09 July 2013

Beautiful Scenery

Assalamualaikum and hi guys. Today, i would like to post a few pictures that I've got from tumblr. These look very nice and beautiful that's why I think I want to post it here. So, enjoy! :)









Share:

04 June 2013

Perlu, Rindu, Cinta.

Assalamualaikum, moga sentiasa dalam redha Allah...

Dah lamanya tak update. Dah seminggu lebih kita bercutikan... tapi, saya tak update pun lepas exam. Saya update minggu ni. Hihi ^^,

2 Jun hari tu telah berlansung Muktamar Khilafah 2013 di Jakarta, Indonesia. Telah dihadiri lebih 180 000 orang. Pada mulanya saya dapat tau seramai 120 000 yang hadir. Lepas tu 150 000 dan akhir sekali 180 000. Alhamdulillah, sangat-sangat melepasi target.

Sedih sangat sebab tak dapat pergi, belum ada rezeki. Tapi, bila tengok gambar dan video Muktamar Khilafah hari tu, rasa semangat sangat apatah lagi orang yang hadir kat sana... lagi semangat. Tengok al Liwa' dan ar Rayah berkibar di stadium kat sana... Ya Allah... Hebatnya.

Berbagai-bagai negara yang hadir di sana. Malaysia pun ada. Alhamdulillah... Ni antara gambar yang saya sempat save. Tengoklah betapa umat sangat rindu akan Shariah & Khilafah. Saya pun rindu dan perjuangkannya, anda bagaimana? Marilah kita sama-sama meraih kemuliaan dengan menegakkan kembali Khilafah dan in shaa Allah Khilafah akan tegak kembali tidak lama lagi. Sungguh, Khilafah adalah janji Allah yang pasti! Tidak ada siapapun yang dapat menghalang Khilafah daripada tegak kembali! Allahu Akbar!

Share:

07 May 2013

Exam Mood

Assalamualaikum.. semoga senang jawab soalan exam nanti yer..

Esok, 8 Mei exam!!! Saya update ni pun sebab dah lama sangat tak update. Saya belum 100% ready ni. Moga Allah permudahkan urusan saya esok hari dan hari-hari yang berikutnya begitu juga dengan korang.

Korang pun mesti minggu ni pun exam kan kan? So, all the best la ye. Jangan lupa doakan saya. Dan kepada para pengkomen entry dan cbox saya, nanti saya balas korang punya komen yer, in shaa Allah. Jazakumullah khairan :)


Share:

31 March 2013

Tak sangkanya!!!

Assalamualaikum guys.. :D

U know what.. Skin yang saya buat jadi SOTD. Wo ho.. tak sangka. Alhamdulillah... Walaupun tak berapa cantik, tapi thanks to everyone yang rate mine. :)

Baru je publish 29 March hari tu.. hihi.. Saya baru lagi kat blogskins.com.. Hope bagi kerjasama kat saya yang masih nak menjinakkan diri dalam blogskins ye. Hahaha, tu je la kot. Salam sayang daripada saya. ^_^
Share:

24 March 2013

Nak belajar Bahasa Arab!!!


Keinginan saya untuk belajar bahasa arab sangat tinggi tahun ni. Entah kenapa saya rasa saya perlu belajar bahasa arab. *sebenarnya bukan tak tau, sesaja cakap tak tau. hahaha XD

Mulai tahun ni la saya tertarik betul, betul-betul tertarik ye, bukan main2... untuk membelek buku-buku, kamus bahasa arab. Banyak juga kawan-kawan arab yang profile nya saya buka. Dan ada juga yang saya suruh diorang ajar saya bahasa arab. Muka tak malu betul. Haha..

