30 December 2011

Di Mana-mana Manusia Berzina!


Assalamualaikum. Dua hari yang lalu, saya disuruh untuk mengasahkan otak untuk bagitahu budak-budak pasal pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Ramai yang hanya endah tak endah dengan perkara ni. Ramai yang tak tahu dan ramai juga tahu.

Masih ramai di luar sana yang tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mungkin mereka fikir itu tidak penting dan tidak berdosa selagi tidak berlakunya zina. Pada hakikatnya, zina itu wajib dicegah dari awalnya pergaulan.

Ramai yang tidak menutup aurat ketika berada di khalayak manusia yang bukan mahram walaupun di rumah mereka. Bagi mereka, itu rumah, wajarlah tidak menutup aurat. Dalam Islam, Aurat hanya boleh dibuka apabila bersama mahram. Sepupu, Isteri kepada pak cik(untuk lelaki), Suami kepada mak cik(untuk perempuan) kita tidak boleh melihat aurat kita dan orang luar juga haram melihat aurat kita.

Perkara ini bukan perkara yang remeh! Haram berchatting/bersms dan berborak dengan lain jantina yang bukan mahram kita tanpa ada urusan penting dan mustahak. Ia bagi mencegah pergaulan yang bebas.

Peringkat-peringkat terjadinya zina:
☊ Berkawan
☊ Chatting
☊ Minta nombor/sms/calling-calling
☊ Minta gambar
☊ Nak jumpa/dating/khalwat
☊ Main cubit-cubit, pukul-pukul, kejar-kejar
☊ Couple
☊ Pegang-pegang/berpimpin/peluk/cium(ini semua boleh terjadi kerana ia tidak dijaga)
☊ ZINA
Mesti ramai di antara kita yang mempunyai kawan lelaki bagi perempuan dan kawan perempuan bagi lelaki. Mesti kalau ada apa-apa masalah je kita cerita kat kawan yang lain jantina dengan kita kan? Mesti ada cubit-cubit peha, gelak-ketawa sama-sama, gurau senda, main kejar-kejar. Itu semua merupakan perkara biasa bagi manusia zaman sekarang yang tidak menjaga pergaulan.

Tapi tahukah kita, ini semua haram dan perlu dibatasi serta dicegah! Kerana semua ini boleh membawa kepada zina. Lihatlah, betapa banyaknya kejadian zina di Malaysia. Para pemangku pemerintahan tidak melakukan apa-apa selain daripada melihat dan membuat penyelesaian yang tidak Islami. Mereka menggunakan akal mereka untuk menyelesaikan, bukan dengan Islam! Maka, perkara zina tidak akan pernah selesai kerana mereka tidak mengambil Islam sebagai penyelesaian.

Bagi perempuan yang mempunyai adik angkat lelaki/abang angkat dan bagi lelaki yang mempunyai adik angkat perempuan/kakak angkat, sila jangan mengAdakan nama-nama seperti itu. Kerana dalam Islam tidak ada istilah itu. Saya lihat sekarang ini, manusia mempunyai yang berANGKAT-angkat ni sering tidak menjaga pergaulan. Padahal mereka bukan mahram dan aurat wajib dijaga!

Tidak boleh sesuka hati bergaul persis macam adik-beradik sendiri! Antara lelaki dan perempuan kalau ada hal penting pun perlu cakap jauh-jauh. Tak boleh sesuka hati nak duduk dekat-dekat. Wallahu'alam..
Share:

8 manusia berfikir:

  1. entri yang baik, bermanfaat buat semua org. syukran! sama-samalah kita mencegah kemaksiatan yang berlaku di sekeliling kita ini ",)

    ReplyDelete
  2. tersenyum dan berfikir bila baca belog awak. terima kasih atas sharing yg bermanfaat.

    menjaga hati tu bukan senang tapi bukanlah sesuatu hal yg mustahil. asalkan niat nya lurus.(hadis 40)

    teruskan usaha. Allah lihat :)

    ReplyDelete
  3. mantap :) suka . semoga kita jauh dari kemurkaanNya

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah.....jauhknlah kita semua dari perkara2 cmni...

    ReplyDelete
  5. ingat lagi dekat kem tu. Pening kepala nak jelaskan pada budak-budak...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Apa yang hendak dihairankan manusia berzina dimana-mana! Malah mrk boleh lakukan lebih dasyat dari itu. Semua ini berkisarkan kerana mrk tidak tahu apakah tujuan mrk hidup di dunia baik yang mengaku Islam atau tidak! Dosa yang paling besar adalah tidak mendirikan `daulah` dan berpegang kembali pada AlQuransehingga berlakunya murtad dimana sehinggalah mrk kembali memperjuangkan melalui AlQur`an. Surah AlMaidah:54 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْ‌تَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad).
    Runtuhnya sistem Islam, bermakna manusia telah murtad dan hidup berpusing2 dengan dosa2. Buat satu saja dosa maka akan berantai2 dengan dosa2 lain seperti ternyata dlm Surah AlBaqarah:81 بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ Bahkan yang sebenarnya, b/sisap melakukan satu dosa akan dilingkari dgn dosa2 lain.
    Dosa yang perlu ditanggung oleh semua kecuali mrk berpegang teguh pada AlQuran dan membina semula sistem tersebut tetapi bukan secara radikal. Malah kita tidak boleh mendahului perintah Allah dan RasulNya utk membina daulah islam kembali. Surah AlHujurat:1 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wallahualam

    ReplyDelete
  7. bab ikhtilat ni mmg ramai yg kurang pemahaman.termasuklah saya sendiri.

    ReplyDelete
  8. post yang banyak memberi manfaat . Kat sekolah saya sendiri pun ramai yang 'berangkat' , walaupun dah ada abang dan adik kandung sendiri -,-

    ReplyDelete

Chat with me