Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

04 February 2019

Sungai Congkak yang damai

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian. Dah masuk 2 minggu saya tak update blog, sekarang ni barulah saya ada masa nak update. Maaf sangat sebab ambil masa yang lama.

Oklah hari tu 19-20 Januari saya dan sahabat seperjuangan telah pergi ke Damai Al-Kahfi yang terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat untuk mengadakan 'family day'. Dalam dua hari tu macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Tempatnya sangat cantik dan damai je rasa. Memang sangat-sangat seronok.



Hari Sabtu tu saya dan kakak saya tumpang kawan kami untuk ke tempat kejadian. Perjalanan ambil masa dalam hampir dua jam juga kalau tak silap saya sebab jalam jem teruk. Dalam kereta saya tidur je sebab saya memang jenis tidur kalau masuk kereta.

Dalam pukul dua macam tu kami sampai ke destinasi. Sampai sahaja kami ke dewan untuk mengambil kunci daripada sahabat kami yang telah mendaftar dan kamu pun masuk ke chalet untuk solat zuhur. Setelah selesai solat kami terus ke dewan semula sebab ada sesi ice breaking dengan sahabat seperjuangan yang lain serta ada slot motivasi yang sangat-sangat best.

Dalam slot motivasi tu menceritakan bagaimana kita sebagai manusia/hamba Allah untuk atur masa kita dengan baik walau sesibuk manapun kita. Ramai antara kita yang anggap bahawa kita tak cukup masa, sangat-sangat busy, tapi sebenarnya tidak. Beliau menceritakan pengalaman beliau dan bagaimana beliau atur masa dia dan keluarga beliau. Beliau juga menyertakan jadual untuk kami-kami semua follow. Setelah apa yang beliau sampaikan dan paparkan jadual harian beliau, ternyata memang kita-kita semua sebenarnya sangat banyak masa bukan tidak cukup masa. Alhamdulillah semoga Allah meredhai beliau dan semoga kita semua sentiasa menjaga waktu. Aamiin.

Setelah slot motivasi tersebut, kami semua solat asar dan kembali semula ke dewan kerana ada aktiviti untuk anak-anak. Yes, ramai ibu-ibu solehah yang membawa anak-anak soleh/solehah bersama mereka. Iyalah nama pun family day tapi bersifat memotivasikan hehe. Seronok tengok anak-anak bermain dengan semangatnya.




Setelah selesai aktiviti anak-anak. Kami semua berehat di chalet masing-masing, dan sebahagian anak-anak bermandi kolam. Waktu maghrib pun tiba, kami semua menunaikan solat maghrib kemudian kembali semula ke dewan untuk slot bercerita, sebanarnya saya tak pasti itu slot apa tapi slot tu begini... Kami semua duduk di kerusi yang disediakan. Ada seorang yang memainkan nasyid dan seorang lagi berpusing mengelilingi kami. Apabila nasyid itu berhenti dimainkan dan orang yang mengelilingi bulatan tu stop ke tempat dia, maka dia kena pilih kertas kecil yang berisi soalan yang diberikan kepadanya dan dia kena jawab soalan tersebut.

MasyaAllah semua yang 'terkena', mereka menceritakan pengalaman mereka yang sangat memotivasikan dan semangat! Setelah selesai kami solat isyak dan berehat di chalet.

Keesokan harinya, kami bangun untuk solat malam dan solat subuh dan dilanjutkan dengan kuliah subuh yang membakar semangat di surau yang telah disediakan. Setelah selesai saya mengambil masa beberapa minit untuk ke sungai yang terletak di belakang kawasan chalet, dekat sangat.



Ya Allah sangat damai sekali dalam melihat ciptaan-Mu...
Rasa tenang je pagi-pagi berendam kaki kat sungai, airnya pun sejuk. Suka sangat dengar bunyi air yang mengalir, tenang dan sejuk je jiwa. Tiba-tiba dapat mesej dari kakak, kena ke tempat parking sebab ada program memanah. Yes, MEMANAH. Ya Allah, ini adalah peluang yang sangat berharga sebab dapat belajar memanah dengan free.


Sebelum kami start menanah, kami diajar cara-cara menggunakan bow dan arrow dan cara memanah. Mula-mula tu rasa tak confident dan takut nak lepaskan panah, macam susah sangat jari ni nak lepaskan panah. Tapi lama kelamaan alhamdulillah sangat addicted. Tak puas tembak sekali, nak tembak lagi berkali-kali. Tak hanya belajar, kami juga ada pertandingan memanah walaupun kami semua baru pertama kali belajar memanah.



