31 January 2011

shadow pada template / content wrapper

Assalamualaikum . hai kawan2 . selamat bercuti . sekolah ana cuti seminggu . sekolah kawan2 cuti berapa hari ? best tak ? ok , hari ni ana nak buat tutorial shadow pada template blog . tutorial ini direquest oleh gadis comel zani .

ok , kamu ikut cara2 ni ye dear .

kamu mestilah sign in blog .

kamu pergi ke design , dan klik edit HTML .

tick expand widget templates .

cari kod #outer-wrapper { atau
#content-wrapper {

kemudian , pastekan kod ni , di bawah kod tadi
 -moz-box-shadow: 0px 0px 20px #000000;
 -webkit-box-shadow: 0px 0px 20px #000000;

cuba preview . kalau jadi sila save . dan kalau tak jadi , bolehlah bertanya .
Share:

30 January 2011

sedikit perkongsian

Assalamualaikum kawan2 , jom baca ini . sumber : mykhilafah.com . ana hanya copy paste , malas nak taip . ni sangat bermanfaat , selamat membaca dan berfikir .
Protes 'yawmul ghadap' meledak di Mesir

KAHERAH: Polis rusuhan Mesir menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menjanjikan ‘yawmul ghadab’ atau hari kemarahan di seluruh negara itu semalam bagi menuntut presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.
Ada laporan menyatakan penunjuk perasaan sudah sampai dekat Istana Presiden.Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di sebuah kejiranan berhampiran istana presiden di Kaherah, memaksa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Puluhan ribu tunjuk perasaan yang mula berhimpun dan berarak selepas solat Jumaat membawa poster anti Mubarak sambil melaung ‘Undur, undur Hosni Mubarak.’

Kumpulan Vodafone berkata semua pengendali telefon selular di Mesir diarah menggantung perkhidmatan masing-masing di kawasan tertentu, bertujuan membendung penganjur bantahan daripada menghimpunkan penunjuk perasaan.

Bekas ketua agensi tenaga atom Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei, yang juga penerima anugerah keamanan Nobel yang turut menuntut Mubarak meletak jawatan, dihalang keluar dari sebuah masjid di kawasan Giza di Kaherah bagi memimpin kira-kira 2,000 jemaah untuk mengadakan tunjuk perasaan.
Jemaah itu dikepung polis ketika mengadakan solat Jumaat di sebuah medan di luar masjid di Giza itu.

“Rakyat mahu rejim Mubarak berkubur,” penunjuk perasaan didengar melaung selepas solat.

“Berambus, berambus Mubarak. Mubarak, pesawat menanti anda,” laung mereka lagi merujuk kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu berikutan bantahan besar-besaran rakyat yang berterusan hingga hari ini.

Malah, bantahan di Tunisia menyaksikan protes meletus di negara Arab lain termasuk Algeria, Jordan dan Yaman. Di Jordan, tunjuk perasaan ketiga pada hari Jumaat berlangsung.

Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak Selasa lalu dan lebih 1,000 sudah ditahan polis.

Ahli Ikhwanul Muslimim – kumpulan pembangkang yang diharamkan – turut ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menyokong tunjuk perasaan itu.

Penunjuk perasaan yang rata-ratanya golongan muda mahu pemerintahan kuku besi Mubarak berakhir bagi menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi dan rasuah.

Rungutan yang sama mengenai rasuah dan kemiskinan kedengaran di kalangan penunjuk perasaan di negara serantau Algeria dan Yaman yang turut mendapat inspirasi daripada revolusi di Tunisia yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan kuku besi Ben Ali selama 23 tahun.

“Hanya tuhan yang tahu apa akan berlaku hari ini. Selepas Tunisia, apa saja boleh berlaku,” kata seorang penunjuk perasaan.

Selain perkhidmatan telefon selular, perkhidmatan internet melalui pelayan Mesir turut disekat di seluruh negara sejak malam kelmarin.

