25 May 2011

terimalah nasihat

assalamualaikum . . korang sihat ? minggu peperiksaan ni adalah minggu peperiksaan yang saya tak banyak fikir tentang hidup saya . asyik sangat fikir tentang peperiksaan . otak berfikir je apa yang dah di hafal . kadang tu boleh pulak lupa , sedangkan dah hafal banyak kali . *kesian

minggu ni jugak minggu yang banyak perkara berlaku tanpa saya berasa teruja . tapi , ada sedikit teruja sebab telah menasihati kawan . hehe . . ceritanya macam ni . waktu hari ahad malam , saya ada bagi mesej kat facebook kepada kawan saya . saya bagi mesej kat dia sebab saya nak nasihatkan dia supaya jangan couple . sebab saya tak sangka pulaklah yang dia ni couple . so , panjanglah saya cakap kat dia .

lepas tu dia balas yang dia terima nasihat saya . dia pun cakap yang dulu dia memang tak suka couple , tapi sekarang tak taulah kenapa dia 'terjebak' dalam kes couple2 ni . hari dah hampir lewat , saya cakap kat dia supaya sambung esok kat sekolah . so , dia pun cakap ok .

keesokan harinya waktu rehat , dia pun datang bersama 3 orang kawan dia . padahal dia cakap nak bawak sorang kawan dan dalam 3 orang kawan dia tu , tak de pun orang yang dia cakap nak ajak sekali . saya pun rasalah pelik . hmmm . . lepas tu saya cakaplah kat dia pasal hal tu . dan baca2kanlah dalil yang berkenaan dengan topik yang kitaorang bincangkan .

kawan dia pulak mengacau cakap yang saya ni berdakwah , kena dengar apa yang saya cakap . rasa malu dalam diri saya ni adalah jugak . hehe . . saya ada tanya dia , nak teruskan hubungan lagi ke ngan budak lelaki yang dia suka tu . dia jawab tak tau . huh ! wahai kawan , kenapa tak tau ?? silalah tau !

tup2 ! dah bunyi loceng . tak sempat nak habiskan perbincangan yang menarik tu . lepas tu saya cakap kalau nak jumpa lagi bolehlah jumpa bila2 pun . dia cakap kalau setiap hari isnin buat perbincangan macam tu ok jugak . saya pun , ikut je lah .
suka orang tak salah , asalkan jangan terjebak dengan couple .
kini , hidup saya lebih tenang sebab saya tak perlu nak fikir tentang orang yang saya kurang suka . saya just teruskan hidup dan tak layan benda2/perkara2 yang tak sepatutnya saya layan .

"apa yang terjadi sekarang , merupakan apa yang telah kita lakukan dahulu" . kakak saya selalu cakap ayat tu . selalu je saya fikir apa yang telah saya lakukan . adakah pilihan saya betul , atau salah ? sebab tulah , fikir dahulu sebelum buat sesuatu .

macamana ye orang yang  couple tapi tak de pegang2 ? ada ke ? hmmm . . tangan tak berzina , tapi hati still berzina . hatikan sentiasa merindui si dia . . ok , macamana nak lupakan dia , tapi masih ada hati kat dia ? macam saya kata tadilah , suka tak salah . asalkan janganlah dirimu sentiasa mengingati si dia . mengenangkan si dia . memikirkan si dia . tidak pantas bagi seorang manusia yang bukan sah bagimu untuk kau rindui . faham ? *kena hati2 dengan kes zina hati ni . sebab semua orang mesti pernah buat kan ??

nak ingatkan lagi , kalau couple memanglah sweet , happy n best . but , nanti kalau korang kahwin , dah tak rasa nikmat dah . korang mesti bosan punya ! . fikirlah sendiri ye . murka Allah tak nampak , tapi di akhirat sana akan kita rasai . jadi , berusahalah untuk mendapat redha Allah . tak perlu minta Allah kekalkan hubungan korang dengan orang yang korang couple sebab Allah takkan redhai perkara maksiat .

jangan lupa baca kat sini pasal kes KD : [ mykhilafah.com ]

Share:

2 manusia berfikir:

  1. ohh , ada terasa gak nie :) terima kasih atas nasihat shidah .

    setelah saya baca , saya sedar yang saya ni sedang zina hati . insyaAllah saya akan cuba kurangkan rindu terhadap dia .

    ReplyDelete
  2. bagus ya shidah..teruskan menegur ya.. jangan rasa lemah atau malu..terima saja jika dibenci,dimaki atau apa je pon... menegur juga proses utk kita mantapkan iman kita.. kita ikhlaskn diri buat begitu kerana Allah.. :)

    ReplyDelete

Chat with me