Alhamdulillah kumpulan saya dapat tempat pertama antara 5 kumpulan. Happy sangat-sangat sebab dapat belajar memanah walaupun hanya sekali (mungkin sekali seumur hidup huhu). Dah puas semua, kami berehat dan bersiap-siap untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami semua ambil peluang untuk mandi sungai walaupun saya hanya rendam tangan dan kaki sahaja sebab saya tak bawa baju lebih huhu memang sedihlah.



Setelah saya puas melihat keindahan alam dan menghirup udara segar di sungai, kami semua bersiap-siap untuk makan tengahari dan bersalam-salaman untuk pulang. Maaflah post kali ni macam karangan pula, semoga pembaca semua tak bosan ya. Saya undur diri dahulu dengan assalamualaikum.
Share:

18 January 2019

Kuih yang sedap

Assalamualaikum apa khabar para pembaca sekalian? Diharap semua sihat adanya. Alhamdulillah hari ni ada masa nak update blog walaupun post pada kali ini hanya santai sahaja.

Semalam kakak saya bawa saya tidur kat rumah dia sebab esok (Sabtu) ada program family day. tak sabar rasanya nak pergi sebab tempat yang telah dicari sungguh cantik. InshaAllah saya akan update di lain hari untuk menceritakan pengalaman di sana nanti. Hihi.

Tak tahulah kenapa hari ni teringin sangat nak makan kuih-kuih melayu. Jadinya petang tadi saya orderlah kuih ketayap dan popia sayur. Rasa kuih-kuih yang dibeli memang sedap dan sizenya pun agak besar. 1 biji berharga RM 0.50 memang berbaloi siap ada delivery lagi, dihantar depan pintu!


Minum petang tadi cuma dengan air kosong sahaja. Kenyang makan beberapa biji kuih bersama kakak saya, alhamdulillah. Rasanya kakak saya dah beli banyak kali dengan orang yang sama jual kuih-kuih ni. Lepas ni inshaAllah kalau saya datang rumah kakak saya nak beli lagi.

Oklah inshaAllah kita berjumpa di lain masa. Salam sayang buat semua.
Share:

16 January 2019

Aku kembali setelah sekian lama menyepi

Assalamualaikum para pembaca yang sudi singgah blog saya setelah sekian lama saya menyepi daripada dunia blog. Dah 5 tahun juga saya menyepi tanpa khabar. Ada followers yang tertanya-tanya mana saya pergi ke? Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada tak apalah tiada orang rindu. Hahaha sorry tengahari ni saya ada mood nak menaip dan memulakan kembali dunia blog saya.

Mungkin ada segelintir yang mengenali saya melalui laman sosial yang lain seperti facebook dan instagram. Tapi saya dah lama tak aktif facebook dan akaun instagram saya deactivated. Almaklumlah saya sejenis manusia yang malas nak update apa-apa di laman sosial media.


Sebenarnya memang dah terbuku lama hasrat dalam hati nak kembali berblog seperti dulu kala yang setiap hari aktif, tapi saya belum 'kuat' nak berbuat demikian. Haha bukannya apa macam saya cakap tadi saya malas lagipun nak menulis ni perlu banyak idea barulah para pembaca tertarik hati nak singgah dan baca di blog kita, ya dak?

Kita dah masuk tahun 2019, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi teknologi kita dah semakin canggih alhamdulillah. Banyak juga kes-kes jenayah nak berlaku, sungguh mengerikan. Ok tak apa itu tolak tepi dulu. Saya pun sebenarnya dah banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Alhamdulillah saya masih di sini bernafas dengan udara yang Allah beri. Semua yang terjadi dalam hidup saya memang semakin mematangkan saya dan saya masih lagi belajar untuk menjadi yang lebih baik.

Saya rindu sangat kat rakan blogger saya yang lain, entah mereka masih aktif berblog atau sudah tinggalkan dunia blog. Tapi saya pasti mesti ramai yang dah mendirikan rumah tangga kan? Haha alhamdulillah semoga kekal hingga ke jannah selamanya, aamiin.

