30 October 2010

SN236 - ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENGHINA ISLAM!

ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENGHINA ISLAM!

[SN236] Jika selama ini kita hanya mendengar dan menyaksikan puak kuffar menghina Islam tetapi kali ini kita dikejutkan dengan peristiwa penghinaan ke atas Islam yang terjadi di Islamic Fashion Festival (IFF) yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Rosmah yang memberi ucaptama di dalam Festival Fesyen Islam yang berlangsung di Sporting Club, Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 beberapa kali mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat ke majlis itu. Antara yang turut hadir di majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri. Walaupun festival tersebut telah lebih dua bulan berlalu, namun gambar-gambar dan video mengenainya agak baru sahaja tersiar di internet yang menunjukkan betapa majlis tersebut telah menghina Islam. Agak pelik kenapa media arus perdana yang selama ini senantiasa melaporkan ucapan Najib mahupun Rosmah di majlis yang dihadiri mereka sebagai berita utama, namun kali ini majlis ini tidak mendapat liputan meluas seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Dewan Pemuda PAS telah membantah keras tindakan Rosmah yang dianggap menghina Islam di mana beberapa demonstrasi di adakan di masjid-masjid utama di beberapa buah negeri pada Jumaat lepas. Fathul Bari yang juga anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin yang menjadi wakil UMNO Perlis yang pertama kali berbahas dalam Perhimpuan Agung UMNO 2010 yang lalu cuba membela isteri ketuanya ini dengan menegaskan bahawa “pihak pembangkang sepatutnya menyiasat terlebih dahulu hal itu dan meneliti adakah Rosmah melakukan kesalahan itu secara sengaja atau tidak. Adakah Rosmah mengetahui perkara tersebut atau tidak. Adakah Rosmah terpaksa atau tidak,” katanya. “Mengapa tidak kita menarik tangannya, bersendirian dengannya bertanya kepadanya terlebih dahulu apa yang berlaku? Adakah dia mengetahui majlis seperti ini dilangsungkan atau tiba-tiba dia terkejut dikaitkan fesyen itu dengan Islam”, ujarnya [BH 23/10/10]. Terlalu terburu-buru nampaknya wakil Perlis ini ‘menghentam’ pembangkang dengan merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Jakarta walhal apa yang dimuhasabah oleh pembangkang adalah merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Monte Carlo. Fathul Bari yang diiktiraf oleh UMNO sebagai ulama muda nampaknya sudah menjadi pengampu yang baik walaupun baru muncul di pentas politik sekular tanahair dan nampaknya bakal menjadi alat UMNO yang berkesan dalam menangkis serangan pembangkang, sebagaimana tokoh agama lainnya yang telah menjual akhirat mereka demi sedikit habuan dunia yang diberi oleh UMNO.

Di dalam ucapan Rosmah yang boleh dilayari di laman web peribadinya [http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223], isteri Perdana Menteri Malaysia itu telah menyatakan dengan bangga bahawa “This Malaysian-inspired festival has made the journey of a thousand miles here to Monaco. As Patron of the IFF, I am most honoured and privileged to be here in Monaco, an international capital of luxury fashion that has inspired the creations of many fashion designers around the world” (Festival yang diinspirasikan oleh Malaysia ini telah menempuh perjalanan beribu batu hinggalah sampai ke sini, Monaco. Sebagai penaung IFF, saya merasa amat terhormat dan istimewa untuk berada di Monaco, pusat fesyen antarabangsa yang terhebat yang telah memberikan inspirasi kepada lahirnya pencipta-pencipta fesyen seluruh dunia). Berdasarkan sedikit sedutan ucapan ini dan teks penuh ucapan Rosmah yang boleh dilayari di alamat di atas, sesungguhnya setiap orang yang ada keimanan dan ikhlas hatinya boleh menilai apa yang dilakukan oleh Rosmah (dan Najib) yang dalam keadaan sedar dan ‘sengaja’ hadir dalam majlis tersebut serta boleh ‘menilai’ pula ucapan dan sikap mengampu Fathul Bari sebagai seorang ulama baru yang cuba menonjol dan naik di dalam UMNO.

Apa yang jelas, dari ucapan Rosmah sendiri menunjukkan bahawa dia telah terlibat di dalam penganjuran IFF, malah di dalam ucapannya, dia mengakui yang dia telah menjemput Putera Monaco, Prince Albert II ke majlis tersebut dan berterima kasih kepada putera tersebut kerana sudi hadir. Rosmah juga tanpa berselindung memberitahu dan mengucapkan terima kasih kepada sponsor majlis tersebut iaitu Tourism Board of Sarawak (Lembaga Pelancongan Sarawak). Entah berapa banyak duit rakyat Sarawak yang telah disapu dan apakah faedahnya kepada rakyat Sarawak dengan penganjuran majlis di Monte Carlo itu tidaklah kita ketahui. Namun apa yang jelas dari festival fesyen tersebut adalah telah berlakunya penghinaan ke atas Islam dengan mereka menamakannya sebagai “Islamic fashion” walhal pakaian-pakaian yang diperagakan oleh model-model yang terlibat, bertentangan sama sekali dengan Islam. Banyak fesyen yang mendedahkan aurat secara langsung baik bahagian atas mahupun bahagian bawah tubuh para model wanita itu. Ada yang berpakaian tipis sehingga menampakkan warna kulitnya. Malah salah seorang model memakai baju yang berlogokan perkataan Arab “Muhammad” yang menutupi bahagian dada dan kemaluan, yang dieja dalam keadaan tonggang terbalik. Kesemua fesyen tersebut, selain tidak menutup aurat dengan sempurna, adalah bersifat “tabarruj” dan bertentangan dengan Islam. Sebagai Muslim, kita perlu faham bahawa bukan sahaja ‘fesyen’ yang diperagakan itu haram, malah ‘majlis’ itu sendiri adalah haram. Festival fesyen tersebut sebenarnya adalah sebuah festival maksiat tetapi telah dikatakan sebagai festival fesyen Islam. Sungguh, hal ini amat-amat memalukan dan menghina Islam! Baik penaung, penganjur mahupun mereka yang hadir dalam festival tersebut telah berada dalam satu majlis yang memaksiati Allah dan RasulNya.

Aurat Wanita Di Khalayak Ramai & Tabarruj

Sejak diutusnya Rasulullah SAW, kedudukan wanita telah dimuliakan oleh Islam yang selama ini terhina di bawah sistem Jahiliyyah. Islam memandang bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga dan Islam telah merincikan hukum berhubung hal ini. Islam telah membezakan perbincangan aurat wanita di dalam dua keadaan:-

(i) di dalam hayatul khasas (kehidupan khas yakni di rumah)

(ii) di dalam hayatul am (kehidupan umum yakni di luar rumah atau di khalayak ramai).

Untuk tujuan penulisan ini, kami hanya akan menyentuh kedudukan aurat wanita di dalam hayatul am. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya” [TMQ an-Nur (24):31].

Ibn Abbas menafsirkan kalimat “yang biasa tampak daripadanya” sebagai wajah dan kedua telapak tangan. Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam kitabnya Nizam al-Ijtima’ei Fi al-Islam, yang dimaksud dengan “yang biasa tampak daripadanya” adalah ‘wajah dan kedua telapak tangan’, kerana kedua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak dari para Muslimah di hadapan Nabi SAW dan baginda membiarkannya. Kedua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam pelaksanaan ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat.

Di samping itu, dalil lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya adalah sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya seorang anak perempuan jika telah haid (baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali wajah dan kedua tangannya hingga pergelangan tangan” [HR Abu Daud].

Dalil-dalil ini dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Juga dengan jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutupi auratnya, yakni ia wajib menutupi seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Larangan atas kaum wanita untuk menampakkan perhiasannya adalah larangan untuk menampakkan auratnya. Adanya larangan untuk menampakkan aurat, secara dalalatul iltizam menunjukkan atas larangan (terhadap lelaki) melihat bahagian tubuh wanita yang dilarang untuk ditampakkan.

Seperkara lagi, Asy-Syari’ telah mewajibkan penutup aurat itu harus berupa sesuatu (pakaian) yang boleh menutupi warna kulit, ertinya kain penutup (pakaian) wanita itu wajib menutupi kulit sehingga tidak boleh diketahui (dibezakan) bahagian yang berwarna putih dari yang merah atau coklat. Jika tidak demikian, maka pakaian tersebut tidak dinilai sebagai menutup aurat. Oleh kerana itu, jika kain penutup (pakaian) itu adalah tipis (transparan) yang tetap menampakkan warna kulit yang ada di baliknya, maka kain penutup seperti itu tidak boleh dijadikan penutup aurat. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh terlihat dari dirinya” merupakan dalil yang jelas bahawa Asy-Syari’ telah mensyaratkan di dalam sesuatu yang digunakan menutupi aurat agar tidak terlihat aurat yang ada di baliknya. Ertinya, harus menutupi kulit, tidak menampakkan apa yang ada di baliknya. Inilah hukum tentang menutup aurat. Hukum ini perlu dibezakan dengan hukum pakaian wanita dalam hayatul am dan juga hukum tabarruj (dibincangkan di bawah). Menutup aurat sahaja tidak mencukupi apabila seseorang wanita itu berjalan di jalan umum, sebab As-Syari’ telah menetapkan pakaian tertentu bagi wanita apabila ia berada di dalam hayatul am dan ia juga tidak boleh ber-tabarruj. Pakaian wanita dalam hayatul am terdiri dari dua jenis iaitu:-

(i) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan

(ii) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Mengenai kewajipan pakaian bawah (libas asfal), Allah SWT berfirman,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TMQ al-Ahzab (33):59].

Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah seperti milhafah (semacam jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) umpama jubah yang lurus dari atas hinggalah ke bawah. Maksud milhafah/mula’ah adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.

Jika ia tidak memiliki mula’ah atau milhafah, hendaklah ia meminjamnya dari saudaranya, jirannya atau kerabatnya. Jika ia tidak dapat meminjamnya atau tidak ada yang mahu memberinya pinjam, maka ia tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan pakaian tersebut. Diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah yang berkata,

“Rasulullah SAW memerintahkan agar kami mengeluarkan para wanita yakni hamba-hamba sahaya perempuan, wanita-wanita yang sedang haid, dan para gadis pingitan, pada hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha. Wanita-wanita yang sedang haid, mereka memisahkan diri tidak ikut menunaikan solat, tetapi tetap ikut menyaksikan kebaikan dan (mendengarkan) seruan kepada kaum Muslimin. Aku lantas berkata, ‘Ya Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab’. Rasulullah lalu menjawab, ‘Hendaklah saudaranya memakaikan (meminjamkan) jilbabnya kepada wanita itu” [HR Muslim].

