Fahaman pluralisme bertentangan Islam - Jamil Khir
ALOR SETAR 18 Dis (Bernama) -- Fahaman pluralisme agama adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, fahaman pluralisme agama mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar. "Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap sebagai kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa maksud semua agama adalah sama dan benar. "Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia menyentuh soal akidah umat Islam. "Islam adalah agama yang Ad-Din dan sempurna dan fahaman ini mampu memesongkan akidah umat Islam kerana membawa kesamarataan kepada semua agama," katanya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tentang pandangan tokoh Islam yang berpendapat bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam. – Bernama
Sumber: Utusan Malaysia 18/12/10
Pluralisme Bertentangan Dengan Islam. Bagaimana Pula Dengan Sekularisme, Nationalisme, Demokrasi, Kapitalisme Dan Seangkatan Dengannya?
Sebagai seorang Islam, Jamil Khir perlu membuka matanya luas-luas, memasang telinga dan membuka pintu hatinya agar tidak hanya melihat pluralisme sahaja yang bertentangan dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman-fahaman lain seperti sekularisme, nationalisme, demokrasi, kapitalisme yang sedang berakar umbi di dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara pada ketika ini? Kajian sejarah telah membuktikan bahawa kesemua idea-idea tersebut lahir daripada barat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Kita dapat menyaksikan dengan jelas bagaimana para pemerintah sekular hari ini yang terus menunjukkan kesetiaan dan ketaatan mereka kepada idea-idea kufur di atas. Hakikat ini tidak dapat disembunyikan atau dinafikan oleh mana-mana pihak yang ikhlas kepada Allah dan rasulNya, hanya mereka-mereka yang enggan menerima kebenaran sahaja yang menafikannya.
Pemerintahan negara kita hari ini adalah berasaskan kepada ideologi kapitalisme yang menerima pakai demokrasi sebagai sistem pemerintahan manakala idea sekularisme menjadi asas kepada munculnya ideologi kaptalisme ini. Sementara itu, ikatan nationalisme (asobiyyah) terus dijadikan sebagai asas untuk mengatur ikatan masyarakat. Sedangkan secara jelas Allah SWT telah mengingatkan di dalam firmanNya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. [TMQ Ali 'Imran (3) : 85]. Untuk itu sudah tiba masanya bagi Jamil Khir melakukan muhasabah ke atas Najib agar mengambil Islam secara keseluruhan di dalam pemerintahannya dan seterusnya membuang sejauh-jauhnya segala bentuk idea-idea kufur di atas kerana kesemuanya itu akan menjadi suatu penyesalan yang amat besar di hari akhirat kelak buat dirinya sendiri. Lihat SN205 - AGAMA BARU ITU BERNAMA PLURALISME! SN239 - KEBEBASAN DI BAWAH SISTEM DEMOKRASI
Assalamualaikum . . Sudah baca artikel di atas ? Kalau sudah baca alhamdulillah , yang belum baca sila baca sampai habis . Memang benar apa yang dikatakan di atas . Bukan hanya PLURALISME sahaja yang perlu kita hapuskan , tetapi SEKULARISME , DEMOKRASI dan yang sekeluarga dengannya juga perlu dihapuskan .
Islam agama yang termulia dan yang paling tinggi dan tidak ada agama yang lebih mulia dan tinggi darjatnya selain daripada Islam . Haram bagi umat Islam untuk mengatakan semua agama adalah sama .
Hanya Allah sahaja tuhan yang wajib dan perlu disembah . Jika kita mengatakan kita beragama Islam , maka wajib juga bagi kita untuk mentaati perintah-Nya dan meninggalkan apa sahaja yang Allah larang . Walau sesakit mana pun hati kita untuk meninggalkan apa2 yang haram , tapi benda itu kita suka , tetap juga wajib bagi kita untuk meninggalkan perkara itu .
Segala sistem2 kufur yang jelas2 bertentangan dengan Islam , wajib bagi kita hapuskan dan buang jauh2 daripada pemikiran kita . Kerana Allah berfirman " Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah : 50)
Nak tahu lebih lanjut mengenai apakah hukum2 kufur atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan Islam , layari MyKhilafah.com . Assalamualaikum kepada semua , jaga diri , iman dan juga kesihatan .
moga kite dijauhkan dari segala yang tak baik... =)
ReplyDeleteamin..amin..amin..
ReplyDeleteinsyaAllah
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteDlm sistem skrg, org masih boleh nampak sistem2 kufr yg mrk adakan, tetapi masih kabur dan keliru dgn dgn memotong atau memendekkan sistem Islam s/b/mana mrk memendekan nama2Allah SWT. B/mana mrk memendekkan nama2 Allah kpd allat dari AlAziz kpd aluza, ArRahman kpd almanat dsbnya. Begitulah mrk memotongkan sistem2 hak milik, sistem matang wang lalu mendakwa atas nama2 Islam! Bukankah ini satu penipuan dan kekeliruan terhadap umat Islam! Surah Al`Araaf:180وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِىٓ أَسۡمَـٰٓٮِٕهِ ) Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya.
Surah Yusuf:40مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّآ أَسۡمَآءً۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُڪُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍۚ