28 August 2011

para pemimpin umat Islam pengkhianat !

assalamualaikum . . kembali lagi untuk update blog . rasa macam lama beno tak update . dah nak raya dah kita kan , rasa macam sayang beno nak tinggalkan bulan ramadhan . tahun depan , agak2nya dapat tak lagi kita hadir pada bulan ramadhan ? hmmm . . macamana persiapan raya korang ? balik kampung tak ? saya tak balik , raya kat sini je . tapi , tetap jugak akan meriah .


janganlah seronok sangat ye , sebab dunia ni masih diperintah oleh sistem kufur , takkan kita redha je ??? kita wajib pejuangkan kembali Islam supaya memimpin kembali dunia dan dari situlah kemuliaan akan kita raih ! jika Islam sudah menaungi dunia , sudah pasti penindasan terhadap umat Islam akan berakhir , tapi kita sebagai yang beragama Islam kenalah jugak usaha dengan sangat2 kuat kerana penindasan tu tak akan berakhir tanpa kerja tangan umat Islam sendiri dan juga tanpa izin Allah . kalau nak perkara tu terjadi , perlu ada usaha yang kuat untuk memperjuangkan Islam .

lihatlah dunia , bukalah mata !! umat Islam adalah saudara kita kerana kita juga beragama Islam . darah umat Islam sentiasa jatuh ke bumi setiap saat akibat pembantaian yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan juga musuh2 Islam . jika ada pemimpin yang hanya mengutuk perbuatan keji musuh2 Islam kerana menindas umat Islam tapi tidak menghantar tentera untuk memerangi musuh2 Islam tersebut , itu tidak melambangkan yang pemimpin itu peduli akan umat Islam !

sebaliknya , dia lagi suka melihat umat Islam dibantai . kerana apa ? sekiranya dia peduli dan takut akan Allah , dia pasti akan mengisytiharkan perang ke atas musuh2 Islam . jika hanya berani mengatakan di akhbar2 atau media2 massa yang dia benci akan pebuatan musuh2 Islam , itu boleh sahaja dinamakan hipokrit . lihatlah , betapa dia menghabiskan duit rakyat dan bersenang2 dengan kekayaan yang dimiliki hasil daripada kerja merompak hak rakyat ! bukalah mata anda , para pemimpin umat Islam langsung tidak memikirkan rakyatnya , dia hanya tau memikirkan kekayaan dia dan kekayaan yang dia akan raih ! inikah pemimpin yang disenangi ??!

mungkin kita di Malaysia tidak rasa akan kesusahan , tapi jika kita benar2 buka mata dan hati serta fikiran kita , sudah pasti kita akan rasa betapa peritnya hidup di bawah sistem sekularisme kapitalisme ! sistem ini mencengkam kehidupan kita . sistem ini yang melahirkan berbagai2 maksiat . sistem ini yang melahirkan manusia yang cinta akan harta duniawi dan sama sekali tidak takut akan Allah ! betapa peritnya . . . umat Islam ditindas , hanya manusia yang prihatin sahaja dan organisasi2 kecil sahaja yang menghulurkan bantuan kemanusiaan . tapi , para pemimpin umat Islam buat apa ?! apakah mereka sedang nyenyak tidur sementara berjuta-juta umat Islam dibunuh dan dibantai ?! kenapa tidak menghantarkan bantuan ketenteraan ke atas mereka ?!
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim] 
di mana pemimpin yang bertaqwa ?! di mana pemimpin yang amanah dalam menjadi khalifah ?! di mana pemimpin yang sanggup tidak tidur , makan dan minum kerana takut di akhirat kelak Allah akan bertanya tentang rakyat yang dipertanggung jawabkan ke atasnya ?!

mereka langsung tidak berasa aib apabila mereka bersalaman dengan musuh2 Islam yang selama ini sering menumpahkan darah umat Islam malah mereka redha musuh2 Islam membunuh umat Islam !!! sampai bila kita mau berdiam diri , saudara kita dibantai !!! kita perlu melakukan perubahan dengan bersama2 tegakkan kembali Khilafah . yakinlah , Khilafah merupakan janji Allah dan Allah pasti tidak akan memungkiri janji ! raihlah kemuliaan dengan menegakkan kembali Khilafah .


Share:

1 manusia berfikir:

  1. sukaaaaaaaa!

    bila kan dunia nak ade pemimpin Islam yg sebenar-benarnya

    :")

    ReplyDelete

Chat with me