Laman web sosial Facebook sebelum ini digunakan oleh penganjur tunjuk perasaan untuk mengumumkan lokasi dan masa bantahan.– Reuters

Sumber: Berita Harian 29/01/11

Sistem Pemerintahan Perlu Ditukar Juga

Presiden Hosni Mubarak mengambil alih kekuasaan setelah Anwar Sadat terbunuh pada tahun 1981. Hakikatnya, tidak kiralah  samada Gamal Nasser,  Sadat mahupun  Mubarak yang menjadi pemimpin, ia tidak memberi erti kepada umat Islam sekiranya hanya pemimpin sahaja yang bertukar ganti tetapi sistem pemerintahannya tetap sama - masih berhukum dengan undang-undang buatan manusia yang begitu jelas telah mengakibatkan kerugian besar kepada umat Islam secara keseluruhannya.

Apa yang sedang berlalu di Tunisia dan Mesir sekarang boleh sahaja menjadi sama seperti yang berlaku di Pakistan satu ketika dulu apabila Pervez Musharraf merampas kuasa daripada Nawaz Sharif. Penuh dengan janji manis, Musharraf kemudiannya berhadapan dengan kemarahan rakyat Pakistan dan diganti oleh Zardari. Apa yang berlaku di Mesir adalah mirip kepada apa yang telah berlaku di Pakistan, di mana kemarahan rakyatnya terhadap para pemimpin akan mengakibatkan pemimpin terpaksa melepaskan jawatan dan digantikan dengan pemimpin baru namun sistem pemerintahan yang sama tetap berjalan.

Sekiranya umat Islam mahu memperbaiki kehidupan mereka, adalah tidak memadai sekiranya mereka hanya mengarahkan kemarahan mereka terhadap pemimpin yang berkuasa. Umat Islam juga haruslah mengarahkan kemarahan dan ketidakredhaan mereka terhadap sistem pemerintahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada kaum Muslimin di seluruh negeri umat Islam. Sistem pemerintahan di seluruh dunia Islam haruslah ditukar kepada sistem yang menjalankan hukum Islam dan mengembalikan kehidupan Islam kepada umat Islam keseluruhannya.

Wa Allahu A’lam.
Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.

"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.

Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan.

Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.

"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.

"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.

Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban.

"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," katanya.

Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini.

Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi.

Maka pemerintahan BN, katanya, perlu segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian berlaku di negara ini. Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," katanya

Sumber: Harakahdaily.net


Hanya Khilafah Penyelesaian Umat Islam Saat Ini

Krisis yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada saat ini haruslah dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai penyelesaian yang hakiki kepada umat Islam dan rakyat kedua negara tersebut khususnya. Oleh kerana itu, kami ingin menyatakan 2 perkara yang perlu diperhatikan oleh PAS daripada kenyataan Presidennya di atas, agar kita dapat memuhasabah setiap tindakan kita agar selari dengan kehendak syarak.

Pertama, kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir pada saat ini tidak akan membawa sebarang makna dan kejayaan kepada umat Islam jika hanya sekadar menukar watak-watak pemimpinnya sahaja. Ini kerana, kesengsaraan yang menimpa rakyat Tunisia dan Mesir adalah disebabkan sistem kehidupan yang diterapkan ke atas mereka pada saat ini adalah Sistem Kapitalisme dan bukannya Sistem Islam. Jadi, adalah merupakan satu kesalahan jika PAS mengatakan bahawa penyelesaian kepada kemelut yang berlaku adalah dengan dijalankannya "Demokrasi Tulen” di Mesir.

"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," kata Abdul Hadi Awang.