Dalil-dalil di atas menunjukkan dengan jelas tentang pakaian wanita di kehidupan umum. Allah SWT di dalam kedua ayat di atas, telah mendeskripsikan pakaian tersebut yang telah diwajibkan kepada wanita untuk dikenakan dalam kehidupan umum, dengan deskripsi rinci, lengkap dan menyeluruh.

Untuk pakaian atas (libas ‘ala), wanita disyariatkan/diwajibkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Allah SWT berfirman,

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” [TMQ an-Nur (24):31].

Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan kain penutup kepalanya ke leher dan dadanya, untuk menyembunyikan apa yang tampak dari belahan baju dan belahan pakaian, berupa leher dan dada. Dan hendaknya tudung itu telah siap atau tersedia untuk dikenakan apabila wanita keluar ke pasar-pasar atau berjalan di jalanan atau berada di khalayak ramai. Maka jika seorang wanita telah mengenakan libas asfal dan libas ‘ala ini, barulah boleh ia keluar dari rumahnya menuju kehidupan umum. Jika ia tidak mengenakan kedua jenis pakaian ini, maka haram baginya berada dalam hayatul am.

Mengenai tabarruj, Islam mengharamkan kaum wanita untuk ber-tabarruj. Allah SWT berfirman,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan” [TMQ an-Nur (24):60].

Ayat ini melarang wanita yang sudah tua untuk ber-tabarruj iaitu tatkala ayat ini meletakkan syarat terhadap wanita tua itu dalam menanggalkan atau melepaskan pakaian yang boleh untuk ditanggalkan, hendaklah ia tidak ber-tabarruj. Mafhumnya, ayat ini merupakan larangan tabarruj. Mafhum muwafaqah dari ayat ini adalah, jika kaum wanita yang sudah tua dilarang melakukan tabarruj, maka apatah lagi wanita selain mereka (wanita yang lebih muda). Firman Allah yang lain,

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah” [TMQ Al-Ahzab (33):33].

Allah SWT juga berfirman,

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ an-Nur (24):31].

Apa jua perbuatan lain yang menyerupai apa yang disebutkan di dalam ayat ini dinilai sebagai tabarruj. Tabarruj maknanya adalah, ‘menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki asing (bukan mahram)’. Dikatakan di dalam bahasa Arab, tabarrajat al-mar’ah (seorang wanita bertabarruj) ertinya az-harat zinataha wa mahasinaha li al-ajanib (wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi -bukan mahramnya-).

Terdapat sejumlah hadis tentang larangan atas setiap perbuatan yang dinilai sebagai tabarruj. Abu Musa al-Asy‘ari menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Wanita mana sahaja yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium aromanya, maka ia (seperti) wanita yang berzina (pelacur)” [HR Ibn Hibban & al-Hakim].

Maksudnya, seperti wanita yang berzina dalam hal dosanya. Rasulullah SAW juga bersabda,

“Ada dua golongan di antara penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keduanya, suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain (kepadanya), (hiasan) kepala mereka seperti ponok unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium aroma syurga. Walhal sesungguhnya aroma syurga itu boleh tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian” [HR Muslim].

Kesemua dalil di atas secara jelas menunjukkan larangan (keharaman) tabarruj. Oleh itu, apa jua perhiasan atau make-up yang dapat menarik pandangan lelaki dan dapat menampakkan kecantikan wanita, maka ia termasuk tindakan tabarruj jika seorang wanita muncul di dalam kehidupan umum dengan perhiasan seperti itu dan ia telah berdosa.

Khatimah

Sesungguhnya Islam telah memuliakan wanita dan meletakkan beberapa hukum khusus untuk kaum hawa ini agar ia tidak menjadi bahan atau objek yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. Tidak sebagaimana sistem Kapitalis hari ini yang telah menjadikan wanita sebagai bahan komoditi, alat dan objek seks semata-mata, Islam telah memberikan satu kehidupan yang unik dan tenteram untuk kaum wanita. Islam telah melarang wanita untuk melakukan segala bentuk perbuatan yang mengandungi bahaya terhadap akhlak atau yang dapat merosakkan masyarakat. Kerana itu, seorang wanita dilarang untuk bekerja dengan pekerjaan yang dimaksudkan untuk memanfaatkan ‘aspek kewanitaan’ mereka. Diriwayatkan dari Rafi’ ibn Rifa’ah, ia menuturkan bahawa,

“Nabi SAW telah melarang kami (mendapat hasil) dari pekerjaan seorang pelayan wanita kecuali yang dikerjakan dengan kedua tangannya. Beliau bersabda (sambil menunjukkan), ‘begini’ dengan jari-jemarinya seperti membuat roti, memintal, atau menenun” [HR Ahmad].

Maksudnya, seorang wanita dilarang untuk bekerja sebagai pelayan di tempat-tempat penjualan untuk menarik pelanggan. Juga, wanita di larang bekerja di pejabat-pejabat atau di kaunter-kaunter apa sekalipun dengan maksud untuk memanfaatkan unsur kewanitaannya dalam rangka mencapai tujuan-tujuan tertentu. Wanita dilarang sama sekali (haram) bekerja sebagai pelayan bagi lelaki, sebagai model, pramugari dan pekerjaan-pekerjaan lainnya yang bertujuan ‘memanfatkan’ unsur kewanitaannya. Di sinilah Islam telah meletakkan satu kemuliaan kepada kaum hawa sebagai seorang yang bergelar wanita, isteri dan ibu di mana Islam telah menetapkan bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga, bukan dieksploitasi. Namun sayangnya di sebalik semua kemuliaan yang diberikan oleh Islam, terdapat segelintir wanita yang sengaja memilih jalan untuk menjerumuskan diri mereka ke jurang neraka. Na’uzubillah min zalik.

Share:

29 October 2010

Aminkan doa ini...

YA ALLAH Y MAHA MLIHAT, PARA AGENT2 PNNTANG AGAMAMU TLH PUN KEPANASAN, MEREKA TLH MENENTANG PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMAMU INI YA ALLAH, KAMI BERMOHON KEPADAMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAZAK, AGAR KAU LMAHKANLAH KKUASAAN MREKA PCAH BLAHKAN N KACAU BILAUKAN KUMPULAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, YA ALLAH TUHAN Y MENURUNKAN BALA TENTERA DLM PERANG AHZAB, HAPUSKANLAH MREKA.!!! AMIN YA ALLAH

YA ALLAH BANTULAH KAMI YA ALLAH, KAU LAHIRKANLAH KEPADA KAMI LEBIH RAMAI INSAN2 YANG BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMAMU YA ALLAH, KAU BANGKITKANLAH KEPADA KAMI PARA SINGA-SINGA ISLAMMU, KAU BANGKINTKANLAH KEPADA KAMI PARA PUTRA DAN PUTRI PRAJURIT AGAMAMU YA ALLAH, YANG HIDUPNYA DAN MATINYA IKHLAS UNTUK SEMATA MENCARI KEREDHAANMU, AGAR DENGAN KEHADIRAN MEREKA BISA BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU AGAMAMU INI YA ALLAH....

DOA INI DITUJUKAN KHAS KEPADA SELURUH KAUM MUSLIM DAN MUSLIMAT, AGAR KITA SAMA2 MENGAMINKAN DI ATAS KEKEJAMAN DAN KEMUNGKARAN YANG JELAS DI BUAT OLEH PARA S.B2 @ INTEL2 @ PIHAK BERKUASA, YANG TELAH MENENTANG DAN MEMBATALAKN SEBUAH MAJLIS ILMU, YANG AKAN DI ADAKAN PADA ESOK HARI PADA 30/10/2010.

MAJLIS ILMU YANG BISA MEMBANGKITKAN KESEDARAN UMMAT AKAN PENTINGNYA ISLAM, PENTINGNYA KHILAFAH ISLAMIYAH, SOLUSI MENDASAR KEPADA PERMASALAHAN UMMAT ISLAM TELAH DITENTANG OLEH PIHAK YANG PALING TAK BERTANGGUNGGJAWAB DI MALAYSIA, YANG TAK DE KERJA LAIN MENENTANG PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH, WALAU DALAM MALAYSIA NIH BANYAK MASALAH DAN GEJALA2 MAKSIAT MASIH TERUS BERLANGSUNG, DAN MEREKA ITULAH PAKCIK2 DAN MAKCIK S.B...

SEMOGA ALLAH AMINKAN DOA KITA SEMUA DAN MELAKNAT MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT... AMIN!!!!
 
Sumber :  Komunitas Rindu Syariah & Khilafah
Share:

28 October 2010

Wanita UMNO Ingin Menjadi Pembela Perlembagaan Kufur

Wanita sedia jadi perisai

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini. “Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari. ‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.

Tegas Shahrizat, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak sehingga mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan pada masa sama melindungi kepentingan sah kaum lain mengikut perkara sama. Beliau turut mengajak semua pemimpin dan ahli Wanita UMNO supaya bersedia berkorban demi mempertahankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan. “Janganlah kita mengabadikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. Janganlah sesiapa melampaui Perlembagaan negara mahupun prinsip-prinsip sepakat UMNO-Barisan Nasional (BN). Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang akan dan sedang memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum dan agama,” katanya. Menurutnya, Wanita UMNO juga akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. “Sebenarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah intipati kepada kejayaan 1Malaysia kerana kepentingan semua kaum diambil kira,” katanya. Dalam pada itu, suasana persidangan yang sentiasa gamat dengan tepukan gemuruh para perwakilan bertukar ‘irama’ apabila Shahrizat dalam nada sebak menyatakan bahawa seseorang pemimpin itu bukan dipandang mulia kerana pangkat, kuasa dan darjat, tetapi kerana keluhuran dan keperibadiannya. “Pakaian pemimpin adalah akhlak, pakaian ketua adalah jiwa, pakaian tuai adalah nilai dan pakaian sejati adalah budi. “Untuk orang lain menghormati orang Melayu, kita mesti membangkitkan semula kemuliaan kaum Melayu yang menjadi pedoman perjuangan zaman dahulu. Tanpa kemuliaan, kita umpama seorang tuan yang penat bekerja meminta orang lain untuk menghormati kita,” katanya. Shahrizat turut mengajak semua ahli Wanita UMNO menggunakan kekuatan minda, modal intelek serta daya kreativiti dan inovasi untuk bersama-sama mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sumber: Utusan Malaysia 21/10/10

Wanita UMNO Ingin Jadi Perisai Mempertahankan “Ibu” Kufur?


