22 January 2011

cara Shahidah meningkatkan follower


Assalamualaikum semua . Apa pendapat kawan2 tentang tajuk entry ni ? Sebelum ana tulis tajuk , ana tergelak dalam hati , rasa lucu sikit . Ok , ana nak cerita dari awal ana berblog , hinggalah sekarang . Nak baca ? Kalau tak nak , sila senyum .

Ana start buat blog sejak daripada bulan Januari 2010 . Mula2 tu , hanya setakat 10 - 30 followers je . Daripada bulan Januari hinggalah kalau tak silap bulan Jun ana punya follower baru mencecah 100+ . Punyalah sangat sikit . Sikit je kan ? Atau sikit sangat2 ? Ana tengok blog lain , sungguh hebat , banyak follower + banyak komen + jeles . Ana pun , rasa macam nak tutup je blog ni , nak delete . Tak de semangat lagi nak berblog . Tapi , hati ana tetap rasa best berblog ni .

Tibalah masanya ana memperbanyakkan dan meningkatkan traffic untuk meraih follower agar semakin ramai . Ana kalau dulu2 memang suka nak ada ramai follower . Ana pun , blogwalking la ke serata blog kat Malaysia ni . Memang lama sangat sangat ana bw . Follower ana makin naik , traffic pun naik . Apa lagi , tersenyum lebarlah ana . Followers ana ada seramai 300+ pada bulan yang ana tak ingat bulan berapa (harap maaf) .

Daripada situlah ana mula buat award untuk follower ana . Bagi ana , kalau kita buat award , makin ramai yang nak follow . Tengok2 , memang betul . Lagilah ana seronok . Kakak ana pula rasa jeles . Tapi , sebelum followers ana mencecah 200+ , ana suruh blogger lain follow blog ana (tapi tak paksalah) . Dah 160+ (kalau tak silap) barulah ana berhenti suruh orang follow blog ana . Tapi , tak ramai pun blogger yang ana suruh follow blog ana . Kiranya dulu ana ni sukakan bloger follow blog ana . Biasalah , blogger barulah katakan .

Ana tengok , blog orang lain semua lawa2 , guna minima template je , lepas tu edit . Ana pula guna template blog yang dah siap . Ana pun ada keinginan untuk cipta balik blog ana dan gunakan minima template , lepas tu pandai2lah ana search tutorials . Memang banyak sangat ana search . Alhamdulillah , semua yang ana nak memang jumpa . Ana memang terfikir , kalau blog lawa , orang pun suka follow . Tapi , kadang tak jugalah . Ni cara ana je . 

Banyak jugalah ana baca cara meningkatkan traffic kat blog blogger lain . Banyak caranya . Nak tau caranya , search kat google ye .

Lepas followers ana mencecah 400+ , memang ramailah blogger suruh follow blog diaorang . Ana pun , followlah . Saja tambah kawan . Kalau tak silap ana , start followers ana mencecah 500+ , ana dah jadi malas nak follow blog blogger lain . Hanya blog yang ana rasa nak follow je ana follow . Permintaan blogger yang suruh ana follow blog dia , memang ana tolak . Ana malas nak follow . Sebab tu la ana minta maaf banyak2 .

Ana dah tak berapa minat sangat akan follower yang ramai . Ana makin minat para pengkomen je . Apa gunanya kalau follower ramai , tapi orang yang baca blog kita hanya sikit je kan ? Jadi , blog kita ni macam tak hidup je . Kalau nak orang baca blog kita , promotelah entry kawan2 , buat entry yang menarik lagi top dan paling penting buat tajuk yang mantop .

Ana banyak kali promote entry kat blog , lagi banyak promote , lagi ramai orang baca dan tengok . Makin naiklah follower . Sekarang ni , ana malas sangat nak fikir tentang followers . Ana asyik fikir tentang para pengkomen blog . Harap adalah manusia yang baik hati untuk komen kat blog ni . Sorang pun jadilah .

Blog ana dulu , memang banyak sangat ana letak widget . Memang sangat serabut (bila sekarang fikir) . Dulu tak de pun fikir serabut . Sekarang langsung tak de widget2 yang kat tepi2 tu . Ana buang semuanya . Blogger sekarang pun tak berapa nak suka akan blog yang letak widget2 yang tidak penting . Widget jam , tak perlu letak kat blog . Sebab kat laptop , pc dah ada jam .

Jadi , itulah cerita yang ana nak kongsikan . Terima kasih sebab sudi baca . Nak tau tak ? Follower blog ni yang bernombor 1111 akan dapat award . Nombor tu unikkan ? Sekian , assalamualaikum . .
Share:

12 manusia berfikir:

  1. hihi..sama!! ceq stat buat januari 2010 jgak..
    tapi stat bulan 12 baru ada folower lbih sratus..skang bulan 1 2011 ada laa sket2 smpi thp ni..ni pun sbab rmi bloger2 lain promote blog..

    lagipun,kalu kita ramah dengan org, insyaALLAH takda org benci2..hehe..
    alhamdulillah takdak yg membenci lagi..anonymos sket2 tu biasa la...

    blog kmuliaan islam ni syiokk kompem2 aa rmai pengkomen,rmi polower.

    haa kan ceq da pukoi panjang2 ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. wahhh....ehhh....assalammualaikum...
    sme la dgn mina....mina berminat dgn penulisan....cuma berharap org hargai sje....jom lah kte berkenal kenalan ye....

    ReplyDelete
  3. wahhh...xsuke nk promote sbnrnye..sbb biar org suke ape yg kite tulis scr semulajadi..n i like entry nih! byk info

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah 'ala najahti... :D
    (maaf klu salah..dah 3 bulan tak bljr b.arab..hehe...)

    sama aje la kita...mula2 blogging msti nak tgk follower..kalau bertambah..cantikk.. (smpai skrg saya masih lagi begitu..) :D

    teruskan penulisan anda..saya sokong anda..

    (bak kata radio sinar fm : i follow..ehehe..)

    :D

    ReplyDelete
  5. hehe..begitulah cara masing2 kn.. :)
    setiap manusia lain2 caranya..

    ReplyDelete
  6. lalalalalaaa

    http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/cemburu-la.html

    ReplyDelete
  7. Apa yg bez dgn blogging ni bg sy..
    Time kte tgok follower kte makin hari mkin brtmbh.. wktu 2, smangat nk nulis lg kuat. hihi..

    Alhamdulillah... wlaupun bru ckit.
    Sy syukur sbb dgn adanya follower yg brpuluh2 ni, bleh buatkn ilmu yg dikongsi, disebar n trus trsebr.

    Sama-sama muslim dpt manfaatnya.
    Salam ukhuwah.. ^_^
    http://perisai-mahkotasufi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. heh follower n komen pntg.tp kepuasan hati pn pntg :)

    ReplyDelete
  9. Saya pun menghadapi masalah yang sama, follower ramai, tapi yang bagi komen sikit jer...ramai suruh follow, tapi sebenarnya apa maksud follow??? Nak nampak ramai jer ke??

    ReplyDelete
  10. smA la kta..follower ramai tp x ramai yg komen..

    ReplyDelete
  11. semua tak penting, yg penting sy dapat lepaskan perasaan melalui blogg. gembira, sedih, geram..hee

    ReplyDelete
  12. oo..macam tu rupanya untuk tambahkan follower.. :)

    ReplyDelete

Chat with me