10 October 2011

Saad bin Muaz: Arasy bergegar saat pemergiannya

Assalamualaikum. Sudah banyak kali kita didengarkan dengan nama Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Dan mungkin juga kita sering kali dengar nama Bilal bin Rabbah dan Abdur Rahmin Bin Rauf. Mungkin juga banyak lagi nama-nama yang anda tahu. Kali ini saya ingin mengisahkan sedikit kisah sahabat Rasulullah yang mungkin agak jarang kita dengar.

Cerita ni saya hanya ringkaskan dan hanya ambil yang perlu sahaja untuk anda ketahui siapakah dia sebenar. Sungguh mulia peribadi yang dibentuk oleh manusia mulia, Rasulullah saw. Marilah kita contohi peribadi sahabat Rasulullah yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang mulai memeluk Islam ketika usianya 31 tahun dan pada usianya 37 tahun dia menemui syahid. Dan antara hari keislamanya sampai saat wafatnya, telah diisi dengan karya-karya gemilang dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Pada suatu hari, Rasulullah datang menjenguknya. Rasulullah meletakkan kepalanya di atas pangkuannya lalu berdoa kepada Allah "Ya Allah, Saad telah berjihad di jalan-Mu; ia telah membenarkan Rasul-Mu dan telah memenuhi kewajipannya. Maka terimalah ruhnya dengan sebaik-baiknya cara Engkau menerima ruh".


Doa Rasulullah membuatkan perasaan Saad bin Muaz tenteram. Dengan keadaan susah, dicubanya membuka mata dengan harapan agar Rasulullah manusia yang terakhir dilihatnya. Katanya "Salam atasmu, wahai Rasulullah. Ketahuilah bahawa aku mengakui bahawa engkau adalah Rasulullah".

Rasulullah berkata sambil memandang wajah Saad:
"Kebahagiaan bagimu wahai Abu Amr".

*****

Berkata Abu Said al-Khudri, "Saya adalah salah seorang yang menggali makam untuk Saad. Setiap kali kami menggali satu lapisan tanah, tercium bau kasturi hingga ke liang lahat".

Kewafatan Saad yang menimpa kaum Muslimin terasa berat sekali. Tetapi, mereka mendengar Rasulullah bersabda "Sungguh, arasy Allah bergegar dengan kepulangan Saad bin Muaz".

Arasy Allah bergegar kerana dengan tangisan para malaikat. Ini kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.
Share:

03 October 2011

Beberapa Sebab Kenapa Couple Tak Best !

Assalamualaikum , huh ! agak penat hari ni , bahkan dahaga (tau2 je la sebab apa) . alhamdulillah , tak de masalah yang timbul hari ni kat sekolah , rasa pun agak tenang je .tapi , ada musibah yang menimpa kawan saya . dia tak sihat . kawan dia cakap (kawan saya jugaklah) "dia demam , kena virus" . waktu tu kawan2 saya yang lain pun ada .

Diorang rasa pelik kenapa saya macam sengih2 je . nak tau sebab apa ? sebab saya tak percaya . mana taknya , pagi tadi kawan saya yang sakit tu call saya yang dia tak pergi sekolah sebab tak sihat , tak tanyalah pulak sakit apa . yang kawan dia tu cakap dia kena virus tu semalam . ni yang pelik ni , dan tersengih2/ketawa kecil . . haha . . =.=" sepatutnya orang sakit macam tu mana larat nak bangun kan2?
Moga kau cepat sembuh kawan , jaga diri ye . . esok datanglah sekolah . .


Oklah , berbalik pada topik asal . seperti yang diketahui ramai , couple tu haram . dan banyak sebab kenapa couple tak best . kenapa saya cakap tak best ? ok , just tengok dulu orang yang couple ye . tak payah jauh2 tengok , tengoklah yang kat sekeliling , ala kawanlah atau diri sendiri yang couple tu . amacam ? apa yang korang rasa bila couple ? ( ce bagi respon korang sikit , sikit je tak banyak) . bahagiakah ? or masalah ?

Sebab2 Couple Kurang Best Malah Tak Best !


  • first sekali mestilah sebab nanti dah kahwin tak rasa nikmat kasih sayang kat pasangan (faham nikmat tak?)
  • banyak maksiat yob(kawan) !
  • dapat tau keburukkan pasangan , nanti kahwin dah rasa kurang best . lebih baik tau lepas nikah kan ? (up to you lah)
  • nanti orang sekeliling (seperti saya) akan rasa menyampah tengok . uihh !! geli yob !
  • ada orang pandang hina nanti , bukan saya je ramai lagi tau
  • nak calarkan maruah sebagai seseorang yang beragama Islam ke ??
  • dan banyak lagi
ok ,entry ni kejam tak ? kalau anda rasa kejam , cuba baca hadis Rasulullah :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan kemaluan hanya menuruti atau tidak menuruti.”
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya : “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.

Hadis berkenaan dua2 agak sama , dan perlu kita fahami , sumber hukum umat Islam ada 4 iaitu al-quran , hadis , ijma' sahabat dan qiyas . jadi berpegang teguhlah dengan keempat2nya . Mungkin ada beberapa orang yang akan baca entry ni pernah ditegur mengenai couple ni , so respon anda terhadap teguran tu apa ? adakah anda menghentam penasihat or menerima dengan hati yang terbuka . ok , tak dinafikan setiap manusia pasti melakukan kesalahan . meskipun begitu , perlulah kita ingat , insaflah sebelum terlambat . jangan cakap dah insaf selagi tidak menampakkan amalan anda . (harap faham)


Best ke korang couple ? nikmat ke couple ngan pasangan korang ? senikmat mana huh ? ish3 , meski tak zina , tapi still zina lain kan ? tak salah nak suka orang , tapi tak perlu nak couple yob . dan kalau tak couple pun , tak perlulah nak ingat dia selalu dalam minda , nanti jadi zina hati . (nasihat untuk saya jugak =.=")
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Hadis ni untuk hal2 yang penting je sekiranya untuk berjumpa dengan lain jantina selain daripada keluarga sendiri . tak denya istilah couple islamik ok ! hope korang sedarlah ye . insyaAllah Allah tolong . sehingga berjumpa lagi di lain entry . assalamualaikum .
Share:

Chat with me