Apalah ertinya Wanita Umno bersungguh-sungguh kononnya sanggup menjadi perisai mempertahankan “ibu” kufur itu sedangkan secara jelas “ibu” inilah yang menjadi punca dan penyebab berlaku kerosakan kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. “Ibu” inilah sebenarnya yang mengundang murka besar Allah SWT. Perlembagaan Persekutuan yang ada hari ini adalah perlembagaan yang dilahirkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Apakah Wanita Umno yang diketuai oleh Shahrizat begitu jahil mengenai ini? [Lihat: Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia].

Jika kita menganologkan masyarakat Jahiliyyah dahulu yang mencipta patung-patung yang mereka sembah dengan tangan-tangan dan akal mereka semata-mata lalu mereka agung dan puja sebagai sembahan mereka maka kedudukan Perlembagaan Persekutuan itu juga memiliki kemiripan yang sama. Suruhanjaya Lord Reid juga telah menggunakan tangan-tangan dan akal-akal mereka untuk melahirkan Perlembagaan Persekutuan dan kemudian ianya ditaati dan diikuti oleh umat Islam di Malaysia sejak merdeka sehinggalah hari ini. Bukankan keadaan ini sesuatu yang amat hina? Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”. [TMQ Al-Maeda (5) :50].

Sedangkan sebagai seorang Muslim kita hanya diwajibkan untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang Islam semata-mata. Firman Allah SWT:

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An- Nisa (4) : 65].

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” . [TMQ Al-Ahzab (33) : 36].

Jika Shahrizat dan Wanita Umno benar-benar menggunakan akal yang waras dan secara ikhlas berusaha memahami al-Quran dan as-Sunnah nescaya mereka akan menyedari bahawa perjuangan mereka selama ini adalah perjuangan yang diasaskan kepada asas yang batil. Dan secara pastinya, mereka akan pasti bersedia menjadi perisai mempertahankan hukum Allah yang selama ini mereka abaikan dan bukannya hukum Lord Reid yang sedia ada seperti hari ini.


Share:

26 October 2010

Syukran wahai saudara2Q

Assalamualaikum semua . .
Hari ni ana betul2 tak sangka orang yang visit blog ana dah 103 ! Pecah rekod dari masa2 dahulu .
Syukran kepada semua yang ziarah blog ana . Ana hargai pembacaan2 kalian di blog ana .
Kalau ada ilmu yang baik , kongsikanlah kepada semua ye .
Sekian sahaja untuk malam ini . Semoga kalian sentiasa dalam keadaan tabah menghadapi hidup ini . Dan jangan lupa , pejuangkanlah Islam ye wahai saudara2Q semua .

11.47 pm
26/10/2010
Share:

Gambar . . ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Assalamualaikum semua . Selamat tengahari . . Semoga kalian selalu dalam lindungan-Nya . .
Hari ni ana nak kongsikan gambar kucing yang comel2 . (◠‿◠  )

Untuk ukhti Aisyah ❤

Untuk ukhti Muti'ah Abdullah ❤
Yang ni pula untuk ukhti Dijah  ❤

Yang dua ni pula ana edit untuk ana dan juga ukhti Alisya ❤
Comelkan ? ^_^

Yang terakhir gambar kucing untuk sahabat2 ana . (◕‿◕  )
Comel2. . ❤ ❤ ❤

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Hah ! Lagi satu ana nak ceritakan .
Tengok gambar kat atas ni .
Terharu ana apabila beberapa orang sahabat ana menggunakan gambar ni sebagai profile picture di facebook.
Sebab apa terharu ye ? Adalah , tak boleh bagtahu . 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Sekian sahaja perkongsian pada hari ini . InsyaAllah akan disambung kemudian hari . Assalamualaikum . .
Share:

Ketahuilah . . amar ma'ruf nahi mungkar . .

Assalamualaikum saudara2Q semua . .
Baru ada idea nak tulis di blog . .
Biasanya ana tak ada idea .
 
Alhamdulillah , semakin hari semakin ramai yang menyokong dalam penegakkan Syariah dan Khilafah .
Dan yang paling menggembirakan , saudara2 kita yang lain turut memperjuangkannya . Di facebook pun ramai yang memberi respon yang sangat2 baik . Alhamdulillah .
Tapi , biasalah . . Dalam usaha dakwah mesti ada halangan2nya . Oleh itu , bersabarlah . Sesungguhnya di akhirat kelak orang2 yang sabar akan peroleh syurga .

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu.” (Ali Imran:200)

Bersabar memang perlu . Tapi , jika kita melihat , mendengar , mengetahui kemungkaran , kita mestilah nahi mungkar . Mencegah kemungkaran adalah sesuatu yang wajib . Tidak boleh tidak kerana jika kita tidak mencegah kemungkaran , akan berdosa . Ana lihat banyak sangat2 terjadinya kemaksiatan di sana dan juga di sini juga di situ . Tidak kiralah apa bentuk maksiat sekalipun , semuanya berdosa . Dan dalam Islam , akan ada hukuman bagi tiap2 pelaku kesalahan .

Kalau orang yang tidak menundukkan pandangan juga dikira maksiat . Oleh itu , berhati2lah wahai kalian semua . Ini bukan kes kecil . Jangan ambil mudah ye . Sebab setiap perbuatan terkait dengan hukum syara ' .
Lihat juga kes2 jenayah yang berlaku sekarang . Agak2nya dah berapa banyak ye ? Banyak sangat2 . Terlampau ! Dalam sehari je di seluruh dunia , sudah tentu beribu2 kemaksiatan . Betapa buruk dan rosaknya sistem yang sedang memerintah dan mengatur hidup kita sekarang ini .

Hari semakin hari , sistem ini telah memperlihatkan kepada kita bertapa besarnya kita jauh daripada sistem Islam , iaitu sistem yang haq ! Namun , kita masih lena ' dibuat kelazatan dunia ' . Inilah sistem perosak pemikiran ! SITEM SEKULARISME  yang memisahkan agama dari kehidupan . Memanglah bab feqah atau yang lebih dikenali sebagai ibadah itu dapat kita lakukan . Tapi , hakikatnya dalam Islam bukan hanya wujud bab ibadah ! Islam itu sudah lengkap dan sempurna . Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya .
Daripada bab aqidah , higgalah bab pemerintahan .

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Kucukupkan kepadamu ni'mat-Ku dan telah Kuredai Islam itu menjadi
agama bagimu. (Al-Maidah : 3 )



Betapa benar Allah atas segala firman2-Nya . Janganlah kita ingkari firman2 Allah !
Sebenarnya , setiap kali ana baca atau orang2 lain baca ayat ni , ana rasa sangat2 gembira . Ana tak tahu kenapa . ^____________^


Sesungguhnya , telah Rasulullah ajarkan semua sekali kepada kita . Hanya diri kita yang perlu mencari dan mengkaji . Bertanyalah kepada orang yang labih tahu .
 
Di facebook je , mesti ada yang membangkang kalau kita cakap kebenaran . Sebenarnya , di mana2 pun sama . Tak ada beza . Alahamdulillah kalau orang dapat menerima lagi2lah orang mengamalkan . Bagus2 .

Ada pula yang cakap jangan ' mengaibkan orang lain ' . Kata2 yang hebat ! ish3 . . .
Untuk pengetahuan anda , ini bukanlah sesuatu yang ' mengaibkan seseorang ' . Sebaliknya adalah mencegah kemungkaran . Kerana sudah jelas orang tu melakukan maksiat dengan mengubah hukum2 daripada Allah kepada sistem/hukum2  kufur ! 

Saudara2Q sekalian , sudah banyak ana lihat malah tengok , laman sosial dijadikan ' tempat bercinta ' . Hebat sangat ke bercinta ? 

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israa’: 32)
 
Wah ! Bila kita bagi dan cakap atau keluarkan ayat ni je , mesti akan ada yang cakap dan kata " kami tidak berzina " . Tidak perasankah terhadap hati ? ZINA HATI . Macamana tu ye ? Timbulnya perasaan cinta dan rindu . Mungkin juga mereka akan berjumpa . Itu dah jadi ZINA MATA . Kemudian , syaitan membisikkn kepada pasangan tersebut . Dan mereka akan buat lebih , pegang tangan , berpelukkan dan sebagainya .  
Nauzubillah . . Semoga sahabat2 yang membaca entry kali ini tidaklah seperti tersebut . amin !

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata:  
 “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.” 

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”
 
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

Lihatlah , begitu banyaknya dail yang mewajibkan kita amar ma'ruf nahi mungkar .
Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya da'ie perlu bertegas dan melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesuatu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik.
 
 Akhir kata , assalamualaikum . Jika ada kesempatan lagi , bolehlah kita perbincangkan di lain masa . 
Sekian . .
 
"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran : 104)

Share:

25 October 2010

SN235 - HALATUJU POLITIK BARU, MENGHALA KE MANA?

HALATUJU POLITIK BARU, MENGHALA KE MANA?



[SN235] ‘Budaya Politik Baru’, begitulah tajuk utama yang terpampang di muka depan Utusan Malaysia pada tarikh 20/10/2010. Itulah nampaknya agenda yang dibawa oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 19-23 Oktober 2010. “Kita telah memulakan proses pemulihan politik di mana parti telah meminda perlembagaan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan saya mengingatkan kepada ahli, ia merupakan titik permulaan kepada budaya baru model politik UMNO yang bersifat terbuka, inklusif dan demokratik. Ia tidak boleh terhenti begitu sahaja, pembaharuan UMNO mesti disusuli dari segi budaya, pemikiran dan tindakan serta pertuturan supaya perubahan itu meresap dan menular ke peringkat bahagian,” kata Najib.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden di perhimpunan assabiyyah Melayu terbesar itu. Tema ‘model politik baru’ yang dibawa Najib nampaknya cuba menyuntik semangat baru pada pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang semakin ditolak rakyat itu. Dalam masa yang sama, ia bermaksud bahawa model politik yang diamalkan oleh UMNO sebelum-sebelum ini adalah suatu yang lapuk yang bersifat tertutup, ekslusif dan tidak demokratik. Entah apa agaknya pembaharuan politik yang akan dilakukan oleh presiden UMNO yang ke-6 ini tetapi suatu yang pasti ialah UMNO tidak akan berubah sebagai sebuah parti politik Melayu yang memperjuangkan assabiyyah yang diharamkan oleh Islam. Juga, model politik baru yang diperkenalkan ini juga hakikatnya hanyalah sekadar sulaman penghias politik sekular yang sedia ada tanpa sedikitpun terlepas  dari asas sekularnya. Seperkara lagi yang menjadi kebiasaan di dalam setiap perhimpunan agung UMNO adalah isu kuasa politik atau ketuanan Melayu. Isu ini amat penting dan perlu sering dimainkan agar orang-orang Melayu tetap memberikan mandat pemerintahan negara kepada UMNO.