InshaAllah kali ni saya akan teruskan menulis di blog yang usang ni supaya menjadi ceria kembali. Saya harap ramailah yang sudi singgah blog saya walaupun korang rasa macam bosan je nak baca post saya, hihi. Oklah sampai di sini saja untuk hari ini inshAllah kita jumpa lagi di lain hari. Salam sayang buat semua.
Share:

09 July 2013

Beautiful Scenery

Assalamualaikum and hi guys. Today, i would like to post a few pictures that I've got from tumblr. These look very nice and beautiful that's why I think I want to post it here. So, enjoy! :)









Share:

07 May 2013

Exam Mood

Assalamualaikum.. semoga senang jawab soalan exam nanti yer..

Esok, 8 Mei exam!!! Saya update ni pun sebab dah lama sangat tak update. Saya belum 100% ready ni. Moga Allah permudahkan urusan saya esok hari dan hari-hari yang berikutnya begitu juga dengan korang.

Korang pun mesti minggu ni pun exam kan kan? So, all the best la ye. Jangan lupa doakan saya. Dan kepada para pengkomen entry dan cbox saya, nanti saya balas korang punya komen yer, in shaa Allah. Jazakumullah khairan :)


Share:

24 March 2013

Nak belajar Bahasa Arab!!!


Keinginan saya untuk belajar bahasa arab sangat tinggi tahun ni. Entah kenapa saya rasa saya perlu belajar bahasa arab. *sebenarnya bukan tak tau, sesaja cakap tak tau. hahaha XD

Mulai tahun ni la saya tertarik betul, betul-betul tertarik ye, bukan main2... untuk membelek buku-buku, kamus bahasa arab. Banyak juga kawan-kawan arab yang profile nya saya buka. Dan ada juga yang saya suruh diorang ajar saya bahasa arab. Muka tak malu betul. Haha..

SPM nanti saya nak amik bahasa arab la. In shaa Allah...Tapi, yang sedihnya, kat sekolah tak de cikgu yang mengajar bahasa arab. Macamana SPM nanti nak amik bahasa arab??? :/

Seriously, saya nak belajar. Tak tau kat mana nak cari cikgu. Kawan saya cakap kat masjid kawasan rumah saya ni setiap hari Jummat lepas solat isyak ada pengajian bahasa arab. Perghh!! Nak pergi. Tapi tapi.... walah... banyaknya alasan. -_-

Tak pe la, saya akan tetap berusaha sampai berjaya menguasai bahasa arab, fasih berbahasa arab. Tengok je la nanti. Hahaha... Doakan saya ye. :)

Share:

Cikgu Oh Cikgu

Kepelikan terjadi apabila kawan saya boleh tersuka kat seorang cikgu ni. Katanya 'cinta pandang pertama'. Perghh!!! Dahsyat betul kawan saya ni boleh tersuka kat cikgu. Nak kata cikgu tu handsome, tak de la handsome sangat. Nak kata cikgu tu tak handsome, tak boleh pula.

Pelik-pelik. Tapi, memang agak ramai jugalah yang tersuka cikgu tu. Hape punya muridlah. -_-

Bercakap pasal sekolah... Tahun ni rasa gembira ja datang sekolah. Tak tau apa yang gembira sangat. Padahal kat sekolah bukannya ada perkara yang best... Mungkin sebab... sebab apa eh? Tak de idea la.. XD Cikgu-cikgu yang mengajar pun hebat-hebat belaka. Seronok belajar.. hihi ^^,

Alhamdulillah, sebab saya ada kawan yang boleh berkongsi/berbincang tentang isu semasa. Sangat BEST berkawan dengan dia. Harap ukhuwah ni berkekalan. Amiin.. <33
Share:

18 January 2013

Merdunya suara...

Assalamualaikum. Moga dalam lindungan-Nya dan mendapat kesihatan yang baik.

Sekian lama tidak mengupdate blog, barulah sekarang jari ni rajin nak menulis post. Saya hanya rajin untuk mengedit blog, tapi saya malas nak mengupdate. Hehe...

Hari ni saya sakit tekak, suara pun dah agak lain juga. Tapi, kawan saya still cakap suara saya macam biasa... sampai hati TAT ... Bersyukurlah dengan apa-apa pun yang kita ada, bersyukurlah dengan kesihatan yang baik dan tidak baik, bersyukurlah ketika senang dan susah, bersyukurlah jika terjadi apa-apa pun pada kita, sama ada baik atau buruk. Alhamdulillah...

