04 May 2011

baik hati vs akhlak mulia

assalamualaikum . . agak lama juga tak update blog ni . makin lama hidup , makin banyak la ujian . ada kawan saya dituduh mencuri buku kawalan kelas sebelah kelas saya . kesian kawan saya . nasib baiklah masalah tu dah selesai . . alhamdulillah . .

semalam saya tengok menonton tv9 . tengok halaqah . best tengok . sampai menitiskan air mata para penonton . sungguh menyentuh qalbu . hehe :D
ada satu perkara yang membuatkan saya sakit hati . account fb saya yang pertama dah dibuang daripada senarai pengguna fb !!! saya rasa sangat kecewa . macamana boleh jadi macam tu ? banyak kali try sign in fb , tapi tetap tak boleh . apa dah jadi ni ?

tadi , saya ada terbaca satu entry/post seseorang kat blog Warung Kopi Klangz . entry dia agak menarik . bukan agak dah , tapi memang menarik pun . kalau nak baca , pergila ke blog dia ye . .

Komen saya tentang sifat baik hati dan akhlak mulia .

bagi saya , sifat baik tu ada kat semua orang yang baik hati . ramai je kan yang berhati baik . tak percaya cuba test orang2 yang kat sekeliling . :D

kalau akhlak mulia ni lainnya banyak . sebab apa ? sebab orang yang berakhlak mulia ni dia taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah . kalau orang yang tak tutup aurat , walaupun baik , adakah dia tu mempunyai akhlak yang mulia ? sudah tentu tidak . sebab dia tak taat perintah Allah . kalau setakat baik hati , tapi tak taat perintah Allah , lebih baik jangan mengaku diri tu orang Islam . *maaf , agak terkasar bahasa .

orang kafir ada yang baik , ada yang kurang baik dan ada yang jahat . kalau dulu perbezaan orang Islam dan bukan Islam senang je nak tau . sama ada tutup aurat atau dedah aurat . kalau rasa diri tu beragama Islam dan rasa Islam tu the way of life , sila taat perintah Allah dengan menutup aurat .

tak perlu cakap "orang pakai tudung pun ada yang jahat . lebih baik tak pakai tudung tapi hati baik , daripada pakai tudung tapi hati busuk" . orang yang jahat tu urusan dia dengan manusia . kalau tak tutup aurat , tu urusan dia dengan Allah . tak perlu bagi alasan yang pakai tudung ni buat kita rasa panas . tak perlu pun cakap macam tu . nak selesa kat dunia ke nak selesa kat akhirat ? fikir2 . .

tutup aurat bukan hanya pakai tudung je . pastikan menepati hukum syara' . kalau tak , still dosa tau . saya nak ingatkan jugak kat sini , kalau pakai tudung , niat tu kena betul . niatkan dalam hati bahawa kita pakai tudung dan tutup aurat sebab nak taat perintah Allah , nak dapat pahala . janganlah pulak kerana fesyen . kalau niat kerana fesyen atau sebab tiru kawan , sebab nak nampak comel atau sebab ada orang suruh , takkan dapat pahala tau . niat kena betul !

rasanya tu je la . ingat ye , life is choice . fikirlah dahulu sebelum membuat pilihan .
eh ! sebelum saya terlupa , jom tonton video ni . video ni baru diupdate kat youtube semalam .





Share:

2 manusia berfikir:

  1. SHIDAH...BETUL tuu...AYIE SETUJU SANGAT2 'life is choice'.SELAGI HIDUP KITA PUNYA BANYAK PILIHAN.KITA SENDIRI YANG MENENTUKAN BAIK ATAU BURUK...PAHALA ATAU DOSA. NAMUN UNTUK BUAT PILIHAN ITU PERLUKAN ILMU (tahu mana kebaikan dan mana keburukan)...
    SHIDAH...SELAMAT MALAM...^_^

    ReplyDelete
  2. Azu sokong!kita di masa depan adalah SEMUANYA dari PILIHAN KITA SENDIRI!

    ReplyDelete

Chat with me