Ni entry lama, saya kedepankan.
Assalamualaikum kawan-kawan. Pertama sekali, saya nak anda jawab soalan tersebut. Siapa tau sila jawab. Saya hanya nak jawapan perlu atau tak perlu, itu je. Jawapan : bercinta perlu. Memang perlu, siapa kata tak perlu? Cinta akan Allah, Rasulullah, ibu bapa, keluarga, guru, lain-lain . Tapi, kecintaan kepada Allah dan Rasul mestilah melebihi segala-galanya termasuklah ibu dan bapa dan kekasih
Anda lebih cinta siapa? Anda punya buah hati? Ibu bapa? Atau, tak de? Pernah ada kekasih
Saya pernah dengar/terbaca/dapat tau, ramai juga yang cakap kaulah segala-galanya, kaulah nyawaku, kaulah hidupku, kaulah . . . . . . Kau tu merujuk kepada siapa? kekasih
Kadang-kadang saya tergelak juga dengan kata-kata manusia yang macam tu. Untuk orang tersayang, sanggup buat apa-apa je, tapi untuk meraih redha Allah bagaimana pula? Adakah sanggup gadaikan nyawa hanya semata-mata untuk meraih redha Allah? Nak redha manusia atau redha Allah? ! Redha manusia mungkin binasa, redha Allah peroleh syurga.
Sanggup buat apa-apa je untuk kekasih pujaan hati. Sampai sanggup mati. ish ish ish . . Anda sanggup mati ke kerana perkara yang sia-sia belaka? Sanggup?! Dosa!! Jangan main-main dengan perkara ni. Pernah tengok orang mati bunuh diri sebab putus cinta? Sanggup betul diorang ni kan?! Macamlah kekasih hati tu boleh bahagiakan kita buat selama-lamanya. Macamlah kekasih hati boleh bagi kita nyawa lepas dah mati.
Anda suka seseorang melalui ciri-ciri apa? Kemungkinan :
- cantik/kacak/tampan
- bergaya/berfesyen
- pandai amik hati dan buat orang ketawa
- pandai memujuk dan faham perasaan
- suara merdu
- pandai masak
- pandai dalam akedemik
- dan mungkin soleh/solehah
"Malunya aku , kawan-kawan aku semua dah couple, aku je single". Siapa single kat sini? Tak best ke? Allah kan ada. Tersenyumlah wahai manusia yang mencintai Allah lebih daripada segala-galanya. Kalau kita cinta Allah, seluruh jiwa, hati dan fikiran kita akan bahagia. Tak percaya? Cintailah Allah kerana Allah maha mencintai. Allah maha pengasih kepada umat Islam.
Kenapa valentine haram disambut dan mengucapkan kepada orang lain? Ia bukan sahaja terjadi banyak maksiat dan kerosakan akhlak, malah ia adalah perayaan orang kafir. Apa-apa sahaja perayaan yang bukan ada dalam Islam adalah perayaan kufur. Termasuklah tahun baru cina, deepavali, christmas. INGAT , perayaan umat Islam hanya ada 2 iaitu aidil fitri dan aidil adha!
Apa yang tak boleh dilakukan apabila perayaan kufur sedang diraikan?
- mengucap selamat atau mengucap selamat tahun baru cina dan sebagainya
- menyanyi lagu-lagu yang berkaitan
- memberi hadiah
- melakukan sesuatu atas dasar perayaan tersebut
- meraikannya
Saya harap, kalian faham apa yang disampaikan. Sesungguhnya perlulah bagi anda yang telah membaca untuk menyebarkan kepada yang lain. Pahala akan diperolehi jika melakukan sesuatu kebaikan dengan ikhlas . Wallahu'alam.