30 April 2011

bantulah diri ini

assalamualaikum . . agak beberapa hari jugaklah saya tak update blog . sebab apa ? saya malas ! tak ada idea ! tak ada cerita hebat ! ~

semalam tengok berita kat TV3 pukul 8 malam la macam biasa , tiba2 dia ada cerita pasal blog yang letak video seks Anwar Ibrahim . perghhh !!! dahsyat !!! lepas tu saya terus on9 dan pi cek kat internet blog2 yang letak video lucah tu . . .

saya pun jumpalah . . tiba2 . . angin ni naik marah sampai ke otak2 menggelegak . . sebab apa ? sebab diorang semua ni tak tau malu betul ! asal gatal betul nak pi sebarkan video tu ?! tak tau malu ke ? tonton video lucah haram dan menyebarkannya juga haram !
saya takkan tengok video tu selama2nya !!!!!
semakin umur ni meningkat , semakin banyak ujian yang perlu dilalui . bolehkah saya bersabar dan tabah ? siapalah saya tanpa Allah yang membantu . . kadang2 , terasa hati ni tak bersemangat lagi nak hadapi ujian . tapi , diri kuatkan jugak . sungguh hamba ingin katakan yang hamba sangat lemah tanpa Mu , ya Allah .

ujian perasaan semakin banyak . cinta , cinta dan cinta . semakin sakit hati ini . di alam remaja , perasaan cinta akan hadir untuk menguji kita . hati , raihlah cinta Allah banyak2 , jangan lupakan-Nya . cinta alam remaja tidak hakiki ! cintailah ilmu . .

mata melihat apa yang di depan mata . terkadang mata ini sakit melihat remaja lain hanyut oleh cinta manusia . jangan sesekali kau hanyut dalam cinta monyet ini ! sedarlah kawan , hidup cuma sekali . jangan sia2kan hidup ini dengan bergelumang dengan dosa2 . hidup untuk meraih redha Allah .

terkadang mata melihat sesuatu itu cantik hanya pada luaran . mata tidak dapat menilai hati dengan tepat . mata , jagalah mata daripada pandangan yang bukan2 . tundukkan pandangan . tidak layak kau memandang pandangan yang bukan pandanganmu .

terkadang diri ini terasa malas untuk belajar . kuatkan diri ini , ya Allah . sungguh aku lemah tanpa Mu . otak ini banyak menerima pelajaran dalam masa beberapa jam . perlukah otak ini berehat seketika walaupun 5 minit ? sistem sekularisme ini menyebabkan para pelajar terseksa dihimpit ilmu2 yang berlambak2 tanpa pernah berehat . tetapi , seseorang itu tidak akan stress jika dia sentiasa ingat Allah .
selalu saya berpesan kepada rakan saya agar jangan stresskan diri , ingatlah Allah selalu . hati pasti akan tenang . .
  • berdoa
  • solat sunat hajat dan tahajjud
  • dalam doa , mintalah apa2 pun daripada Allah
  • tawakal
  • jangan berputus asa , usaha lagi
Allah sentiasa mendengar doa kita . ingatlah , tidak dimakbulkan hari ini , mungkin esok lusa dan mungkin bila2 sahaja . indahnya berdoa sambil mengalirkan air mata dengan perasaan yang sungguh lemah di sisi Allah .

jom dengar muhammad taha mengaji :





insaf bukan sementara . insaf itu selama2nya . .
Share:

25 April 2011

saya dilamun cinta

assalamualaikum . . saya dilamun cinta la . . :D
siapa yang saya cintai ? ? opppssss ! ! ! silap la , sepatutnya macam ni , apa yang saya cintai ? :D
sebenarnya , saya cinta akan semangat mereka . siapakah mereka ? mereka juga adalah hamba Allah . tapi , mereka lain sikit . sebab apa ni ? sebab mereka merupakan manusia yang . . yang sanggup menghabiskan tenaga , masa , duit , jiwa semata2 untuk Islam . saya sangat2 suka la . .