Segala benda/perkara yang kita dapat itu nikmat. Sungguh, tak terhitung nikmat yang Allah kurniakan... jadi, bersyukurlah. ~

Selain Muhammad Taha al Junayd, ada seorang lagi yang saya suka suaranya. Semalam saya dapat tau tentang seorang manusia yang bacaannya ketika membaca al-Quran sangat merdu. Namanya Fatih Seferagic. Mungkin saya lambat tau. Hehe, biasalah...
Sekarang ni, saya suka betul dengar lagu arab. Saya suka suara Tamer Hosny. Seriously, merdu betul suara dia. MashaAllah... Antara banyak-banyak penyanyi arab yang lelaki, saya rasa suara dia paling merdu buat masa ni. Tak percaya? Terpulanglah...

Hah, saya nak jemput anda semua ke Munaaqashah Ahad ni. Jangan lupa datang tau. Tajuknya 'Sambuatan Maulidur Rasul, Di Mana Bidaahnya?' Maklumat lanjut boleh klik [SINI]. Ok, tu je. Wallahu'alam.
Share:

26 October 2012

Dunia rindu Khilafah

Assalamualaikum. Moga ceria dan bahagia di hari mulia, eid ul adha.

Selamat hari raya aidil adha bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Tak sempat nak ucap awal sebab saya malas nak update blog. PMR dah lama habis, tinggal nak tunggu keputusan je. Berserah kepada Allah. Moga-moga keputusan yang diperolehi dapat membanggakan umi dan abah. Amiinn...

Tahun lepas dan tahun ni, Allah... banyak betul yang berlaku. Alhamdulillah, semakin berumur, semakin banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat. Sungguh amat banyak yang saya belum tahu.

Revolusi di Syria telah merebak ke Lebanon dan Jordan. Moga Allah memenangkan umat Islam dan menegakkan Khilafah dengan segera. Amiinn. Sungguh kezaliman Si pemimpin umat Islam sangat-sangatlah jelas kelihatan. Tiada keraguan.

Sampai bila seseorang itu akan berkuasa? Sampai Allah kehendaki seseorang itu akan jatuh dari tampuk pemerintahan. Jika Allah belum kehendaki, maka orang itu akan tetap berkuasa.


Kalau cerita je pasal umat Islam yang dibantai... Allah... sedihnya. Sungguh tak terkata kesedihan ni. Tapi, apakan daya diri kita yang tak punya kuasa ni... Para pemimpin umat Islam yang punya kuasa untuk menghantar tentera demi membela nasib umat Islam, apa yang mereka buat?! Semua orang yang celik pasti tahu, bahkan yang buta juga mengetahui!

Kita perlu banyakkan berdoa dan sebarkan propaganda kebenaran. Sungguh Allah yang dapat membalas apa yang kita lakukan dan semoga Allah membalas perbuatan "pengkhianat-pengkhianat" & kuffar Barat  dengan azab yang pedih. Atau Allah beri mereka keterangan aqidah/akal/hati untuk kembali taqarub kepada-Nya. Amiinn. Wallahu'alam.
Share:

11 August 2012

Tak jadilah...



Assalamualaikum.. Saya kembali. Saya tak jadi hiatus. Rindu pula blog ni, seriously k. Sekarang ni saya dah tak active facebook. Saya lebih active twitter. So kalau nak borak dengan saya, follow la twitter saya.

Trial dah habis, saya rasa gembira sebab Allah permudahkan segala urusan. Tapi, PMR belum start dan akan start beberapa minggu je lagi. Macamanalah agaknya ye...

Setahu saya, Sejarah untuk trial ni ramai jugalah yang dapat A. Sebab bagi saya trial ni senang walaupun saya tau tak semua subjek saya akan dapat A. Heeee...

Sepuluh malam terakhir... Banyakkanlah ibadah ye sebab bulan ni pahala dan ganjarannya berlipat kali ganda. Semoga tahun ni kita dapat malam lailatul qadr. Amin... Wallahu'alam.

Share:

28 July 2012

Dah nak dekat dah


Assalamualaikum.. Moga dalam lindungan-Nya sentiasa.