SPM nanti saya nak amik bahasa arab la. In shaa Allah...Tapi, yang sedihnya, kat sekolah tak de cikgu yang mengajar bahasa arab. Macamana SPM nanti nak amik bahasa arab??? :/

Seriously, saya nak belajar. Tak tau kat mana nak cari cikgu. Kawan saya cakap kat masjid kawasan rumah saya ni setiap hari Jummat lepas solat isyak ada pengajian bahasa arab. Perghh!! Nak pergi. Tapi tapi.... walah... banyaknya alasan. -_-

Tak pe la, saya akan tetap berusaha sampai berjaya menguasai bahasa arab, fasih berbahasa arab. Tengok je la nanti. Hahaha... Doakan saya ye. :)

Share:

Cikgu Oh Cikgu

Kepelikan terjadi apabila kawan saya boleh tersuka kat seorang cikgu ni. Katanya 'cinta pandang pertama'. Perghh!!! Dahsyat betul kawan saya ni boleh tersuka kat cikgu. Nak kata cikgu tu handsome, tak de la handsome sangat. Nak kata cikgu tu tak handsome, tak boleh pula.

Pelik-pelik. Tapi, memang agak ramai jugalah yang tersuka cikgu tu. Hape punya muridlah. -_-

Bercakap pasal sekolah... Tahun ni rasa gembira ja datang sekolah. Tak tau apa yang gembira sangat. Padahal kat sekolah bukannya ada perkara yang best... Mungkin sebab... sebab apa eh? Tak de idea la.. XD Cikgu-cikgu yang mengajar pun hebat-hebat belaka. Seronok belajar.. hihi ^^,

Alhamdulillah, sebab saya ada kawan yang boleh berkongsi/berbincang tentang isu semasa. Sangat BEST berkawan dengan dia. Harap ukhuwah ni berkekalan. Amiin.. <33
Share:

01 March 2013

One Ummah, One Flag, One War!


Syabab.Com - Setelah pekan lalu pihak sekuler berupaya menolak penamaan aksi revolusi yang akan menuntut penegakkan Khilafah ini, akhirnya aksi Revolusi Syam "Jumat Satu Umat Satu Bendera Satu Peperangan" akan digelar di seluruh kota dan daerah di Suriah hari ini Jumat, 01/03/2013.
Aksi penegasan bahwa umat Islam sebagai satu umat, satu bendera yakni rayatul uqab Rasulullah Saw. serta, satu peperangan terhadap para penyerang Islam, mendapat dukungan dari kaum Muslim di seluruh penjuru dunia. Ini akan menunjukkan bahwa sesungguhnya umat Islam ini benar-benar umat yang satu di seluruh penjuru dunia.

Sejak pekan lalu, para aktivis dan para ulama telah menyatakan dukungan atas penamaan aksi Jumat Satu Umat Satu Bendera Satu Peperangan ini di mana di dalamnya akan diserukan penegakkan Khilafah di bumi Syam sebagai pusat negeri kaum Mukmin.

Warga sudah mulai melakukan persiapan menyambut aksi di awal bulan Maret, di mana tepat 89 tahun lalu sudah kaum Muslim hidup tanpa keberadaan Khilafah, sebuah sistem pemerintahan yang akan menyatukan seluruh kaum Muslim, penerap syariah, penegak risalah, yang diserukan warga Syam.

Sementara itu, kaum Muslim di Masjid Al-Aqsa, Jumat pekan lalu, telah mengawali aksi dengan tema yang sama, Jumat Satu Umat Satu Bendera Satu Peperangan, sebagai bukti dukungan Baitul Maqdis terhadap rakyat Syam untuk mengembalikan panji-panji Rasulullah Saw, menegakkan Khilafah serta mampu membebaskan al-Aqsa yang terkepung oleh penjajah Yahudi Israel.

Aksi yang sama juga digelar oleh kaum Muslim di Eropa, seperti di Denmark. Mereka tidak kalah dengan kaum Muslim di negeri-negeri Muslim. Ribuan massa dari berbagai kota di Eropa tersebut berjalan menulusuri kota Copenhagen sambil meninggikan panji-panji royatul uqab Rasulullah Saw, panji hitam bertuliskan kalimah "Laa ilaaha ilallah muhammad rasulullah".