Tanggungjawab Politik Pemerintah

Sesungguhnya pemerintahan dan politik adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab pemerintah Muslim di dalam Islam adalah untuk menerapkan hukum Allah, bukannya hukum kufur. Islam menggariskan tujuh syarat untuk seseorang itu menjadi pemimpin yakni Muslim (bukannya Melayu), lelaki, baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu. Selain itu, terdapat syarat afdhaliyyah (keutamaan) seperti ia hendaklah seorang mujtahid, keturunan Quraisy, pemberani, ahli politik yang ulung, ahli peperangan dan seumpamanya. Harus difahami bahawa tugas kepimpinan adalah tugas siyasah (politik) yang bermaksud ria’yah asy-syu’un al-ummah (mengurusi urusan umat). Oleh kerana itu, sifat takwa perlu ada pada seseorang pemimpin agar ia mengatur umat dengan penuh amanah. Di dalam perlantikan pemimpin, Rasulullah SAW amat memerhatikan hal ini. Sulaiman ibnu Buraidah menuturkan dari bapanya bahawa ia berkata,

“Rasulullah apabila mengangkat seorang pemimpin pasukan atau ekspedisi pasukan (sariyah) selalu mewasiatkan takwa kepadanya dan berbuat baik terhadap kaum Muslimin yang bersama dengannya” [HR Muslim].

Apabila seseorang pemimpin mempunyai ketakwaan iaitu sikap takut kepada Allah dan muraqabah (merasa sentiasa diawasi oleh Allah), baik dalam keadaan sembunyi mahupun terang, maka sikap ini akan menjauhkannya dari bersifat zalim.

Allah SWT telah mewajibkan seorang pemimpin untuk memberikan nasihat yang baik kepada rakyatnya dan Allah mengingatkannya untuk sentiasa amanah dalam mengelola harta negara. Allah mengharamkan syurga bagi para pemimpin yang tidak memberikan nasihat kepada umat atau kepada pemimpin yang menipu atau suka mengambil harta rakyatnya. Ma’qil bin Yasar r.a. menuturkan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Siapa sahaja yang diberi kedudukan oleh Allah untuk mengurus umat dan ia tidak memberi nasihat yang tulus kepada mereka (umat), ia tidak akan mencium bau syurga” [HR Bukhari].

Rasulullah SAW juga bersabda, “Siapa sahaja pemimpin yang mengurusi kaum Muslimin, kemudian dia mati dalam keadaan menipu mereka, maka Allah mengharamkan syurga baginya” [HR Bukhari & Muslim].

Abu Said r.a. juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap pengkhianat akan membawa sebuah bendera pada Hari Pembalasan yang akan dikibarkan sama tinggi dengan (tingkat) pengkhianatannya dan tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan (yang dilakukan oleh) seorang pemimpin umat” [HR Muslim].

Di dalam menguruskan umat (politik) Allah SWT telah menetapkan peraturan yang wajib digunapakai oleh pemimpin untuk memimpin rakyatnya. Para pemimpin wajib memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Allah SWT melarang sama sekali pemimpin menggunapakai sistem dan undang-undang selain Islam. FirmanNya,

“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”
[TMQ al-Ma’idah (5):44].

“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

“...Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].

Allah SWT tidak memberi pilihan sama sekali kepada manusia kecuali wajib berhukum dengan hukumNya. Oleh itu, di bahu pemimpin terletak satu beban yang besar yakni menerapkan hukum Allah. Inilah tanggungjawab politik (political responsibilities) seseorang pemimpin yang mana jika ia gagal menguruskan umat ini dengan hukum Islam, maka nerakalah yang layak baginya. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah yang amat besar dan berat. Abu Dzar r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,

“Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak berkenan mengangkat diriku sebagai pemimpin wilayah?’ Rasulullah kemudian menjawab seraya menepuk-nepuk kedua bahunya, ‘Wahai Abu Dzar, kamu adalah seorang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah suatu amanah yang akan membuat orang menjadi hina dan menyesal pada Hari Kiamat, kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya” [HR Muslim].

Definisi Politik Dan Perjuangan Politik

Politik (siyasah) bermaksud ri’ayah asy-syu’un al-ummah (mengatur urusan umat), baik di dalam mahupun  luar negeri. Politik dilaksanakan baik oleh negara mahupun rakyat. Tugas Negara adalah mengurus kepentingan umat manakala tugas umat adalah melakukan muhasabah terhadap Negara (pemerintah). Inilah politik. Namun, sejak Daulah Khilafah dihancurkan pada 28 Rajab 1342 H (3 Mac 1924), sistem politik Islam sudah tidak lagi diamalkan yang seterusnya diganti oleh sistem politik kufur. Sejak itulah masuknya pelbagai konsep politik kufur Barat yang tertegak di atas ideologi Kapitalisme yang bersifat faslu ad-deen ‘an al-hayah (memisahkan agama dari kehidupan). Memisahkan politik dari agama dan kehidupan bermakna menghancurkan Islam, sistem-sistemnya, undang-undangnya, nilai-nilai dan peradabannya serta menghancurkan umat Islam itu sendiri. Negara-negara Kapitalis penjajah adalah negara penganut doktrin pemisahan agama dari kehidupan dan politik (sekular). Mereka secara aktif menyebarluaskan doktrin ini dan menerapkannya di negeri-negeri kaum Muslimin. Mereka menyesatkan dan menggambarkan kepada umat Islam bahawa politik tidak sejalan dan tidak boleh dicampuradukkan dengan agama. Mereka menyatakan bahawa politik itu adalah pragmatis, lalu umat Islam dijauhkan dari kefahaman politik yang sebenar dan ‘dipaksa’ menerima definisi politik seadanya (yang dibawa Barat) dan mustahil untuk mengubahnya. Hal ini dimaksudkan agar umat, termasuk para ulama, menjauhi politik (malah ada yang menyifatkannya keji/kotor) dan natijahnya mereka (umat Islam) tetap berada di bawah penguasaan politik dan telunjuk Barat yang kafir.

Kuffar Barat berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan umat Islam terus menjauhi politik, agar umat terus lesu dan tenggelam di dalam perkara-perkara ‘ibadah’ tanpa memperhatikan aspek sistem dan undang-undang yang diterapkan dalam negara dan tanpa memperhatikan apakah aktiviti penguasa bertepatan dengan hukum syarak atau tidak. Kaum kafir juga cuba menjauhkan umat dari kelompok-kelompok politik atau dari keterlibatan dalam bidang politik, tetapi menggalakkan penubuhan atau penglibatan di dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan khairat (kebajikan), seni, persatuan-persatuan dan seumpamanya. Dengan menjauhkan umat Islam dari politik, maka Barat berjaya menyibukkan umat Islam dengan perbincangan dan perbalahan yang tak berkesudahan mengenai perkara-perkara sunat dan makruh dan perkara remeh-temeh lainnya tanpa menghiraukan perkara-perkara wajib dan haram khususnya di dalam aspek pemerintahan! Puak kuffar ini sedar bahawa umat Islam tidak akan berupaya menyerang pemikiran politik kufur (yang mereka bawa/sebarkan) tanpa kewujudan aktiviti politik atau terlibat dalam organisasi politik yang berasaskan Islam. Barat sedar bahawa tanpa kesedaran politik dan tanpa penglibatan umat Islam di dalam politik Islam (untuk menyerang politik kufur), maka, pemimpin sekular, sistem kufur sekular dan undang-undang kufur yang diamalkan di negara kaum Muslimin, akan terus dapat dipertahankan kewujudannya. Tanpa kesedaran dan aktiviti politik juga, umat Islam tidak mampu menemui jalan yang boleh membangkitkan mereka  dan terus hanyut di dalam arus kejahilan. Inilah yang dikehendaki oleh Barat.

Tidak berhenti di situ, apabila Barat mendapat tahu bahawa terdapat parti politik yang berusaha membangkitkan umat dengan (aktiviti politik) membongkar kejahatan penguasa-penguasa sekular dan membongkar agenda Barat ke atas umat Islam dan ingin menerapkan hukum Islam secara kaffah (menyeluruh), maka Barat terus mengisytiharkan ‘perang’ ke atas parti politik tersebut. Apatah lagi jika sesebuah parti politik itu bersifat internasional yang menyeru penyatuan umat Islam di bawah satu pemerintahan (Daulah Khilafah) tanpa mengira sempadan, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa, Barat akan terus mengaitkan parti politik tersebut dengan ekstremisme, radikalisme dan terorisme. Namun jika sesebuah parti politik itu bersifat lokal dan masuk ke dalam acuan demokrasi, maka hal ini dibiarkan sahaja oleh Barat kerana ia tidak mengancam kepentingan mereka.

Oleh sebab itu, umat Islam harus memahami sepak-terajang di sebalik perseteruan negara-negara kafir dan penguasa-penguasa sekular yang berkiblatkan Barat dengan kelompok-kelompok Islam yang berjuang di bidang politik untuk memerangi pemikiran-pemikiran kufur, sistem dan undang-undang kufur seterusnya menegakkan pemerintahan Islam (yakni) Daulah Khilafah. Umat Islam harus memahami definisi politik dengan benar, baik secara bahasa mahupun secara syar’i dan bahawa politik Islam itu tidak dapat dipisahkan dari Daulah Islam! Politik Islam juga tidak akan dapat direalisasikan tanpa adanya Negara Islam. Tanpa Negara Islam (Khilafah), Islam sebenarnya mati secara politis kerana Khilafah merupakan institusi politik umat Islam yang menerap, menjaga dan menyebarkan risalah Islam ke seluruh penjuru alam. Inilah metod syar’iyyah untuk menerapkan sistem dan hukum Islam di dalam kehidupan, iaitu dengan adanya aktiviti politik dan parti politik yang berusaha untuk menegakkan sebuah Negara Islam (Khilafah) yang seterusnya akan menggantikan pemerintahan kufur-sekular, pemikiran kufur-sekular serta sistem dan undang-undang kufur yang membelenggu umat Islam selama ini.

Tanggungjawab Politik Rakyat

Selain pemimpin yang mempunyai tanggungjawab politik, Allah SWT juga memberi tugas politik kepada umat Islam secara keseluruhan untuk menjadi pengawas kepada pemimpin bagi memastikan pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya. Betapa wajib dan mulianya tugas ini sehingga Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang mati di dalam proses menentang kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin merupakan penghulu syuhada’. Sabda Rasulullah SAW,

“Penghulu syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan orang-orang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, memerintahkannya kepada kemakrufan dan melarangnya dari kemungkaran, kemudian ia (pemimpin tersebut) membunuhnya” [HR Hakim].