Dah berapa kali banyaknya saya mencuba tukar layout kat tumblr, tapi dia tak nak juga tukar. Kenapa tak boleh tukar juga??? Dah tekan 'save', tapi bila pergi tumblr saya, dia tak berubah layout pun. -.-
Dah berapa banyak mengaji al-Quran? Macamana Ramadhan kali ni? 
Bulan Ramadhan, waktu sekolah rasa best pula. Waktu rehat kat sekolah boleh rehat kat dalam kelas, tak payah turun. Lagipun boleh suka hati je nak merayau-rayau (tapi waktu rehat je la). Trial dah nak dekat sangat, PMR lagi berapa bulan je. Dah prepare ke shidah oii?! --'

Bagi calon PMR, moga dapat keputusan cemerlang dalam trial nanti dan juga PMR. Berusahalah ye. Jangan lupa doa. Tu je la kot, k wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Share:

27 June 2012

Andai saja...


Assalamualaikum. Moga anda yang membaca sihat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Mungkin anda di sana sedang gembira di dalam kedinginan malam ini. Tapi hati saya tiba-tiba berasa terkilan dengan kata-kata yang diucapkan kakak saya sebentar tadi. Seperti hati saya tiba-tiba stop daripada rasa apa-apa. Apakah itu? Perkara yang kami bincangkan tu banyak kali mengambil perhatian saya. Dari beberapa hari yang lalu hingga kini. Saya amat tertanya-tanya, mengapakah seperti itu?

Andai saja saya tahu. Andai saja saya dapat pastikan.
Andai saja mereka sedar.  Itu hanya andai, jika tidak?

Hari-hari persekolahan, saya rasa macam tak ada perasaan suka dan tak suka. Seperti sangat-sangat lain daripada persekolahan yang saya lalui tahun lepas. Macam tak ada perasaan apa-apa. Andai sekolah itu dirahmati Allah, sudah pasti hati saya mudah menerima dan memahami ilmu di sekolah.

Remaja yang dikatakan beragama Islam hanya nama dan agama sahaja Islam. Tapi, cara hidup seperti orang kafir. Tidak ada beza lagi antara Muslim dengan  non-Muslim. Timbul rasa cinta akan budaya yang bukan berasal daripada Islam dalam diri remaja, kanak-kanak dan dewasa turut tidak terkecuali. Tidak malukah?

Andai saja dunia ini tidak lagi dikuasai sistem Kapitalisme.
Andai saja dunia ini dinaungi Islam. Pasti sejahtera dan penuh rahmat Allah.

Share:

16 December 2011

2 Malam 2 Hari yang...


Hari Rabu hingga hari Jumaat ni, saya dengan kakak dan 2 sepupu saya tidur rumah nenek sedara saya. Tujuan kitaorang adalah untuk belajar tajwid dengan harfiah. Tapi, harfiah tak buat pun. Ok la tu kan daripada tak buat langsung.

Kitaorang belajar surah Yaasin dengan al-Fath. Best belajar tajwid. Banyak juga yang saya tak tau pasal bunyi sesuatu perkataan tu bila ia dah termasuk dengan ini dan itu. Hehe..

Nenek sedara saya ada juga cerita sikit-sikit pasal surah tu, kitaorang mendengar dan mengingatlah kata-katanya dan sebagai motivasi juga.

Kitaorang kat sana duduk sembang je kalau masuk bilik. Tapi sembang-sembang kitaorang pun, bukan sembarangan ye. Bukan yang mengarut-ngarut tapi boleh membangkitkan pemikiran sebab setiap kata-kata tu akan membuatkan kitaorang berfikir dan bincang sama-sama.

Nenek sedara saya ada mengucapkan kata-kata yang saya rasa mungkin bagus bagi sesiapa yang nak jaga mata.
Bacalah al-Quran selalu kerana al-Quran merupakan penawar dan boleh memulihkan penglihatan.
Dia ada cakap juga kalau nak jadi seorang yang selalu ingat apa yang dihafal, jangan selalu ketawa dan sentiasalah rajin mengaji dan macam-macam lagi. Tu je la kot. Assalamualaikum.
Share:

14 November 2011

Kenapa mesti ia terjadi?

Assalamualaikum. Hah, sekarang sekolah saya dah cuti bagi form 2 dan form 3! Awat cepat sangat cuti? Saya masih nak sekolah lagi. Kakak saya tengah exam SPM. Hoh, kesian budak SPM, orang lain happy, diorang pula kena buat exam! Sekolah baru je cuti 4 hari, tapi rasanya macam dah lama betul. Tahun depan PMR! Tak sangkanya. (⋋_⋌ )


Malam ni hujan. Best! Online sambil tengok kakak study dengan alunan air-air hujan membasahi bumi. Kalaulah sahabat saya tu dia masih ingat saya dan sahabat-sahabat yang lain, kan bagus. Tah ingat ke tak dia tu kat kami. Rindunya kat dia.

