16 May 2011

rabu oh rabu . .

assalamualaikum . . hari rabu , 18 Mei 2011 saya exam mid year . doakan saya ye . saya dah mintak cikgu2 yang ajar saya supaya doakan saya . acik yang jual kat book shop pun saya suruh dia doakan saya  . dia cakap dia pasti doakan saya .perghh !! saya rasa sangat2 happy sebab dia cakap dia pasti doakan . hehe . .

saya update ni sebab nak suruh korang doakan saya . esok cuti , lepas tu terus exam . rasa macam tak percaya je masa berlalu terlalu pantas . hari tu baru je exam bulan Mac , sekarang ni terus je masuk bulan Mei . cepatnya berlalu !!!
kalau ada sesiapa yang nak saya doakan , sila bagitau ye . hehe . . *rajin nak doakan orang lain .
malam ni , kakak2 saya pergi pasaraya _ _ _ _ _ . diorang nak belikan ais krim untuk saya . . hehe . . rasanya tu je la kot nak cakap . terima kasih banyak2 kepada followers saya . jangan lupa tinggalkan jejak korang banyak2 kat sini ye . selamat menghadapi ujian hidup . mesti selalu tabah ye . ingat Allah selalu .
firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 :

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.
firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 :

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”.
“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Doa


Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk , ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap .

Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul , selamat dari segala mara bahaya dan petaka .

Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain . Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau . Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami , keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami .

Jangan ya Allah , Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri , walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu .

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan , kabulkanlah doa kami .
------------------------------------------------
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


doa2 tu diambil daripda : [link] dan [link]
Share:

4 manusia berfikir:

  1. semoga kamu berjaya dalam peperiksaan tersebut..masa sentiasa mencemburui kita.. gunakan mase dgn sebaik2 baik yer..agpon kalau kamu berusaha pasti kamu akan meperolehi keptusan setimpal dgn apa yg telah kamu usahakan..

    ReplyDelete
  2. bittaufiq wannajah ya ukhti...doakan untuk semua saudara islam kita.. (^^,)
    makan eskrim baca bismillah..hehe

    ReplyDelete

Chat with me