Seadil mana pun Demokrasi itu pada pandangan manusia, hakikatnya ia tetap tidak akan dapat menyelesaikan masalah umat manusia di seluruh dunia termasuklah apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Ini kerana, demokrasi adalah sebuah sistem kehidupan, yang dicipta oleh akal-akal manusia yang bertentangan dengan akidah umat Islam. Oleh kerana itulah, demokrasi sama sekali tidak akan dapat memberi penyelesaian hakiki kepada umat manusia. Sesungguhnya, penyelesaian hakiki yang perlu diambil oleh rakyat Tunisia dan Mesir pada saat ini tidak lain dan tidak bukan adalah penukaran sistem yang sedia ada (sistem thogut) kepada sistem yang berasal daripada wahyu, iaitu Sistem Khilafah. Yakinlah, jika Sistem Khilafah diterapkan oleh mana-mana negara di dunia pada saat ini, ia pasti akan menjadi penyelamat dan pemersatu umat manusia. Sejarah telah membuktikan hal tersebut bermula daripada Rasulullah SAW sehinggalah kekhilafahan yang terakhir, Daulah Uthmaniyyah.

Kedua, OIC dan PBB secara fakta dan sejarahnya tidak pernah sama sekali menyelesaikan dan membela umat Islam. Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. OIC merupakan sebuah kesatuan assabiyyah Umat Islam yang hanya melantunkan dongengan palsu di dalam resolusi-resolusi yang mereka keluarkan. PBB pula merupakan sebuah badan kuffar sejak dari penubuhannya di mana begitu banyak darah umat Islam telah ditumpahkan dek pelbagai tindakan dan keputusan yang dikeluarkan oleh ‘badan setan’ itu. Justeru itu, amat janggal sekali jika Presiden PAS masih terus berharap kepada kedua pertubuhan ini  untuk menyelesaikan krisis yang sedang berlaku pada saat ini.

Share:

cantik tak ?

Assalamualaikum kawan2 . cantik tak poster ni ? pinkkan ? sangat menarik ! kalau kawan2 cakap cantik , lawa jomlah hadirkan diri beramai2 . only for muslimah .

ajak nenek2 , mak2 , kakak2 , adik2 , kawan2 , saudara mara , jiran2 supaya datang kat sana . boleh ? diskusi ni buat waktu cuti . ana tau , waktu cutilah kawan2 nak rehat dan luangkan masa dengan keluarga . tapi , kalau kawan2 hadirkan diri ke tempat perbincangan mengenai Islam dan apa2 sahaja yang berkaitan dengan Islam , pasti akan dapat pahala . tak sia2 kan ?? jadi , ajaklah ramai2 yang mana kawan2 boleh ajak .

nak pahala tak ? jom2 pergi pada hari esok 30/1/2011 . jangan tak pergi .
ikhlaskan diri dalam melakukan suatu kebaikan :) jom maklumkan kepada blogger2 lain (ini juga salah satu yg mendatangkan pahala)
Share:

26 January 2011

fikir sebelum terlambat

Assalamualaikum . kawan2 tau tak , dekat seluruh dunia sedang dihebohkan dengan seruan penegakkan Khilafah , ganti sistem kufur dan tukarkan dengan sistem Islam ? tau tak ? kalau tak tau , bermakna kawan2 tak amik tau hal dunia !

Sekarang ni , yang paling gempar seruan penegakkan Khilafah dekat Tunisia . subhanallah . .
begitu semangat sekali para pejuang Khilafah berjuang untuk mendapat mardhatillah . mereka tidak gementar mengatakan/membenarkan yang haq dan mengatakan perkara bathil tidak boleh dicampur-adukkan dengan yang haq !

para pejuang Khilafah sangat berani mengibarkan panji dan bendera Rasulullah . subhanallah , begitu bersemangat , ana jeles ! para pejuang Khilafah tidak pernah berhenti daripada melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab untuk berdakwah kepada seluruh umat manusia yang ada di bumi ni .

kawan2 , pernahkah kawan2 berusaha untuk mengembalikan sistem Islam supaya kembali memerintah dunia ? pernahkah kawan2 melaungkan Khilafah meskipun ketika berseorangan ? pernahkah kawan2 ? adakah perkataan itu sangat asing bagi kawan2 ? tanyakanlah pada diri kawan2 dan juga fikiran kawan2 . ana tau , sudah pasti kawan2 tau jawapannya .

