04 December 2010

Apa ada dengan lelaki dan perempuan?

Assalamualaikum . Jom baca entry ni . Semoga anda fahami dan laksanakan untuk menutup aurat dan menjaga pandangan . Jika tak , faham2lah ye . . Akan berdosa . Ana copy ni daripada fb , note sahabat ana . Bagi yang dah tau , bagus alhamdulillah .


Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,ia ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan Rasul-Nya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jikatidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalarapabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akandilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, makamata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu akan turun lagimelihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentukpayu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akanturun lagi melihatbentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampakbentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat pula akanbentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannyaagar bentuk punggung tidak kelihatan, danlelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kainyang agak ketat sehingga terlihat bentukpehanya walau sedikit,maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akanbentuk kakinya pula,maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap, walaumuslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,jika beliau memakai seluar,walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secarasepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelakiitu tidak berdosa, menutup kakinya denganmelabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanyajangan sesekali berwarna kulit perempuan,maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkantudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya,kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah,maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenispenyakit,iaitu matalelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah janganmemakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahuapakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulahpula kita menjaga kehormatan diri masing2,jangan keluar seorang2,keluarlah denganmahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pulajanganlah menjalar langsung kepada muslimah,walau muslimah itu telah menutup aurat,insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudungmasih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaumlelaki, mata kamu itu wajib untuk tidakmencuri2 melihat wanita muslimah, kerana iadilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Share:

4 manusia berfikir:

  1. semoga terpelihara daripada segala fitnah yg merosakkan...
    nice entry ^^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Saya kira, kalau macam itulah persepsi wanita mengenai kenakalan mata lelaki sudah tentu hidup didunia ini byk urusan yg tidak dapat dilakukan krn dunia skrg dipenuhi oleh wanita. Tetapi sebagai seorg Islam, hidup adalah terbatas dan byk urusan yg perlu kita tadbir sebagai seorang khalifah di mukabumi sehinggakan ramai imam mazhab dan imam mujtahid tidak berkahwin (termasuk Imam Syafie dan Imam Nawawi rh.alaihuma) krn ingin mengejar menyampaikan syiar Allah. Mmg lelaki dan perempuan saling memerlukan sebagaimana terdapat dlm Surah AlBaqarah:187هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّڪُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَڪُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡ‌ۖ فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka".
    Siapa yg dapat menafikan keperluan hidup ini kerana ia merupakan fitrah. Islam merupakan agama Fitrah dan tidak ada pertukaran dlm penciptaan Allah. Surah ArRom:30 أَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ "Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang lurus; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu"
    Namunbegitu, pakaian yg paling cantik sekali adalah pakaian taqwa yg dapat menghindari dari semua jenis persepsi dan perkara2 yg mengaibkan manusia. Surah AlA`raaf:26يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ وَرِيشً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan begitu juga sebaliknya :-)

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive