30 April 2011

bantulah diri ini

assalamualaikum . . agak beberapa hari jugaklah saya tak update blog . sebab apa ? saya malas ! tak ada idea ! tak ada cerita hebat ! ~

semalam tengok berita kat TV3 pukul 8 malam la macam biasa , tiba2 dia ada cerita pasal blog yang letak video seks Anwar Ibrahim . perghhh !!! dahsyat !!! lepas tu saya terus on9 dan pi cek kat internet blog2 yang letak video lucah tu . . .

saya pun jumpalah . . tiba2 . . angin ni naik marah sampai ke otak2 menggelegak . . sebab apa ? sebab diorang semua ni tak tau malu betul ! asal gatal betul nak pi sebarkan video tu ?! tak tau malu ke ? tonton video lucah haram dan menyebarkannya juga haram !
saya takkan tengok video tu selama2nya !!!!!
semakin umur ni meningkat , semakin banyak ujian yang perlu dilalui . bolehkah saya bersabar dan tabah ? siapalah saya tanpa Allah yang membantu . . kadang2 , terasa hati ni tak bersemangat lagi nak hadapi ujian . tapi , diri kuatkan jugak . sungguh hamba ingin katakan yang hamba sangat lemah tanpa Mu , ya Allah .

ujian perasaan semakin banyak . cinta , cinta dan cinta . semakin sakit hati ini . di alam remaja , perasaan cinta akan hadir untuk menguji kita . hati , raihlah cinta Allah banyak2 , jangan lupakan-Nya . cinta alam remaja tidak hakiki ! cintailah ilmu . .

mata melihat apa yang di depan mata . terkadang mata ini sakit melihat remaja lain hanyut oleh cinta manusia . jangan sesekali kau hanyut dalam cinta monyet ini ! sedarlah kawan , hidup cuma sekali . jangan sia2kan hidup ini dengan bergelumang dengan dosa2 . hidup untuk meraih redha Allah .

terkadang mata melihat sesuatu itu cantik hanya pada luaran . mata tidak dapat menilai hati dengan tepat . mata , jagalah mata daripada pandangan yang bukan2 . tundukkan pandangan . tidak layak kau memandang pandangan yang bukan pandanganmu .

terkadang diri ini terasa malas untuk belajar . kuatkan diri ini , ya Allah . sungguh aku lemah tanpa Mu . otak ini banyak menerima pelajaran dalam masa beberapa jam . perlukah otak ini berehat seketika walaupun 5 minit ? sistem sekularisme ini menyebabkan para pelajar terseksa dihimpit ilmu2 yang berlambak2 tanpa pernah berehat . tetapi , seseorang itu tidak akan stress jika dia sentiasa ingat Allah .
selalu saya berpesan kepada rakan saya agar jangan stresskan diri , ingatlah Allah selalu . hati pasti akan tenang . .
  • berdoa
  • solat sunat hajat dan tahajjud
  • dalam doa , mintalah apa2 pun daripada Allah
  • tawakal
  • jangan berputus asa , usaha lagi
Allah sentiasa mendengar doa kita . ingatlah , tidak dimakbulkan hari ini , mungkin esok lusa dan mungkin bila2 sahaja . indahnya berdoa sambil mengalirkan air mata dengan perasaan yang sungguh lemah di sisi Allah .

jom dengar muhammad taha mengaji :





insaf bukan sementara . insaf itu selama2nya . .
Share:

7 manusia berfikir:

  1. kalau ikut sakit hati..banyak benda kat sekeliling kita ni memang mnyakitkan hati..diri sndiri pon bley sakitkan hati.duduk negara islam dah,tp macam kat barat je.. yg pasal video Anwar tu lagi bgus..bukak aib orang islam ,orang2 kafir bertepuk tangan je...

    ReplyDelete
  2. action speaks louder than words
    nice entry
    keep it up

    ReplyDelete
  3. bagus nye adik ni...
    bg kata2 nasihat,,
    tu la, penangan cinta bole buat kita lemah dlm segalanya..

    ReplyDelete
  4. bila pangkat dan kemewahan mengaburi pandangan mata hati...maka perkara tersebut akan bermaharajalela dan umnat Islam menjadi semakin hilang maruah diri..

    ReplyDelete
  5. tu la.. sy pn geram jugak... sje nk cri populariti.. bngge agknya sebarkan dosa

    ReplyDelete
  6. Inilah terjadi bila terikut dengan sistem sekular yang telah membutakan nilai agama dalam kehidupan....Astaghfirullahalazim...

    ReplyDelete

Chat with me