Islam menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang berdiam diri (redha) dengan perbuatan salah yang dilakukan oleh pemimpin, malah secara sukarela mengikutinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan (dihisab) di hadapan Allah dan dia tidak akan terlepas dari azab Allah. Rasulullah SAW bersabda,

“Akan ada para pemimpin, lalu kalian (ada yang) mengakui perbuatan (salah)nya dan (ada yang) mengingkarinya. Siapa sahaja yang mengingkari (kejahatan)nya maka dia tidak akan diminta pertanggungjawaban (tidak dihisab) dan dia akan selamat (dari azab). Tetapi siapa sahaja yang redha dan mengikuti (perbuatan salah)nya (dia akan celaka). Para sahabat bertanya, ‘Tidakkah kita perangi sahaja mereka?’ Baginda bersabda, ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam)” [HR Muslim].

Haram hukumnya bagi umat Islam untuk berdiam diri dengan tindakan maksiat pemerintah. Muhasabah pemerintah adalah suatu tindakan politik dan ia wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menentang tindakan salah/maksiat dari para pemimpin. Muhasabah ke atas pemimpin wajib dilakukan dengan apa cara sekalipun sama ada secara perseorangan mahupun berjamaah, baik di dalam bentuk bersemuka, demonstrasi aman, melalui lisan mahupun penulisan. Malah jika tidak mampu melakukan itu semua, maka selemah-lemah iman adalah wajib untuk tidak redha (dengan hati) dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Siapa sahaja yang tidak mengingkari kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin, maka dia telah berdosa di sisi Allah dan layak menerima azab, sebagaimana disebut di dalam hadis di atas. Siapa sahaja yang mengikut dan taat kepada pemimpin yang melakukan maksiat ini, maka Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kedua-duanya di akhirat kelak. Firman Allah,

“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].

Di dalam ayat lain, Allah menerangkan,

“...Dan seandainya orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka tidak akan melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka”
[TMQ al-Baqarah (2):165-167].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kemaksiatan apakah yang lebih besar yang dilakukan oleh pemimpin selain dari tidak menerapkan hukum Allah? Betapa besarnya dosa tidak menerapkan hukum Allah sehingga boleh menjadikan mereka kafir [TMQ al-Ma’idah (5):44]. Juga, antara kemaksiatan yang terbesar ialah apabila para pemimpin ini dengan jelas lagi nyata menyeru kepada assabiyyah (perkauman) dan disahut pula oleh para pengikutnya. Rasulullah SAW menafikan para penyeru dan pejuang assabiyyah ini sebagai umat baginda. Sabda Nabi SAW,

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai insan yang mahu menjadi umat Muhammad dan memperoleh syafaatnya di padang mahsyar nanti! Tinggalkanlah segera seruan dan perjuangan assabiyyah sebelum terlambat!!! Ingatlah bahawa pemerintahan yang ada pada hari ini bukanlah pemerintahan Islam dan wajib diubah. Berjuanglah untuk menegakkan pemerintahan Islam (Khilafah) melalui jalan politik Islam yang sebenar. Ingatlah bahawa berpolitik itu wajib hukumnya dan berpolitik itu boleh membawa seseorang itu ke syurga dan juga ke neraka. Ingatlah bahawa halatuju perjuangan politik, baik model lama mahupun model baru, selama mana ia berteraskan sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen ‘an al-hayah) dan bertunjangkan assabiyyah, maka demi sesungguhnya ia pasti akan menghalakan seseorang itu ke neraka, bukan ke syurga. Al-Quran dan al-Hadis telah pun mengingatkan kalian akan hal ini. Justeru, buatlah pilihan sebelum tiba hari di mana kalian tidak lagi dapat memilih!
Share:

21 October 2010

Benarkah Al-Mahdi(IMAM MAHDI) yang akan mendirikan negara KHILAFAH???

 
Soal:

Keyakinan kaum Muslim akan kembalinya Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah semakin meningkat. Namun, ada sebagian yang percaya, bahwa Khilafah akan berdiri sendiri, karena sudah merupakan janji Allah. Caranya, dengan menurunkan Imam Mahdi. Pertanyaannya, benarkah Imam Mahdi yang akan mendirikan Khilafah? Ataukah kaum Muslim yang mendirikannya, kemudian lahirlah Imam Mahdi?


Jawab:

Pertama: Kalaupun ada hadis yang menunjukkan Imam Mahdi akan mendirikan Khilafah, maka hadis tersebut tetap tidak boleh dijadikan alasan untuk menunggu berdirinya Khilafah. Sebab, berjuang untuk menegakkan Khilafah hukumnya tetap wajib bagi kaum Muslim, sebagaimana hadis Nabi saw.:

مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةِ اللهِ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَحُجَّةَ لَهُ، وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً

Siapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, niscaya dia akan menjumpai Allah pada Hari Kiamat tanpa mempunyai hujah. Siapa saja yang mati, sedangkan di atas pundaknya tidak terdapat baiat, maka dia mati dalam keadaan jahiliah. (HR Muslim).1

Manthûq hadis di atas menyatakan, “Siapa saja yang mati, ketika Khilafah sudah ada, dan di atas pundaknya tidak ada baiat, maka dia mati dalam keadaan jahiliah.” Atau “Siapa yang mati, ketika Khilafah belum ada, dan dia tidak berjuang untuk mewujudkannya, sehingga di atas pundaknya ada baiat, maka dia pun mati dalam keadaan mati jahiliah.”

Karenanya, kewajiban tersebut tidak akan gugur hanya dengan menunggu datangnya Imam Mahdi.

Kedua: Memang banyak hadis yang menuturkan akan lahirnya Imam Mahdi, namun tidak satu pun dari hadis-hadis tersebut menyatakan bahwa Imam Mahdilah yang akan mendirikan Khilafah. Hadis-hadis tersebut hanya menyatakan bahwa Imam Mahdi adalah seorang khalifah yang salih, yang akan memerintah dengan adil, dan akan memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penyimpangan. Abi Said al-Hudhri ra. berkata, bahwa Nabi saw. pernah bersabda:

لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَمْتَلِيءَ الأَرْضُ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا، ثُمَّ يَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ أَوْ عِتْرَتِيْ فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَعُدْوَانًا

Hari Kiamat tidak akan tiba, kecuali setelah bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. Setelah itu, lahirlah seorang lelaki dari kalangan keluargaku (Ahlul Bait), atau keturunanku, sehingga dia memenuhi dunia ini dengan keseimbangan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan permusuhan. (HR Ibn Hibban).2

Dalam riwayat lain, Abdullah menuturkan bahwa Nabi Rasulullah saw. bersabda:

لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمْلِكَ النَّاسَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِىءُ اسْمَهُ اسْمِي وَاسْمَ أَبِيْهِ اسْمُ أَبِيْ فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا وَعَدْلاً

Hari Kiamat tidak akan tiba, kecuali setelah manusia ini diperintah oleh seorang lelaki dari kalangan keluargaku (Ahlul Bait), yang namanya sama dengan namaku, dan nama bapaknya juga sama dengan nama bapakku. Dia kemudian memenuhi dunia ini dengan keseimbangan dan keadilan. (HR Ibn Hibban).3

Ketiga: Hanya saja, terdapat riwayat yang menyatakan, bahwa Imam Mahdi tersebut lahir setelah berdirinya Khilafah, bukan sebelumnya. Ummu Salamah menyatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ المَدِيْنَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيَخْرُجُوْنَهُ وَهُوَ كاَرِهٌ فَيُبَايِعُوْنَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنَ الشَّامِ فَيُخْسِفَ بِهِمْ بِالبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالمَدِيْنَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أهْلِ العِرَاقِ فَيُبَايِعُوْنَهُ، ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ الشَّامِ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيُظْهِرُوْنَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةِ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيْمَةَ كَلْبٍ فَيُقَسِّمُ المَالَ وَيَعْمَلُ فِي النَّاسِ.. وَيُلْقِيَ الإِسْلاَمَ بِجِرَانِهِ فِي الأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِيْنَ ثُمَّ يَتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الُمسْلِمُوْنَ وَفِي رِوَايَةٍ فَيَلْبَثُ تِسْعَ سِنِيْنَ

Akan muncul pertikaian saat kematian seorang khalifah. Kemudian seorang lelaki penduduk Madinah lari diri ke Kota Makkah. Penduduk Makkah pun mendatanginya, seraya memintanya dengan paksa untuk keluar dari rumahnya, sementara dia tidak mau. Lalu mereka membaiatnya di antara Rukun (Hajar Aswad) dan Maqam (Ibrahim). Disiapkanlah pasukan dari Syam untuknya hingga pasukan tersebut meraih kemenangan di Baida’, tempat antara Makkah dan Madinah. Tatkala orang-orang melihatnya, dia pun didatangi oleh para tokoh Syam dan kepala suku dari Irak, dan mereka pun membaiatnya. Kemudian muncul seorang (musuh) dari Syam, yang paman-pamannya dari suku Kalb. Dia pun mengirimkan pasukan untuk menghadapi mereka, lalu Allah memenangkannya atas pasukan dari Syam tersebut, Pasukan itu adalah pasukan (yang didorong oleh ambisi) suku Kalb dan itulah kekalahan bagi orang yang tidak mendapatkan ghanîmah Kalb. Al-Mahdi lalu membagi-bagikan harta-harta tersebut dan bekerja di tengah-tengah masyarakat… menyampaikan Islam ke wilayah di sekitarnya. Tidak lama kemudian, selama tujuh tahun, dia pun meninggal dunia, dan dishalatkan oleh kaum Muslim (Dalam riwayat lain dinyatakan, tidak lama kemudian, selama sembilan tahun). (HR ath-Thabrani)

Hadis di atas dengan jelas menyatakan, bahwa akan lahir khalifah baru setelah meninggalnya khalifah sebelumnya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam ungkapan:

يَكُوْنُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيْفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ

Akan muncul pertikaian saat kematian seorang khalifah. Kemudian keluarlah seorang lelaki..” (HR ath-Thabrani).

Dengan demikian, pandangan yang menyatakan bahwa Imam Mahdilah yang akan mendirikan Khilafah Rasyidah Kedua jelas merupakan pandangan yang lemah. Demikian juga pandangan yang menyatakan bahwa tidak perlu berjuang untuk menegakkan Khilafah, karena tugas itu sudah diemban oleh Imam Mahdi, sehingga kaum Muslim sekarang tinggal menunggu kedatangannya, adalah juga pandangan yang tidak berdasar.

Jadi, jelas sekali bahwa Imam Mahdi bukanlah orang yang mendirikan Khilafah, dan dia bukanlah khalifah yang pertama dalam Khilafah Rasyidah Kedua yang insya Allah akan segera berdiri tidak lama lagi.

Karena itulah, tidak ada pilihan lain bagi setiap Muslim yang khawatir akan mati dalam keadaan jahiliah, selain bangkit dan berjuang bersama-sama para pejuang syariah dan Khilafah hingga syariah dan Khilafah tersebut benar-benar tegak di muka bumi ini. Allâhu akbar! [Ust Hafidz Abdurrahman]

Catatan kaki:
1 Lihat, Muslim, Sahih Muslim, juz , hal.
2 Lihat, Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, Mu’assasah ar-Risalah, Beirut, cetakan II, 1993, juz XV, hal. 236.
3 Lihat, Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, Mu’assasah ar-Risalah, Beirut, cetakan II, 1993, juz XV, hal. 236.
Share:

19 October 2010

SN234 - SIAPA YANG AKAN MEMBEBASKAN DR. AAFIA SIDDIQUI?

SIAPA YANG AKAN MEMBEBASKAN DR. AAFIA SIDDIQUI?
 

[SN234] Di saat pelbagai penderitaan yang melanda dunia, khususnya dunia Islam, baik dari segi kemiskinan, jenayah, peperangan, penahanan, penyeksaan, pembunuhan, pengkhianatan dan sebagainya yang masih tidak berkesudahan, terdapat sekelompok puak yang masih tidak peduli itu semua dan terus tenggelam dalam seribu macam kenikmatan dan kemewahan serta terus berusaha mengejar publisiti dan glamour. Setelah menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama’ Malaysia, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah berusaha bersungguh-sungguh menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama (First Lady Summit) di Kuala Lumpur. Sebagai rakyat, kita harus mempersoalkan untuk apakah Sidang Kemuncak ini diadakan dengan menghabiskan banyak duit rakyat?
Apakah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat dengannya? Kita juga harus mempersoalkan berapa juta Ringgit Malaysia-kah yang telah dibelanjakan untuk mengadakan Sidang Kemuncak yang tidak berfaedah itu dan dari manakah peruntukan tersebut datang? Harakahdaily.com melaporkan bahawa sebelum ini, Rosmah telah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran tersebut untuk isteri beliau itu. Persidangan Wanita Pertama yang bermula pada 10 Oktober di hotel Palace of The Golden Horses itu disertai 15 Wanita Pertama dan enam wakil Wanita Pertama dan 20 orang menteri yang bertemakan “Hari Ini Kanak-kanak, Esok Pemimpin”. Walaupun persidangan ini ternyata tidak mendapat sambutan (hanya 15 dari 196 negara), namun di akhir persidangan tiga hari itu, satu deklarasi telah dibuat yang akan dikemukakan oleh Rosmah kepada badan kufur terbesar dunia iaitu PBB.  

Menurut Wikipedia, gelaran ‘First Lady’  adalah berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 1849 apabila Presiden AS ketika itu, Zachary Taylor menggelar Dolley Madison sebagai ‘First Lady’ semasa upacara pengebumiannya melalui sebuah ucapan yang ditulis Zachary sendiri. Gelaran First Lady mendapat pengiktirafan negara pada tahun 1877 apabila Mary C. Ames menulis sebuah artikel di dalam akhbar New York City, The Independent yang melaporkan pelantikan Presiden Rutherford B. Hayes di mana isterinya Lucy Webb Hayes digambarkan sebagai the First Lady. Gelaran First Lady kemudian terus sinonim dengan isteri-isteri Presiden AS berikutnya sehinggalah sekarang. Begitulah sejarah gelaran First Lady di mana ia tidak bernilai setitik pun di sisi Islam kerana dicedok dari negara kufur dan dari orang-orang kafir. Janganlah sehingga kita tergolong dari golongan yang disebutkan oleh Rasulullah , ‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah sebahagian dari kaum tersebut’ [HR Ahmad]. Sautun Nahdhah kali ini ingin mengungkapkan penderitaan yang telah dan sedang di alami oleh seorang Muslimah yang mana kisah menyayat hatinya ini langsung tidak mendapat perhatian, baik dari ‘Wanita Pertama’ mahupun suaminya mahupun juga dari mana-mana pemimpin umat Islam yang begitu ramai saat ini!

Dr. Aafia Siddiqui Yang Tidak Mendapat Pembelaan

Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan biadab” dan memasuki Korea Utara secara haram. Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutus untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bernama Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Islam dan beliau tidak mempunyai pemimpin yang boleh menjaga serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Aafia Siddiqui dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan kedoktoran di England. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang penghafal al-Quran. Dr. Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-ulang kali, diseksa dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya. Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak berkuasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan yang tidak diketahui.

Walaupun kehilangannya telah dilaporkan namun langsung tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa Pakistan, malah sebaliknya seminggu selepas kehilangan beliau, bapanya telah didatangi oleh sepasukan ejen perisikan dan diugut agar tidak mendedahkan kehilangan Aafia kepada umum jika tidak mahu berdepan dengan risiko buruk. Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar ‘Tahanan 650’ telah dimasukkan ke Pengkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis cageprisoners.com telah menulis tentang Tahanan 650 (Aafia) yang menceritakan kisah penyeksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau telah dirogol berulang-kali selama lebih empat tahun. Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema (dengan jeritan kesakitan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan lain untuk melancarkan mogok lapar. Yvonne menggelar beliau sebagai ‘wanita seram’ kerana beliau sudah mirip seperti hantu di mana tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui siapa sahaja yang mendengarnya. Hal seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.

Kedua-dua pihak baik kerajaan Pakistan mahupun Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehinggalah kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media. Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal terus dilemparkan bahawa beliau telah merampas senjata dari tangan seorang tentera Amerika dan menembak beberapa orang pegawai tentera Amerika. Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradiksi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kawasan halaman Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa buku panduan (manual) tentang letupan dan ‘bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bekas yang bertutup’ bersamanya. Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika (walhal tiada siapa pun di antara mereka yang tercedera) namun sebaliknya Aafia telah tertembak dirinya sendiri dalam kejadian itu.

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan ke atas Aafia semasa beliau ditahan di bawah jagaan Amerika di mana salah satu dari buah pinggangnya telah dibuang, beberapa batang giginya telah dicabut, hidung beliau telah dipatahkan dan diperbetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna, rambut beliau dicabut dengan cara yang menyakitkan dan luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna menyebabkan darah berterusan mengalir. Beliau juga sering dipukul dengan objek keras dan dipaksa berjalan di atas Al-Quran dalam keadaan bogel dan banyak lagi penyeksaan lainnya yang langsung tidak berperikemanusiaan. Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di mahkamah untuk dibicarakan dengan berkerusi roda dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim, “Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara bahawa beliau sangat risaukan anak-anaknya terbiar kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan. Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun di dalam penjagaan pihak Amerika dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan tahap kesihatan yang amat buruk. Beliau juga sering diperlakukan dengan cara yang memalukan, dibogelkan dan disiasat seluruh anggota badan dengan cara yang amat menghinakan selepas setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan menyatakan bahawa beliau berkemungkinan telah menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder). Laman web Justice For Aafia Coalition (JFAC) melaporkan bahawa kesemua anak Aafia juga diculik bersama ibu mereka dan berada di bawah tahanan Amerika secara berasingan dan nasib mereka tidak diketahui sehinggalah ke tahun 2008 apabila salah seorang anaknya, Ahmed Siddiqui dilepaskan dari tahanan AS selepas kesnya terbongkar. Sejurus dibebaskan Ahmed menceritakan bagaimana detik-detik dia diculik bersama ibunya dan adik-adiknya yang lain dan salah seorang dari adiknya yang bongsu yang masih bayi telah terbunuh. Ahmed juga menceritakan bagaimana dia diseksa oleh tentera Amerika bersama sebilangan kanak-kanak yang lain.

Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan di bawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang dan menjengkelkan, akhirnya, pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh. Satu hukuman yang langsung tidak masuk akal oleh sebuah negara yang kononnya bertamaddun dan memperjuangkan hak asasi manusia! 

Khilafah Sebagai Pembela

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah betapa jahatnya AS, baik di bawah pimpinan Bush mahupun Obama yang mana pemimpin umat Islam (termasuk Perdana Menteri Malaysia) sedang berbaik, menagih dan meraih keagungan dengannya. Saksilah wahai saudaraku betapa dahsyatnya penderitaan yang telah dan sedang ditanggung oleh seorang Muslimah tanpa mendapat sedikitpun pembelaan dari para pemimpin Islam dari negara manapun! Sungguh, para pemimpin ini benar-benar pengkhianat kepada Allah dan Rasul dan kepada kaum Muslimin dan mereka tunduk kepada Amerika la’natullah. Pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang Muslimah kepada kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: “ Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya (kepada pihak yang menindas)” [HR Bukhari]. Selain Dr. Aafia, sesungguhnya masih ramai Muslimin dan Muslimat yang sedang mengalami penderitaan yang sama di dalam penjara di Guantanamo, Abu Ghraib, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA. Beginilah keadaan umat Islam tatkala tidak ada Khalifah sebagai pembela.

Pada zaman Rasulullah SAW, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ telah mempermainkan kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap apabila beliau bangun. Seorang Muslim yang kebetulan berada di situ terus bingkas membela dengan membunuh Yahudi tadi. Kaum Yahudi kemudiannya membalas dengan membunuh pula Muslim tersebut.  Keluarga Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslimin yang lain dan berita ini sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda lalu terus memimpin pasukan tentera dan menyerang Yahudi Bani Qainuqa’. Selepas lima belas hari dikepung, Yahudi Bani Qainuqa’ berjaya dikalahkan dan seluruh bangsa terlaknat itu dihalau dari tempat tinggal mereka.

