12 December 2010

cerita kita, kami, saya dan anda

Assalamualaikum . . Fuhhh ! ! Penat bw . Jumaat malam hinggalah pagi hari ni ana tak ada kat rumah . Sekarang barulah ada . Ana tak ada kat rumah sebab mengembara ke suatu tempat . ( ada urusan )

Kawan2 sihat tak hari ni ? Apa yang kawan2 buat hari ni ?
Sebenarnya , ana tak ada apa2 pun yang nak dikatakan . Cuma nak share something . Apa dia huh ? Sabar2 . .

Bak kata orang indon , PACARAN ITU HARAM . Malaysia cakap apa ? Bercouple itu haram . Heeee ~
So , kat sini siapa yang tak bercouple ? Sila senyum2 gembira . Kalau yang couple , sila jauhkan diri daripada pasangan anda secepat mungkin . Maksudnya putuskan hubungan anda lah ye . Apa macam , sanggup tak ?

Meh sini , ana nak bagi special penghargaan kepada anda semua yang sanggup putuskan hubungan cinta dengan manusia yang bukan bergelar suami/isteri . Jadi , boleh atau tidak ? Mungkin ada yang sanggup , mungkin ada yang tak .

Apa respon mereka apabila kita cakap couple ni haram :
Saya tak pegang tangan , masih jaga lagi pergaulan . Jadi tak pelah .
Lantak akulah , yang kau sebok ape pasal ? !
Ye ke ? Tak percayalah aku .
Dan lain2 . Ayat ke 2 macam ganas sangatlah . Heee ~ Semua kata2 mereka tu dah biasa sangat ana dengar dan tau dan lain2 . Ana nak tau pula jawapan anda semua yang membaca ni . Adakah anda akan terima , atau tolak hakikat sebenar couple ? Mari sama2 kita fikirkan .



Ramai kita lihat , kebanyakkan yang terlibat dalam aktiviti couple adalah daripada kalangan remaja . Dan majoritinya di Malaysia ni orang Islam . Wah ! Tu dah mencemarkan nama baik Islam . Tak boleh jadi ni .

Kawan2 , bercinta dan bercouple itu boleh , tapi tunggulah masa yang paling sesuai . Masa yang paling sesuai adalah selepas nikah . Faham ?

Tapi , saya tak dapat nak tahan . Dia cantik/cun/lawa/comel sangat2

Hayati firman Allah:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (an-Nur [24]: 30-31)

“Dia mengetahui khianatnya (pandangan) mata dan apa yang disembunyikan oleh hati”.(al-Ghafir : 19)

Jadi , wajib bagi kita untuk menundukkan pandangan baik laki2 mahupun perempuan .

Tapi , ramai perempuan letak gambar dia kat laman2 sosial , Susah sangat2 saya nak tundukkan pandangan .

Mudah je caranya , lelaki dan perempuan mesti tundukkan pandangan . Lelaki dan perempuan mesti dan wajib menjaga rupa paras supaya orang ramai tak boleh senang2 je nak tengok muka diri sendiri . Faham ? Perlu kita fahami , Islam dah mengatur semuanya masalah kehidupan manusia dan makhluk2 lainnya . Jadi , wajib kita patuhi dan jangan sesekali ingkar .

Kawan2 , sebenarnya panjang lagi ana nak cakap ni . Tapi , mungkin lain kali je la . Kalau ada apa2 soalan , tanya je kat ana ye . :)
Share:

3 manusia berfikir:

  1. bagus nasihat kamu ..saye suka cara kamu meyampaikan sesuatu ..teruskan usahah kamu ..

    ReplyDelete
  2. salam...immukmin suka entri mengenai couple..hahhaha...tq..=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Bila tertulis bhwa termasuk cerita `anda`, maka saya pun beranilah utk kongsi bercerita sdkt. Allah SWT memerintahkan kita supaya sentiasa beristiqamah s/b/mana yg diperintahkan. Surah Hud:112) فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْ‌ۚ Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa beristiqamah di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu.
    Selain drpd tetap teguh, ada sesuatu ketika kita mesti mengutamakan keperluan keadaan (priority)dlm 2 keadaan yg berbeza. Disini semua sahabat Rasulullah saw mengetahui yg manakah patut didahulukan apabila menghadapi konflik dan itulah istiqomahnya. Jadi dlm keadaan situasi diatas, mmg sebagai seorg Islam kita mesti tunjuk tidak setuju tetapi masalah yg utama krn mrk telah menjauhkan dari AlQuran. Bila berpaling dari AlQuran, lebih dr itu dan macam2 perkara mrk boleh buat. Begitu juga terjadi pada Nabi Adam a.s. apabila tidak memegang perintah Allah dgn bersungguh2, maka akan jadi derhaka dan sesat (Surah Toha:112وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُ ۥ فَغَوَىٰ ).Apatah lagi sistem yg maujud skrg mmg, `liberate` byk program2 yg b`btk maksiat an menyesatkan. Sudah sekian lama sejak lahir sehnggalah kin hidup dlm sistem `dhonka`, b/mana mrk nak mengubah dlm asa terdekat melainkan kembali kpd AlQuran. Wallahualam

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive