16 December 2011

2 Malam 2 Hari yang...


Hari Rabu hingga hari Jumaat ni, saya dengan kakak dan 2 sepupu saya tidur rumah nenek sedara saya. Tujuan kitaorang adalah untuk belajar tajwid dengan harfiah. Tapi, harfiah tak buat pun. Ok la tu kan daripada tak buat langsung.

Kitaorang belajar surah Yaasin dengan al-Fath. Best belajar tajwid. Banyak juga yang saya tak tau pasal bunyi sesuatu perkataan tu bila ia dah termasuk dengan ini dan itu. Hehe..

Nenek sedara saya ada juga cerita sikit-sikit pasal surah tu, kitaorang mendengar dan mengingatlah kata-katanya dan sebagai motivasi juga.

Kitaorang kat sana duduk sembang je kalau masuk bilik. Tapi sembang-sembang kitaorang pun, bukan sembarangan ye. Bukan yang mengarut-ngarut tapi boleh membangkitkan pemikiran sebab setiap kata-kata tu akan membuatkan kitaorang berfikir dan bincang sama-sama.

Nenek sedara saya ada mengucapkan kata-kata yang saya rasa mungkin bagus bagi sesiapa yang nak jaga mata.
Bacalah al-Quran selalu kerana al-Quran merupakan penawar dan boleh memulihkan penglihatan.
Dia ada cakap juga kalau nak jadi seorang yang selalu ingat apa yang dihafal, jangan selalu ketawa dan sentiasalah rajin mengaji dan macam-macam lagi. Tu je la kot. Assalamualaikum.
Share:

5 manusia berfikir:

  1. betul!
    byk baca quran menguatkan daya ingatan kita..
    insyallah dengan izinNya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bljr tajwid dn harfiah.teringin sy nk join..
    betul tu jgn selalu ketawa,senyum aje. :)

    ReplyDelete
  3. Eh2... ada juga perkara mengarut yang kita sembangkan. haha :)

    ReplyDelete
  4. Nurul Shafiqah: a'a, ada la juga kan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. btul2 :) sbb ia merangsang otak kanan

    ReplyDelete

Chat with me