Imam Ibnu Athir mencatatkan dalam Al-Kamil fi-Tarikh, sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama Amuriyyah. Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan Muslimah itu. Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu “Wahai Mu’tasim, wahai Mu’tasim”. Tatkala berita ini sampai kepada Mu’tasim, beliau terus menyahut seruan Muslimah tadi dan dengan penuh keberanian melaungkan, “Labbaik” (Aku datang menyahut seruanmu). Mu’tasim mempersiapkan bala tenteranya dan melancarkan jihad ke atas Rom demi menyelamatkan Muslimah tersebut. Beliau berjaya mengalahkan musuh dan menakluki Amuriyyah. Imam Sayuti di dalam Tarikh al-Khulafa’ menulis bahawa 3000 tentera Rom telah terkorban dan 30,000 yang lain ditawan di dalam peperangan ini. Muslimah tadi berjaya dibebaskan dan kemuliaannya dikembalikan. Qutaibah, komander pasukan tentera Muslim berkata, “Demi Allah! Selepas ini tidak akan ada seorang pun wanita Muslim yang akan (dibiarkan) dihina...”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mengirim sepucuk surat kepada tahanan perang Muslimin di Konstantinopel dengan menulis, “Kalian mengatakan diri kalian adalah tahanan perang (walhal) sebenarnya, kalian bukanlah begitu. Kalian telah dipenjara kerana berjihad di jalan Allah. Aku ingin memberitahu kalian, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan si fulan bin si fulan dengan (membawa) 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian. Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Rom yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi. Aku juga telah mengutus si fulan bin si fulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar. Maka bergembiralah kalian! Assalamu’alaikum.”

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah bagaimana sedikit nukilan dari tinta emas sejarah Islam yang membuktikan betapa Daulah Khilafah benar-benar menjaga kehormatan dan kemuliaan walau hanya seorang Muslimah. Lihatlah juga bagaimana Negara Kufur Amerika yang menjaga rakyatnya di mana ‘bekas Presiden’ sendiri di hantar untuk membebaskan rakyatnya yang ditahan. Lihatlah pula bagaimana (jika pun ada) reaksi dari pemimpin umat Islam sekarang terhadap Dr. Aafia Siddiqui dan lain-lain tahanan Muslim yang ada di penjara kuffar! Apakah dengan segala kisah seperti ini masih tidak menyedarkan kalian wahai kaum Muslimin, betapa perlunya kita kepada Khilafah? Apakah kalian masih mahu terus berdiam diri dari usaha menegakkan Khilafah dan masih ingin terus membiarkan pemimpin sekular yang tidak mempedulikan umat Islam ini berkuasa? Sungguh, tidak ada kata-kata lebih baik yang boleh diluahkan kepada pemimpin yang membiarkan umat ini menderita, yang masih bermewah-mewah dengan segala harta, pangkat dan kedudukan tatkala saudara-saudara kita yang lain sedang bersabung nyawa menahan seksa, kecuali dengan perkataan “Bersenang-senanglah kamu wahai para pemimpin pengkhianat! Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan apa yang kamu lakukan dan sesungguhnya azab Allah sedang menanti kamu.”
Share:

17 October 2010

Seorang Muslimah Sejati

seorang muslimah sejati,
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati,
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi,
cinta untuk dirasa...

namun manjanya,
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia...

ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada,
jasad yang gagah...

seorang gadis itu...

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini...

dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya...

seorang gadis itu...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah dan tenang sikapnya,
teman Ar-Rasul,
pengubat duka dan laranya...

bijaksana ia,
menyimpan lmu,
si teman bicara,
dialah Ishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah...

seorang gadis itu...

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLAH memuji...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah,
kesayangan ayahanda...

suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan,
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan ALLAH...

seorang gadis itu...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya,
dengan yakin Deennya,
dengan teguh Aqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
ALLAH jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia,
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga dan ummahnya...

seorang gadis itu...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan dan penghargaan,
tanpa jemu dan tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan...

seorang gadis itu...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya...

kerna seorang gadis itu...

yang hidup di zaman ini,
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah dan kalah,
dalam pertarungan yang lama,
dari rebah dan salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan...

seorang gadis itu...

anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu...

tinggallah di dunia,
sebagai bidah,
dayah dan mujahidah,
pejuang ummah...

anak ummi dan ayah,
muslimah yang solehah...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi dan ma'rifatullah...

seorang gadis itu...

moga akan pulang,
dalam cinta dan dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan,
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

moga Ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu,
menuju cintaNYA yang ABADI!



Share:

14 October 2010

SN233 - HARTA HARAM, KE MANA MAHU DIBELANJAKAN?

[SN233] Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Kali ini adalah rentetan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin [UM 25/09/10]. Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis ‘besar-besaran’ yang ‘dianjurkan’ oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.

Sebagai respon kepada pendedahan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa kerajaan negeri memang ada menerima wang derma dari syarikat judi tersebut, namun ia digunakan untuk membantu orang bukan Islam yang miskin kerana di Pulau Pinang terdapat juga golongan bukan Islam yang miskin. Manakala bantuan yang disalurkan kepada orang Islam adalah datang dari hasil lebihan belanjawan negeri yang dapat mereka jimatkan selama ini. Guan Eng menegaskan bahawa beliau tahu haram hukumnya bagi orang Islam menerima wang judi dan beliau tidak berbuat demikian, tetapi UMNO dan media talibarut merekalah yang telah memfitnahnya sedemikian rupa sebagai modal politik bagi mencari semula pengaruh mereka yang sudah hilang di Pulau Pinang [Harakahdaily]. Sebagai reaksi di atas isu ini, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesebuah dana daripada sumber berkenaan (sumber judi) jatuhnya tidak haram jika disatukan dengan dana-dana lain. Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri Kelantan juga mendapat sumber kewangan daripada kedai-kedai pajak gadai dan pembayaran cukai arak bagi memperoleh pendapatan [UM 27/09/10]. Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercadang untuk mengasingkan punca hasil dari sumber judi dan arak daripada punca-punca hasil yang sah tidak lama lagi untuk kerajaan negeri jelapang padi tersebut [Harakahdaily].

Itulah sebahagian dari siri serangan yang dilakukan oleh UMNO ke atas pembangkang sejak kemenangan pembangkang memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Kadang-kadang kita merasa pelik dengan kedangkalan berfikir yang mereka tunjukkan. Siapa tidak tahu bahawa kerajaan UMNO adalah kerajaan (yang meluluskan) judi? Baru sahaja negara dikejutkan dengan tindakan maksiat UMNO yang telah meluluskan judi bolasepak sempena piala dunia, kini mereka ingin bercakap tentang kerajaan Pulau Pinang yang mengagihkan hasil judi. Tidakkah mereka ada ‘sedikit kesedaran’ bahawa wujudnya kesemua kelab-kelab judi di Malaysia, termasuklah kelab lumba kuda di Pulau Pinang tersebut adalah berpunca dari hasiltangan mereka sendiri? Begitulah juga dengan industri judi lainnya, kilang arak, kelab malam dan lain-lain benda haram yang tumbuh subur di sekitar Kuala Lumpur, Genting Highland, Bukit Tinggi, Ipoh dan lain-lain, bukankah kesemua ini merupakan ‘anak haram’ yang keluar dari ‘rahim’ UMNO sendiri? Sungguh aneh cara kerajaan sekular ini menangani isu ini di mana hasil judi mereka persoalkan tetapi kelab judi mereka biarkan! Mereka cuba memercik air di dulang seolah-olah tidak tahu bahawa ia akan terpercik ke muka sendiri!

Pengurusan Harta Ghulul Menurut Islam

Keharaman judi di dalam Islam adalah suatu yang qath’ie (pasti). Justeru, harta yang diperolehi melalui perjudian adalah haram untuk dimiliki, dimanfaatkan (sendiri) atau pun diagihkan (kepada orang lain). Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian beruntung” [TMQ Al-Maidah (5):90].

Oleh yang demikian, tidak boleh (haram) adanya sebarang aktiviti atau pusat perjudian di dalam sebuah negara Islam. Jika hal ini wujud, maka pelakunya akan dikenakan uqubat (hukuman) dan harta yang terkumpul (jika ada) dari aktiviti perjudian itu akan diurus mengikut hukum syara’ (akan diterangkan selepas ini). Sebagai Muslim, kita hendaklah faham bahawa walaupun judi haram ke atas orang Islam, namun judi juga tidak boleh dilakukan oleh orang kafir di dalam negara Islam. Hal ini adalah sebagaimana zina, mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Semua ini adalah haram di dalam Islam dan bukanlah keharaman itu semata-mata berlaku ke atas orang Islam, di mana orang kafir boleh berzina, mencuri dan merogol sesuka hati. Kita mesti ingat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negara. Maka larangan berjudi, berzina, mengambil riba, mencuri dan sebagainya adalah termasuk di dalam undang-undang negara yang mana rakyatnya tidak kira Islam mahupun kafir dilarang melakukan semua itu dan uqubat akan dikenakan ke atas setiap pelakunya sama ada Muslim mahupun kafir tanpa kecuali.

Itu dari satu sisi. Dari sisi lain yang perlu difahami adalah kedudukan harta yang diperolehi dari sumber-sumber yang haram, sekiranya hal ini memang berlaku di dalam Daulah Islam, bagaimanakah cara Khilafah menguruskannya? Harta yang diperolehi dari para wali/gabenor (pemerintah di peringkat Wilayah), para amil (pemerintah di peringkat Imalah) dan para pegawai negara (penjawat awam) melalui cara yang tidak syar’ie baik ia diperolehi dari harta milik negara atau harta milik masyarakat, dikenali sebagai harta ghulul (curang). Mereka tidak boleh mengambil harta-harta tersebut. Mereka hanya berhak ke atas elaun, imbuhan ataupun gaji yang telah ditetapkan untuk mereka sahaja. Setiap harta yang mereka perolehi melalui (jalan) pemanfaatan jawatan, kuasa atau status kepegawaian mereka, maka harta tersebut dianggap ghulul. Harta tersebut adalah harta haram dan tidak boleh dimiliki kerana ia tidak diperolehi melalui jalan yang syari’e. Mereka wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemilik asal jika diketahui dan jika tidak diketahui maka harta itu disita serta diserahkan kepada Baitul Mal (Perbendaharaan). Pengharaman ghulul adalah berdasarkan firman Allah SWT,

“..dan barangsiapa yang curang (yaghlul), pada hari kiamat ia akan datang membawa hasil kecurangannya”
[TMQ Ali-Imran (3):161].

Dari Muaz bin Jabal, ia berkata,

“Rasulullah SAW mengutusku ke Yaman. Setelah aku berangkat, baginda mengutus orang lain menyusulku. Aku pun pulang kembali. Rasulullah SAW bertanya kepadaku, ‘Tahukah engkau mengapa aku mengutus orang untuk menyusulmu? Janganlah engkau mengambil sesuatu tanpa izinku, itu merupakan ghulul (kecurangan). Barangsiapa yang berbuat curang, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan memikul beban kecurangannya. Kerana itulah aku memanggilmu, sekarang berangkatlah untuk melaksanakan tugasmu” [HR Tirmizi].

