06 December 2010

Khilafah is state and goverment of Islam

Assalamualaikum kawan2 . Tau tak apa tu Khilafah ? Hari ni ana nak cerita tentang Khilafah . Bagi perhatian sepenuhnya tau ketika membaca . Ana nak ingatkan , kalian perlu baca ni . Ini bukanlah perkara main2 , sebaliknya ia adalah kewajipan ke atas seluruh umat Islam .


KHILAFAH

Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia . Ni makna Khilafah yang sebenar2nya . Khilafah bukanlah khayalan dan bukan juga benda yang tak wujud . Sejak zaman Rasulullah Khilafah telah diwujudkan oleh baginda dengan izin Allah . Kalau tak percaya , baca hadis ni :

“Di tengah-tengah kalian terdapat masa Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan yang zalim yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan diktator yang menyengsarakan, yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad).

Banyak lagi dalil menganai wajibnya Khilafah . Kerana di dalam Daulah Khilafah , seluruh syariah Islam akan dapat terlaksana . Tanpa Khilafah , umat Islam sangat2 lemah . Jadi , ana selitkan dalil2 mengenai kewajipan menegakkan Khilafah .
"Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…"  [Ali-’Imran [3]: 103].

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: "Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!" [HR. Muslim].

"Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu." (TMQ. Al-Ma’idah [5]: 48).

"Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" [Al-Ma’idah [5]: 49].

Rasulullah SAW bersabda: "Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya." [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu." [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi: "Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain..." (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).
Tentang Khilafah ni , kawan2 jangan ambil remeh je tau , sebab menegakkan kembali Khilafah ni adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam diseluruh dunia . Kalau kawan2 tak memperjuangkannya , apatah lagi tak amar ma'ruf nahi mungkar nescaya dosa besar . Menegakkan Khilafah ini tugasnya sangat berat , banyak halangan dan kalian jangan pernah takut , gentar dan jangan pula berputus asa kerana ganjaran di akhirat kelak , Allah akan berikan syurga-Nya kepada kawan2 .

Kuffar barat sangat2 tidak suka akan kemunculan kembali Khilafah buat kali ke 2nya . Oleh kerana itu , mereka tidak pernah berputus asa dan bersungguh2 untuk menghalang Khilafah agar tertegak kembali . Tapi , Allah tetap akan menyempurnakan janji-Nya bahawa dia akan menegakkan kembali Khilafah buat kali ke 2nya . InsyaAllah . Kalau kawan2 nak tau lagi tentang Khilafah , klik ni :

Hizbut Tahrir Indonesia
Hizbut Tahrir Malaysia

Kawan2 , jangan lupa tau , Khilafah adalah kekuatan bagi umat Islam . Tanpa Khilafah seluruh umat Islam menderita . Khilafah pernah memimpn dunia daripada zaman Rasulullah hinggalah zaman akahir Khilafah Uthmaniyyah selama lebih 1400 tahun . Telah terbukti , zaman pemerintahan Khilafah Islam sangat2 gemilang . Kalau kawan2 nak tau sangat2 tentang Khilafah ni , search je kat internet . Jangan search kat wikipedia ye .
Share:

8 manusia berfikir:

  1. tak boleh like..hehehe...kalu boleh like nak je tekan button like tuh..hohoh...terbaik...!!! tahniah ukhti..

    ReplyDelete
  2. sebab wikipedia tu orang boleh tukar2 kan?

    ReplyDelete
  3. immukmin : oh..hehe..nk like ke??x de la..nnt2 la..
    iera nadira: ye..mmg btl tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Saya tidak pasti samada enti benar2 faham masalah khilafah dalam keadaan waqi` dan bagaimana merebut kembali dlm keadaan ketiadaan Daulah. Adakah enti rasa sudah betul2 mengikut landasan yg dikehendaki Allah SWT atas apa yg diperjuangkan selama ini? Mmg ptgnya khalifah dlm Islam kerana semenjak jatuhnya khalifah Sultan Abd. Hamid II pada tahun 1924 diTurki manusia hidup dlm keadaan murtad dan berdosa spt ternyata dlm Surah AlMaidah:54. Tetapi tidak ada sejarah dlm Islam dari Nabi Allah Adam a.s, sehinggalah kezaman Rasulullah saw, para Nabi melawan arus sehinggalah diwujudkan daulah terlebih dahulu. Cuba lihat dlm Surah AnNisa:77 b/mana para sahabat ketika diMekah, apabila ditindas dan dipulaukan sehingga mereka mengajukan kpd Rasulullah saw supaya memprotes tindakan kafir Quraisy maka turunlah ayat ini. Bukan mrk tidak ada sedikit kekuatan ketika itu utk melawan ketika itu, tetapi mmg Allah tidak benarkan. Lihatlah juga dlm Surah AlAhqaf:35 menyuruh kita bersabar dan jgn minta disegerakan. Kita kena bina kekuatan dalaman, cari satu tho`ifah dan bithonah yg dpt tahan dgn ujia2 Allah dan dapat membina ciri2 keimanan. Apa yg berlaku runtuhnya Daulah Islamiah adalah krn berlakunya pengkhianatan dan hanya manis dibibir saja.
    p/s Sini bkn wardah terbaik nak disuarakan. Wallahualam.

    ReplyDelete

Chat with me

Blog Archive