kawan2 , apabila kawan2 ingat tentang dunia kawan2 , janganlah lupa akan kepentingan dakwah . sesungguhnya kewajipan berdakwah , hukumnya tetap akan kekal wajib sampailah hari kiamat .

subhanallah , semangat yang tinggi yang ada pada setiap para pejuang Khilafah semakin hari semakin membara . mereka sentiasa yakin akan janji Allah bahawa Allah pasti akan menegakkan kembali Khilafah buat kali ke-2nya melalui sabda Rasulullah :
"Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad]
 yakinlah dengan janji Allah dan Rasulullah akan kewujudan Khilafah buat kali ke-2nya . subhanallah , beruntunglah bagi manusia yang sabar memperjuangkan Khilafah . kawan2 , pernahkah kawan2 terfikir , bahawa setiap diri2 kawan2 mempunyai tanggungjawab yang sangat berat dan ia merupakan kewajipan bagi seluruh umat Islam untuk menegakkan Khilafah ?

sebelum ana terlupa , kalaulah kawan2 nak tau tentang Khilafah , klik je link ni mykhilafah.com . bolehlah cari2 kat situ tentang Khilafah dan banyak lagi ye .

seluruh dunia melaungkan takbir kerana semangat untuk memperjuangkan Khilafah . para pejuang Khilafah sanggup mengorbankan masa , harta , diri hanya kerana untuk menegakkan sistem Islam secara kaffah ! subhanallah , siapalah yang tak nak memperjuangkan Khilafah , kerana balasan orang yang memperjuangkannya adalah syurga Allah . kawan2 tak nak ke ? berlipat kali ganda pahala bagi manusia yang memperjuangkan Khilafah untuk meraih redha-Nya .

ada beberapa dalil yang terkait dengan urusan dakwah/amar ma'ruf nahi mungkar dan juga politik .
“Siapa saja yang bangun pagi hari dan ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa disisi Allah; dan barangsiapa yang tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka. [ HR Thabrani dari Abu Dzar Al Ghifari ]
“Perumpamaan orang-orang muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh.  Jika satu bagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bagian tubuh akan bereaksi membantunya, dengan berjaga (tidak tidur) dan bereaksi meningkatkan panas badan (demam).” (HR Muslim)
“Serulah manusia ke jalan Rabbmu (Allah) dengan jalan hikmah (hujjah) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik” ( An Nahl: 125 )
 kawan2 , macamana ? nak tak sama2 perjuangkan Khilafah ? fikir2 sebelum terlambat .  .

Share:

25 January 2011

saya nak nangis !


Assalamualaikum kawan2 . Sedihnya rasa hati . Ada seorang manusia yang mengkutuk ana . Sedihnya . Apa tu kelam ? Saya tak faham maksud kamu . Kalau saya ada buat salah , saya minta maaf . Tapi , saya tak kenal kamu dan saya tak tau apa makna kelam . Dan kenapa kamu cakap yang saya kata kamu ni kelam ? Bila masa ye ?

Mood hari ni sangat2 tak baik . Kat sekolah ada manusia yang cakap perkara yang haram tu boleh . Sangat sedih !

Tolong jangan benci saya , jangan marah saya . Saya betul2 tak tau . Kenapa kamu cakap macam tu ? Kamu ni blogger ke ? Mungkin saya cakap blog kamu kemas , tapi tersalah eja . Maafkan saya.
Share:

22 January 2011

cara Shahidah meningkatkan follower


Assalamualaikum semua . Apa pendapat kawan2 tentang tajuk entry ni ? Sebelum ana tulis tajuk , ana tergelak dalam hati , rasa lucu sikit . Ok , ana nak cerita dari awal ana berblog , hinggalah sekarang . Nak baca ? Kalau tak nak , sila senyum .

Ana start buat blog sejak daripada bulan Januari 2010 . Mula2 tu , hanya setakat 10 - 30 followers je . Daripada bulan Januari hinggalah kalau tak silap bulan Jun ana punya follower baru mencecah 100+ . Punyalah sangat sikit . Sikit je kan ? Atau sikit sangat2 ? Ana tengok blog lain , sungguh hebat , banyak follower + banyak komen + jeles . Ana pun , rasa macam nak tutup je blog ni , nak delete . Tak de semangat lagi nak berblog . Tapi , hati ana tetap rasa best berblog ni .