Hari Jumat ini, selain kaum Muslim di seluruh kota di Suriah akan meneriakkan tema yang sama "Satu Umat Satu Bendera Satu Peperangan" yang semakin mempertegas seperti dalam yel-yel mereka bahwa "revolusi kami, revolusi Islam", aksi serupa juga akan diselenggarakan oleh kaum Muslim di berbagai negeri untuk mendukung perjuangan penegakkan Khilafah di bumi Syam.

Demikianlah, umat Islam akan terus bangkit, fajar-fajar bersatunya umat Islam di bawah satu bendera, royatul uqob, panji Rasulullah Saw akan segera terwujud di bawah naungan Khilafah Rasyidah sebagai bisyaroh nabawiyah (kabar gembira dari Rasulullah). Insya Allah, semoga kita termasuk diantara para pejuang-pejuangnya, amin.
Rasulullah saw. bersabda: 

لاَ يَزَالُ مِنْ أُمَّتِي أُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِأَمْرِ اللهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ»

وَلاَ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ قَالَ عُمَيْرٌ فَقَالَ مَالِكُ بْنُ يُخَامِرَ قَالَ مُعَاذٌ وَهُمْ بِالشَّأْمِ فَقَالَ مُعَاوِيَةُ 

«هَذَا مَالِكٌ يَزْعُمُ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاذًا يَقُولُ وَهُمْ بِالشَّأْمِ

“Akan senantiasa ada sebagian orang dari umatku yang terus menegakkan urusan agama Allah. Tidak sampai memadaratkan mereka orang-orang yang menelantarkan mereka atau yang menentang mereka hingga tiba keputusan Allah (Hari Kiamat), sementara mereka tetap dalam keadaan seperti itu.” Umair mengatakan bahwa Malik ibn Yukhamir pernah mengatakan bahwa Mu’adz berkata, “Mereka itu ada di Syam.” Mu‘awiyah berkata, “Malik mengaku bahwa dia mendengar Mu’az pernah berkata, ”Mereka itu ada di Syam.” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
Credit: Syabab.com
Share:

18 January 2013

Merdunya suara...

Assalamualaikum. Moga dalam lindungan-Nya dan mendapat kesihatan yang baik.

Sekian lama tidak mengupdate blog, barulah sekarang jari ni rajin nak menulis post. Saya hanya rajin untuk mengedit blog, tapi saya malas nak mengupdate. Hehe...

Hari ni saya sakit tekak, suara pun dah agak lain juga. Tapi, kawan saya still cakap suara saya macam biasa... sampai hati TAT ... Bersyukurlah dengan apa-apa pun yang kita ada, bersyukurlah dengan kesihatan yang baik dan tidak baik, bersyukurlah ketika senang dan susah, bersyukurlah jika terjadi apa-apa pun pada kita, sama ada baik atau buruk. Alhamdulillah...

Segala benda/perkara yang kita dapat itu nikmat. Sungguh, tak terhitung nikmat yang Allah kurniakan... jadi, bersyukurlah. ~

Selain Muhammad Taha al Junayd, ada seorang lagi yang saya suka suaranya. Semalam saya dapat tau tentang seorang manusia yang bacaannya ketika membaca al-Quran sangat merdu. Namanya Fatih Seferagic. Mungkin saya lambat tau. Hehe, biasalah...
Sekarang ni, saya suka betul dengar lagu arab. Saya suka suara Tamer Hosny. Seriously, merdu betul suara dia. MashaAllah... Antara banyak-banyak penyanyi arab yang lelaki, saya rasa suara dia paling merdu buat masa ni. Tak percaya? Terpulanglah...

Hah, saya nak jemput anda semua ke Munaaqashah Ahad ni. Jangan lupa datang tau. Tajuknya 'Sambuatan Maulidur Rasul, Di Mana Bidaahnya?' Maklumat lanjut boleh klik [SINI]. Ok, tu je. Wallahu'alam.
Share:

Chat with me