manusia kata " Islam is the way of life " .tapi , adakah apa yang mereka kata tu mereka mengatahuinya ? cuba fikir . adakah Islam ni panduan hidup ? panduan hidup daripada segi mana ? saya tengok , saya dengar umat Islam cakap termasuk kat Malaysia ni , Islam itu panduan hidup . tapi , ramai je yang tak tutup aurat dan melakukan apa yang dilarang Allah serta meninggalkan apa yang Allah perintahkan termasuk semua sekali . ya , betul Islam itu the way of life .

dah cakap macam tu , perlulah lakukan apa2 sahaja perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya . cakap je tak de makna . harus diamalkan / dilakukan . cantikkan ayat ni " Islam adalah panduan hidup manusia " . maksudnya ia mencakup seluruh apa2 pun yang kita ingin lakukan . kalau nak buat sesuatu perkara , telah Allah berikan panduan buat kita semua . tak perlu amik yang lain . Islam ni memang agama yang sempurna . sebab hanya agama Islamlah yang ada peraturan dan panduan . agama lain langsung tak de .
Islam bukan hanya agama . malah Islam juga adalah panduan , sistem , negara , politik dan lain2 . perlu ditegaskan lagi , Islam not only a religion !
pagi tadi saya on9 facebook . ada seorang hamba Allah daripada Netherlands post something kat profile saya . dia bagi satu video . punyalah saya rasa sangat sangat . . subhanallah , tak terkata . . paling rasa kagum apabila mereka semua melaungkan ayat :

الامة تريد خلافة اسلامية
nak tau apa maksud perkataan di atas ? maksudnya ialah , Umat Mahu Khilafah Islamiah . mula2 saya faham 3 perkataan je . yang perkataan turid tu saya tak faham . lepas tu bukak google translate , rupa2nya maksud perkataan tu adalah mahu . . :)

lepas tu saya klik pula dia punya wall facebook . saya tengok video yang kawan dia post dekat wall dia . tentang syabab HT jugak . ada yang kena pukul oleh tentera/polis disebabkan buat demonstrasi nak muhasabah pemimpin . teruk jugak kena pukul . tapi , saya kagum sebab mereka tak gentar dengan halangan apa pun . semangat mereka sangat tinggi .

lagi saya nak cakap jugak ni kepada manusia yang bergelar wanita . . sebab kamu juga adalah saudara saya .

kepada wanita semua , Islam datang memuliakan mu wahai wanita . Allah memerintahkan wanita supaya tutup aurat ada sebabnya . sebab :
  •  menjaga maruah/kehormatan wanita
  • menjaga pandangan lelaki ajnabi
  • untuk mendapat redha Allah
wahai wanita , sesungguhnya Allah tau apa yang manusia akan buat , telah dan sedang . Allah tau apa yang terbaik untuk hamba juga makhluk2-Nya . oleh itu , taatlah akan perintah Allah . saya selalu fikir akan firman Allah ni :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." [Al Baqarah : 216]
hidup bukan untuk memuaskan nafsu . hidup untuk mencari redha Allah . bagaimana nak cari redha Allah ? iaitu dengan taat perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya .

jangan ikut apa yang kita suka , tapi ikutlah apa yang telah Allah tetapkan . jangan sesekali menyangka hanya diri kita sahaja yang betul . fikirlah mana yang boleh , mana yang tidak .

tidak mudah untuk taat perintah Allah
tapi jika tidak taat perintah Allah akan mengundang azab .
Allah menguji hamba2-Nya supaya mereka bersabar . melalui ujian hiduplah kita boleh mendapat syurga Allah .
kakak saya ada cakap dengan saya " berisiko kalau taat perintah Allah , tapi lagi akan berisiko kalau tak taat perintah Allah " . saya terfikir . . dan berkata " betul jugak tu " . .

sebab apa macam tu ? sebab , kalau kita taat perintah Allah , mungkin akan ada risiko seperti akan ada manusia tak puas hati . kalau kita muhasabah pemimpin tak kiralah kat mana2 pun , akan ada manusia yang menghalang kita . tapi , kalau tak taat perintah Allah lagi akan berisiko , sebab akan mengundang azab Allah . so , fikir2kanlah . :)

Share:

Chat with me