RAYA JUGA TERPECAH BELAH
Kalau anda semua nak baca , klik perkataan di atas . Menakutkan betul komen2 yang dilontarkan umat Islam selepas membaca artikel tersebut . Marah ke ? Kenapa nak marah ? Kan itu kenyataan , terima je la .
Raya aidil adha tahun ni tak ada kesatuan . Malaysia 17 November 2010 . Tapi , sebenarnya hari raya aidil adha tahun ni pada 16 November yang lepas . Kasihan ! Siapa yang puasa 16 November , dosa tahu ! Haram berpuasa pada 1 zulhijjah . Maaf kerana kelewatan membuat artikel tentang ini . Kerana ana agak sibuk dengan urusan yang lebih penting lagi .
Kita lihat pula gambar ni :
Seburuk-buruk keburukkan adalah keburukkan ulama' dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama' . (HR ad-Darimi )
Lihatlah sekarang ni , ramai ulama' yang hanya duduk diam tanpa amar ma'ruf nahi mungkar . Mereka lebih takutkan pemimpin daripada takut kepada Allah ! Mereka lebih cinta akan harta daripada cinta akan Allah ! Mereka lebih cinta akan dunia daripada cinta akan akhirat ! Wahai saudaraQ , dengan ini , marilah kita sama2 hayati dan fahami hadis ini :
Kebinasaan bagi umatku ( datang ) daripada ulama' su'; mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri . Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu . (HR al-Hakim )
Sudah jelas akan hadis tersebut bahawa ulama ' su' bukan ulama' pewaris nabi . Sekarang ini , hanya ada beberapa ulama' adalah ulama' pewaris nabi daripada ulama' su' yang jelas2 sangat2 ramai ! Ulama' lebih mementingkan pemimpin daripada hukum Islam !
Anas meriwayatkan :
Ulama' adalah kepercayaan para Rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia . Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para Rasul . Kerana itu , jauhi mereka . ( HR al-Hakim )
Jika ulama' bergaul dengan penguasa dan sering mendatanginya , yang diharapkan adalah dunia . Tentu yang dimaksukan bukan ulama' yang beramar ma'ruf nahi mungkar dan memuhasabah penguasa . Rosaknya ulama' di antaranya kerana tamak akan dunia .
Menurut adz-Dzhabi , ulama' su' adalah ulama' yang mempercantikkan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa ; ulama' yang memutarbalikkan kebathilan menjadi kebenaran untuk penguasa ; atau ulama' yang diam sahaja ( di hadapan penguasa ) padahal ia mampu menjelaskan kebenaran .
As-Sayrazi mengatakan :
"Syaitan mendandani keburukkan di hadapan ulama' hingga berhasil menjerumuskan mereka dalam kemurkaan Allah . Mereka lalu memakan dunia dengan manfaatkan agama, memperalat ilmu untuk mendapatkan kekayaan daripada para penguasa , serta memakan harta wakaf , anak yatim dan orang miskin . Syaitan telah berhasil memalingkan perhatian ulama' itu untuk mencari kedudukan di hati makhluk . Itulah yang mengheret mereka ke dalam perdebatan , persaingan dan kebanggaan " .
Penguasa / pemimpin / pada zaman ini hanya ingin melihat kehancuran umat Islam daripada umat Islam bersatu . Kerana sesungguhnya mereka lebih takutkan kuffar barat daripada Allah pencipta tiap2 makhluk ! Maka dengan itu , amat besarlah kemurkaan Allah terhadap mereka .
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Ali-Imran : 28 )
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? (An-nisa' : 144 )
Wahai saudaraQ semua , Setelah diberikan peringatan , adakah anda semua masih ingin berpaling ? Amat besarlah kemurkaan Allah terhadap manusia yang sedemikian .
Al-Ghazali mengingatkan "Hati-hatilah terhadap ulama' su' . Sungguh , keburukkan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan . Keran , melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin . Atas dasar itu , ketika Rasul SAW ditanya tentang sejahat-jahat makhluk , Beliau menjawab , " Ya Allah berilah ampunan " . Beliau mengatakan sebanyak tiga kali , lalu bersabda , " Mereka adalah ulama' su'.
p/s : ana bukan menfitnah , ini adalah kenyataan dan amat besarlah murka dan azab Allah kepada ulama' su' dan para penguasa yang kufur !
ini dia hujah depa
ReplyDeletehttp://zaharuddin.blogspot.com/2010/11/isu-raya-haji-wuquf-berbeza-malaysia.html#comment-form
ish3..mcm tu skali yer..astaghfirullah..
ReplyDelete@_@ ayo0o
ReplyDeleteastaghfirullahaladzim....ish3x
ReplyDelete