Tibalah masanya ana memperbanyakkan dan meningkatkan traffic untuk meraih follower agar semakin ramai . Ana kalau dulu2 memang suka nak ada ramai follower . Ana pun , blogwalking la ke serata blog kat Malaysia ni . Memang lama sangat sangat ana bw . Follower ana makin naik , traffic pun naik . Apa lagi , tersenyum lebarlah ana . Followers ana ada seramai 300+ pada bulan yang ana tak ingat bulan berapa (harap maaf) .

Daripada situlah ana mula buat award untuk follower ana . Bagi ana , kalau kita buat award , makin ramai yang nak follow . Tengok2 , memang betul . Lagilah ana seronok . Kakak ana pula rasa jeles . Tapi , sebelum followers ana mencecah 200+ , ana suruh blogger lain follow blog ana (tapi tak paksalah) . Dah 160+ (kalau tak silap) barulah ana berhenti suruh orang follow blog ana . Tapi , tak ramai pun blogger yang ana suruh follow blog ana . Kiranya dulu ana ni sukakan bloger follow blog ana . Biasalah , blogger barulah katakan .

Ana tengok , blog orang lain semua lawa2 , guna minima template je , lepas tu edit . Ana pula guna template blog yang dah siap . Ana pun ada keinginan untuk cipta balik blog ana dan gunakan minima template , lepas tu pandai2lah ana search tutorials . Memang banyak sangat ana search . Alhamdulillah , semua yang ana nak memang jumpa . Ana memang terfikir , kalau blog lawa , orang pun suka follow . Tapi , kadang tak jugalah . Ni cara ana je . 

Banyak jugalah ana baca cara meningkatkan traffic kat blog blogger lain . Banyak caranya . Nak tau caranya , search kat google ye .

Lepas followers ana mencecah 400+ , memang ramailah blogger suruh follow blog diaorang . Ana pun , followlah . Saja tambah kawan . Kalau tak silap ana , start followers ana mencecah 500+ , ana dah jadi malas nak follow blog blogger lain . Hanya blog yang ana rasa nak follow je ana follow . Permintaan blogger yang suruh ana follow blog dia , memang ana tolak . Ana malas nak follow . Sebab tu la ana minta maaf banyak2 .

Ana dah tak berapa minat sangat akan follower yang ramai . Ana makin minat para pengkomen je . Apa gunanya kalau follower ramai , tapi orang yang baca blog kita hanya sikit je kan ? Jadi , blog kita ni macam tak hidup je . Kalau nak orang baca blog kita , promotelah entry kawan2 , buat entry yang menarik lagi top dan paling penting buat tajuk yang mantop .

Ana banyak kali promote entry kat blog , lagi banyak promote , lagi ramai orang baca dan tengok . Makin naiklah follower . Sekarang ni , ana malas sangat nak fikir tentang followers . Ana asyik fikir tentang para pengkomen blog . Harap adalah manusia yang baik hati untuk komen kat blog ni . Sorang pun jadilah .

Blog ana dulu , memang banyak sangat ana letak widget . Memang sangat serabut (bila sekarang fikir) . Dulu tak de pun fikir serabut . Sekarang langsung tak de widget2 yang kat tepi2 tu . Ana buang semuanya . Blogger sekarang pun tak berapa nak suka akan blog yang letak widget2 yang tidak penting . Widget jam , tak perlu letak kat blog . Sebab kat laptop , pc dah ada jam .