Di dalam kitab Al-Amwal Fi ad-Daulah al-Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum merincikan harta-harta yang termasuk dalam kategori ghulul iaitu:-

Pertama: Rasuah, iaitu harta yang diberikan kepada wali, amil atau pegawai negara dengan maksud memperolehi maslahat mengenai suatu kepentingan yang sepatutnya diputuskan oleh mereka tanpa bayaran. Rasuah adalah haram seluruhnya (mutlak) baik apapun bentuknya, sedikit atau banyak, melalui apa cara sekalipun ia diserahkan atau diterima. Hal ini dinyatakan oleh Nabi SAW melalui Abu Hurairah ra,

“Laknat Allah terhadap pemberi rasuah dan penerimanya di dalam (urusan) pemerintahan” [HR Abu Daud].

Begitu juga dalam hadis lain dari Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah” [HR Tirmizi].

Harta yang diterima melalui cara rasuah wajib dipulangkan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau disita dan disimpan di dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui) manakala pelaku rasuah, saksi serta perantaranya akan dikenakan uqubat.

Kedua: Hadiah atau hibah yang diperoleh oleh para penguasa atau pegawai negara seperti halnya rasuah. Mereka tidak boleh menerimanya sama sekali meskipun pihak yang memberi hadiah tersebut pada saat itu tidak mempunyai kepentingan tetapi ia ingin memperoleh kepentingan di kemudian hari. Harta jenis ini dikategorikan sebagai haram berdasarkan peristiwa Ibnu Utabiyyah yang ditugaskan sebagai amil zakat oleh Nabi SAW ke suatu tempat. Ibnu Utabiyyah kemudian menyerahkan zakat yang dikumpulnya bersama hadiah yang diberi orang kepadanya. Kemudian Rasulullah SAW mengharamkan hadiah tersebut [HR Bukhari-Muslim]. Sepertimana harta rasuah, harta yang diperolehi dengan cara hibah ini mesti dikembalikan kepada pemiliknya atau dimasukkan ke Baitul Mal.

Ketiga: Harta yang diperolehi para penguasa dan penjawat awam yang berasal dari harta atau tanah milik negara atau milik masyarakat yang diambil dengan jalan pemaksaan, kekerasan, tekanan dan penyalahgunaan kuasa. Kesemua harta yang diperolehi dengan cara ini adalah haram dan merupakan suatu kezaliman. Hal ini sama dengan kecurangan dan pelakunya akan masuk neraka berdasarkan hadis Nabi SAW,

“Barangsiapa yang secara zalim mengambil sejengkal tanah, maka kelak ia akan dikalungi Allah dengan (belenggu seberat) tujuh lapis bumi” [HR Mutafaq Alaih].

Harta ini wajib dikembalikan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau dimasukkan ke dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui). Tindakan seperti ini pernah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala menerima kekhilafahan dengan mengembalikan seluruh harta dan tanah yang diambil Bani Umayyah dari masyarakat secara tekanan kekuasaan.

Keempat: Harta samsarah (agency/pengejenan) dan ‘amulah (brokerage/komisyen) yang diperoleh para penguasa dan pegawai negara melalui bayaran oleh perusahaan asing atau lokal di atas jasa atau balasan kepada pemeliharaan kepentingan mereka. Seluruh harta seperti ini dianggap sebagai ghulul dan haram hukumnya. Hadis dari Mu’az bin Jabal di atas menjadi dalil kepada keharaman ghulul dalam hal ini. Samsarah dan ‘amulah merupakan harta yang diperolehi oleh penjawat awam tanpa diketahui oleh negara (‘bawah meja’) dan perbuatan ini dianggap sebagai rasuah kerana ia diberikan perusahaan terbabit bagi mendapatkan kontrak atau projek dan sebagainya demi mencapai kepentingan mereka, bukannya kepentingan umat mahupun negara.

Kelima: Harta penyelewengan (misappropriation), iaitu harta yang diperolehi oleh para penguasa dan penjawat awam melalui jalan penyalahgunaan harta negara yang berada di bawah kawalan mereka di dalam membiayai tugas pekerjaan mereka. Termasuk di dalam hal ini misalnya menaikkan jumlah tuntutan (claim) perjalanan, penipuan, pemalsuan dokumen/invois atau mengambil kesempatan di atas kelalaian petugas lain. Semua ini adalah perolehan harta secara ghulul yang wajib disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Umar al-Khattab sering melakukan hal ini di mana beliau ‘mengaudit’ para pegawainya dan mana-mana pegawai yang didapati memiliki kelebihan harta akan disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi oleh penjawat awam melalui cara yang tidak syar’ie, maka harta ini adalah kepunyaan Baitul Mal. Termasuk dalam masalah ini juga adalah harta yang diperolehi oleh seseorang dengan cara ‘penambahan kekayaan’ yang diharamkan oleh syara’ kerana ia adalah perolehan haram dan tidak sah dimiliki. Justeru, sesiapa sahaja yang memperolehi penambahan harta dengan cara (memakan) riba, ia tidak berhak memiliki harta tersebut kerana penambahan harta dengan cara riba adalah dilarang oleh Allah. Wajib mengembalikan harta riba tersebut kepada tuan asalnya (jika diketahui) dan jika tidak diketahui tuannya, maka hendaklah dikembalikan ke Baitul Mal. Begitulah juga dengan harta yang diperolehi dari hasil judi. Ia adalah haram untuk dimiliki atau dimanfaatkan oleh orang tersebut.

Keenam:  Harta  yang  bersumber  dari  denda  yang  dikenakan  oleh negara ke atas orang-orang yang tersabit kesalahannya sama ada berbuat dosa (maksiat) melanggar undang-undang negara atau peraturan-peraturan administratif dan seumpamanya. Denda ditetapkan oleh Islam berdasarkan sunnah yang diriwayatkan melalui Amru bin Syu’aib dari bapanya dan dari datuknya yang bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai buah-buahan di pokok, maka sabda Rasulullah SAW,

“Siapa sahaja yang memetik buah (di atas pokok) sekadar untuk memakannya (kerana keperluan mendesak) dan dia tidak mengambilnya, maka dia tidak dikenakan hukum apapun. Dan siapa sahaja yang mengambil buah dari pokok itu, maka ia dikenai denda dua kali ganda, dan dikenakan hukuman”
[HR Abu Daud dan Nasa’ie].

Denda ini merupakan ketetapan Islam di bawah hukuman ta’zir. Khalifah berhak menentukan jenis-jenis kesalahannya dan hukumannya serta kadar denda menurut ijtihadnya.

Demikianlah serba sedikit penjelasan mengenai pengurusan harta-harta ghulul di dalam Islam. Kesimpulannya, harta ghulul hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya jika diketahui dan hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul Mal jika pemiliknya tidak diketahui. Persoalan seterusnya yang perlu difahami adalah, apabila harta ghulul tersebut telah dimasukkan ke dalam Baitul Mal, maka status harta tersebut kini adalah sebagai milkiyah ad-daulah (hak milik negara) yang mana hak tasarruf (pemanfaatan) harta ini adalah terletak di tangan Khalifah. Oleh itu, Khalifah berhak menyalurkan kepada siapapun warganegara yang memang berhak untuk mendapatkannya. Pada saat harta itu disalurkan, maka status harta tersebut telah berubah menjadi halal bagi siapa sahaja warganegara yang telah menerimanya. Ini kerana, pemberian dari negara merupakan cara yang dibenarkan syara’ (sah) bagi seseorang memiliki harta.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang, antara perkara yang perlu difahami di dalam kes ini adalah ‘status’ Lim Guan Eng itu sendiri sebagai seorang penguasa negeri Pulau Pinang yang bukan beragama Islam. Statusnya tidak ubah sepertimana kedudukan penguasa di Amerika, Britain, Perancis, Sepanyol, China, Brazil dan lain-lain, yakni, sama-sama kafir. Oleh yang demikian, sumber pendapatan negara/negeri yang diperolehi dari hasil judi, arak, pelacuran, saham, insuran dan sebagainya merupakan harta yang ‘halal’ bagi mereka dan mereka berhak memberinya kepada mana-mana warganegara yang mereka kehendaki tidak kira Muslim mahupun non-Muslim, baik itu merupakan pemberian percuma ataupun di dalam bentuk bayaran gaji/upah. Oleh sebab itulah, seorang Muslim tidak dikira berdosa jika bekerja dengan sebuah kerajaan kufur dan menerima gaji dari kerajaan kufur (selama mana jenis pekerjaannya sah di sisi syarak) meskipun sumber pendapatan negara/negeri yang berkenaan adalah dari sumber yang haram seperti judi, arak, cukai, pelacuran dan seumpamanya. Walaupun hakikatnya penguasa kafir tersebut adalah berdosa besar di sisi Allah kerana kekufuran atau kesyirikannya kepada Allah dan sumber haram yang diambilnya serta kerana hukum kufur yang diterapkannya, namun seseorang ‘penerima hadiah/derma’ ataupun ‘penerima gaji’ dari kerajaan kufur tidaklah dikira haram atau berdosa.

Begitulah juga keadaannya dengan penguasa Muslim yang memberi hadiah atau gaji kepada rakyatnya dari sumber yang haram sebagaimana halnya kerajaan Malaysia hari ini. Walaupun penguasa tersebut telah melakukan dosa besar kerana mengambil pendapatan negara/negeri dari hasil judi, arak, cukai, minyak, rasuah, saham, riba dan sebagainya, namun warganegara yang menerima hadiah atau gaji tidaklah berdosa di sisi Islam. Ini kerana, hak tasarruf harta-harta tersebut terletak pada penguasa tadi. Ringkasnya, kita hendaklah membezakan di antara hukum orang yang memberi dan hukum orang yang menerima. Kita juga hendaklah membezakan ‘pihak’ yang memberi itu sendiri dari segi sama ada ia adalah penguasa/kerajaan atau syarikat atau individu. Berbeza dengan penguasa, syarikat atau individu tidak mempunyai hak tasarruf ke atas harta ghulul atau harta haram lainnya. Maka haram bagi syarikat atau individu terbabit untuk mengambil atau memberi harta ghulul dan haram pula bagi seseorang untuk menerima harta ghulul dari syarikat atau individu tersebut. Inilah kedudukan syara’ terhadap harta ghulul yang mana kita lihat masalahnya amat sukar untuk diatasi atau diselesaikan sekarang kerana institusi negara itu sendiri sudah amat korup dan bercelaru. Kerana itulah kita memerlukan sebuah negara Khilafah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menghilangkan segala keburukan ini dan akan meletakkan hukum Allah di tempat letaknya.

Wallahu a’lam.
Share:

Chat with me