Assalamualaikum kawan2 , jom baca ini . sumber : mykhilafah.com . ana hanya copy paste , malas nak taip . ni sangat bermanfaat , selamat membaca dan berfikir .
Protes 'yawmul ghadap' meledak di Mesir
KAHERAH: Polis rusuhan Mesir menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menjanjikan ‘yawmul ghadab’ atau hari kemarahan di seluruh negara itu semalam bagi menuntut presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.
Ada laporan menyatakan penunjuk perasaan sudah sampai dekat Istana Presiden.Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di sebuah kejiranan berhampiran istana presiden di Kaherah, memaksa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.
Puluhan ribu tunjuk perasaan yang mula berhimpun dan berarak selepas solat Jumaat membawa poster anti Mubarak sambil melaung ‘Undur, undur Hosni Mubarak.’
Kumpulan Vodafone berkata semua pengendali telefon selular di Mesir diarah menggantung perkhidmatan masing-masing di kawasan tertentu, bertujuan membendung penganjur bantahan daripada menghimpunkan penunjuk perasaan.
Bekas ketua agensi tenaga atom Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei, yang juga penerima anugerah keamanan Nobel yang turut menuntut Mubarak meletak jawatan, dihalang keluar dari sebuah masjid di kawasan Giza di Kaherah bagi memimpin kira-kira 2,000 jemaah untuk mengadakan tunjuk perasaan.
Jemaah itu dikepung polis ketika mengadakan solat Jumaat di sebuah medan di luar masjid di Giza itu.
“Rakyat mahu rejim Mubarak berkubur,” penunjuk perasaan didengar melaung selepas solat.
“Berambus, berambus Mubarak. Mubarak, pesawat menanti anda,” laung mereka lagi merujuk kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu berikutan bantahan besar-besaran rakyat yang berterusan hingga hari ini.
Malah, bantahan di Tunisia menyaksikan protes meletus di negara Arab lain termasuk Algeria, Jordan dan Yaman. Di Jordan, tunjuk perasaan ketiga pada hari Jumaat berlangsung.
Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak Selasa lalu dan lebih 1,000 sudah ditahan polis.
Ahli Ikhwanul Muslimim – kumpulan pembangkang yang diharamkan – turut ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menyokong tunjuk perasaan itu.
Penunjuk perasaan yang rata-ratanya golongan muda mahu pemerintahan kuku besi Mubarak berakhir bagi menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi dan rasuah.
Rungutan yang sama mengenai rasuah dan kemiskinan kedengaran di kalangan penunjuk perasaan di negara serantau Algeria dan Yaman yang turut mendapat inspirasi daripada revolusi di Tunisia yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan kuku besi Ben Ali selama 23 tahun.
“Hanya tuhan yang tahu apa akan berlaku hari ini. Selepas Tunisia, apa saja boleh berlaku,” kata seorang penunjuk perasaan.
Selain perkhidmatan telefon selular, perkhidmatan internet melalui pelayan Mesir turut disekat di seluruh negara sejak malam kelmarin.
Laman web sosial Facebook sebelum ini digunakan oleh penganjur tunjuk perasaan untuk mengumumkan lokasi dan masa bantahan.– Reuters
Sumber: Berita Harian 29/01/11
Sistem Pemerintahan Perlu Ditukar Juga
Presiden Hosni Mubarak mengambil alih kekuasaan setelah Anwar Sadat terbunuh pada tahun 1981. Hakikatnya, tidak kiralah samada Gamal Nasser, Sadat mahupun Mubarak yang menjadi pemimpin, ia tidak memberi erti kepada umat Islam sekiranya hanya pemimpin sahaja yang bertukar ganti tetapi sistem pemerintahannya tetap sama - masih berhukum dengan undang-undang buatan manusia yang begitu jelas telah mengakibatkan kerugian besar kepada umat Islam secara keseluruhannya.
Apa yang sedang berlalu di Tunisia dan Mesir sekarang boleh sahaja menjadi sama seperti yang berlaku di Pakistan satu ketika dulu apabila Pervez Musharraf merampas kuasa daripada Nawaz Sharif. Penuh dengan janji manis, Musharraf kemudiannya berhadapan dengan kemarahan rakyat Pakistan dan diganti oleh Zardari. Apa yang berlaku di Mesir adalah mirip kepada apa yang telah berlaku di Pakistan, di mana kemarahan rakyatnya terhadap para pemimpin akan mengakibatkan pemimpin terpaksa melepaskan jawatan dan digantikan dengan pemimpin baru namun sistem pemerintahan yang sama tetap berjalan.