Jadi , itulah cerita yang ana nak kongsikan . Terima kasih sebab sudi baca . Nak tau tak ? Follower blog ni yang bernombor 1111 akan dapat award . Nombor tu unikkan ? Sekian , assalamualaikum . .
Share:

19 January 2011

Klik2 iklan kat blog lain

Assalamualaikum . . Sejak dua menjak ni , ana kalau singgah blog orang , kalau nampak iklan2 , mesti ana klik . Sekarang ni rajin nak klik2 benda2 macam tu . Rasa best pula . Apa yang best sangat ? Jangan tanya , ana sendiri pun tak tau kenapa .


Hampir semua blog blogger Malaysia ada iklan nuffnang . Wow ! dahsyat sangat tu . Macamana boleh sampai jadi macam tu ? Sangat tak tau . Kadang tu tergelak juga ana , ada juga blogger yang mengharap sangat orang lain klik nuff diorang . Kesian kat diorang tu . Tak pe2 , jangan risau . InsyaAllah , kalau ana singgah blog kawan2 , ana klik ye .

Kawan2 , tulis blog untuk apa ye ? Untuk dapat duit daripada nuffnang ke ? Ke suka2 , saja2 ? Atau nak meluahkan perasaan ? Sebelum buat sesuatu , niat kena betulkan . Janganlah buat sesuatu perkara yang tak mendatangkan apa2 faedah kepada semua. Ada juga yang mengutuk/menghina/mencaci , orang lain kat blog . Janganlah buat macam tu , jangan cepat panas baran . Sabar banyak2 .

Berbalik kepada iklan . Kalau kawan2 nak ana klik nuff kawan2 , bagitau ye . Jangan malu2 . 'Klik2 iklan dah jadi keperluan para blogger' . Daripada blogger yang lama , sehinggalah blogger baru semuanya ada nuffnang . Daripada yang terkenal , hinggalah yang kurang dikenali semuanya ada .

Jadi , apa macam ? Ok ? Kalau tak ok , jom ok kan diri kawan2 . Banyak2lah ingatkan diri . Segala sesuatu yang terjadi , semuanya atas pilihan yang kita lakukan . Buatlah pilihan dengan betul , tepat dan bijak .
Share:

17 January 2011

kontest blog paling comel

Assalamualaikum . Hari ni ana join lagi kontest ( dah 2 kali ) . Kontest ni daripada kawan blogger seumur dengan ana . Sebenarnya beela invite ana join kontest ni beberapa hari yang lalu . Tapi , ana malas nak buat cepat2 . Hari ni baru nak buat . Agak ramai jugalah yang join kontest yang dia buat .

Agak2nya , blog ana ni akan menang ke ? Ana hanya suka2 nak join , tak menang pun tak pe . Tapi , ana tengok memang banyak blog yang comel2 . Suka tengok . Kalau kawan2 nak join , jomlah meriahkan lagi kontest ni . Mesti beela suka punya .


syarat-syarat penyertaan


warga negara MALAYSIA .

semua jantina diterima

ada blog! takder blog .. ditolak !

kena follow blog beela.. tak nak follow takper.. sebab cik beela kita tak paksa :)

tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join

tarikh tutup

5.2.2011 . Memang lama lagi . Tapi , kalau lambat , tak dapatlah kawan2 nak join . Sesiapa yang rasa blog dia comel , mai join ramai2 . Bolehlah edit cantik2 , kemas2 . InsyaAllah menang .


hadiah

DUIT menanti anda ! ( beela cakap . )

Ana nak tag :

semua follower ana dan sesiapa je boleh join . senyum2 je :)
Share:

Puisi

Assalamualaikum . . Alhamdulillah , follower ana dah 1000+ . Terima kasih dan jazakallah sebab sudi follow blog ni . Kat blog ana ni dah ada tempat untuk anda letak link blog anda . Anda hanya perlu klik link menarik yang ada kat atas tu . Pastikan anda teliti dulu link anda , kemudian barulah enter . Nanti senang sikit ana nak datang blog anda dan anda . Hehe . .


