14 November 2011

Kenapa mesti ia terjadi?

Assalamualaikum. Hah, sekarang sekolah saya dah cuti bagi form 2 dan form 3! Awat cepat sangat cuti? Saya masih nak sekolah lagi. Kakak saya tengah exam SPM. Hoh, kesian budak SPM, orang lain happy, diorang pula kena buat exam! Sekolah baru je cuti 4 hari, tapi rasanya macam dah lama betul. Tahun depan PMR! Tak sangkanya. (⋋_⋌ )


Malam ni hujan. Best! Online sambil tengok kakak study dengan alunan air-air hujan membasahi bumi. Kalaulah sahabat saya tu dia masih ingat saya dan sahabat-sahabat yang lain, kan bagus. Tah ingat ke tak dia tu kat kami. Rindunya kat dia.

Kami bagi mesej, dia tak balas. Kami call, dia tak jawab. Lepas tu, sahabat saya yang lagi sorang ni cakap yang sahabat saya tu dah tukar nombor.

Kenapa dia buat kami macam ni? Apa masalah dia? Saya dan sahabat yang lain betul-betul risau pasal dia. Dia dah tak nak menjalinkan ukhuwah dengan kami lagi ke? Apa salah kami sehinggakan dia bersikap macam tu?


Perlu ke saya tunggu dia lagi? Sebetulnya, saya rasa sedih dan terasa dengan dia. Dia macam tak nak endahkan kami.  Saya betul-betul tak tahu apa yang terjadi. Rasa macam tak nak tunggu sebab hati saya dah kecewa. Sedihnya. (╯_╰ )

Walau apapun, sahabat, tak kira di manapun kau berada, kami akan sentiasa rindu dan sayang akan dikau. Kami tidak akan lupakan dikau kerana kita telah berjanji akan selamanya berukhuwah kerana kita saudara dan sahabat.
Share:

5 manusia berfikir:

  1. Salam dik, mohonlah pada Allah semoga hati sahabat tu dilembutkan dan smabil2 tu cubalah cari apa silapnya sampai hubungan jadi macam tu.kita sebagai manusia mungkin juga ada melakukan kesilapan tanpa kita sedari.tu org disekeliling boleh berkecil hati.bincanglah secara baik dan bersabarlah walau apa pun yg terjadi :)

    ReplyDelete
  2. baru form 2 eh? gudlak pmr tahun depan :D

    ReplyDelete
  3. kena byk bersabar ye. Banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hatinya..

    ReplyDelete
  4. Batman ada kat Kulim ! .http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/batman-is-coming-to-town.html

    ReplyDelete

Chat with me