Sekiranya umat Islam mahu memperbaiki kehidupan mereka, adalah tidak memadai sekiranya mereka hanya mengarahkan kemarahan mereka terhadap pemimpin yang berkuasa. Umat Islam juga haruslah mengarahkan kemarahan dan ketidakredhaan mereka terhadap sistem pemerintahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada kaum Muslimin di seluruh negeri umat Islam. Sistem pemerintahan di seluruh dunia Islam haruslah ditukar kepada sistem yang menjalankan hukum Islam dan mengembalikan kehidupan Islam kepada umat Islam keseluruhannya.
Wa Allahu A’lam.
Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media
KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.
"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.
"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.
Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan.
Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.
"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.
"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.
Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban.
"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," katanya.
Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini.
Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi.
Maka pemerintahan BN, katanya, perlu segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.
"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian berlaku di negara ini. Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," katanya
Sumber: Harakahdaily.net
Hanya Khilafah Penyelesaian Umat Islam Saat Ini
Krisis yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada saat ini haruslah dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai penyelesaian yang hakiki kepada umat Islam dan rakyat kedua negara tersebut khususnya. Oleh kerana itu, kami ingin menyatakan 2 perkara yang perlu diperhatikan oleh PAS daripada kenyataan Presidennya di atas, agar kita dapat memuhasabah setiap tindakan kita agar selari dengan kehendak syarak.
Pertama, kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir pada saat ini tidak akan membawa sebarang makna dan kejayaan kepada umat Islam jika hanya sekadar menukar watak-watak pemimpinnya sahaja. Ini kerana, kesengsaraan yang menimpa rakyat Tunisia dan Mesir adalah disebabkan sistem kehidupan yang diterapkan ke atas mereka pada saat ini adalah Sistem Kapitalisme dan bukannya Sistem Islam. Jadi, adalah merupakan satu kesalahan jika PAS mengatakan bahawa penyelesaian kepada kemelut yang berlaku adalah dengan dijalankannya "Demokrasi Tulen” di Mesir.
"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," kata Abdul Hadi Awang.
Seadil mana pun Demokrasi itu pada pandangan manusia, hakikatnya ia tetap tidak akan dapat menyelesaikan masalah umat manusia di seluruh dunia termasuklah apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Ini kerana, demokrasi adalah sebuah sistem kehidupan, yang dicipta oleh akal-akal manusia yang bertentangan dengan akidah umat Islam. Oleh kerana itulah, demokrasi sama sekali tidak akan dapat memberi penyelesaian hakiki kepada umat manusia. Sesungguhnya, penyelesaian hakiki yang perlu diambil oleh rakyat Tunisia dan Mesir pada saat ini tidak lain dan tidak bukan adalah penukaran sistem yang sedia ada (sistem thogut) kepada sistem yang berasal daripada wahyu, iaitu Sistem Khilafah. Yakinlah, jika Sistem Khilafah diterapkan oleh mana-mana negara di dunia pada saat ini, ia pasti akan menjadi penyelamat dan pemersatu umat manusia. Sejarah telah membuktikan hal tersebut bermula daripada Rasulullah SAW sehinggalah kekhilafahan yang terakhir, Daulah Uthmaniyyah.
Kedua, OIC dan PBB secara fakta dan sejarahnya tidak pernah sama sekali menyelesaikan dan membela umat Islam. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. OIC merupakan sebuah kesatuan assabiyyah Umat Islam yang hanya melantunkan dongengan palsu di dalam resolusi-resolusi yang mereka keluarkan. PBB pula merupakan sebuah badan kuffar sejak dari penubuhannya di mana begitu banyak darah umat Islam telah ditumpahkan dek pelbagai tindakan dan keputusan yang dikeluarkan oleh ‘badan setan’ itu. Justeru itu, amat janggal sekali jika Presiden PAS masih terus berharap kepada kedua pertubuhan ini untuk menyelesaikan krisis yang sedang berlaku pada saat ini.
Bilakah dunia Islam akan aman!!??
ReplyDeletedgn Khilafah , psti dunia akan aman ! insyaAllah , tak lme lagi..yakinlah . .
ReplyDelete