Puisi Taubat

dihamparan kain yang lusuh
jiwa tertunduk dan bersimpuh
memohon ampun dari yang maha pengampun
atas segala dosa-dosa
yang mencemari raga yang semakin renta

kami……

hanyalah setitik debu yang hina
yang rapuh dan tak lupa
dari khilaf serta dosa
tersedar di dalam gelisah
setelah begitu jauh melangkah
setelah terlalu lama terlena
akan kenikmatan nafsu dunia fatamorgana
mungkinkah kan mengelupas dari tubuh
kotoran-kotoran
yang telah mendarah daging menjadi satu

kami tahu…..

tubuh yang telah terbalut dosa
takkan bisa disucikan
walau dengan seluas samudra

ya Allah . .

apapun kehendakMu kami ihklas
biarkan air mata ini menitis
bukan kerana air mata derita
biarkan air mata ini mengalir
kerana air mata bahagia
disisa-sisa ahkir nafas
berilah yang terbaek
kami yakin ENGKAU MAHA segalanya
kan terima taubat kami
sebelum nyawa terlepas dari raga

Puisi Kematiaan
Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.

Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.

Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat kita jangkanya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.

Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku di pembaringan,
Tiada apa yang dapat kita lakukan,
Tiada harta yang kita bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.

Kematian,
Pabila jasad kita dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.
Share:

16 January 2011

Allah cinta kita semua

Assalamualaikum . . Ana nak cakap ni , ada yang mencintai kamu semua . Dialah yang sentiasa mencintai dan sentiasa menjaga dan mengawasi kalian semua . Dia tidak pernah melupakan kamu semua . Dia sentiasa ada di kala kita susah dan senang . Dia tidak akan mengecewakan kita .

Dia maha kuasa , tidak ada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Dia . Dia tau apa yang kita semua telah , sedang dan akan lakukan . Dia maha bijaksana dalam semua perkara . Dia maha pengampun segala dosa2 kita . Dia sentiasa memakbulkan doa hamba2-Nya tidak kiralah cepat atau lambat . Dia maha agung . Dia maha pemurah . Dialah segala2nya .
Hebat bukan ? Betapa Allah sangat2 mengasihi hamba2-Nya . Kadangkala manusia lupa dan jauh daripada-Nya . Tapi , Dia tetap mengurniakan nikmat-Nya kepada kita . Cinta Allah adalah segala2nya . Allah akan sentiasa mencintai kita . Jika kita mencintai Rasulullah , sudah pasti kita mencintai Allah . Jika kita mencintai Allah , sudah pasti kita mencintai Rasulullah . Begitu juga dengan Islam . Kerana Islam adalah satu2nya agama yang diredhai Allah .
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku – yakni dalam tidurku – kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati derajat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.
Sama juga dengan saudara seIslam . Jika saudara kita mencintai Allah , 100% ana yakin kita juga mencintai dia . Kerana kecintaan kita berlandaskan aqidah Islam . Allah adalah tuhan seluruh makhluk di dunia . Rasulullah adalah utusan Allah kepada seluruh makhluk di dunia . Islam adalah satu2nya agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam .

Kadangkala , seseorang mencintai seseorang yang lain berdasarkan manfaat . Contohnya seperti , dahulunya dia tidak pernah suka akan orang ni . Kemudian , suatu hari orang ni bagi hadiah atau duit dekat dia , maka daripada situ dia cinta/sayang akan orang itu . Beberapa lama selepas itu , sudah tidak ada lagi perasaan kasih-sayang . Inilah cinta yang berdasarkan manfaat .

Manfaat bukan hanya daripada segi duit dan harta benda . Manfaat juga boleh dikategorikan dengan memberikan pertolongan , cuti dan sebagainya . Seseorang yang mencintai seorang yang lain tidak akan kekal kerana berlandaskan manfaat . Setiap sesuatu benda , perkara , makhluk2 pasti akan mati dan tidak dapat digunakan lagi . Jadi , cintakan semua itu tidak akan kekal sampai bila2 . Hanya dengan mencintai Allah sahaja yang kekal dan sejati .

Berapa besarkah kita mencintai Allah ? Dan berapa besarkah kita mencintai manusia atau harta benda kita ?Fikir2 jom . .
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Share:

Chat with me