Kami bagi mesej, dia tak balas. Kami call, dia tak jawab. Lepas tu, sahabat saya yang lagi sorang ni cakap yang sahabat saya tu dah tukar nombor.

Kenapa dia buat kami macam ni? Apa masalah dia? Saya dan sahabat yang lain betul-betul risau pasal dia. Dia dah tak nak menjalinkan ukhuwah dengan kami lagi ke? Apa salah kami sehinggakan dia bersikap macam tu?


Perlu ke saya tunggu dia lagi? Sebetulnya, saya rasa sedih dan terasa dengan dia. Dia macam tak nak endahkan kami.  Saya betul-betul tak tahu apa yang terjadi. Rasa macam tak nak tunggu sebab hati saya dah kecewa. Sedihnya. (╯_╰ )

Walau apapun, sahabat, tak kira di manapun kau berada, kami akan sentiasa rindu dan sayang akan dikau. Kami tidak akan lupakan dikau kerana kita telah berjanji akan selamanya berukhuwah kerana kita saudara dan sahabat. ❤
Share:

29 August 2011

Point2 penting yang perlu diluahkan

assalamualaikum . . masih dapat update blog lagi . nampaknya , orang tak berminat nak komen entry/post saya sebaliknya mereka hanya berminat untuk membaca . lagi bagus sebab ada peminat setia yang membaca entry dan post di blog saya walaupun saya tak tau siapa . terima kasih kerana setia menjadi pembaca setia blog saya . walau macamana sekalipun , syukur alhamdulillah sebab semakin lama hidup , semakin banyak saya mempelajari sesuatu dan semakin bertambahlah pengalaman saya .

image source : google.com
perlu sentiasa muhasabah diri dan jangan lupa , wajib muhasabah pemimpin .
di sini saya ada beberapa point yang nak diketengahkan . antaranya :

dah muncul ke hilal(anak bulan) ? huh ! tadi saya tengok , tak nampak pun :(

esok (30 Ogos 2011) betul2 raya ke ? bukan ke kalau dah nampak hilal baru raya , kalau tak nampak still tetap puasa ? tak gitu ?

raya sambut ngan merdeka ? hebat sangat ke ? menyampahnya ! tidak akan pernah merdeka selagi Islam tidak memimpin dunia ! kita masih dicengkam dengan sistem yang memerintah sekarang iaitu sistem kapitalisme (kaya semakin kaya , miskin semakin miskin) .

ingat , Patriotisme haram disemaikan dalam jiwa ! ia semangat yang mudah luntur dan semangat yang memecah belahkan umat Islam di seluruh dunia !

pemimpin umat Islam telah banyak memakan harta rakyat ! jadi , telah banyak harta haram yang telah mereka makan , astaghfirullah . .

saya tak suka apabila umat Islam mengatakan berkara yang haram mereka katakan dan mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar ! apatah lagi mereka kata wajib meneladani Rasulullah dan jadikan al-quran sebagai panduan hidup , tapi mereka sendiri menolaknya mentah2 dan menipu !

ingat , darah umat Islam haram ditumpahkan tanpa sebab yang syar'ie ! jika ada di kalangan manusia yang menumpahkan darah umat Islam dengan sengaja , dia pasti akan terima azab ! dan dialah manusia yang paling saya benci !!! jangan sesekali menumpahkan darah saudara seIslam , nescaya dia akan dimurkai Allah !

taatlah Allah dan Rasul serta ikutilah apa yang diajarkan Rasulullah meski ia bertentangan dengan apa yang dikatakan para pemimpin dan pengkhianat Islam ! biarpun sesuatu itu berlanggar dengan apa yang ditetapkan pemimpin , selagi mana tidak bertentangan dengan apa yang ditetapkan Allah dan Rasul , maka sesuatu itu boleh ! ketaatan kepada Allah melebihi segalanya !

ingat , tidak ada ketaatan kepada sesiapa pun apabila bermaksiat kepada Allah . "tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah" !

ingat , para pejuang Khilafah akan sentiasa mengatakan yang benar meski ada manusia yang tak berpuas hati dengan kebenaran yang dibawa ! para pejuang Khilafah tidak akan berhenti berdakwah mengajak manusia sama2 perjuangkan Khilafah meski para pemimpin dan pengkhianat Islam mengahalang usaha dakwah mereka ! para pejuang Khilafah tidak akan pernah menyerah daripada berusaha sekeras2nya menyedarkan umat yang berfikiran jumud supaya kembali berfikiran mustanir(cemerlang) .

sesungguhnya , terimalah kebenaran yang ada di depan mata kalian . bukalah mata kalian seluas-luasnya , ambillah kebenaran dan pejuangkanlah kebenaran ! lihatlah dunia sedang merindui Khilafah , tidakkah anda juga begitu ? jika anda merindui Khilafah , marilah sama2 pejuangkan Khilafah . saya yakin , anda akan raih kemuliaan dan keredhaan Allah . insyaAllah . .

dan saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada anda semua . maaf jika saya telah menyakiti hati kalian atau terkasar bahasa . sungguh , saya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan .
Share:

18 August 2011

banyaknya masalah. .

assalamualaikum . . alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk update blog ni . dan alhamdulillah masih dapat bernafas di muka bumi ini . sedih tak terkata pabila pergi ke sekolah . banyak benar masalah yang membebani fikiran naik ke risau tahap tinggi .

nak pergi sekolah je semestinya ada perasaan risau yang teramat kerana bimbang jadi sesuatu yang tidak diingini . tiap hari berdoa agar dipermudahkan urusan , tapi . . . taqarub ilallah kena tinggi jugak kan ?? tapi , apa2 pun , tetap saya buat muka manis dan buat tak tau je dengan masalah yang menimpa . kadang2 tu , muncul jugak perasaan sedih , mengapa jadi begini ?? masihkah ada secebis kebahagiaan yang akan ku kecapi di sekolah ? adakah hanya perasaan sedih dan risau yang menghantui ? bila ia akan kembali ceria ? wahai wajah , senyumlah selalu . .

ok , saya nak tunjuk doodle yang saya buat . first time ni , saya tau memang tak cantik . huh ! susah jugak nak buat . muka dan tangan saya tak warna pun , kenapa ? hehe . . tak pe la , awal2 je ni . lama2 nanti lebih bagus kot . tapi , apa2 pun saya sedih . . moga sedih ni tak ganggu exam saya nanti . . doakan saya ye . .

Share:

09 August 2011

bunyi bising menggangu kita pabila membaca

assalamualaikum . alhamdulillah , dapat jugak idea nak buat post pasal apa . setelah sekian lama berfikir nak buat post tajuk apa , akhirnya dapat jugak selepas bw ke beberapa puluh blog . "bertuah betul blog yang saya telah kunjungi . *sila gembira "

berbalik pada tajuk . . pernah tak anda rasa terganggu apabila bunyi bising menerjah ke telinga ketika anda sedang membaca sesuatu ? apakah bahan bacaan yang anda baca itu menyebabkan anda perlu berfikir ? jika ya , maka anda terganggu . ok , kebiasaannya , saya memang akan rasa terganggu lagi2lah kalau orang tengah bising/bercakap dalam nada yang agak kuat waktu saya tengah baca sautun nahdhah dan buku2 yang ada kaitan dengan kebangkitan pemikiran .

tapi , kalau bunyi bising waktu saya tengah baca bahan bacaan yang santai2 or yang biasa2 (yang tak de point penting) memang saya rasa macam biasa je . kadang kala tumpuan kita akan terganggu pabila bunyi alunan muzik/lagu yang kuat dengan irama yang agak ganas/memekik ke telinga/ tak best/tak damai dan menyebabkan kita marah tatkala membaca . fuh ! *ada hamba Allah yang tak suka lagu2 dipasang dalam blog . 


bunyi bising tak semestinya terlampau kuat , kadang kuat sikit pun dah boleh buat kita tak senang . nak membaca pun tak masuk dalam otak . lepas tu , ada manusia yang terus dah tak nak baca . ada jugak yang tetap nak baca sebab nak dapat ilmu . mood manusia tu berubah2 . tapi , yang paling bagusnya manusia yang langsung buat tak tau , sama ada ada bunyi bising atau tak .

saya lagilah , dalam kelas terlampau bising . dah la nak belajar , macam tak boleh nak fokus dah .  nak marah , nanti kena sound balik . ish3 . . akhirnya , terpaksalah buat tak tau apa yang terjadi dalam kelas . macam tak de bunyi pun , tetap teguh untuk dapat ilmu ! :)

satu hal lagi , dalam kelas saya pun ada manusia yang suka beno menyanyi . ingat suara dia tu sedap sangat ke nak nyanyi kuat2 ?! hei , orang nak belajar la !!

kesimpulan : jangan buat bising waktu orang lain tengah membaca dan belajar . nak bising , pergi kat tempat yang luas dan tak de orang kat situ .
Share:

04 August 2011

petang yang indah kat sekolah dan selepasnya

assalamualaikum . . tadi kat sekolah memang saya rasa agak happy . sebab saya banyak senyum/sengih/ketawa kecik2 *seperti yang anda tau , saya budak yang suka buat macam tu .  suasana pun agak menenangkan . dengan angin yang bertiup menyebabkan rasa segar sementara . kat sekolah , terngiang2 je dalam kepala suara yang merdu yang membaca surah al-Fath dan lain2 . subhanallah , syahdunya . .

ni pun dah masuk hari ke tiga puasa , so macamana iman ? insyaAllah , saya pasti anda semua berusaha keras nak memantapkan iman kan kan ?? saya doakan agar anda semua dirahmati Allah . alhamdulillah . .  waktu balik , hujan dah berhenti sebab saya jalan kaki . kalau hujan . . . alamatnya habislah basah kuyup . .

sesampainya saya dirumah , saya dengar bacaan ayat suci al-Quran oleh  Sheikh Mishary Rashid Alafasy yang dipasang oleh abah saya . huhu , ni pun salah satu antara qari yang saya minat .

lepas tu , on9 jap untuk update blog . kakak saya pun on9 . . huhu . . dia pasang surah al-Waqi'ah yang dibacakan oleh Muhammad Taha . ya Allah , betapa indahnya suara . . sekarang pulak tengah mendung , ditambah pula dengan perasaan yang agak tenang . hari sudah mau hujan lagi , alhamdulillah . .
dalam diam2 , ku merindui suasana waktu sekolah rendah . tapi , aku tidak mau masa diulangi , hanya inginkan suasana seperti dulu .
ok , tu je la kot cerita hari ni . jom usha gambar yang akan saya paparkan . "blueberry"



Share:

02 August 2011

sedihnya diri ni , tak terkata . .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لا اله الا الله محمد رسول الله

Assalamualaikum , tadi saya singgah blog seorang muslimah . dan saya betul2 tertarik denga entry dia . bolehlah dibaca jika ingin baca . setanggi permata

malam ni pulak , kat masjid ada seorang imam yang baca surah dalam solat dengan gaya bacaan macam Muhammad Taha . subhanallah , syahdu dan merdunya tak dapat nak digambarkan . *kalau nak tau siapa Muhammad Taha al-Junayd tu , bolehlah search kat youtube ye . nescaya anda pasti suka :)


pernah tak anda rasa sedih pabila bersendirian dan mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan ? pernah tak ketika tu anda menangis mengenangkan dosa2 yang semakin lama semakin banyak ? pernah tak anda rasa betapa lemahnya diri tanpa Allah ? sungguh , rugilah jika ada yang tidak pernah rasa begitu . terkadang , sungguh sombong diri manusia sehinggakan tidak mau berdoa kepada Allah . mungkin ingat kepada Allah pun amat jarang . nauzubillah . .

moga kita semua diredhai Allah . . jangan lupa untuk sentiasa ingat kepada Allah . .
"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [HR Bukhari Muslim].
Share:

21 July 2011

gambar 2

assalamualaikum . . update entry di pagi hari sebelum ke sekolah yang lagi berapa jam lagi nak mula . tapi , belum beli buku skrap , huh risau2 . . bilalah nak pi beli ni ? ada orang boleh tolong beli ? *saya tau , tak de punya . sebelum pergi sekolah , saya pasti akan beli .

ok , saya nak tunjuk lagi gambar yang menarik perhatian saya pada hari ni yang cerah . banyak gambar yang akan saya paparkan untuk tontonan anda . tema yang dalam gambar tu nanti merupakan tema yang sama iaitu splash , tak ada yang beza . dan setiap kali gambar2 yang saya paparkan merupakan gambar yang bertemakan sama dalam sesebuah entry yang bertajuk "gambar" . so , jom layan dan pilihlah gambar yang terbaik !


dan saya memilih gambar bawah ni sebagai gambar terbaik sebab nampak unik . . ikan masuk dalam mulut . yekksss !! haha , unik2 . lawa editan gambar ni !


Share:

Chat with me